Showing posts with label lelaki paling hodoh. Show all posts
Showing posts with label lelaki paling hodoh. Show all posts

Friday, 8 December 2017

BANGGA JADI LELAKI PALING HODOH UNTUK KALI KE EMPAT



Setiap orang tak de yang serba serbinya sempurna.. Kita kena terima diri kita seadanya..Kalau benda tu boleh di ubah jadi elok tak salah kita nak bagi lebih elok.Tapi jangan la sampai buat pembedahan plastik hanya sebab hidung tak mancung macam hidustan, atau bibir tak tebal macam Anggelina Jolie..Itu dah dikira berdosa dah tu..Ada had-had nya jugak..

Kalau orang lain rasa tak seronok sebab wajah tak cantik tapi di Zimbabwe seorang lelaki sangat "bertuah" kerana memiliki wajah yang hodoh. William Masvinu dari Epworth telah dinobatkan sebagai Mr Ugly Zimbabwe 2017 dan ini membuatkan dia menjadi bangga dengan "kelebihan" yang dia miliki,.Lebih menggembirakan nya  ia adalah gelaran kali keempat.




William gembira dengan "pengiktirafan" tersebut dalam  merebut kembali gelaran yang dia pernah kalah kepada peserta lain 2 tahun lepas. Memenangi peraduan hodoh memerlukan persiapan, sama seperti pesona kecantikan,.  Lelaki berusia 43 tahun yang menganggur kini sedang melakukan persiapan  untuk persaingan peringkat dunia  Mr Ugly World yang akan diadakan tahun depan di Afrika Selatan.


Tahun 2015 William tewas kepada  Maison Sere . Dia tidak berpuas hati dengan kekalahan tersebut dan melakukan protes . William mendakwa  pesaingnya itu  tidak ada apa-apa keistimewaan kecuali gigi yang hilang. Kemudian pada edisi 2016 pertandingan tersebut dibatalkan, , jadi William terpaksa menunggu selama dua tahun untuk mendapatkan gelarannya kembali.



 Kata William. "Tidak ada yang boleh mempertikaikan bahawa saya adalah orang yang paling hodoh  di Zimbabwe.. Sekiranya ada Mr Ugly World, saya yakin saya akan membawa mahkota tersebut ke Zimbabwe. "

Dalam pertandingan tersebut William memenangi  $ 500 dan membawa pulang seekor lembu.

sekian..