Showing posts with label laki takut bini. Show all posts
Showing posts with label laki takut bini. Show all posts

Saturday, 25 March 2017

ADAKAH ANDA TERGOLONG DALAM SUAMI YANG TAKUTKAN ISTERI

Assalamualaikum....



Baru-baru ni kawan saya cerita tentang seorang sahabat dia yang bergelar suami tapi  takut kan isteri.Pernah di satu majlis perkahwinan dia ditangkap kerana merokok.Dalam suasana ramai tetamu di majlis tu , si anak yang ternampak ayahnya sedang merokok menjerit pada ibu nya yang duduk tak jauh dari situ.." mama...abah hisap rokok..".. ..jadi korang boleh bayangkan keadaan tu macam mana bila si ayah tu terpaksa sorok kan rokok tu supaya isterinya tak nampak.Aduh!!Memang lucu tambah2 lagi sambil diperhatikan orang sekeliling...Itu contoh lelaki takut bini. Kalau dia tak takut pada isterinya dia tak payah sorok rokok tu.Nak balik nanti tipu je la bini tu cakap je nak jaga air muka kawan yang bagi rokok...(ok..nanti ada yang komen merokok membahayakan kesihatan tapi tak perlu teguran pada suami  dalam keadaan macam tu)

Sebenarnya banyak lagi kejadian yang membuktikan sahabat kawan saya tu takut kan isterinya..tapi saya ceritakan salah satunya supaya kita sedar , yang bila suami takut pada isteri, anak juga jadi tak hormat pada ayah nya.Jadi kena hati-hati ok..

Dalam satu-satu hubungan jika pasangan takut pada kita itu bermakna hubungan itu tidak sihat.Apa lagi kalau seorang suami yang selayaknya dianggap pemimpin dalam rumahtangga jadi takut pada isteri..seorang lelaki tak kan mengaku yang dia takut kan isteri.Biasanya dia akan beri alasan, "tak mahu besar-besarkan masalah..".."tak mahu nanti jadi punca pergaduhan..."...kan??..Kan??Padahal dalam diam dia pendam semuanya sampaikan ada yang mengalami masalah mental.So macam mana nak tahu yang anda tu takut isteri atau tidak?



Jom kita tengok ciri-ciri lelaki yang takut isteri.

1- Dia merasa tidak seronok dan setiap kali selepas habis waktu kerja.Ada seperti  satu perasaan tidak selesa setiap kali dia mula memikirkan tentang rumah dan isteri .Dia mula fikir entah apa yang dia akan hadapi bila dia tiba di rumah nanti walaupun dia tahu dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

2- Ramai wanita sukakan pujian.Tapi jika sentiasa mendesak untuk pujian dan suami jelas dengan terpaksa memberi kan pujian, itu bermakna suami takutkan isteri.Suami tak mampu berbincang bersama isteri tentang  keburukan isteri dan hanya pujian yang mampu di berikan sehinggakan perasaan nya sendiri terabai.


3-Tidak mempunyai tempat mengadu masalah juga adalah tanda suami takutkan isteri.Ini kerana dia hanya mampu menunjuk kan yang "saya ok.." untuk tidak menunjuk kan yang dirinya lemah ,dan tetap kuat.Semakin lama rasa takut untuk meluahkan perasaan dan masalah sendiri itu membuatkan diri mereka lebih banyak dikuasai oleh isteri.

4- Ketika isteri mendesak ada perubahan berlaku dalam tubuh suami.Rasa stress dan rasa takut bercampur dan ianya menyebabkan suami menjadi murung bila berdepan dengan isteri tapi berubah menjadi ceria dan gembira bersama kawan-kawan.

Pada suami-suami yang takut nak mengaku anda takut kan isteri, lakukan lah perubahan demi untuk diri anda sendiri.Rumahtangga dan keluarga memang penting tapi kalau diri sendiri tak bahagia adakah anda rasa mampu untuk membahagiakan keluarga anda.Jangan takut dengan ugutan dan suara nyaring isteri bila anda bersuara. Ketahui bahawa bila isteri bbersuara, dan suami jadi takut, itu bermakna isteri anda derhaka.Tidak kah anda mahu ke syurga bersama-sama isteri anda..??Buktikan pada keluarga andalah sebenarnya nakhoda..bukan isteri anda..

sekian..