Showing posts with label kucing jiran suka berak kat rumah. Show all posts
Showing posts with label kucing jiran suka berak kat rumah. Show all posts

Thursday, 30 March 2017

APA NAK BUAT BILA KUCING SUKA BERAK MERATA RATA

Assalamualaikum...



Saya dapat soalan dari pembaca blog ni yang tanya cemana nak buat kalau kucing berak kat rumah kita..Kita pulak nak kena cuci berak dia hari2 kat rumah kita..Padahal bukan kucing kita pun..entah kucing sapa2 mai berak berak kat depan rumah kita..atau pun kucing jiran kita tu..Bukan nak berak kat rumah sendiri.Tuan nya tak reti jaga ka?dah tahu kucing nya berak kat rumah orang jaga la baik2..

Allah..

Susah nya nak bela haiwan kesayangan nabi ni..Sebagai orang yang membela kucing saya sendiri rasa betapa susah nya nak bela kucing.Kalau pucing parsi ke atau kucing yang jenis kacuk2 ni tak pe..dia dah biasa dok dalam rumah je.tapi kalau buka pintu pun terlepas entah kemana perginya jugak.kan??

Tapi kalau kucing jenis kucing liar ni dia dah biasa dok kat luar agak susah juga kita nak kurung dia.Duduk  appartment ke ,kondominium ke,memang tertutup je pintu tu..tak de masalah.tapi yang duduk rumah teres macam saya ni memang tak boleh nak nak tutup pintu 24 jam.

"Ada kucing bukan nak jaga baik-baik.."

Ayat yang biasa sangat dah kita dengar.Jaga baik-baik tu macam mana sebenarnya??Kurung dan bagi makan saja kah??Kucing pun sama je macam manusia.Ada masa dia stress.Lagi2 bila gaya hidup dia berubah,.Kalau hari2 keluar tiba2 kena kurung dia akan stress silap2 boleh mati tau.kalau awak jenis tinggal di aprtment , nak bela kucing tu boleh. Nak lepas kan sekali sekala pun boleh..Cuma awak kena lah sediakan tempat berak dia .Letak pasir dalam satu bekas dan tinggalkan kat luar pintu.Ajar dia berak kat situ.setiap hari angkat dia letak dia dalam pasir tu..Tau la dia nak berak dalam bekas dia..

Tapi jiran2 pulak jangan la cerewet sangat..dah kucing tu berak dalam pasir pun nak bising lagi kata kotor la, berbau la..Habis kau nak macam mana..nak suruh kucing tu dibuang dan duduk minta makan kat kedai2 tu ke??

Tuan punya kucing pulak hari2 pergi la check tempat berak kucing tu..kalau ada najis atau sisa dia sila lah cuci..Tak kan kau nak rumah kau je bersih tapi kat luar kotor.Kalau orang datang rumah kau.,berjalan nak ke rumah kau tengok kat tangga ada taik kucing, kat tepi lift ada taik kucing, tak ke malu kalau orang kata tempat tinggal kau kotor..Tak tercalar pun imej kau kalau setakat cuci taik kucing.

Yang bukan tuan punya kucing pun jangan nak sombong sangat...ambik tuala , ikat kat hidung lepas tu ambik tisu , angkat itu taik kasi buang..sembur dengan febreez ke, dengan air sabun ke, lap dengan paper dah siap..Apa susah nya..???Buang taik kucing pun susah ke??Dari kau membebel menyumpah orang buat dosa je tau.Dikalangan kucing pun , kau dianggap manusia paling sombong.tak guna jugak..kan??

Bagi yang tinggal di rumah teres , kalau ada kucing berak kat rumah kau, kau cuci la..tak kan lah kau nak panggil jiran kau mencuci kat rumah kau pulak...Tak kan kau nak panggil kucing tu ambik taik dia dan buang dalam longkang besar sana..kan??

Yang si tuan kucing pulak, bila kau tengok kucing kau macam tak nampak bayang kat rumah, pi la cari.Perhatikan dia kat mana.Tak risau ka kucing ampa tak dak depan mata.Tengah bandar ni jangan buat main oi..Sedar2 kucing kau dah jadi gulai dek warga asing je..Masa tu jangan nak menyesal.Kalau nampak dia kat rumh jiran kau, pi la tekan loceng, ambik kucing kau.Jangan kau biar je..tunjuk kan sama yang kau pun kisah juga ke kucing kau tu.Tak de la jiran lain kata " tak reti jaga kucing ke..?"

kalau jiran kau jenis bodoh tak reti jaga kucing dia, kau belikan pasir tu, beli bekas satu, masuk kan pasir dan letak bekas berak tu kat tempat yang dia selalu berak..Kau letak juga tempat makan..InsyaAllah, kucing tu nanti akan jadi milik kau pulak.Masa tu kalau jiran kau datang mengamuk kata kau curi kucing dia kau buka je jadual harian kucing tu..tengok berapa kali sehari kucing jiran kau datang bertandang makan , berak , tidur, tengok tv, main guling2 dan segalanya kat rumah kau tu..



Ini kita cerita pasal kucing tau..Kucing ni kalau la dia ada akal dan keupayaan dia sama macam manusia..dah lama dah orang ambik depa ni jadi arang gaji..Suruh basuh baju, suruh basuh pinggan, cuci bilik air, cuci longkang..Sebab dia tak mampu buat semua tu la kita yang kena buat..Tak malu ke bila kau keluarkan ayat "pergi la berak kat rumah sendiri..berak kat rumah orang, kita juga kena basuh..." ayat kau tu nampak macam kau tak sekolah pulak...Kucing Kot..Bukan Doraemon.

Tak payah bekira sangat la tu kucing sapa pun..Kucing jiran, jiran je la yang kena sayang dia?kena belai2 dia.?Kita bukan tuan dia..jadi kalau dia datang , kita tendang dia, siram dengan air..

Jangan sombong kawan-kawan...Mungkin dengan berbuat baik dengan kucing , itu yang akan membantu timbangan amalan kita kat SANA.


sekian..