Skip to main content

Posts

Showing posts with the label kucing

MAINAN KEGEMARAN KUCING (AYU)

Hai semua..

Suka betul Ayu dengan patung singa nih. Kalau dapat main dengan patung ni sampai terlompat-lompat. Padahal dia yang lambung dia jugak yang sambut.🤦‍♀️
Ayu ni umurnya dah nak masuk 6 bulan kot. Jadi memang waktu ni tengah ligat melompat. Dia pun dah makin besar .
Risau je takut terhamil. 🤭🤭Setakat ni dia tak dekat dengan mana2 kucing lagi. Harap tak de kucing la yang jatuh hati kat Ayu. Belum spay lagi si Ayu ni. Kami tengah fikir dulu nak bagi dia ada anak ke tidak. 


Buat masa ni berkawan la dulu dengan patung singa ni. Dia suka patung ni sebab ada bulu² kot. 🤣🤣






Awal nya tak tahu pun dia suka patung ni. Satu hari tu dia masuk bilik Maisara. Entah apa yang dia cari tiba² je dia keluar dari bilik Maisara sambil gigit patung ni.😲😲
Dia bawak je patung ni ke ruang tamu.. lepas tu bawak ke bilik store, bawak ke dapur. 🤣🤣. Siap lambung2 patung ni. Sejak tu patung singa ni jadi mainan dia la.

Sebenarnya patung ni adalah pencil case Maisara. Maisara dapat hadiah . Tak ing…

AYU ; KUCING YANG CEREWET DAN MEMILIH MAKANAN

Memperkenalkan ahli keluarga kami yang baru .. Ayu namanya. Nama penuh dia Puteri Ayu Nursyafikah Raudah. Nama bukan calang-calang ya. Tengok nama pun tahu dah kucing jenis apa ni. Jenis meliar dan ganas. Hahahh..
Sejak Jonjae lari dari rumah dan tak nak balik-balik walaupun di pujuk dengan makanan sedap-sedap hingga menjilat bulu, kami tak rasa nak ambik bela kucing lain. Tapi pernah jugak la ada yang siap offer nak bagi kucing tapi was-was nak ambik. Takut dia lari macam Jonjea. 







Sebelum ni bela kucing nama Cici pun lari jugak. Habis di tinggalkan anak-anak nya macam tu je. Sekarang dah ada Ayu ni rasa banyak la nak kena uruskan sebab Ayu ni kecik lagi. Tapi memang lincah dan jadi peneman  Mikhail setiap hari.


Tengok la tu... Hari2 dibelainya si Ayu ni. Takut juga kalau di cakar sebab Ayu ni masih baru lagi dengan kami. Takut tak biasa pulak.
Tapi Setakat ni Alhamdulillah..Ayu pun suka di geletek2. Haha.. Bab makan je rumit sikit nak membela si Ayu. Dia tak makan wet food yang dala…

APA NAK BUAT BILA KUCING SUKA BERAK MERATA RATA

Assalamualaikum...



Saya dapat soalan dari pembaca blog ni yang tanya cemana nak buat kalau kucing berak kat rumah kita..Kita pulak nak kena cuci berak dia hari2 kat rumah kita..Padahal bukan kucing kita pun..entah kucing sapa2 mai berak berak kat depan rumah kita..atau pun kucing jiran kita tu..Bukan nak berak kat rumah sendiri.Tuan nya tak reti jaga ka?dah tahu kucing nya berak kat rumah orang jaga la baik2..

Allah..

Susah nya nak bela haiwan kesayangan nabi ni..Sebagai orang yang membela kucing saya sendiri rasa betapa susah nya nak bela kucing.Kalau pucing parsi ke atau kucing yang jenis kacuk2 ni tak pe..dia dah biasa dok dalam rumah je.tapi kalau buka pintu pun terlepas entah kemana perginya jugak.kan??

Tapi kalau kucing jenis kucing liar ni dia dah biasa dok kat luar agak susah juga kita nak kurung dia.Duduk  appartment ke ,kondominium ke,memang tertutup je pintu tu..tak de masalah.tapi yang duduk rumah teres macam saya ni memang tak boleh nak nak tutup pintu 24 jam.

"Ada k…

PAGAR RUMAH DILEMPAR NAJIS KUCING GARA-GARA BERI MAKAN KUCING TERBIAR

Assalamualaikum...



Beberapa hari lepas saya terbaca status dari blogger  Lekat lekit yang menerima surat peringatan tentang  larangan membela kucing sedangkan dia tak pernah bela kucing.Dia cuma bagi bagi kucing terbiar di sekitar bangunan kediaman nya makan sahaja.tu pun bukan kat kawasan rumah penghuni lain..

Kesian bila difikir2kan balik..lepas ni siapa yang nak bagi kucing2 tu makan kalau dah bagi makan pun tak boleh?yang besar2 tu mungkin boleh cari makan sendiri tapi yang kecil2 tu, yang mengandung , yang baru berank, cemana pulak?

Bila baca kisah tersebut saya teringan kejadian 11 tahun lepas.Waktu tu saya selalu bagi makan kucing yang terbiar dikawasan rumah saya.'.Saya cuma beli makanan dan letak kan di luar rumah.mana2 kucing yang lapar, akan singgah makan..kacang2 saya belikan ikan dan letak je depan rumah..Memang habis diaorang makan..

Tapi dalam tak sedar ada mata yang tak senang dengan apa yang saya buat.Mungkin kehadiran kucing2 tu buat diaorang tak selesa.Pernah s…

CARA MUDAH UNTUK ELAK KAN KUCING BERAK MERATA-RATA

Assalamualaikum...


Saya ada bela seekor kucing .Namanya Cici..
wah..macam karangan tajuk "haiwan peliharaan saya" pulak..
ekekkekk..ok..sambung cerita
sepatutnya ada dua ekor..tapi sekor lagi dah tak de..
kena langgar kat depan rumah.
Selalu dok dalam sangkar, hari tu dia boleh keluar pulak.
Dah masanya kot..tapi sedih la .

Dah..Bukan nak cerita pasal kucing kena langgar tapi
nak cerita tentang kucing berak .
Ni masalah ramai orang bila kucing dia asyik berak merata-rata.



Kucing tak kan berak merata-rata jika kita
sediakan tempat untuk dia buang air.
Dan kucing akan buang air dimerata-rata jika
dia tak jumpa tempat untuk dia membuang.

jadi kalau nak bela kucing benda pertama yang
paling penting ialah sediakan tempat untuk dia membuang.
Tak kira la kalau rumah awak tu memang rumah teres ke, flat ke..
kena ada tempat khas untuk dia buang air.



Tak susah pun nak sediakan tempat dia membuang.
Beli bekas yang besar..klau rajin buat sendiri ke..
guna papan ke..kan?/
lepas tu masuk…

KENAPA MEREKA TAKUT DAN GELI PADA KUCING?

Assalamualaikum...


Ada yang tak suka kucing?? ramai jugak yang tak suka kucing.. Ada yang tak suka sebab geli..ada yang tak suka sebab takut.
kebanyakan mereka yang takut ni  dia tak pernah cuba mendekati kucing. Tak pernah cuba nak belai2.. ye la..pernah la belai2 usap2 sikit.. tapi tak sempat nak mesra2.setakat kuis2 dengan jari je, lepas tu "malas aku nak layan kau.."..
Ada juga yang teringin nak belai2 kucing,nak peluk dukung, tapi baru je nak dukung terus kena cakar.. hehehe..sebenarnya  kalau awak tak pernah dukung2 kucing mulakan la dengan dengan kucing yang kecik je. Ni tak agak2 nak dukung kucing yang berat 10kg. dia pulak tak pernah jumpa kita..memang mendapat la.. Lepas tu serik nak pegang kucing..


Satu sikap mereka2 yang tak suka kucing ni. bila kucing tu datang nak manja2 dengan dia ,dia mengelak.. bila kucing tu tak layan dia,dia pulak sibuk nak pi sentuh kucing tu.. mana boleh gitu..bila dia datang gesel2 kat kaki kita masa tu la kita gunakan kesempatan tu un…

12 PERKARA YANG KITA PERLU TAHU TENTANG KUCING

Assalamualaikum....
adakah anda tahu................................


Membunuh kucing di Mesir purba adalah hukuman mati.

Apabila dalam tergesa-gesa, kucing boleh bangun dengan  kelajuan sehingga ke 50kmph.

Telinga kucing boleh dipusingkan 180 darjah.

Suhu badan yang normal bagi kucing adalah 38,6 C.

Ailurophobia adalah takut (fobia) kucing. Julius Caesar dan Napoleon telah mengalami fobia ini dan benar-benar takut dengan  kehadiran kucing.


Semua kucing dilahirkan dengan mata biru.



Kedua-dua manusia dan kucing mempunyai kawasan yang sama di dalam otak yang bertanggungjawab untuk emosi.


Kucing adalah haiwan domestik yang berjalan secara terus pada kuku mereka.

Air kencing kucing bercahaya di bawah lampu UV.





 Walaupun menyelinap, melompat atau berlari, kucing menggunakan lebih daripada 500 otot.


Kucing tidak pernah berpeluh kerana mereka tidak mempunyai kelenjar peluh.



Kucing tidur sehari purata 16 jam sehari .



sekian...