Showing posts with label korea. Show all posts
Showing posts with label korea. Show all posts

Wednesday, 22 February 2017

10 TEMPAT PALING CANTIK DI KOREA YANG MESTI DILAWATI

Assalamualaikum..



Kalau tanya kat mana tempat paling best untuk makan angin 60% respondend akan jawab KOREA.Apa yang membuatkan ramai sangat orang suka melawat ke Korea ni? Bagi peminat-peminat drama dan filem Korea, mesti terkesima juga bila menonton drama dan filem Korea berlatar belakangkan tempat yang cantik-cantik dan bersalji.Nampak romantik je dengan cuaca sejuk, ada bunga sakura, kemudian ada cafe-cafe diaorang yang cantik dan paling best di Korea ada banyak makanan yang sedap-sedap kena dengan selera orang Malaysia juga.Sebab kebanyakan makanan Korea ni ada pedas, bersup tapi ada kelainan nya .


Bagi yang tak berkemampuan nak Ke Kora tu boleh je kita simpan dulu impian kita tu..nanti dah mampu dari segi masa dan kewangan boleh la kita terjah.Sebelum tu meh saya ceritakan 10 tempat paling cantik di Korea yang mesti korang lawati bila ke sana. sumber: theculturetrip

1-Kubu Namhansanseong
2000 tahun yang lalu Kubu Namhansanseong adalah sebuah tempat dimana ianya adalah salah satu daripada empat kubu terbesar yang dilindungi negara ini, ketika itu dipanggil Silla, dari Tang China. Hari ini, ia berdiri sebagai monumen bersejarah bagi pelancong di Taman Wilayah Namhansanseong di atas Gunung Namhan.






2- Gobungun, Changyeong
Gobungun, Changyeong adalah lapangan rumput hijau yang mempunyai banyak bukit-bukit kecil. Bukit -bukit kecil ini  sebenarnya adalah tapak lebih dari 180 makam purba  abad kelima dan keenam. Sebahagian besar makam dibangun bagi menunjuk kan  status pemerintah yang tinggi.




3- Gyeonbokgung Palace
Dibina  pada tahun 1395, Gyeonbokgung Palace menempatkan Dewan Arasy, ianya dibina dengan struktur ikonik Dinasti Joseon. Ia adalah pusat bagi hal ehwal negara serta simpanan untuk buku diraja Korea purba yang telah dirompak oleh tentera Perancis.




4- Changgyeonggung Palace
Terletak di tengah-tengah Seoul, Changgyeonggung Palace berkhidmat sebagai istana kediaman untuk permaisuri dan gundik dinasti Jeoson itu. Semasa zaman penjajahan Jepun, bangunan ini menjadi zoo dan taman botani, tetapi kemudian kembali ke status halus yang asal.




5- Inwangsan
Inwangsan adalah gunung setinggi 338 meter yang menjadi bangunan  istana yang dibina di pinggir Seoul untuk melindungi bandar daripada pencerobohan asing. Hari ini ia berfungsi sebagai tempat pelancongan yang popular untuk mereka yang ingin melihat ciri-ciri Seoul, termasuk istana, Menara N Seoul , dan kediaman presiden Korea, Blue House.




6-Seoul Seonggwak Fortress Wall
Sebuah dinding sepanjang 18.2 kilometer yang awalnya digunakan untuk melindungi Seoul dari orang asing selama dinasti Joseon,.Seoul Seonggwak Fortress Wall adalah tapak  bersejarah yang merupakan sebahagian  dari program berjalan kaki. Bermula dari Dongdaemun, pelancong berjalan di sepanjang dinding kubu dan meneruskan ke taman dan muzium Naksan .




7- Upo Wetlands
Dikenali sebagai paya semula jadi terbesar di Korea Selatan, yang meliputi 5500 kilometer persegi, Upo Wetlands adalah tempat dimana 1000 spesies tumbuhan  dilindungi. Kerajaan menyenaraikan ianya adalah sebahagian daripada Senarai Ramsar Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa  . tempat ini telah dilindungi sejak 1998.





8-Andong Hahoe Village
Terkenal dengan pemeliharaan kebanyakan struktur asalnya, Andong Hahoe Village adalah kampung kaum yang paling ikonik di Korea Selatan yang telah menjadi tempat kelahiran untuk ahli agama dan bangsawan puak Yu sejak abad ke-16. Hari ini, ia kekal sebagai masyarakat satu puak yang telah dipulihara banyak tradisi.




9-Cheonjiyeon Falls
Dikenali sebagai sambungan langit dengan bumi, Cheonjiyeon Falls adalah laman legenda penduduk tempatan yang mempercayai  tujuh makhluk  turun dari syurga untuk mandi di kolam: Pada bulan Mei diadakan Festival sempena meraikan kepercayaan mereka.




10-Island Cheongsando
Walaupun Cheongsando bermaksud bermaksud 'Blue Mountain Island' namun keadaan sebenarnya ia dikelilingi  gunung yang menghijau, dan laut yang membiru. Cheongsando Island adalah sebahagian daripada pangkalan tentera bagi mencegah pencerebohan  warga asing. Namun kini, ia terkenal dengan penduduknya mengejar kehidupan yang sederhana, bagaikan 'Slow City' yang pertama di Asia.



Cantik kan??Sebenarnya ada banyak lagi tempat yang lebih cantik dan menarik di Korea terutamanya di Seoul. kalau korang teringin nak pergi Korea dengan bajet kecil boleh je ambik pakej murah ke Korea..Lebih murah dan selamat,Korang boleh hubungi no ni kalau berminat.
Hidayah : 010-2098918 | Sally : 013-6727520

sekian..

Tuesday, 22 September 2015

INILAH BANDAR PALING CANTIK DI KOREA

Assalamualaikum...

Saya memang teringin sangat nak ke Korea..
Walaupun sehabuk cakap Korea pun tak reti tapi
teringin juga nak merasa cuaca sejuk di korea tu..
Sambil jalan2 di bawah pokok sakura yang berbunga lebat.
Singgah pulak di satu restoran (dah tentu la halal) untuk
makan Japchae ( dah tentu yang halal)

Berangan tak payah bayar..Cukup kalau kita pandai menghayati angan2 tu memang
boleh la mengubati sedikit kehendak dan keinginan kita..ekekekk..
Apa yang best nya Korea tu??
Dah tentu la sebab negara mereka ada banyak tempat2 yang cantik
dan cuaca negara mereka yang tak sama macam negara kita.




Jadi la jamu sikit2..kang banyak2 tak suprise pulak..kan??
Nak tahu tak kat mana tempat yang cantik ni..?
Ini lah Busan..satu tempat di Korea yang sangt cantik dan tempat ni
juga ada tumpuan pelancong2 asing.
Ianya jadi tumpuan bukan sahaja kerana tempat ni cantik tapi juga kerana
Busan juga kerap diadakaan festival2 yang menarik.
Korang yang ada rancang nak ke korea boleh la ambik
Pakej Murah ke Seoul Korea 2017 .





Pernah tengok tak orang yang pergi melancong ke luar negara tapi
sibuk cari nasik lemak..nasik tandori..teh tarik..
Alamak..kalau gitu baik kau jangan pergi kesana.
setakat nak hirup angin je , kat sini pun ada angin..betul tak??ekkeekk
Kita mesti la nak rasa makanan diaorang jugak...(dah tentu la cari yang halal)..

ok la...jom ke Korea...


sekian..

Saturday, 17 January 2015

GAMBAR-GMBAR PERKAHWINAN PARK SHIN HYE DAN LEE JONG SUK - PINOCCHIO

Assalamualaikum..

Amaran: budak2 sekolah jangan nak tengok gambar2 ni ye..
kang tersampuk demam Kdrama ni..hahahah..
Dengar nya Drama Pinocchio ni dah tamat ye..??
saya belum tengok sampai habis lagi..
sebab tu tak tahu dah habis ke belum..

Eh!!yang kat siaran 393 tu belum tamat lagi tau..
Boleh tengok lagi..tunggu rabu dan khamis depan..
last2 sekali diaorang kawen...
dah tersebar pun gambar kawen diaorang nih..
Cantik dan sepadan la..












Siapa lagi yang  minat drama nih..??
makcik tahu ramai yang suka..
heheh..


Sekian...


Tuesday, 4 November 2014

WAJAH SELEPAS MELALUI 15 KALI PEMBEDAHAN PLASTIK

Assalamualaikum..


Kalau di korea sana pembedahan plastik bukan benda asing.
try la jalan2 sekitar bandar-bandar besar di korea
kita mesti akan jumpa ada je orang yang berbalut kepala,,,
berbalut kat hidung..hehehe..
(bajet cam makcik pernah pi korea je..)


Bentuk badan dan kecantikan wajah menjadi satu penentu kualiti hidup mereka.
jadi tak hairan la pembedahan plastik menjadi pilihan wanita2 di sana.


Kim Bok Soon,wanita yang berusia 49 tahun ini kini hidup mengangur 
dan penuh penyesalan di sebabkan penampilan nya.
Awalnya dia datang ke sebuah saloon rmbut dan ternampak iklan 
pembedahan plastik.



Mengimpikan hidung yang cantik Kim menghubungi klinik tersebut
dan bersetuju melakukan pembedahan .


Dia sanggup membuat pinjaman dan mengeluarkan wang simpanan
sehingga dia menghabis kan hampir 30 juta won untuk 15 kali pembedahan.
Namun semakin lama wajah nya menjadi semakin teruk
dan ada kalanya dia sukar menutup mata dan mengawal hingusnya.


Dia mengambil tindakan apabila mengetahui pakar bedah tersebut sebenarnya
tidak mempunyai kelayakan .
dan kini selepas 5 tahun Kim yang telah bercerai kini
tinggal sendirian di sebuah flat dan hanya ditemani gambar-gambar lama
selepas dan sebelum pembedahan nya.

sekian..

Thursday, 20 December 2012

TARIAN GANGNAM STYLE BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN??

Assalamualaikum..

selamat malam semua..

Tarian gangnam style nampak agak santai.
tapi sebenarnya gerak tari sepeti menunggang kuda itu
memerlukan hentakan tubuh yang kuat...
Bagi mereka yang kurang berolah raga mungkin tarian
ini tidak sesuai untuk dipraktik kan.

Eamonn Kilbride yang beasal dari Uk
meninggal dunia selepas menari tarian gangnam Style.
lelaki berusia 46 tahun ini mengalami kegagalan jantung
akibat coronary artery atheroma dimana keadaan ini
disebabkan aktivity yang berat dan meletihkan.

Tidak lah sampai menghidari untuk
melakukan tarian ini.
cuma sebelum melakukan tarian ini atau apa2 aktiviti berat
pastikan kita tahu daya tubuh kita
dan mulakan dengan aktiviti memanaskan badan dahulu.

sekian..