Showing posts with label kisah teladan. Show all posts
Showing posts with label kisah teladan. Show all posts

Sunday, 22 July 2018

"SUSAH LA MAU BUAT 3 KERJA SEKARANG..SUDAH TUA.." - TUHAN HANTAR UNCLE SELVAM

Assalamualaikum...

Sampai sekarang saya masih percaya apa sahaja  yang terjadi pada kita adalah kerana Allah nak tunjuk kan sesuatu pada kita . Sama ada perpisahan dan pertemuan.

Kita mungkin diuji dengan dipertemukan dengan seseorang yang akan mengejar kita tentang erti bersyukur..Tentang pengorbanan dan juga tanggungjawab. Tapi bagaimana cara kita menghadapi dan menerima ujian tersebut.??

Saya kongsikan satu kisah yang diceritakan oleh saudara Afiq Alim yang bertemu dengan seorang penjual aiskrim bernama uncle Selvam.Semoga kita ni memberi manfaat pada kita.


TUHAN HANTAR UNCLE SELVAM


"Aku belok slow je keluar simpang
Dari jauh aku perasan sorang uncle jual aiskrim
Parking boleh tahan tengah jalan la jugak

Bila dekat baru aku perasan 
Uncle ni terlelap atas motor dia
Enjin masih hidup




Aku faham perasan uncle ni
Dulu masa aku selalu ulang alik KL-JB atas urusan kerja pun,
Kalau dah ngantok
Kau nampak signboard RnR tu macam jumpa Nora Danish

Exit lorong. Parking. Tarik handbreak. 
Duduk tegak macam tu je lelap 1 jam bai.haha


"Uncle, mau beli aiskrim"

Dia terjaga
Merah mata dia

"Ngantok ka uncle? Berhenti tido dulu. Jangan bawak motor"

Dia senyum macam malu aku nampak dia terlelap kot

"Sudah tido la bawak moto. Malam pun kerja. Pagi hantar paper"

"Rest dulu uncle. Bahaya parking sini"
Aku pesan


Aku turun dari kereta
Aku berdiri belakang dia
Berbekal pengalaman selalu pergi thai masat
Aku urut tengkuk dia & belakang badan dia
Kasi segar

"Sana ada busstop tu uncle. U jalan sikit. I massage u kasi boleh bawak motor sampai sana"


Tersengih sengih Uncle Selvam kena urut
Dia hulur aku aiskrim lime vanilla




"Thank you thank you hehe. Sekarang saya sana parking.

Susahla mau buat 3 kerja sekarang. Duit tak cukup. Sudah tua"


Sambil aku karate belakang dia, aku kata
"Ini hari I doa sama Tuhan kasi u sihat & kuat. Kasi duit cukup"

Dia toleh belakang
Pandang muka aku
Senyum. Mata masih merah


Uncle Selvam adalah ingatan Tuhan hantar dekat aku hari ni

The struggle is real
Be nice to everyone 
Because we dont know their struggle "- Afiq Alim

Berbuat baik lah sesama manusia tak kira la walaupun kita ni berbeza warna kulit dan agama. Tak rugi pun buat baik dengan orang ni.Kita tak tahu apa kesusahan yang dialami oleh orang lain. Jadi saling lah menjaga hati dan berbuat baik..

sekian...

Monday, 13 April 2015

ABIB KONGSI KISAH PERJALANAN HIDUP PENGASAS JAMU MAK DARA

Assalamualaikum...




Siapa tak kenal pengasas jamu Mak Dara  yang memang dah terkenal ni..
tapi ramai yang tak tahu kesengsaraan yang dilalui
Puan Halimah Shuib ni untuk membesarkan anak2 nya dan memulakan
perniagaan nya sendiri..

kalau kawan2 nak tahu kisah hidup Puan Halimah bersama anak nya Abib
kawan2 boleh follow IG Abib ni..  @abibjmd
Abib ada berkongsi kisah hidupnya masa kecil
bersama ibu nya.
Saya tak sangka macam-macam kesusahan yang dialami Puan Halimah.
lagi2 bila rumahnya di jual oleh suaminya sendiri,
pembantu rumah yang menjadi punca kemusnahan rumahtangga nya.
dan sampai satu tahap mereka menggeledah tong sampah untuk cari makanan.



Siapa nak baca kisah ni kena baca dari mula..
boleh klik link ini untuk episod satu..
(https://instagram.com/p/0gvRKOslvA/?taken-by=abibjmd)
kalau dibuat drama atau filem ni
memang boleh nangis siapa yang menonton..

selamat membaca dan semoga kisah ini menjadi pengajaran berguna untuk kita..
kadang2 kita ni susah sikit je dah putus asa..
dah tak mau buat,nak bunuh diri..
padahal kesusahan yang kita alami tu sebenarnya jalan untuk
kita mencapai kejayaan di masa depan..


sekian..



Thursday, 16 October 2014

GAMBAR: PADAH TIDUR DENGAN SUAMI ORANG

Assalamualaikum...



Ini lah yang terjadi bila wanita bergabung tenaga..heheh..
Yin Yao Li di serang 4 wanita dan salah seorang nya adalah isteri kepada lelaki yang di tiduri nya,Wanita tersebut bukan sahaja dipukul malah dia juga di heret dan dilucutkan pakaian nya.


Ramai yang melihat kejadian tersebutnamuan apa bila mengetahui apa yang wanita tersebut lakukan mereka merasakan wanita tersebut layak diperlakukan begitu..


Sehingga lah Yoa Li merayu seseorang untuk menguhubungi ambulan,baru lah dia dilepaskan dan mendapat rawatan akibat mengalami kecederaan dan trauma.


Wanita yang membantu Yoa Li mengubungi ambulan berkata mereka yang hanya mmemerhatikan apa yang terjadi adalah manusia yang mengalami masalah  hati.


kesian kan??patutnya dsi isteri tu pi berdepan dengan suami nya...bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi..

sekian..


Saturday, 3 December 2011

SYUKUR MEREKA ADA...

Satu Petang hujan renyai2...
tiba2...

"Assalamualaikum....Assalamualaikum..."

waalaikumsalam...

"makcik..saya nak kutip derma boleh ??untuk madrasah ********"

"tak de2...pergi sana.."

Kemudian keluar suami makcik ke pintu pagar..

Pakcik:kenapa nak??nak apa??

Anak muda:saya dari madrasah ******.datang nak kutip derma..

Pakcik:o...nah seratus...

Anak muda:terima kasih pakcik.semoga Allah memberkati hidup pakcik sekeluarga.

kat dalam rumah..

Makcik:kenapa awak bagi banyak sangat kat budak tu..entah ye entah tidak untuk madrasah..

pakcik:Tak pe la..bila kita bersedekah ni tak baik bila disertakan dengan syak wasangka..lagipun kalau takde anak2 muda di sekolah madrasah tu siapa la yang nak mengaji dan berdoa siang malam kat negara kita ni??kalau tak de mereka makin kurang la alunan2 bacaan ayat al-quran.bersyukur la untuk itu semua.


sekian..

Sunday, 28 August 2011

HIDUP BUKAN UNTUK MEMBUNUH

Assalamualaikum...

Suatu hari Ibrahim Bin Adnan ,raja negeri Balkh pergi berburu dengan pengikut-pengikutnya.ketika mengejar seekor rusa yang cantik dia terpisah dari pengikut2 nya lalu sesat didalam hutan..disitu dia terdengar satu suara.."ibrahim...jaga lah sebelum nyawa mu bercerai dari badan.."

Suara itu kedengaran berulang-ulang.ibrahim berasa takut dan rebah pengsan.apabila sedar semula dilihatnya rusa itu ada berhampiran nya.lantas dia bangun dan terus memanah rusa tersebut.

Belum sempat dia melepaskan anak panah,tiba2 rusa tersebut menghampirinya dan berkata.."aku hendak memburumu..bukan aku yang kau buru..engkau tidak boleh mebunuh aku dan yang lain2..adakah Allah menjadikan kamu untuk apa yang engkau lakukan ini?tidakkah ada pekerjaan lain untuk engkau lakukan??

kata2 rusa tersebut dapat didengari oleh pengikut2 ibrahim.mereka mula berasa takut.iman mula bertambah tebal dan airmata penyesalan mengalir membasahi pakaian ibrahim.dia terus bertaubat ,terasa selama ini dia telah mensia-siakan hidupnya..\

sekian...

sumber:cerita serta doa

Tuesday, 24 May 2011

suami menganiaya isteri.

Assalamualaikum...

selamat tengah hari..nak makan dah ni..
makan kenyang2 na?pastu satgi mengantuk.
heheh...

nak cerita kat korang pengalaman aku
berdepan dengan sepasang suami isteri ni..
bukan nak cerita masalah rumahtangga orang
cuma apa yang aku sampaikan ni
harap jadi pengajaran untuk kita..

pasangan suami isteri ni dah kawen lama.
anak 2 orang.yang sulung umur 8 tahun dan
yang kecik sekali umur 3 tahun masa kejadian..
sikap suami dia ni yang menjengkel kan.
bercakap dengan isteri kasar je..
isteri cakap baik2 tapi dia "bodoh2" kan aje bini dia.
walaupun depan orang..

isteri dia pun kerja jugak.
membantu jugak dalam urusan kewangan keluarga.
tapi pelik kenapa suami dia macam tu..
rupa2nya si suami ni ada perempuan lain.

oleh sebab dah kemaruk sangat dengan gepren nya
dia pun fitnah bini dia sendiri.
dia cerita kat orang
isteri dia ada hubungan sulit dengan warga asing kat
tempat kerja..lepas tu dia ceraikan bini dia.
isterinya pun dah habis merayu bawak la anak2 yang
masih kecik tu keluar dari rumah.

Bila dia nak kawen dengan gepren dia tu,
dia tak bagitau pun kat keluarga pompuan tu yang dia duda.
perempuan tu pun tak tahu..
awal2 dulu masa dia kenal pompuan tu,
sebab nak kan simpati pompuan tu
dia bagitau kat pompuan tu yang dia sakit barah otak.
mula2 simpati lepas tu jatuh cinta la..

lepas tu depa pun bertunang.
entah macam mana rahsia yang dia tu duda terbongkar la.
ayah dan abang2 pompuan ni marah la.
siap bawak parang nak tetak dia.
kelurga pompuan tu kata..
"mujuq hang ada penyakit ja.kalau dak aku tetak dah hang ni.."

orang terkejut la dengar..
bila masa pulak lelaki ni ada penyakit..
sekali lagi pembohongan terkantoi...

putus terus pertunangan nya...
hidup la dia di dalam kemaluan seumur hidup..:p
malu kat orang kampung oi...

pengajaran nya..
jangan la kerana nafsu kita sanggup
tinggalkan apa yang sedia sempurna untuk kita.
jangan hidup dalam penipuan dan menganiaya orang.
tak baikkkkkkkk....

sekian..

Tuesday, 3 May 2011

Memuja bila terang

Assalamualaikum...

terima kasih pada semua yang komen2 ye..
buat masa ni aku tak dapat balas komen..
sangat sibuk dan tambah dengan broadband yang slow sikit sekarang ni..
tapi jangan risau,semua komen korang aku baca..
broadband slow2 pun tetap boleh balas jejak tau..
maklum la..blogger tegar..hahahah

ok..nak cerita pasal satu cerita..:p
manusia ni macam2 ragam ..
yang miskin hina yang kaya..
macam entry aku sebelum ni..-link-

aku teringat cerita seorang kawan..cerita ni bermula dari tahun 1996...

Dia lelaki..dari keluarga susah.ayah tak de.yang ada cuma adik2 yang masih bersekolah dan emak yang hanya bekerja ambik upah menoreh getah kat kebun orang.sedara mara semuanye macam tak ambik peduli tentang keluarga dia.datang jenguk pun masa raya je.itu pun sekejap je sebab tak selesa rumahnya panas dan bilik air tak sempurna.

Habis sekolah dia kerja kat kedai runcit.kenal dengan seorang gadis cantik dan dari keluarga kaya.depa pun bercinta tapi malangnye hubungan depa ni ditentang habis habisan oleh si ayah gadis ni.bila dah dipujuk2 oleh keluarga,sigadis ni pun mintak putus la dari lelaki ni..semuanye sebab lelaki ni orang miskin..

Selepas 6 tahun iaitu tahun 2009 kawan aku ni dah buka stesen minyak kat kampung dia.yang kelakarnye sedara mara semua bukan main baik lagi.boleh kata tiap2 hujung minggu bertandang berkumpul kat umah mak dia.kawan2 yang dulu dia pernah mintak nak pinjam duit masa nak bayar yuran adik dia pun datang mengaku kawan padahal dulu mintak tolong tak pernah nye nak membantu..yang sigadis dulu pulak dah kawen pastu bercerai.kerap sangat telefon ajak keluar la,ajak datang makan2 kat umah dia la..katanye ayah dia jemput.memalukan betul!

Sekarang kawan aku tu dah kawen dengan orang perlis.ada anak 2.katanye bila dia ingat perangai manusia ni buat dia tersenyum dalam kemarahan..hahah..

korang pernah dengar lagu "bila purnama mengambang?"
liriknye lebih kurang..

"begitulah kehidupan..
bak purnama mengambang..memuja bila terang..
hilang bila dilindungi awan..
tak siapa lagi memandang..."


sekian..

Friday, 30 July 2010

entry wajib bace!!

Assalamualaikum..
kali ni ku nak citer kat korang satu citer yang best untuk wanita.bagi lelaki mungkin dia rase tak syok le nak layan.haha...

pada satu hari ade sorang suami yang pergi ke rumah Khalifah Umar Ibnul-Khatab.tujuan nye untuk mengadu masalah dia dengan isteri nya.dia nak citer la yang isteri dia suka marah2 dia dan meninggi kan suara.bile dia sampai je kat umah khalifah tu,dia pun nak bagi salam la.tapi tetibe je dia dengar isteri khalifah tu cakap meninggi suara dengan khalifah tu.

Dia pun tak jadi la nak bagi salam dan terus bepatah balik.tapi khalifah umar tau yang ade orang datang,cepat2 la dia buka pintu.dia pun tanya la si suami tadi ape tujuan datang.si suami kate la..'tak ade ape2'..khalifah kata lagi kalau tak ade ape2 buat ape datang.bagi tau la ape tujuan sebenar nye..

si suami tadi pun kata la..'sebenar nya saya datang nak mengadu kelakuan buruk isteri saye yang selalu meninggikan suara dengan saye.tapi saya mendapati tuan juga mengalami masalah yang sama dengan saya.
kemudian Khalifah tu berkata..
""wahai saudara ku,aku terpaksa menanggung semua itu kerana aku terhutang budi kepadanya.dia telah memasak makananku,membuat roti untuk ku,membasuh pakaian ku,menyusukan anak ku.padahal itu semua tidak wajib atasnya. dan dia juga menjaga harta ku,menjadi tempat kemesraan ku..dimana hatiku berasa tenang dan kerana itu aku terhindar dari perkara2 yang haram..bagaimana dapat aku menentang nya?jadi aku hanya bersabar dan memekakkan telinga saja""

si suami yang mendengar kata2 khalifah itu hanya terdiam dan berlalu pulang..

sekian..