Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Thursday, 9 May 2019

Suami Nak Isteri Hamil Cepat, Isteri carikan Calon Untuk Suami? [Kisah Benar]

Saya perasan banyak betul trafik masuk untuk baca artikel Mengandung lepas berurut yang Dhia tulis kat blog Magicalips tu. Dalam tu si Dhia tulis panjang lebar la petua nak cepat hamil untuk pasangan yang dah lama menanti cahaya mata.

Ok jangan keliru.

Saya Adzril dari blog adzril.com yang selalu kongsi pasal percutian ke Sabah dan simkad Onexox.
Perasaan gembira dapat zuriat patut dirasai oleh semua orang.

Wednesday, 27 September 2017

3 TANDA GULA DALAM DARAH TINGGI

Assalamualaikum..

3 TANDA GULA DALAM DARAH TINGGI Siapa suka makanan manis?Saya pun suka.Lagi-lagi kalau buah-buahan yang manis. terutamanya durian..Lepas makan banyak2 mula la menyesal sebab dalam durian ni tinggi juga kandungan gula nya.

Jangan ingat dalam buah tak ada gula tau. Sebab tu ada amalan diet yang pengamalnya tak boleh makan buah sebab ada gula.



Sebenarnya gula ni boleh la dikatakan sebagai pencetus selera makan kita,.Cuma bila diambil secara berlebihan ianya boleh membahayakan tubuh badan kita.,Bila badan rasa tak sedap tu, cepat2 la rujuk pada doktor korang.Risau kalau2 ada diabetis.

Kandungan gula dalam darah yang tinggi boleh kita dapat kenal pasti apabila kita ada 3 tanda ini. Ini yang paling biasa dialami oleh mereka yang ada kandungan gula tinggi dalam darah,.Jom semak..

1- Kerap merasa lapar.

Korang tahu tak rasanya bila asyik nak makan saja walaupun baru setengah jam tadi sudah makan..? Perasaan nak makan macam -macam..

Teringat je makanan apa pun terus rasa nak makan.Jika korang ada rasa macam ni cepat2 la rujuk pada doktor korang.

Buat pemeriksaan supaya kadar gula dalam darah boleh dikawal sebelum mengundang pelbagai penyakit .



2- kerap Merasa haus

Sama juga macam rasa lapar tadi..Adakah korang juga kerap berasa haus?

Tekak dan mulut berasa kering dan walaupun sudah minum tapi masih rasa haus. INi bermakna tubuh kita perlu di detoks.

Apa yang perlu korang buat ialah minum air putih dengan banyak  dan elak kan makanan dan  minuman yang mengandungi gula termasuk jus buah -buahan atau air detoks dari buah.


3-Kerap buang air kecil

Kerap buang air kecil adalah tanda yang baik kerana ketika ini racun dalam badan dibuang melalui air kencing.

Ketika kita buang air kecing  ini bermakna tubuh kita sedang berjuang membuang Segala lebihan gula dalam badan .

Tiga perkara diatas akan kerap korang alami bila kandungan gula dalam darah tinggi . Tapi mungkin juga ianya berlaku kerana masalah lain.Apa pun adalah lebih baik jika ianya dirujuk pada pakar kesihatan korang.

sekian..


Monday, 20 February 2017

SAKIT KEPALA DAN CARA MELEGAKAN NYA

Assalamualaikum..

Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala.??Sama tak macam iklan tu..Sakit kepala ni bukan kita boleh agak bila dia nak datang.Macam saya ni kurang tidur je terus kepala jadi berat macam bawak batu rasanya.Faktor usia mungkin.Sebab masa muda remaja dulu tak de pulak..hahahah..

Sakit kepala ada macam-macam jenis.Ianya bergantung kepada puncanya juga.Ada yang sebab stress, ada yang sebab penyakit dan ada juga disebabkan oleh pengambilan ubatan secara berlebihan atau bahan terlarang.Sakit nya juga berbeza tempat.Ada yang sakit kepala hanya dibahagian belakang, sakit kepala hingga ke sekitar muka dan sakit kepala sebelah 

Saya nak cerita sikit tentang jenis sakit kepala dan cara melegakan sakit kepala.Disebabkan gaya hidup kita sekarang yang banyak mempengaruhi tahap kesihatan kita saya percaya ramai dari kita yang kerap mengalami sakit kepala.Teringat masa saya dalam lingkungan usia 20an, masa ni saya paling kerap sakit kepala.Lagi picit lagi sakit.Ubat nya tidur saja..Saya petik dari laman web Brightside

sakit kepala ni ada 5 jenis...

1)sakit kepala akibat ketegangan 


Jenis sakit kepala ni yang paling ramai alami diseluruh dunia. Sekurang-kurangnya korang akan alami sakit kepala begini sekali seumur hidup.Kebiasaan nya sakit kepala ini dirasai disekitar dahi .Rasanya seperti ada benda menempel di bahagian dahi korang dengan ketat. Sakit kepala jenis ini boleh berlarutan dari pagi hingga ke petang.

Punca sakit kepala di sekitar dahi ini kebiasaan nya disebabkan terlalu letih, stress dan  kedudukan badan yang salah ketika tidur atau duduk.Apa yang korang boleh buat ialah mengambil ubat tahan sakit sekali sekala saja.Kerapkan menggerak kan bahu dan leher dan jangan terlalu kerap bekerja.Kita kan manusia perlukan rehat.Buang semua tekanan tu dengan bercuti dan dalam seminggu untuk sehari lupakan sekejap tentang kerja.


2)Sakit kepala akibat sinus


Sakit kepala akibat sinus kebiasaan di rasai dibahagian dahi dan seluruh wajah korang.Tapi tekanan yang paling dirasai adalah dibahagian kening dahi , hidung dan pipi.Sentuh pun akan buat ianya bertambah sakit.

Resdung bukan lah penyakit yang boleh diabaikan begitu sahaja.Ramai yang mengalami sakit kepala tak tahu yang diri mereka  mempunya penyakit resdung.Mereka sangkakan ianya hanya kerana letih.Kebiasaan nya mereka yang mengalami resdung mengalami alahan ketika sejuk dan berdebu.

Untuk sakit kepala ini antihistamin boleh membantu korang.Korang juga perlu dapatkan rawatan doktor supaya resdung korang tu dapat disembuhkan.


3-Migrain



Nak tahu bagaimana saya mengalami Vertigo?puncanya adalah migrain..Migrain berlaku apabila korang mengalami sakit kepala dibahagian muka hingga ke bahagian leher depan dan belakang.Korang boleh dapatkan ubat untuk migrain.Boleh dibeli di farmasi.Punca migrain adalah gaya hidup dan juga keturunan.

Jangan lupa banyak kan senaman.Dan itu lah yang saya amalkan.Takut terkena vertigo lagi buat saya ubah gaya hidup saya.Memang sejak saya bersenam dan aktif saya dah lama tak mengalami migrain.Korang pun tak kan nak jadikan migrain sebagai pusaka kot..kan??hahah..

Jika korang mengalami migrain , elak kan mata korang terdedah dengan cahaya, bunyi bising dan jangan banyak menggerak kan dan memicit kepala.Berehat dan rileks.Ianya akan melegakan migrain korang.

4-Sakit Kepala Cluster


Sakit kepala ini berlaku disekitar mata.Jarang-jarang yang mengalaminya Tapi sekali ia menyerang sakit nya memang tidak tertahan.Bagi yang mengalami nya mereka akan merasa nyeri diabahagian mata tapi dia boleh tangkap sampai ke leher dan muka.mereka juga akan kerap berpeluh, hidung dan mata berair , , mata nampak letih dan muka menjadi pucat.

Puncanya tidak diketahui namun jauhkan dari mengambil alkohol dan nikotin.Dapatkan rawatan doktor dengan segera.



5-Sakit kepala dibahagian kepala 


Kebanyakan mereka yang sakit kepala adalah kerana pengambilan alkohol yang berlebihan.Minum alkohol akan membuatkan saluran  darah menjadi kembang .Alkohol juga boleh menyebabkan badan kita kekurangan air dan dehidresi..Jika badan kekurangan air , dari sakit dibahagian kepala ianya melarat menjadi migrain.

Untuk mengurangkan kesakitan ambil ubat tahan sakit dan hentikan tabiat minum alkohol.

Semoga bermanfaat untuk semua..

Friday, 17 February 2017

CARA PALING BERKESAN UNTUK KURUSKAN BADAN

Assalamualaikum..



Minggu depan saya dah start diet untuk menguruskan badan .Kali ni betul2 punya minggu depan tau.Bukan main-main lagi.Dah terasa sangat badan makin gemuk sebab sebab lansung tak kawal makan.Kadang-kadang tengah malam pun boleh ajak suami keluar cari makan.hahahha..Mujur la saya ada jugak ambil produk kesihatan dan bersenam ..Cuma progres nya lambat la.Kalau disertakan dengan diet yang betul dah tentu lebih mudah nak kuruskan badan.

Ramai orang yang memang berimpikan bentuk badan yang cantik.Antara bahagian tubuh yang selalu mengganggu penampilan kita adalah lengan peha dan pipi.Walaupun badan kecil tapi bila pipi tembam kita akan rasa kita gemuk, begitu juga dengan lengan dan peha.Pinggan ramping tapi peha besar.Peha kecil lengan pulak besar.Jadi macam mana cara nak mengatasi masalah ni?Apakah cara paling berkesan untuk kuruskan  badan?



1-Senaman
Terdapat banyak senaman untuk mengecil kan atau membuang lemak-lemak di bahagian tertentu seperti pinggul, peha dan lengan.Video-video untuk senaman bahagian tertentu juga boleh korang tengok untuk memudahkan rutin korang.

Orang kata kalau nak bersenam kena ada kawan.Betul sangat tu..ianya juga sebagai menaik kan semangat kita.Kadang2 kita ni bila hari-hari bersenam sorang2 ada juga rasa malas tu.Tapi bila ada kawan, kita tengok kawan bersemangat nak bersenam automatik kita pun bersemangat juga.Kalau kita tengok kawan macam malas, kita naik kan semangat  dia..kalau dah tak de kawan sangat daftar je join Zumba.Dari tak de kawan terus ada ramai kawan yang sama impian dengan kita.



2- Kawal makan
Semuanya bermula dari perut.Kalau makan tak kawal, sumbat je apa yang ada depan mata,kita bersenam pun berat tak turun-turun..besar tu jugak.Untuk remaja pada usia muda ini lah apa yang korang makan  itu lah yang akan menentukan bentuk badan korang.Tabiat makan ni kalau tak dimulakan dari awal agak susah nak ubah bila dah mencecah usia lebih 25..Sebab dah terbiasa makan banyak sejak dari remaja.
-Ketahui tentang jumlah kalori makanan
Bukan tak boleh makan banyak tapi tengok juga apa yang kita makan.Jangan ambil makanan ringan, makanan segera , makanan yang mengandungi gula garam yang tinggi dan kawal pengambilan kabohidrat.
-Makan sedikit-sedikit
Makan sedikit-sedikit akan tetapi kerap membuatkan perut lebih cepat kenyang.Ini juga supaya kita perut kita belajar untuk menerima makanan sedikit-sedikit.cara ni juga buat kita lebih tahu berapa jumlah makanan yang kita ambil.
-jangan makan malam
Makan lah 4 - 6 jam sebelum tidur kerana jika kita makan dan terus tidur apa yang kita makan akan menjadi lemak dan perut kita juga akan buncit.



3-Kuatkan semangat untuk kurus.
Kita nak gemuk pun ambil masa bertahun-tahun..sama juga kalau kita nak kurus..Dah tentu akan ambil masa yang lama jugak.Kuat kan semangat dalam diri, terus berusaha dan siap kan dalam minda yang kita boleh melakukan nya,Bukan saja untuk menutup mulut-mulut jahat yang memandang sinis dengan usaha kita  tapi untuk diri kita dan orang-orang yang sangat kita sayangi.

semoga berjaya...


sekian..


Thursday, 10 November 2016

INI RUPANYA PUNCA KENAPA SAYA KERAP RASA SAKIT BAHU DAN BELAKANG

Assalamualaikum..



Dulu masa saya gemuk, tak mampu nak duduk silang kaki.Cemburu la juga bila tengok kawan-kawan selamba je silangkan kaki tapi kita nak angkat kaki pun tak boleh sebab peha besar dan berat..Tapi sejak dah kurang 5-6 inci ni dapat la silang-silang kaki..Kejap kanak kejap kiri dah macam melibas lalat pulak..hahahah..Sekarang ni dah jadi kebiasaan  bila duduk je terus silangkan kaki.Rasa macam jadi cantik je bila duduk silang kaki ni kan??Nampak kewanitaan sangat..kahkahkah..

Tapi tahu tak sebenarnya ada kesan buruk bila kita duduk sambil bersilang kaki .Ianya memberi kesan keatas saraf kaki kita.Nak tahu apa kesan buruk nya/:-

1- Jika kita menyilangkan kaki terlalu lama  saraf dibahagian kaki akan menekan otot dibahagian lutut dan bawah kaki.Ianya akan menyebabkan kaki kita kebas kerana aliran darah yang tidak lancar

2-Duduk silang kaki juga akan menyebabkan kita kana mengalami lumpuh sementara.Walaupun ianya hanya sementara tapi ianya akan buat kita tidak selesa .Kajian dari pakar di Korea Selatan  mengatakan kelumpuhan semenatara adalah disebabkan duduk diatas kaki.

3-Pada tahun 2010 ada kajian mendapati  duduk menyilangkan kaki boleh meningkatkan tekanan darah. manakala  duduk dengan kaki lurus dan santai boleh menurunkan tekanan darah .

4-Tekanan pada saraf otot kaki, boleh menyebabkan  varises otot. Karena aliran darah tidak lancar dan ada tekanan di otot di beberapa bagian, bisa menyebabkan munculnya otot ke permukaan.

5-sering menyilangkan kaki menyebabkan ianya menarik otot saraf  tulang belakang dan menyebabkan bongkok. Bahu akan ke depan dan kita  akan merasa sakit pada bahu, punggung dan bagian bawah. tubuh juga berada dalam keadaan tidak seimbang untuk menampung berat tubuh kita .

Saya rasa saya dah rasa yang no 5 tu tau..Sebab saya selalu sakit dari bahu sampai ke belakang.Lepas ni kena ubah cara duduk .semoga bermanfaat untuk semua..

sekian..