Showing posts with label kereta cikgu dicalar dengan perkataan babi. Show all posts
Showing posts with label kereta cikgu dicalar dengan perkataan babi. Show all posts

Monday, 23 November 2015

BETUL KE GURU YANG PENYAYANG AKAN BUAT ANAK MURID SAYANG?

Assalamualaikum...



Kesian betul kat cikgu yang keretanya dicalarkan
dengan perkataan "babi" dipercayai dilakukan oleh anak murid nya.
Kejadian berlaku di hujung2 seisi persekolahan pulak tu.
Dah tentu cikgu nya rasa sedih..
Sedih dengan sikap anak murid dan sedih berapa pulak nak kena
labur untuk hilangkan perkataan "babi " dikeretanya tu..
Calar di kereta boleh hilang tapi calar dan luka di hati sampai
bila2 akan terkesan.
Harap2 cikgu tu dapat la memaafkan anak murid nya.
Takut anak muridnya tu bebal sampai tua sebab ilmu tak boleh masuk
gara-gara derhaka kat guru.

Selalunya guru yang macam mana yang akan jadi sasaran anak murid macam ni ye?
dah tentu kita akan kata , cikgu ni mesti garang sangat sampai anak murid benci..
mesti cikgu ni ada buat apa2 yang buruk pada anak murid.
mesti cikgu ni begitu begini..dan sebagainya..

Saya terbaca satu komen ni..



Dah nama pun cikgu..
Tanggungjawab dia untuk menegur anak murid dia.
kalau dia nampak benda tak elok yang anak murid dia buat,
tapi dia diam kan saja, itulah cikgu yang paling teruk di dunia.
Dia datang sekolah semata2 sebab nak gaji je.

Bukan semua anak murid suka kelakuan jahatnya di tegur.
Boleh dikatakan ramai nak murid yang tak suka cikgu tegur salah dia.
tak kira lah cikgu tu tegur dengan cara baik atau kasar.
Dia akan anggap cikgu tu penyibuk dan mengganggu dia je.

Kalau dapat anak murid yang baik,
cikgu layan dia penuh mesra , boleh gurau2,
memang dia pun akan sayang cikgu dia tak kira cikgu marah ke tidak.
yang ni dalam 20 % je..

Tapi kalau dapat yang jenis ketegaq,
time cikgu gelak2, buat lawak.. dia suka..
tapi time tegur salah dia terus sentap.
terus cikgu tu masuk dalam senarai cikgu paling dibenci.

Saya pun pernah sekolah..
saya bercampur dengan kawan2 yang baik dengan cikgu
dan kawan2 yang meluat kat cikgu..
saya nampak semua ni dalam diri mereka.

kadang2 saya pun heran..
cikgu ni punya la baik, tapi kenapa ada murid yang
boleh gelar cikgu tu dengan gelaran yang tak baik..
Rupanya sebab cikgu tu pernah tegur salah dia je.

Jadi..pendapat saya..
Tak semestinya cikgu yang baik dan penyayang tu
anak murid akan sayang..

Apa pun kesian kat cikgu ni..kan??
lepas ni cikgu2 pi sekolah bawak basikal je la..
kalau anak murid rosak kan  basikal tak la mahal kos nak baiki nya..
kereta simpan kat rumah..jaga baik2..
nak tips jaga kereta..ni ha!!klik kat sini..
tips jaga kereta supaya sentiasa dalam keadaan tip top!!

sekian..