Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Friday, 9 September 2016

ORANG HEBAT PUN ADA KEKURANGAN DAN KELEMAHAN..MAAFKAN JE LA..

Assalamualaikum...

Siapa nak booking slot review boleh pm ye..Nanti bagitau tarikh bila awak nak..Sampai masa saya pm awak semula..



Cakap pasal booking slot review atau banner iklan ni , Percaya tak ada orang yang punya kelemahan diri iaitu susah nak menunaikan janji..

Bila bercakap tentang janji nak cerita tentang satu perkara ni..Sejak saya menulis review ni saya kerap kali dihubungi mereka-mereka yang popular, hebat dalam bidang perniagaan  dan bidang masing-masing, bila update status di laman sosial kerap memotivasikan orang lain , dalam dunia blog dia la juara, bila berkata2 memang bersemangat orang yang mendengar dan membaca..tapi bila bab janji ni memang tak boleh pakai..

"saya nak booking tarikh review..5hb ni saya bayar"

"saya nak banner tu ye kak..minggu depan saya bayar.."

"Nanti petang ni saya bayar.."

Percaya lah..Sumpah!!saya tak pernah percaya dengan janji2 macam ni walau betapa hebat dan besarnya status orang tu.

Bagi saya tindakan lebih bermakna dari kata-kata.Tapi saya tak ambik hati pun benda macam ni.Awal2 dulu memang terkilan juga bila janji tinggal janji..tapi sekarang saya biarkan je..

Senyap sunyi !!tak de kata maaf, tak de nak hubungi saya cakap "o..saya tak jadi ambil la.."

Tapi bila dah lama2 dah biasa saya mula terfikir yang kita semua ni sama saja.KIta hanya insan biasa yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan.


Kau hebat berniaga ke,kau hebat menulis blog ke, peminat kau ramai, kau punya pengikut beribu ke, yang pasti nya kau pun sama je macam orang lain.penuh kekurangan... Mungkir janji,   tak de adab, suka pandang rendah pada orang2 biasa macam saya dan tak tahu nak fikir tentang kesulitan orang lain...

yang pelik nya seller yang kecik2 ni kalau tak jadi nak ambik iklan ke apa terus hubungi saya bagi tau tak dapat bayar, minta maaf bagai...Tapi tak pe..jangan risau saya sentiasa memaafkan orang2 macam ni.Tak kira la dia minta maaf ke tidak.

Sebab itu saya nak pesan ni kalau menyanjungi orang jangan berlebih-lebih..kalau percaya kat orang , jangan 100%, ada had2 nya..Jangan sampai kita rasa bila dia hebat dalam satu perkara maknanya orang tu dah cukup sempurna sebab semua orang ada kelemahan.

Saya pun ada kelemahan.Saya punya sikap pelupa memang tak tahu saya nak atasi macam mana..Tulis kat kertas apa nak buat , lepas tu kertas tu pulak hilang entah kat mana saya letak pun saya boleh lupa...

yang penting saling memaafkan dan tolong faham yang orang lain pun ada kekurangan sama macam kita.Selalu yang kita kecewa ni sebab kita letak kan harapan tinggi sangat kat orang yang kita sanjung tu.

sekian..

Friday, 29 July 2016

TUGAS MAK BUKAN LAGI DI DAPUR

Assalamualaikum...



Tak de perancangan dalam masa terdekat ni nak balik ke kampung.Jadi tak de pulak rancang nak masak apa untuk mak ni..Saya kadang2 tu nak cuba buat macam2 resepi baru yang saya percaya mak saya beklum pernah rasa.tapi kadang2 tak sempat..kesian kat mak..

Selalu saya baca, dengar tengok bila anak cucu balik ke kampung mula la si mak tu masak itu masak ini untuk anak cucu yang balik tu..tapi berbeza dengan keluarga saya..dari kakak sampai la ke adik2 kami ni bila balik kampung mak memang di larang memasak..mak kena dok goyang kaki baring2 depan tv .Dah siap masak baru bangun..heheh..

Kalau kami malas masak kita beli je la atau makan je kat luar.

Kesian kat mak kalau dia pulak masak untuk kami.Saya yang masak untuk berapa kerat orang dalam rumah ni pun sampai berpeluh kat dapur ni kan pulak nak suruh mak masak untuk kami anak beranak.

Ikut tekak kami ni memang tak pernah la rasa macam.." teringin nak makan gulai mak masak.."memang tak de..Sebab kami faham tak sepatutnya kami susahkan mak walaupun benda tu "ala..benda senang je tu.."

pernah saya duduk berpantang lepas bersalin di rumah mak.Dia gorengkan ikan masin, masak nasik awal pagi sebelum pi kerja.Rasa macam menyusahkan pulak..Sebab tu saya lebih selesa berpantang bersalin kat rumah sendiri..

kami adik beradik dah diajar memasak sejak kecil lagi.Macam mana mak masak macam tu la kami masak.Jadi tak de timbul soal teringin nak rasa masakan mak.sebab dia dah ajar semuanya.

*jangan silap masuk bahan kalau mak tengah buat spotcheck kat dapur time kita memasak.. :)

sekian...

Saturday, 16 July 2016

INGAT TAK WAJAH PELAKON - PELAKON CILIK NI?BAGAIMANA RUPA MEREKA SEKARANG?

Assalamualaikum..



Saya seorang penggemar filem-filem Hindi.
Antara yang paling saya suka ialah Filem Dilwale Dulhaniya Le Jayenge.
Filem lakonan hebat Shahrukh Khan dan Kajol.
Dalam filem ni Kajol ada seorang adik yang digelar Chutki.
Watak Chutki dipegang oleh Pooja Ruparel

Sorang lagi pelakon cilik yang membintangi filem
kabhi Kushi kabhi Gham yang memegang watak Krish..
Watak Krish di pegang oleh Jibraan Khan.

Tapi kan..Apa kabar la dua pelakon cilik ni..kan??
Sebab tak pernah tengok pun diaorang ni berlakon..
kalau nak  tahu ini lah wajah terbaru dua pelakon cilik ni..

Chutki - Dilwale Dulhaniya Le Jayenge

Krish- Kabhi Kushi Kabhi Gham
 Nak tengok gambar pelakon2 cilik yang lain , Jom kita tengok..

tak ingat nama watak nya tapi dia berlakon dalam Kuch Kuch Hota Hai

Pooo>>.,,Pooja- Kabhi Kushi kabhi Gham

Ihsaan- Taare Zameen Par . Dia sangat popular dia diindia sekarang..best kan filem ni..

Anjali - Kuch Kuch Hota Hai

Anjali yang paling cantik...

sekian...

INGAT TAK WAJAH PELAKON - PELAKON CILIK NI?BAGAIMANA RUPA MEREKA SEKARANG?

Assalamualaikum..



Saya seorang penggemar filem-filem Hindi.
Antara yang paling saya suka ialah Filem Dilwale Dulhaniya Le Jayenge.
Filem lakonan hebat Shahrukh Khan dan Kajol.
Dalam filem ni Kajol ada seorang adik yang digelar Chutki.
Watak Chutki dipegang oleh Pooja Ruparel

Sorang lagi pelakon cilik yang membintangi filem
kabhi Kushi kabhi Gham yang memegang watak Krish..
Watak Krish di pegang oleh Jibraan Khan.

Tapi kan..Apa kabar la dua pelakon cilik ni..kan??
Sebab tak pernah tengok pun diaorang ni berlakon..
kalau nak  tahu ini lah wajah terbaru dua pelakon cilik ni..

Chutki - Dilwale Dulhaniya Le Jayenge

Krish- Kabhi Kushi Kabhi Gham
 Nak tengok gambar pelakon2 cilik yang lain , Jom kita tengok..

ak ingat nama watak nya tapi dia berlakon dalam Kuch Kuch Hota Hai

Pooo>>.,,Pooja- Kabhi Kushi kabhi Gham

Ihsaan- Taare Zameen Par . Dia sangat popular dia diindia sekarang..best kan filem ni..

Anjali - Kuch Kuch Hota Hai

Anjali yang paling cantik...

sekian...

Wednesday, 11 May 2016

PAGAR RUMAH DILEMPAR NAJIS KUCING GARA-GARA BERI MAKAN KUCING TERBIAR

Assalamualaikum...



Beberapa hari lepas saya terbaca status dari blogger  Lekat lekit yang menerima surat peringatan tentang  larangan membela kucing sedangkan dia tak pernah bela kucing.Dia cuma bagi bagi kucing terbiar di sekitar bangunan kediaman nya makan sahaja.tu pun bukan kat kawasan rumah penghuni lain..

Kesian bila difikir2kan balik..lepas ni siapa yang nak bagi kucing2 tu makan kalau dah bagi makan pun tak boleh?yang besar2 tu mungkin boleh cari makan sendiri tapi yang kecil2 tu, yang mengandung , yang baru berank, cemana pulak?

Bila baca kisah tersebut saya teringan kejadian 11 tahun lepas.Waktu tu saya selalu bagi makan kucing yang terbiar dikawasan rumah saya.'.Saya cuma beli makanan dan letak kan di luar rumah.mana2 kucing yang lapar, akan singgah makan..kacang2 saya belikan ikan dan letak je depan rumah..Memang habis diaorang makan..

Tapi dalam tak sedar ada mata yang tak senang dengan apa yang saya buat.Mungkin kehadiran kucing2 tu buat diaorang tak selesa.Pernah satu pagi saya buka pintu terbau najis kucing kuat sangat.Saya jalan ke depan pagar nampak plastik warna biru.makin dekat makin kuat bau nya.Bila diperiksa rupanya najis kucing.
Kat pagar tu memang penuh la dengan najis kucing.Entah cemna dia boleh buat macam tu sekali.

Marah memag la marah lagi2 kita tahu siapa punya kerja.Saya pun tak faham kat sini satu bangsa tu memang tak suka kucing.kebanyakan rumah diaorang bela anjing je.Susah nak tengok diaorang bela kucing.Jadi tak heran la kalau diaorang layan saya yang suka kucing ni macam tu.

Tapi sekarang dah tak de dah orang tu..dah meninggal..Senang makcik nak bela kucing lepas dia tak de..


sekian..