Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Friday, 9 September 2016

ORANG HEBAT PUN ADA KEKURANGAN DAN KELEMAHAN..MAAFKAN JE LA..

Assalamualaikum...

Siapa nak booking slot review boleh pm ye..Nanti bagitau tarikh bila awak nak..Sampai masa saya pm awak semula..



Cakap pasal booking slot review atau banner iklan ni , Percaya tak ada orang yang punya kelemahan diri iaitu susah nak menunaikan janji..

Bila bercakap tentang janji nak cerita tentang satu perkara ni..Sejak saya menulis review ni saya kerap kali dihubungi mereka-mereka yang popular, hebat dalam bidang perniagaan  dan bidang masing-masing, bila update status di laman sosial kerap memotivasikan orang lain , dalam dunia blog dia la juara, bila berkata2 memang bersemangat orang yang mendengar dan membaca..tapi bila bab janji ni memang tak boleh pakai..

"saya nak booking tarikh review..5hb ni saya bayar"

"saya nak banner tu ye kak..minggu depan saya bayar.."

"Nanti petang ni saya bayar.."

Percaya lah..Sumpah!!saya tak pernah percaya dengan janji2 macam ni walau betapa hebat dan besarnya status orang tu.

Bagi saya tindakan lebih bermakna dari kata-kata.Tapi saya tak ambik hati pun benda macam ni.Awal2 dulu memang terkilan juga bila janji tinggal janji..tapi sekarang saya biarkan je..

Senyap sunyi !!tak de kata maaf, tak de nak hubungi saya cakap "o..saya tak jadi ambil la.."

Tapi bila dah lama2 dah biasa saya mula terfikir yang kita semua ni sama saja.KIta hanya insan biasa yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan.


Kau hebat berniaga ke,kau hebat menulis blog ke, peminat kau ramai, kau punya pengikut beribu ke, yang pasti nya kau pun sama je macam orang lain.penuh kekurangan... Mungkir janji,   tak de adab, suka pandang rendah pada orang2 biasa macam saya dan tak tahu nak fikir tentang kesulitan orang lain...

yang pelik nya seller yang kecik2 ni kalau tak jadi nak ambik iklan ke apa terus hubungi saya bagi tau tak dapat bayar, minta maaf bagai...Tapi tak pe..jangan risau saya sentiasa memaafkan orang2 macam ni.Tak kira la dia minta maaf ke tidak.

Sebab itu saya nak pesan ni kalau menyanjungi orang jangan berlebih-lebih..kalau percaya kat orang , jangan 100%, ada had2 nya..Jangan sampai kita rasa bila dia hebat dalam satu perkara maknanya orang tu dah cukup sempurna sebab semua orang ada kelemahan.

Saya pun ada kelemahan.Saya punya sikap pelupa memang tak tahu saya nak atasi macam mana..Tulis kat kertas apa nak buat , lepas tu kertas tu pulak hilang entah kat mana saya letak pun saya boleh lupa...

yang penting saling memaafkan dan tolong faham yang orang lain pun ada kekurangan sama macam kita.Selalu yang kita kecewa ni sebab kita letak kan harapan tinggi sangat kat orang yang kita sanjung tu.

sekian..

Friday, 29 July 2016

TUGAS MAK BUKAN LAGI DI DAPUR

Assalamualaikum...



Tak de perancangan dalam masa terdekat ni nak balik ke kampung.Jadi tak de pulak rancang nak masak apa untuk mak ni..Saya kadang2 tu nak cuba buat macam2 resepi baru yang saya percaya mak saya beklum pernah rasa.tapi kadang2 tak sempat..kesian kat mak..

Selalu saya baca, dengar tengok bila anak cucu balik ke kampung mula la si mak tu masak itu masak ini untuk anak cucu yang balik tu..tapi berbeza dengan keluarga saya..dari kakak sampai la ke adik2 kami ni bila balik kampung mak memang di larang memasak..mak kena dok goyang kaki baring2 depan tv .Dah siap masak baru bangun..heheh..

Kalau kami malas masak kita beli je la atau makan je kat luar.

Kesian kat mak kalau dia pulak masak untuk kami.Saya yang masak untuk berapa kerat orang dalam rumah ni pun sampai berpeluh kat dapur ni kan pulak nak suruh mak masak untuk kami anak beranak.

Ikut tekak kami ni memang tak pernah la rasa macam.." teringin nak makan gulai mak masak.."memang tak de..Sebab kami faham tak sepatutnya kami susahkan mak walaupun benda tu "ala..benda senang je tu.."

pernah saya duduk berpantang lepas bersalin di rumah mak.Dia gorengkan ikan masin, masak nasik awal pagi sebelum pi kerja.Rasa macam menyusahkan pulak..Sebab tu saya lebih selesa berpantang bersalin kat rumah sendiri..

kami adik beradik dah diajar memasak sejak kecil lagi.Macam mana mak masak macam tu la kami masak.Jadi tak de timbul soal teringin nak rasa masakan mak.sebab dia dah ajar semuanya.

*jangan silap masuk bahan kalau mak tengah buat spotcheck kat dapur time kita memasak.. :)

sekian...

Saturday, 16 July 2016

INGAT TAK WAJAH PELAKON - PELAKON CILIK NI?BAGAIMANA RUPA MEREKA SEKARANG?

Assalamualaikum..



Saya seorang penggemar filem-filem Hindi.
Antara yang paling saya suka ialah Filem Dilwale Dulhaniya Le Jayenge.
Filem lakonan hebat Shahrukh Khan dan Kajol.
Dalam filem ni Kajol ada seorang adik yang digelar Chutki.
Watak Chutki dipegang oleh Pooja Ruparel

Sorang lagi pelakon cilik yang membintangi filem
kabhi Kushi kabhi Gham yang memegang watak Krish..
Watak Krish di pegang oleh Jibraan Khan.

Tapi kan..Apa kabar la dua pelakon cilik ni..kan??
Sebab tak pernah tengok pun diaorang ni berlakon..
kalau nak  tahu ini lah wajah terbaru dua pelakon cilik ni..

Chutki - Dilwale Dulhaniya Le Jayenge

Krish- Kabhi Kushi Kabhi Gham
 Nak tengok gambar pelakon2 cilik yang lain , Jom kita tengok..

tak ingat nama watak nya tapi dia berlakon dalam Kuch Kuch Hota Hai

Pooo>>.,,Pooja- Kabhi Kushi kabhi Gham

Ihsaan- Taare Zameen Par . Dia sangat popular dia diindia sekarang..best kan filem ni..

Anjali - Kuch Kuch Hota Hai

Anjali yang paling cantik...

sekian...

INGAT TAK WAJAH PELAKON - PELAKON CILIK NI?BAGAIMANA RUPA MEREKA SEKARANG?

Assalamualaikum..



Saya seorang penggemar filem-filem Hindi.
Antara yang paling saya suka ialah Filem Dilwale Dulhaniya Le Jayenge.
Filem lakonan hebat Shahrukh Khan dan Kajol.
Dalam filem ni Kajol ada seorang adik yang digelar Chutki.
Watak Chutki dipegang oleh Pooja Ruparel

Sorang lagi pelakon cilik yang membintangi filem
kabhi Kushi kabhi Gham yang memegang watak Krish..
Watak Krish di pegang oleh Jibraan Khan.

Tapi kan..Apa kabar la dua pelakon cilik ni..kan??
Sebab tak pernah tengok pun diaorang ni berlakon..
kalau nak  tahu ini lah wajah terbaru dua pelakon cilik ni..

Chutki - Dilwale Dulhaniya Le Jayenge

Krish- Kabhi Kushi Kabhi Gham
 Nak tengok gambar pelakon2 cilik yang lain , Jom kita tengok..

ak ingat nama watak nya tapi dia berlakon dalam Kuch Kuch Hota Hai

Pooo>>.,,Pooja- Kabhi Kushi kabhi Gham

Ihsaan- Taare Zameen Par . Dia sangat popular dia diindia sekarang..best kan filem ni..

Anjali - Kuch Kuch Hota Hai

Anjali yang paling cantik...

sekian...

Wednesday, 11 May 2016

PAGAR RUMAH DILEMPAR NAJIS KUCING GARA-GARA BERI MAKAN KUCING TERBIAR

Assalamualaikum...



Beberapa hari lepas saya terbaca status dari blogger  Lekat lekit yang menerima surat peringatan tentang  larangan membela kucing sedangkan dia tak pernah bela kucing.Dia cuma bagi bagi kucing terbiar di sekitar bangunan kediaman nya makan sahaja.tu pun bukan kat kawasan rumah penghuni lain..

Kesian bila difikir2kan balik..lepas ni siapa yang nak bagi kucing2 tu makan kalau dah bagi makan pun tak boleh?yang besar2 tu mungkin boleh cari makan sendiri tapi yang kecil2 tu, yang mengandung , yang baru berank, cemana pulak?

Bila baca kisah tersebut saya teringan kejadian 11 tahun lepas.Waktu tu saya selalu bagi makan kucing yang terbiar dikawasan rumah saya.'.Saya cuma beli makanan dan letak kan di luar rumah.mana2 kucing yang lapar, akan singgah makan..kacang2 saya belikan ikan dan letak je depan rumah..Memang habis diaorang makan..

Tapi dalam tak sedar ada mata yang tak senang dengan apa yang saya buat.Mungkin kehadiran kucing2 tu buat diaorang tak selesa.Pernah satu pagi saya buka pintu terbau najis kucing kuat sangat.Saya jalan ke depan pagar nampak plastik warna biru.makin dekat makin kuat bau nya.Bila diperiksa rupanya najis kucing.
Kat pagar tu memang penuh la dengan najis kucing.Entah cemna dia boleh buat macam tu sekali.

Marah memag la marah lagi2 kita tahu siapa punya kerja.Saya pun tak faham kat sini satu bangsa tu memang tak suka kucing.kebanyakan rumah diaorang bela anjing je.Susah nak tengok diaorang bela kucing.Jadi tak heran la kalau diaorang layan saya yang suka kucing ni macam tu.

Tapi sekarang dah tak de dah orang tu..dah meninggal..Senang makcik nak bela kucing lepas dia tak de..


sekian..

Monday, 7 March 2016

2 HARI PUNYA CERITA.

Assalamualaikum...

Panas betul malam tadi..
Satu jam sekali terjaga dari tidur..memang tak nyenyak ..
Ingat tak pasal saya sakit gigi hari tu..
Saya dah cabut gigi yang sakit tu..cabut hari sabtu.
Tak tahan sangat sakitnya ,
Terus ajak suami pi llinik..
Lega betul rasa lepas cabut gigi

Gigi saya tu sebenarnya sakit sebab sensitif..
Patut la gusi je yang sakit..
Sebelum cabut tu doktor tanya sama ada saya nak atau tak
Buat rawatan akar..
Terus saya kata tak mau..heheh..

Bukan apa, kalau saya setuju tu
Bukan hari tu jugak gigi saya hilang sakit nya..
Dah tentu ambik masa..kan??
Jadi baik saya cabut je..

Suami saya kata..saya dah tua dah sebab dah
hilang 2 batang gigi..
Lepas tu start la dia dengan cerita2 waktu tua
nanti apa yang terjadi..
Saya pun buat la muka mengantuk , boring..
Hehehh...

2 hari ni saya langsung tak berlaman sosial..
Entah apa cerita la..
Ada apa2 cerita panas ke yang jadi viral sehari dua ni..
Nak belek2 fb jap ye..


Sekian..



Monday, 23 November 2015

KALAU DULU CUMA ADA SIARAN TV BERBAYAR MESTI SAYA TAK DAPAT TONTON TV

Assalamualaikum...



Masa saya kecik2 dulu saya selalu terfikir
kenapa la orang suka dengar radio..
sebab masa tu saya memang suka tengok tv berbanding radio..
jadi tv tu macam benda paling best la bagi saya..
kalau nak tahu saya rela tak de telefon bimbit berbanding tv tau..hahah

Bila saya baca artikel kat sini
tentang DTTV rasa macam cemburu pulak.
DTTV ni ialah tv digital.
Negara2 lain sudah lama ada DTTV ni.
Cuma di negara kita ni je baru nak dilancarkan beberapa bulan lagi..


Kalau nak tahu negara mana yang dah sekian lama
menggunakan DTTV ni boleh la baca kat sini.

Tapi pendapat saya la..
kalau la dari dulu tak de siaran percuma  dan yang ada cuma astro
memang tak merasa la saya ni tengok tv..
sebab nak makan pun tak cukup ni kan pulak
mak saya nak bayar untuk siaran tv..
heheh

Cakap pasal pelancaran DTTVdi malaysia  ni..
Kita kena ada set dekodar dia sendiri.
nanti baca lah kat sini cemana di berfungsi semua tu..
Sebab ikut yang saya faham, 
bila kita ada DTTV ni kita akan dapat semua siaran.
tak payah dah langgan astro..
Nanti baca la ye..kat sini..(KLik)



sekian..

Monday, 9 November 2015

MASA BARU-BARU KAHWIN DULU...

Assalamualaikum....

Rehat la hari ni dari berblog..
Baru sampai ke rumah ni..
Nak rehat2 la dulu...
Guling2...
Tengok tv mana2 rancangan yang terlepas dalam masa 2 hari ni..
ekekek...

Saya memang suka tonton televisyen..
Pernah dulu tv kat rumah saya ni rosak.
Masa mula2 kawen dulu.
Jadi suami saya pergi la hantar tv tu untuk dibaiki.
Sehari ok lagi..
Masuk hari kedua mula buat muka sedih..
macam ada masalah besar..
Padahal bosan tak de tv je..
Hahahhah..

Buruk betul perangai..
Ala ..lagipun masa tu baru kawen..
Tak berdosa pun kalau manja lebih2..
Hahahah...

Sampai sekarang kejadian tu jadi bahan suami saya
Untuk mengejek saya kalau bab2 tv ni.


Ok la...
malam nanti selesai semua kerja
saya update la sikit blog ni ye..

Sekian...

Friday, 29 May 2015

BINI DIA MEMANG MACAM TU...

Assalamualaikum...


Alhamdulillah...hari ni genap 10 tahun usia perkahwinan saya dan suami..
Doakan kami sekeluarga bahagia dan kekal bersama selamanya...





nampak tak bini dia balas cemana??
hahaahah...sabar je la ye...


sekian..

Thursday, 28 May 2015

PERTANDINGAN SIAPA PALING MISKIN

Assalamualaikum...



Zaman dulu kalau dah namanya dok kampung2 ni  mesti bukan orang senang,Lagi2 kampung terpencil nun.Walaupun time tu dia tak la susah mana pun tapi bila dah tua2 ni nak cerita kat anak cucu,dia akan kata " ayah dulu orang susah..."hehehh...

Malam2 waktu menonton Tv dengan anak2,saya dan suami biasanya akan bercerita macam2 kat anak.Biasanya pengalaman2 masa kecil dulu.Dan selalunya cerita pasal miskin la.Dah tentu2 ibu dengan ayah depa ni bukan anak orang kaya pun.jadi itu lah cerita yang diulang2 cuma isinya berbeza.



Tapi tu la..bila dah ibu bercakap,ayah pun tak mau kalah.nak Jugak cerita hal dia pada anak2.
kalau ibu kata , "ibu dulu kalau sarapan pagi ni,tak de la ayam ka,daging ka..makan je la nasi goreng kosong.kadang2 makan dengan kopok ikan je.."Bila ayah dengar,ayah pulak tambah.."ayah dulu lagi susah..kadang2 nasi tu makan dengan minyak ikan je.."

Dok berlawan cakap masing2 tak mau kalah nak tunjuk kat anak yang ibu ayah ni miskin.Dengan harapan anak2 lebih menghargai kehidupan..hahahha...Buruk betul perangai laki bini nih.



Pernah sekali ayah bercerita masa sekolah dulu dia tak pergi rombongan sekolah hanya sebab dia mabuk kenderaan."kalau tak sebab mabuk mesti ayah ikut ja rombongan sekolah tu.." Ibu dengar,ibu pulak mencelah.."untung la..tak pi sebab mabuk keta ja..kalau ibu dulu tak merasa la rombongan2 ni.nak pi bukan ada duit pun..""'hahhha..nampak??cerita paling miskin akan menang.

Belum masuk lagi bab permainan, bab pakaian, bab alatan sekolah..kalau orang lain dengar macam kami berdua ja la yang pernah hidup susah..hehehhe


sekian...


Friday, 17 April 2015

CARI DUIT DENGAN NIAT BANTU ORANG SUSAH


Assalamualaikum...

Pagi ni dah berniat Nak cari duit banyak2 dan nak kerapkan bersedekah.
terutamanya pada saudara mara yang kurang berkemampuan..
Dan jiran2 yang susah.

Cerita pasal orang susah ni,
saya nak cerita jugak la ringkas2 tentang saya
yang asalnya dari keluarga yang susah.

Masa sekolah rendah dulu memang muka
ni la yang selalu terima bantuan sekolah.
RMT, bantuan pakaian sekolah,
bantuan hari raya..banyak jugak la..

Terima kasih la untuk bantuan2 tersebut..
terima kasih untuk cikgu2
sekolah rendah saya dulu..
sekolah rendah Kampung Kota..Berus..
saya lupa dah nama cikgu2 tu..tapi muka saya
ingat lagi..hehheh
baru hari ni nak ucap terima kasih..
bertuah punya budak..

Ok..tu je la...
jom la carI duit dan berniat untuk
 bantu mereka yang memerlukan...

Sekian..








Wednesday, 11 February 2015

TERIMA KASIH SEMUA..

Assalamualaikum

Terima kasih pada yang pm , whatsapp, email bagai ucap takziah pada kami sekeluarga..Arwah Tokwan dah selamat dikebumikan..
semoga Tokwan tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman...

segala doa dan keprihat├Čnan kawan2 sanagt kami hargai..

Terima kasih..



Sekian...

Friday, 5 December 2014

SUAMI SAYA DAN KENANGAN NYA

Assalamualaikum...

Suami saya suka sangat simpan benda2 yang bagi kenangan pada dia..Berbeza sangat dengan saya yang "buang je la..buat apa simpan.."..Betapa tak best nya saya nih..kan??

Macam suami saya dia dari awal kawen dulu macam tu la..kotak speaker kereta Iswara dia yang lama dulu pun dia simpan dalam stor.Nak dibuang dia tak bagi.katanya .."kenangan tu..itu lah kereta pertama abang beli dulu."..sedih pulak dengar..kan..??



Pernah jugak dia bagitau pada saya..nasib baik kita tanam pokok pelam ni, bila2 rindu kampung boleh tengok pokok pelam.."...krik.krik..krik..sampai macam tu sekali..kan??

Saya selalu jugak cakap pada dia yang saya tak suka mengenang masa lalu.Mungkin sebab masa lalu saya banyak yang tak best.Bila saya ingat benda best tentang perkara A terus teringat benda2 tak best yang berkaitan tentang perkara A..sebab tu saya tak suka kenang2 benda lama.hehehhe..

Satu lagi benda yang dia suka tengok dan teringat ialah baju2 dia..Minggu lepas tiba2 saja dia tanya saya.."sayang..ingat tak baju ni?"..Alahai..tak kan saya lupa .baju dia..dah tentu la saya ingat.saya yang basuh segala kain baju dia..

"Kenapa dengan baju tu??"

Suami : Ini lah baju yang abang pakai masa pertama kali kita jumpa ..ingat tak?

krik..krik..krik... Sebenarnya yang tu saya tak inagt pun..



Semalam maisara jumpa duit syiling lama seringgit yang suami saya simpan..saya tanya dia.."simpan buat apa duit nih..bukan boleh guna dah pun.."

suami:  Simpan la..untuk kenangan.Duit seringgit2 macam ni la dulu yang abang guna untuk telefon sayang tiap2 hari masa sayang kat jb dulu..

krik..krik..rkik...


sekian...

Tuesday, 2 December 2014

BARU BERSALIN DAH BERJALAN SANA SINI...

Assalamualaikum...


 klik untuk baca

Klik gambar ni untuk baca...
komen yang aku ambik dari blog dr.zubaidi..
kenal dr.zubaidi..kan??

Setuju sangt dengan komen kat ats tu..
itu lah yang jadi pada aku lepas besalin hari tu..
sebab hari2 kena pi klinik la aku terpaksa balik ke
rumah sendiri lebih awal dari sepatutnya..
patutnya nak duduk 2,3 minggu je kat kampung tapi tak jadi
sebab hari2 nak kena ulang alik ke klinik untuk  chek darah..

kalau kat kampung siapa nak bawak pi klinik..kan??
suami mana boleh cuti lama2 nak tunggu kita kat kampung tu..

sudahnya lepas pantang pun
terpaksa berjalan ke sana sini .hari2 pulak tu..
badan penat hati pun runsing..
bila penat,runsing sah2 la susu pun tak de..
padahal susu ibu tu je la ubat yang kita ada..
mujur la mak aku bagi kata semangat dan
suami pun banyak sangat  bantu.

Rasanya lagi baik kot kalau
nurse datang umah ambik darah dan
bawak semple darah ke klinik untuk check.
kemudian call la kita kat umah ni bagitau bacaan nya berapa..

Bila nurse suruh datang klinik untuk  check darah tu
kita sendiri pun rasa macam..
"eh!teruk sangt ke kuning anak aku ni sampai kena ambik darah lagi.."
jadi tertekan sangt..
padahal bila pergi ambik darah lepas tu dapat bacaan nya berapa
kita pun balik umah...itu je.bukan nya kena bagi ubat ke apa..kan??

jadi kalu nurse yang datang umah
aku rasa baru la ibu tu ada masa untuk berehat
dengan anak.baru la betul2 pantang...

kan??kan??

sekian..

Monday, 20 October 2014

HUKUM PAKAI PEWARNA KUKU

Assalamualaikum...



Saya ni memang dari zaman anak dara lagi suka betul pakai pengilat kuku
dan pewarna kuku...nampak cantik kuku kita bila pakai warna warni gitu..
Tapi tak semua orang bersikap terbuka bila bab2 pewarna dan pengilat kuku ni.
Saya sendiri pernah di tegur sorang makcik ni..

"eh..kamu pakai pewarna kuku ni,macam mana nak sembahyang..berdosa pakai ni..air sembahyang tak kena..kalau kamu tiba2 mati cemana??tak sempat nak cuci..'

ha..macam tu la bunyi dia men'sekolah"kan saya masa tu..
macam saya ni buat dosa besar pulak.
saya mampu senyum je la kat makcik tu..
saya anggap makcik tu ambil berat dan sayangkan saya..



Saya mengenakan pewarna kuku supaya kuku saya sentiasa nampak bersih.
dulu saya bekerja di bahagian stor dan ada masanya saya kena buka kotak2 untuk check barang.
Bila jari saya ni terkena kotak,bahagian bawah kluku saya akan pecah2 kulit nya..
kadang2 kuku saya akan jadi pucat dan kotor

Makcik tu mungkin tak tahu
ada cecair yang boleh kita guna untuk buang pewarna kuku tu bila kita nak solat.
tak sampai 5 minit pun nak cuci nya..
kalau kita mati pun dah tentu2 orang akan cuci kuku kita tu dulu..kan??
Tak kan la bodoh sangt manusia ni sampai
nak kebumikan kita gitu je tanpa mandi semua..huh!

Hukum memakai pewarna kuku..

Semalam pun ada yang komen di entry Ini katanya haram memakai pewarna kuku.
Islam ni bukan la susah pun.tak de hadis yang mengatakan memakai pewarna kuku adalah haram.
Rujuk di sini..

sekian..


Wednesday, 1 October 2014

SAYA SANGAT TAKUT SEKARANG.....

Assalamualaikum...

Kenangan pahit ni..
Baru berlaku semalam je..
Petang semalam dalam jam 2 setengah gitu...
Baru buka blog nak blogwalking..
Buka la sampai 2-3 puluh  tab..

Sekali dengar maisara menangis2..
Menjerit2 kat dalam tandas..
Kemudian lari ke depan.
Macam kena histeria..
Katanya kat tandas ada ular.

Adoi..rasa nak luruh jantung..
Cepat2 suruh dia keluar rumah  bawak adik.
Telefon suami.terus suami balik.
Dia cari2 ular tu,sah ular tu dah keluar..
Saya nampak ular tu,
Warna hitam dan besar la jugak..
Ish..tak nak ingat la rupanya cemana..

Ya Allah..takut nya..
Mujur la tak jadi apa2 kat Maisara.
Kalau tak, gila kot saya sekarang ni.
Maisara pun dalam trauma lagi.
Tak nak duduk dalam rumah.
Ayah pujuk2 ok sikit.
Hari ni nak suruh dia rehat kat rumah ,
Tapi dia kata dia rasa selamat kat sekolah.

Saya sendiri rasa takut sampai sekarang.
Haiwan lain saya boleh pandang lagi.
Tapi yang satu ni,
Kat tv kalau ada pun saya alih siaran lain.
Ni kan pulak depan mata..

Tandas rumah saya memang ada satu lubang sambung ke luar untuk aliran air dari mesin basuh .
Dia mungkin masuk kat situ
Dan berehat2 dalam paip mesin basuh tu..

Kawan2 ..
Doakan lah kami sekeluarga
Supaya tak di timpa apa2 musibah.
Permintaan ni mungkin melampau
Tapi saya sangat berharap .....

Sekian..


Monday, 29 September 2014

8...8 LAGI....!

Assalamualaikum/...

Jom 2..bangun..
kita regang2 kan otot dulu..




8..8 lagi..
7,6.5.4.3.2.1 ..
pengsan...!
hahahha

Dula masa kecik kalau pagi2 tu selalu tengok 
kat tv rancangan 
bersenam pagi2..
siap ikut sekali buat..
tapi dah tua ni boleh tengok je la..
tengok sambil bergolek2 dpan tv..hhehehe


sekian...

Thursday, 6 March 2014

INGAT LAGI TAK PADA BAYANG-BAYANG INI?

Assalamualaikum....



Ingat tak benda ni..
dulu masa kecik2 suka main bayang2
sendiri time elektrik terputus..
hehehh..

lepas tu orang tua mesti marah sebab
main bayang2..
tak baik katanya..

Kadang2 malam bila nak tidur kan anak2 aku
selalu jugak buat benda2 gini
bagi anak tengok..
masa tu kagum kemain diorang kat aku..
Maisara gelak mengekek ngekek..
Mikhail pulak menjerit2
sambil buat bunyi Raksasa..
heheh...

Ada perkara2 yang indah untuk kita kenang
di zaman kanak-kanak kita.
Ada jugak perkara buruk yang kita terkenang ketika
kita mengingati kenangan yang indah.
Aku akan pastikan anak-anak aku
hanya akan mempunyai
kenangan yang indah ketika
mereka ingat pada aku.


sekian...





Tuesday, 21 January 2014

INI LAH YANG TAK BEST BILA KERJA DALAM PEJABAT

Assalamualaikum...



Dulu masa bujang pernah la kerja di dalam suasana pejabat.
yang tak bestnya kerja dalam pejabat ni cepat mengantuk.
pernah sekali aku bantai tidur depan supervisor aku..dia geleng kepala je tengok
sebab baru jam 10 aku dah mengantuk..hahah..masa tu umur baru 20 kot.
buat apa2 ikut kepala sendiri je..tapi sehari tu je la..
hari2 lain mengantuk juga tapi tak la sampai tertidur ..

kemudian tak lama lepas tu kerja aku tu
selain dok Office boleh la ronda2 kat stor untuk check barang..
masa tu kenal abang2 stor terus hilang penyakit mengantuk..
muahahaha..kisah benar nih;p

Bila kerja dalam pejabat ni ada bnayak lagi benda tak best yang kita kena hadap.
pertama nya bau badan..
tambah pulak si pembau badan dok sebelah je dengan meja kita..
adoi..berasap hidung 8 jam dapat bau ketiak.
boleh kurus tau..kalau ot??
duit dapat bau ketiak pun dapat,.
untung la..haha..

benda lain yang tak best?
Bila ada dalam pejabat kita tu orang yang kurang sivik..
kentut la,sendawa kuat2 la,hadoi..
pencemaran mata dan telinga tu..
sampai naik geli tekak..
tambah pulak ada yang selsema,setengah jam sekali dok buang hingus
depan kita..errrgghh!stresss!!!

Paling2 tak best bila ada orang gatai..
yang lelaki tak habis2 menempel kat meja kita
sambil buat lawak lucah yang dia sendiri je rasa terangsang..
Yang perempuan pulak
pakai seksi2 sampai nak ambik kertas dalam laci bawah pun
sengaja di lentik kan ponggong dia sampai
nampak alur seluar dalam..oh!!dunia..
permainan apa kah ini???

Aku pernah kerja kilang jugak..
kalau kerja kilang,bila kita hadapi benda2 gini,
kita boleh jugak mengelak,
lari buat kerja kat station lain..
tapi bila kerja dalam pejabat ni,
nak tak nak korang kena hadap je la..
kesabaran kena tinggi..
betul tak??

sekian...

Wednesday, 21 August 2013

FAHRIN AHMAD DALAM KENANGAN

Assalamualaikum...

Yeayyy!!hari ni dapat CPUV lagi...
Masa lepas raya hari tu pun dah dapat 2 ni dapat lagi...
Semoga esok akan ada lagi..
CPUV kali ni dari The Mortal Instrument 

Ok la..dah cukup tu citer pasal BE..
korang ada tengok tak iklan Alicafe yang 
fahrin Ahmad menari tu..

Kalau nak tau dulu masa zaman jahiliah
aku adalah peminat Fahrin Ahmad..muahaha..
Apa2 je drama yang pelakon nya Fahrin Ahmad
aku mesti tengok..


Sekarang ni bila aku 
tengok je iklan Alicafe tu 
aku rasa kesian sangat kat fahrin Ahmad..
sampai hati depa suruh dia menari macam tu..hahahh..

Eh..bukan nak citer pasal iklan tu sebenarnya..
masa dulu ada budak kat tempat aku tinggal
jugak minat kat Fahrin Ahmad..
Disebabkan dia tau aku pun minat Fahrin dia selalu tak layan aku.
kalau aku lalu tepi dia aku senyum 
dia buat tak tahu je..

kelakar pulak rasa..
macam la Fahrin Ahmad tu berjanji nak kawen dengan aku
yang buat dia jeles sangat tu..
padahal aku je yang kenal fahrin Ahmad..
fahrin Ahmad tak kenal aku pun..

Rupanya kan??memang ada peminat yang minat artis 
sampai tahap macam tu..
dia mesti jenis yang tak join FanClub..
ekekeke..

sekian..