Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Saturday, 19 January 2019

DAH BERIBU HABIS UNTUK RAWAT KAKAK TAPI ALLAH BELUM IZINKAN." PENDEDAHAN KISAH KAHWIN LARI DENGAN SUAMI ORANG

Ramai rakyat Malaysia yang ambik keputusan menikah di Tahiland. Tak tahu la apa alasan mereka. Tapi ada satu kisah yang dikongsikan oleh pengguna Twitter Diyana Zahari tentang pengalaman keluarganya yang berdepan dengan masalah ahli keluarga nya yang berkahwin lari dengan seorang lelaki tempatan.

Lelaki tersebut dikatakan sudah berkahwin dan mempunyai latar belakang yang mencurigakan. Kisah ni memang sedih sebab melibatkan perasan ibu dan ayah mereka. :-

Tengah malam macam ni best jugak nak taip buat thread kisah kakak aku yang kahwin lari dekat thailand.

Sampai sekarang kakak tak balik ke pangkuan keluarga dan dia merupakan kakak yang paling baik dalam family aku :') Dia kahwin lari dengan lelaki yang dia paling benci.


Benda ni awalnya terjadi beberapa tahun lepas. Waktu kakak aku mula bekerja di kedai hardware sebagai kerani & boleh dikatakan buat kerja all in 1 la.

Kakak aku ni lembut orangnya dan jenis suka pendam masalah. Dialah adik beradik paling lembut dan baik gila.

Bayangkan waktu kakak study di kolej, boleh dikatakan tiap malam call mak ucap selamat malam dan sayang.

Kalau kakak balik cuti semester, dia mesti bagi duit dekat adik-adik dia. Bagi senyap-senyap tau.

Kakak ni jenis suka bangun solat malam dan mengaji tiap kali lepas solat maghrib.

Lepas kakak habis belajar kolej, dia bekerja dekat kedai hardware. Dia memang berniat kerja situ sambil tunggu offer kerja yang lebih baik lagi.

Btw, owner kedai tu laki orang, ada 3-4 orang anak dan memang jenis jantan gatal giler.





Aku namakan lelaki owner kedai tu : Si Hitam. Sebab fizikal dia buruk sama dengan hati dia yang hitam!

Kakak aku pernah bagitahu dia nampak si hitam ni bermesej lucah dengan orang. Siap orang tu hantar gambar lucah dekat si hitam tu.

Si hitam ni memang ada banyak kes dengan perempuan lain

Si hitam ni jenis pandai bercakap manis dengan perempuan, suka pergunakan agama dan mulut dia tu aku rasa nak bagi pelempang 1000 kali je! Geram gila aku ingat balik si hitam tu!

Pernah kakak aku meluah pada kakak lain yang dia rasa dah taknak gila-gila kerja dekat kedai tu. Tapi dia terpaksa teruskan jugak sebab dia nak cari duit bayar kereta tiap bulan. Kakak aku taknak menyusahkan ma abah.

Kakak pernah cakap yang dia benci gila-gila dekat si hitam tu!

One day kakak dapat offer interview untuk kerja di satu tempat ni. Kami mintak tolong orang untuk jadi kabel dan mudahkan kakak aku diserap masuk kerja.

Si hitam tu tahu kakak aku attend interview tempat tu!

Guess what?
Padahal ada possibility kakak dapat kerja end up tak dapat :(

So..bermula la episod kakak aku jadi mangsa si hitam tu.

Makin lama kakak aku berubah perangai. Dia jenis yang suka pendam sorang diri so kami satu family tak tahu yang kakak aku ada masalah.

Macam-macam benda dah mula berlaku. Aku sambung belajar jauh dari rumah & masa ni aku tak tahu apa yang terjadi.

Tiba-tiba kakak aku bagitahu yang dia decide untuk sambung degree di uitm machang. Ma abah izinkan kakak sambung belajar.






Selepas 3 tahun belajar, kakak dah berada di sem akhir (perlu attend internship berdekatan rumah), kakak senyap dan tak pulang ke rumah! Tak silap dah 2-3 hari.

Mak mesej kakak tak reply. Call tak angkat. So, kami buat keputusan untuk buat laporan polis yang kakak hilang .

Benda ni sampai ke balai polis machang (sebab kakak study dekat sana kan). Polis sana yang call & kitorang dapat berita yang sangat menyedihkan.

Kakak bagitahu pada polis..

"Saya sekarang selamat dengan suami saya"

Satu family terkejut!
SUAMI??????????

Mak hampir pitam kot 😢

Kitorang tak boleh reach langsung akak. Sebab "suami" dia tak bagi contact kami. YaAllah, luluh hati family.

Kitorang gunakan orang tengah untuk tahu lebih lanjut soal perkahwinan kakak tu.

Banyak info yang buatkan kami rasa sedih sangat.. Kakak takkan bertindak macam ni kot :(

Kami dapat tahu kakak dah berkahwin 5-6 bulan lepas dari tarikh kakak tak balik rumah.

Tarikh tu 2-3 hari sebelum raya haji.

Waktu raya haji 2016 kakak balik beraya dekat rumah. Kitorang sambut happy2 kot! Siap tangkap gambar family ramai-ramai, bergelak ketawa 😢

Diorang kahwin lari di narathiwat. Si hitam tu dah lama plan benda ni . Lepas kejadiah ni, family kami bertindak untuk dapatkan hak kami!

Nak tahu apa lelaki tu buat?
Dia yang beri arahan pada akak yang kakak tak boleh jumpa dan contact family! Kiranya akak ni dah jadi hak dia.

Keadaan kakak macam patung :( Kakak tunggu segala perintah dari si hitam tu sebelum bertindak segala benda.

Bayangkan my sis yang lain dan abg pergi rumah si hitam tu nak pergi tengok kakak..si hitam tu bagi arahan satu persatu baru kakak bertindak buat benda. Macam orang bodoh pulak.

Ma abah pergi mahkamah syariah dan fight benda ni. Macam mana boleh kahwin senyap-senyap tanpa minta kebenaran wali?? Patutnya wali tak izin baru boleh kahwin lari??

Kitorang jugak pertikai yang sijil kahwin diorang tu sah atau tak sebab diorang tak ada sijil kahwin malaysia.

So, mahkamah jatuhkan perintah faraq (berpisah sementara). Selang beberapa hari kakak balik rumah Tapi..keadaan kakak sangat teruk dan dingin dengan family.

Bila kami cuba bercakap dengan dia, kakak akan buat muka yang menjengkelkan dan dia sengaja nak buat kami sakit hati.

Btw, berpisah sementara tu biasanya mahkamah syariah jatuhkan perintah ni untuk mengesahkan satu perkahwinan tu. Kakak dah tak boleh tinggal sebumbung dengan si hitam tu :) so, dapat la jugak kakak balik rumah awal tahun 2017.

Disebabkan kakak perlu meneruskan intern dekat office berdekatan rumah, ma abah bagi kebenaran kakak keluar intern. Ma abah yang hantar kakak pergi dan balik office. Kitorang ingatkan benda ni akan settle tapi malangnya..keadaan makin teruk!

Ma abah fikir masa depan kakak. Kalau tak intern, kakak tak dapat grad. Tapi lain pulak yang jadi..selang sebulan dua kami dapat tahu yang....

Kakak byk kali ponteng waktu intern. Ada org nampak kakak keluar dengan si hitam tu! Dia keluar berjam-jam kot, maybe bawa balik rumah.

Boleh agak tak kenapa si hitam ni bawa kakak balik rumah dia? Si hitam ni memang gila! Dah ada anak bini nafsu tetap menggila!

Aku dengan kakak lain dan ma abah bincang benda ni. Kami decide keesokkan hari kami akan sekat kakak pergi intern!

Waktu ni memang drama gila ah.

Kakak dah bersiap nak pergi office tapi mak kunci pintu tak bagi keluar dan abah ajak bincang dgn kakak isu ponteng waktu office

Waktu abah bercakap dan tegur kakak, slow-slow kakak lain datang dekat dengan kakak aku lepas tu..terus grab handbag kakak!

Waktu ni memang gila.

Sebab kakak aku ni dah macam orang gila! Dia menjerit macam orang tak betul sebab kami nak ambil handbag dia!

Serius, kakak macam orang gila.

Dia menjerit sampai kalah suara kami. Padahal dia ni jenis lembut. Nak keluar suara pun ya Ampun..lembut tau.

Masa ni kami bergelut, sampai terselak segala benda weh. Kudrat kakak kalah 2 orang yang tengah bergelut. Kuat gila dia waktu tu

Abah aku join baru la mampu nak rampas handbag dia tu.

Kami nak rampas sebab nak ambil handphone dia. Tak bagi contact si hitam tu. Sebab makin lama makin teruk keadaan kakak.

Kitorang nak usaha sembuhkan kakak :(

Serius panjang cerita ni dan sangat complicated.

Aku ada lagi cerita kejadian dekat hospital, 6 orang polis datang rumah sebab kakak, kakak mengamuk sampai aku cedera dan cerita dekat mahkamah syariah yang si hitam ni bawak lari kakak ikut pintu belakang.

Nanti aku sambung sampai habis. Pengakhiran yang sadis. :)

Btw, aku terdetik nak taip cerita ni sebab aku dapat gambar ni dlm whatsapp family.

Kakak aku yang berdiri tengah tu. Diri dia yang dulu dah tak ada. Kami rindukan dia sangat-sangat. Tiap minggu mesti hadir dalam mimpi aku.



Okay, sorry berhenti tengah jalan cerita ni.

Lepas kitorang dah rampas handbag (ada handphone kak), laptop pun rampas, bilik kakak pun abah dah rosakkan tombol pintu (risau kakak buat hal kunci bilik je dan depression sorang diri)..bermula hidup kak yang kitaorang tak bagi keluar rumah

Kakak mula protes taknak turun tingkat bawah (rumah kami 2 tingkat) dan taknak makan. 24/7 duduk dalam bilik je. So, tiap hari, pagi tengahari malam..adik dan mak yang akan bawa makanan ke bilik kakak.

Mula-mula memang dia taknak makan. Lama-lama makan jugak sampai habis.

Kalau kitorang cuba nak borak dengan dia..memang teruk la dia menjerit marah dekat kitorang balik. Memang kakak cuba macam2 cara nak buat kitorang bencikan dia. Bayangkan dari sorang yang ada personaliti lembut dan baik tapi sekarang perangai dia berubah 360° ☹️

Ma yang dia sayang gila-gila ni pun dia boleh lawan dan bercakap kasar. Serius, personaliti dia memang berubah gila.

Tapi satu hari tu terkantoi! Laptop kakak yang rosak boleh guna balik. So, dia guna laptop nak berhubung dengan si hitam.

Ape lagi, terus kami rampas laptop tu..

Aku bukak laptop kakak & tengok history. Ada banyak gila dia hantar email dkt si hitam. Dia guna email kedai si hitam tu. Aku syak kakak masih buat kerja-kerja untuk kedai si hitam tu. Benda yang aku risau kakak ada send gambar tanpa ada subject. Aku risau kakak send gambar family

Kakak ni memang aku rasa macam..gila la! Dia memang selalu log out email kedai tu, macam selalu bersedia kalau kitorang rampas laptop tu. Tapi, dia terlupa nak log out fb sendiri..

Aku check mesej & nampak mesej si hitam tu.

"Abang tak tahan ni, abang rindu A (nama kakak)"

WTF

Aku dapat tahu jugak, kakak memang akan delete conversation di FB dengan si hitam tu. Sebab aku tengok di history banyak gila pop out mesej kakak dengan si hitam.

So mesej last yang aku baca tu mungkin kakak tak sempat delete.

Lepas rampas laptop, kakak buat hal lagi.

Senyap-senyap kakak curi phone adik lelaki. Bila tanya kakak, dia marah balik tak mengaku.

Lepas adik lelaki, adik perempuan pulak jadi mangsa handphone kena curi 🤦

Memang kakak yang curi pun. Ambil msa berbulan jumpa balik handphone

Tapi dua2 phone xboleh guna. Ada password & satu lagi tak dapat detect wifi.

Spanjang kakak ada dkt rumah, dia macam mayat hidup. Berjalan sambil termenung. Dduk dlm bilik termenung. Kitorang try borak, dia tengking kitorang balik.

Sampai la satu tahap dia macam cakap sorang diri.

Kami tak tahu apa yang dia cakap sorang2 tu. Sebab berbisik-bisik. Kitorang cuba macam-macam cara nak sembuhkan dia tapi tuhan belum izinkan lagi.

Sampai la masuk bulan ramadhan 2017. Kakak masih protes taknak turun makan tapi kami tetap bawa makanan ke bilik dia

Waktu ramadhan tu memang special gila makanan kakak. Nak beli makanan mesti ma abah akan fikir nak beli makanan special khas untuk kakak je. Sebab nak pastikan kakak makan sampai habis.

Waktu ramadhan mak memang tak putus-putus berdoa supaya kakak sembuh 😢

Satu hari tu, kakak tiba-tiba panggil mak dari tingkat atas. Mak masuk bilik kakak & terkejut banyak darah! Rupa-rupanya kakak gugur! Waktu ni bulan ramadhan lagi.

Ma abah terus bawa kakak ke hospital tapi kakak perlu dipindahkan ke hospital lain untuk cuci rahim dia.

Dari gua musang ke kuala krai. Aku yang teman kakak duduk dalam ambulan. Ma abah akan menyusul pergi ke hospital sana kejap lagi.

Waktu ni bila borak dengan kakak, dia akan balas segala pertanyaan aku dengan lembut. Aku yang tolong bawa kerusi roda kakak sepanjang berada di hospital

Aku tunggu kakak hingga waktu melawat habis. Selang beberapa minit lepas waktu berbuka puasa, ma abah tiba hospital. Kami bertiga berbuka puasa sambil minum air kotak je.

Mak pulak tengah rushing nak jumpa kakak dalam wad. Lepas settle jumpa kakak baru kami ada peluang nak makan nasi

Waktu makan, ma abah asyik cakap.. "Harap apa yang jadi ni akan sedarkan kakak dan harap dia akan berubah jadi diri yang asal".





Kitorang harap sangat dia sedar tapi, ada something yang terjadi keesokkan hari dekat wad :(

Waktu melawat, aku & ma abah yang tunggu kakak..tiba-tiba si hitam tu datang!

Dia datang dengan angkuh & cakap dengan kuat,

"A bagitahu abang..sape yang buat A jadi macam ni???" Lepas tu si hitam tu senyum sinis dekat ma abah! Satu wad dengar suara jantan gila ni

Waktu ni ma abah jadi kaku dan senyap! Aku protes keluar dari wad dan call family member lain.

Bila aku masuk balik wad, tiba-tiba satu wad kecoh ma abah gaduh dengan si hitam tu.

Jantan gila ni nak anak orang tapi layan parent orang biadap gila! Aku join buat kecoh jugak!

Si hitam ni boleh pulak dia tanya aku,

"Kau ni sape nak cakap macam tu ha??? Ni bini aku!"

Aku balas balik,

"Eh, kakak aku ni family kami. Apa hak kau senang nak ambik anak orang ni hah???"

Serius, kecoh gila dalam wad dan pak guard datang halau si hitam ni.

Aku menangis gila-gila waktu ni. Sebab aku kecewa..

Aku ingat kakak akan berubah tapi tak :(

Katil sebelah kakak aku yang bagitahu, dia bagi pinjam phone dia pada kakak. Sebab tu si hitam tu datang.

Patient katil sebelah minta maaf dengan kami sebab dia tak tahu pasal ni 😢

Oh ye, aku lupa nak cerita, ada satu kejadian selang seminggu selepas kakak aku balik rumah. Selepas mahkamah jatuhkan perintah faraq.

Si hitam tu ada datang rumah kami dan mengamuk luar rumah macam orang gila! Dia datang pukul 11 malam. Siang hari confirm takut malu dengan orang.

Bayangkan pukul11 malam, tiba-tiba satu family terkejut ada orang mengamuk dan menjerit macam orang gila depan rumah. Jiran selang 10 buah rumah pun dengar!

Dia mengamuk asyik cakap, "A tu bini aku, hak aku!"

Si hitam tu asyik ulang ayat tu je weh. Macam orang gila!

Abang aku hampir nak menumbuk tapi mak aku halang. Bila habis gaduh tu si hitam balik dan kitorang terus pergi balai polis buat laporan.

Kakak aku waktu tu masih ada handphone, dia sempat call si hitam tu cakap yang ma abah pergi balai..

Bila ma abah sampai balai, terus nampak so hitam tu dekat depan kaunter balai tu! WTF!

Kitorang nak buat report yang si hitam ni serang rumah kami tapi, pihak polis bagitahu balik..

"Kami taknak masuk campur isu family'

Si hitam ni serang rumah orang kot! Sakit hati gila!

Keesokan hari adik bongsu aku demam mengejut. Sebab dia terkejut kejadian mengamuk malam semalam. 2-3 hari jugak demam panas.

Benda ni bagi efek mental family aku kot. :(( Tak pernah jadi benda macam ni.

Panjang lagi cerita..macam-macam benda berlaku dalam masa setahun. 9 kali naik turun mahkamah syariah.

Nanti aku  sambung lagi.

Pukul2-3 petang nanti aku janji akan taip sampai habis. Sorry cerita tergantung kejap 🙏

Gais..jangan isukan pulak aku panggil "si hitam tu".

Sebab hitam bagi aku pure 100% hitam & bukan warna kulit. So, jantan tu perangai buruk dan hati hitam sebab tu kitorang panggil dia si hitam.

Hi, aku sambung balik cerita.

Isu kakak aku gugur tu memang buat kitorang rasa sakit hati gila. Sebab doktor check, kandungan kakak sebulan lebih / dua bulan.

Padahal mahkamah jatuhkan perintah faraq hampir 4 - 5 bulan. Maknanya diorang pernah bersama dalam tempoh faraq (berpisah sementara) tu!

Mana boleh brsama sebab mahkamah syariah nak sahkan dulu pernikahan diorang. Bayangkan kalau perkahwinan tak sah? Senang2 dia ajak anak orang berzina?

Ni jugak bukti yang kakak ponteng waktu kerja internship, jantan tu bawak balik rumah buat benda tak elok.

Bila kejadian ni berlaku, family bertambah strict dan makin berjaga-jaga risau ada perkara lain berlaku. Kitorang berusaha macam-macam cara nak sembuhkan kakak.

Sepanjang dalam tempoh naik turun mahkamah untuk fight soal perkahwinan kakak, memang kami sekeluarga penat sangat2.

Sebab jntan tu failkan kes ni di mahkamah Kota Bharu. Kami dari gua musang ke Kota Bharu ambil masa 3-4jam!

Jantan  tak guna tu jugak sengaja failkan di mahkamah Kota Bharu

- nak menyusahkan kami sekeluarga
- nak jaga aib dia. Dia malu nama dia tercemar di gua musang. Orang business kan. So takut malu la asyik pergi turun naik mahkamah syariah di gua musang

Aku dapat tahu si hitam ni TUKAR ALAMAT IC semata-mata nak failkan kes dia di mahkamah kota bharu.

IC lama dia alamat di gua musang, dia tukar alamat baru. Aku jumpa softcopy ic lama si hitam ni dalam laptop kakak.

Menyusahkan kami tahu tak?

Aku syak dia ada member org dalam ajar

Okay, next. Benda yang unexpected berlaku. 2 kali si hitam ni datang rumah kami dengan 2 orang polis.

Dia datang dengan kereta peronda polis. WTH? Apa kaitan dengan polis?

Dia datang waktu maghrib pulak tu. Dia cakap, dia nak jumpa kakak aku. Tapi ayah aku tak bagi.

First time dia dtg rumah kami waktu maghrib tu, abah buka pintu & speechless tengok si hitam dengan polis datang rumah.

Si hitam ni tiba-tiba acah baik nak bersalaman dengan abah. Abah sambut je la salam tu macam biasa, tapi rupa-rupanya...

Ada benda.

Tak silap aku, jantan tu nak salam mungkin sebab dia nak "kirim benda" dekat abah.

Beberapa hari lepas tu, ada ustaz tegur abah..dia nampak ada "something" ikut abah.

Ustaz tu dah tolong abah buang benda tu. Mujur dapat detect awal-awal.

2nd time, jantan tu datang lagi dengan polis, waktu maghrib lagi. Kitorang pelik, asal polis ni baik hati sangat nak teman si hitam ni datang rumah kami?

Padahal sebelum ni kami report si hitam serang rumah boleh pulak polis pertikai,

"Taknak masuk campur urusan keluarga" 🤦

2nd time si hitam tu datang rumah kami waktu maghrib memang abah tak buka langsung pintu.

Kami tanya polis yang follow si hitam tu untuk tunjuk kad polis tapi diorang tak nak bagi.

Sepanjang kakak dikurung dalam rumah ni, kami bagi makan minum dia yang cukup. Every week makan sedap. Kfc, masak spaghetti special, makan kek.

Memang cukup makan. Cuma mental akak yang kurang stabil. Mak selalu cuba nak borak dgn akak, taknak dia depress. Kawan-kawan kakak pun datang lawat.

3-4 kali jugak kakak cuba untuk lari dari rumah. Kami selalu berjaga-jaga, kunci pintu 24/7.

Pisau dan benda tajam dalam rumah pun mak simpan rapi dalam laci rumah. Risau kakak bertindak benda luar akal.

Pernah aku tengah borak dengan mak dekat dapur, tiba-tiba nampak kelibat kakak..

Kakak pakai baju cantik2, bawa handbag nak keluar dari rumah! Aku dengan mak terus kejar dari belakang cepat2! Macam aksi kejar mengejar pulak. Mak menjerit-jerit dari belakang sambil kejar kakak di ruang tamu.

Aku ni berbadan gempal tau. Aku sempat peluk kakak aku dri belakang!


Kakak aku ni kurus kering berat 41kg++. Tapi dia punya kekuatan kalah aku yang badan gempal ni.

Dia sempat buka pintu tapi mujur pintu grill utama mak aku sempat kunci.

Walau pintu grill kunci, tapi masih nampak orang dekat luar rumah kan. Waktu ni malu gila. Malu sangat-sangat..

Rumah aku tepi jalan raya. Berdekatan area kedai & sekolah rendah. Waktu tengahari mesti la ramai orang sebab budak sekolahbalik.

Kakak aku tanpa segan silu, dia menjerit macam orang gila depan rumah aku.

Dia menangis menjerit smbil panggil, "Abe, tolong saya abeee!" (Abe : si hitam)

Aku sempat tutup kepala dgn towel waktu pintu terbukak. Malu gila. Semua orang berdekatan berlari ke rumah kami, nak tengok apa yang berlaku.

Mujur ada pintu grill, kalau tak..aku tak tahu apa lagi yang kakak akan bertindak macam dia dah tak waras.

Btw, waktu aku bergelut dengan kakak ni..tangan dan kaki aku cedera berdarah 😅

Awalnya aku tak perasan berdarah, ma tegur bru aku perasan. Cermin mata pun patah.

Banyak kali jugak kakak cuba nak lari rumah. Benda ni berulang-ulang. Dia akan duduk depan pintu sambil menjerit-jerit panggil, "Abe". 😢

Jiran pun dah biasa bila dengar kakak menjerit ni. Orang tengok dari jauh je macam kakak ni tak waras.

Ada satu kejadian waktu petang, kami satu keluarga pelik..kenapa kakak melawa, pakai tudung kemas-kemas macam nak keluar rumah. Kitorang berlagak macam biasa, mungkin dia nak cuba lari dari rumah lagi.

Selang beberapa min. Ada 6 ORANG POLIS DATANG RUMAH

Polis bagitahu pada family,

"Kami dapat report yang ada orang CUBA UNTUK BUNUH DIRI di rumah ni".

Serius benda ni berlaku. Aku rasa macam drama pulak.

Sebab benda ni macam tak masuk akal! Macam mana la si hitam tu terfikir untuk plan dan buat benda ni.

Satu family terkejut, siapa yang nak bunuh diri? Polis tu bagitahu nama penuh kakak aku. Padahal kakak tengah rilek je, pakai lawa-lawa macam nak keluar rumah.

Polis tak nak bagitahu siapa yang report benda ni tapi kami memang dah syak.

Si hitam ni memang betul-betul gila, dia siap pergi heboh dekat tok imam suruh datang rumah kami pergi tengok yang kakak nak bunuh diri. Bukan setakat tok imam, dia jugak contact pakcik lain.

Okay, selingan kes cubaan bunuh diri ni. Buat pengetahuan korang, kami dah rampas semua benda yang ada potensi kakak boleh contact dengan si hitam.

Yang jadi misteri, diorang ni macam contact each other? Kami buat spotcheck di bilik kakak, cari phone yang kemungkinan kakak sorok

Tapi tak jumpa apa-apa benda pun dekat bilik kakak! Aku check dekat tubuh kakak kot yang kemungkinan dia sorok dekat badan dia tapi tak jumpa.

Sampai sekarang benda ni masih jadi misteri.

Sambungan kes bunuh diri tu.. Polis yang datang rumah siap bawak bag, mungkin emergency kit untuk tangkap orang tak waras / cuba bunuh diri.

Polis yang datang semuanya baik.
Macam biasa la ada polis sokong kami dan ada polis jenis keras kepala tersengih je bila dengar cerita kami.

Polis slow talk dengan kakak. Borak dengan ma abah.

Ada polis yang sengaja tanya kakak,

"Awak nak kalau kami tangkap mak ayah awak masuk lokap?"

Kakak aku cakap, dia tak kisah polis nak tangkap pun asalkan dia dapat keluar dari rumah kami.

Polis tu tanya lagi,

"Tak kisah mak ayah gadai nyawa?"

Kakak aku berkali-kali jawab dia tak kisah langsung.

Polis tu tak expect langsung benda tu keluar dari mulut kakak aku yang luaran nampak macam budak baik 😢

Waktu polis slow talk dengan kakak, banyak benda jugak kakak tipu..

Dia bagitahu pada polis yang kami kurung dia tak bagi makan. Padahal tiap hari mak & adik bawa makanan ke bilik dia. Dia cuma makan & tinggal pinggan kotor je. Tiap minggu ada je makanan special.

Skip segala benda terjadi hampir setahun, memang penat fizikal dan mental nak fight benda ni.

Sebab kami tahu..si hitam ni bukan nak sangat kakak. Dia sengaja nak balas dendam & nak menang dalam "perang" ni je.

Aku dapat info yang si hitam ni ada perempuan lain sepanjang tempoh faraq

Kes mahkamah mengenai isu perkahwinan kakak ni, 9 kali jugak tangguh. 2 kali kawan baik kakak teman kami untuk perbicaraan di mahkamah.

Tapi, dunia kakak ni ibarat ada jantan tu sorang je. Kawan baik dia pun, dia layan kasar.

Pernah aku tengok dari jauh, kawan kakak yang jenis sabar dan lembut tu pun tak mampu nak tahan perasaan marah, dia tegur kakak aku,

"A sedar la! Jangan buat macam ni! Ingat family! Ingat tuhan!"

Tapi kakak aku marah kawan dia balik.

Mulut kakak asyik terkumat kamit macam cakap sorang-sorang, kawan dia tengok dan rasa geram gila..dia tanya kakak aku..

"A! Dah la macam tu! Awak cakap dengan sape tu??"

Tapi kakak aku tengok kawan dia dengan pandangan kosong dan senyap je, tak jawab pertanyaan tu

Pernah dekat mahkamah, kami sekeluarga tunggu turn untuk perbicaraan, tiba-tiba kakak bangun & terus jalan macam zombi. Satu family terkejut, tiba-tiba je!

Kami berjemaah terus kejar kakak aku. Dia marah kami jangan ikut dia ke tandas.

Tapi..waktu nak ke tandas tu...

..kakak macam tengah tercari-cari benda. Aku bagi direction dia ke tandas.

Bila kakak masuk tandas, selang beberapa min.. SI HITAM TU KELUAR DARI TANDAS LELAKI sebelah!

Satu family terkejut.
Macam kakak aku ni dapat signal dia ada kat situ 😥

Si hitam tu buat muka rilek & duduk atas kerusi menunggu depan tandas perempuan.

Kami semua rasa geram gila. Aku geram nak sepak pukul je!




Serius benda ni memang pelik. Macam kakak aku ni dipanggil dan aku rasa jantan ni sengaja nak jumpa kakak sebelum perbicaraan mahkamah.

Bila kakak keluar dari tandas, automatik kakak macam orang tak waras..

Kakak terus nak pergi dekat, nak peluk si hitam buruk tu! Kami sekeluarga sempat halang.

Riuh jugak luar mahkamah. Kerani mahkamah marah kami dan si hitam ni play victim cakap kami yang serang dia.

So, perbicaraan diteruskan. Kami yang terakhir untuk naik court.

Okay, aku nak share isu mahkamah ni. Kami siasat sijil nikah narathiwat tu :

- 1 saksi orang thailand
- 1 nama saksi orang malaysia, IC DAN ALAMAT TAK WUJUD!

Kami check IC, TAK WUJUD.
Kami pergi check latar belakang alamat rumah saksi sijil nikah tu, MEREKA GUNA ALAMAT TIPU.

Alamat rumah tu milik kawan ma & abah. Walaupun tu rumah sewa tapi sebelum ni TIADA NAMA PENYEWA seperti dalam sijil nikah tu.

Dekat sijil nikah si hitam tu sengaja nak tunjuk acah banyak duit walau hutang berlambak..dia letak amount HANTARAN RM13K.

Kami tanya kakak, mana bukti RM13k tapi kakak senyap.

Tak kisah soal duit tapi soal maruah ni lebih penting! Kalau dalam sijil nikah pun boleh tipu..agak2?

So, perbicaraan mahkamah tamat.
Kerani mahkamah minta semua orang dan family berkumpul dekat satu ruangan untuk bagitahu apa keputusan mahkamah.

So, kerani mahkamah tu bagitahu..hakim dah putuskan..

PERKAHWINAN MEREKA SAH.

YaAllah .. sedih. Waktu kejadian di mahkamah ni sadis gila sebab..kami sekeluarga belum tahu keputusan tapi SI HITAM & GENG awal-awal dah tahu keputusan ni.

Diorang AWAL-AWAL DAH BAWA LARI KAKAK AKU IKUT PINTU BELAKANG MAHKAMAH!

Bayangkan waktu family tengah sibuk menunggu & nak dengar keputusan dari mahkamah..SI HITAM & GENG tu guna peluang ni untuk bawa lari kakak!

Kami tak sempat jumpa kakak lepas perbicaraan! Patutnya orang dalam mahkamah tu consider benda ni! Kenapa diorang tahu keputusan tu dulu??

Info tambahan lagi :

Sepanjang 9 kali tangguh perbicaraan mahkamah, kami ada hire peguam tapi..peguam tu blur gila! Dalam court tergagap & bila tanya soalan dia jadi macam bingung sikit. So, kami decide stop ambil peguam walau dah burn duit ribu jugak.

Padahal kami hire peguam yang orang recommend kot! Kiranya terbaik jugak :(

Isu pernikahan sah atau tak,

Pihak mahkamah cakap..kalau kahwin dekat narathiwat memang sah. Isu saksi tipu tu pihak mahkamah cakap tak apa. Asalkan ada saksi waktu mereka kahwin di masjid yang ada link / berdaftar dengan malaysia.

Waktu perbicaraan tu, si hitam bawa 3 orang saksi yang kami syak saksi tipu! Saksi tu tak ada bukti tertulis pun.

Imagine lepas habis perbicaraan, kau tengok muka si hitam ni keluar court senyum sinis gelak ketawa..waktu tu semua family rasa geram gila!

Lepas tahu keputusan mahkamah & kakak dibawa lari tu..memang semua menangis..

Perasaan kecewa, sakit hati dianiayai! Kami kehilangan family kami!

Kami fight benda ni demi masa depan kakak. Lagipun kami fight sebab si hitam ni orang jahat. Takkan ma abah nak bagi anak free-free dekat orang yang berhati setan?

Ma asyik cakap...
"Aku besarkan anak aku..aku lahirkan anak aku..tu anak aku!"

Sedih tengok mak merintih macam ni

Keesokkan hari, kami dapat tahu si hitam tu ada di gua musang.

Ma abah pergi rumah dia tanpa pengetahuan anak-anak lain.

Masa tu waktu pagi, ma abah pergi ketuk pintu dan gaduh!

Si hitam tolak ma sampai kepala ma hampir terkena simen!

Tangan abah pulak seliuh, ambil masa berminggu untuk sembuh!

Korang rasa ni jenis manusia apa ye? Sanggup buat orang tua macam ni?

Abang dan adik lelaki lain memang tunggu masa nak pergi cari gaduh tapi ma merayu pada diorang..

Ma taknak anak-anak lain cari pasal. Ma risau abang dan adik2 masih muda ada masalah lain. 😭

Benda ni terjadi around 2017 - awal tahun 2018. Sejak dari tu, kakak tak balik rumah dan tak contact family langsung.

Kakak jadi kuli kedai dia. Kalau pergi kedai tu akan jumpa kakak yang macam mayat hidup.

Kakak yang urus kedai, kakak pergi beli barang rumah sorang, kakak cari makan sorang diri.

Ada makcik yang terserempak dengan kakak, dia bercerita dekat mak sampai nak menangis sebab makcik tu cakap..dia kesian tengok keadaan kakak macam mayat hidup.

Aku pernah post cerita ni di FB sejak dari tu, ramai mula PM aku kongsi kisah dia pasal jantan ni.

1. Ada orang PM bagitahu kawan dia hampir kena rogol dengan si hitam ni.

2. Adik wife pertama dia pun hampir jadi mangsa sexual tapi family suruh senyap pasal isu ni

3. Ramai yang kena ganggu dengan jantan ni. Banyak gila orang komen di fb post yang diorang pernah kena ganggu

4. Jantan ni ada kisah lama yang dia pernah buat perempuan lain tergilakan dia

Majoriti mangsa diamkan diri.

Ada yang PM bagitahu aku..dia taknak buat report polis sebab dia takut 🤦

Oh ye, sepanjang tempoh perbicaraan mahkamah tu..hampir setahun jugak, si hitam tu ada perempuan lain. Ni pun aku dapat tahu dari orang lain.. 2-3 orang yang PM di fb cakap benda sama.

Jantan ni memang gila kan?

Kami dah berusaha nak berubat kakak. Dah beribu habis..tapi belum jumpa penawar. Orang yang pernah alami benda ni akan faham betapa susah nak cari penawar.

Ramai ustaz tak mampu nak buang "benda" kakak tu. Dah jumpa yang mahir berkaitan benda ni tapi ustaz tu dah tua & uzur :')

Ada roomate kakak PM di FB. Dia bagitahu..dia memang terkejut bila tahu cerita kakak tu.

Dia cakap..dia selalu nampak kakak menangis sorang diri waktu malam masa kakak masih belajar di uitm.

Dia tak rapat dgn kakak sebab kakak jenis pendam & pendiam.

Aku rasa si hitam psycho ni dia cuma nak kakak untuk jadi hamba dia je.

So sekarang si hitam ni dah dapat kakak jadi hak dia & sekarang kakak jadi hamba dia, free je :)

Ok. Aku stop sini je.

Sekarang kakak tinggal di daerah sama dengan kami tapi tak balik & tak contact pun kami.

Dengar cerita kakak dah beranak. Tak tahu macam mana life dia sebab si hitam tu memang nak kami putuskan terus hubungan keluarga.

Semua org nasihatkan kami utk redha.

Tuesday, 13 November 2018

INI SEBAB MENGAPA ANDA SELALU BERBELANJA LEBIH DARI YANG ANDA RANCANG



Sebelum keluar berbelanja barang dapur dah jadi kewajipan pada kita untuk senaraikan apa barangan yang akan dibeli. Saya sendiri pun macam tu la. Buat list dan simpan dalam phone supaya mudah nak beli barang nanti. Tak de la terlupa beli atau terlajak beli.

Tapi bila dah sampai ke pasaraya tu , macam-macam benda lain yang tak de dalam senarai yang kita nampak menarik dan perlu beli.Sudahnya dari bajet RM300 terus jadi RM500 .

Tapi itu dulu la..Sekarag dah makin bijak berbelanja dan makin faham cara nak kawal diri supaya tak membeli barang yang tidak ada dalam perancangan.

Perbelanjaan terbesar setiap bulan bagi kebanyakan keluarga ialah berlanja untuk groceries. Setiap hari kita kena makan jadi tak de sebab kenapa kita tak perlu beli groceries.

Lain la kalau orang bujang yang memang tak memasak kat rumah. Hari-hari makan di kedai , jadi bajet untuk barangan runcit tak ada. Tapi kalau difikir-fikirkan kos nya tetap sama macam beli barang runcit untuk satu keluarga.

Jadi apa punca sebenar kenapa bajet membeli jadi berlebihan dan bagaimana cara nak mengatasinya?"-




1. KURANG PERANCANGAN
Kita tak boleh masuk satu kedai tanpa membuat perancangan dan membeli dengan hanya mengagarkan saja berapa jumlah yang akan di bayar.

Penting untuk korang senaraikan apa menu yang akan korang masak dalam minggu tersebut. Kemudian mula buat kira-kira dan senarai groceries yang akan dibeli. Tapi tak ramai yang buat macam tu.Kebanyakan dari kita akan pergi ke pasaraya kemudian dia ambil barang-barang yang setiap bulan dia beli.

Contohnya : beras, minyak masak, bawang dan beberapa bahan asas. Lepas tu sampai masa nak masak baru la dapat idea nak masak apa. Bila check barang tengok-tengok ada bahan yang tak de. Terpaksa keluar berbelanja lagi.

Sedangkan belian yang sebelum nya kita dah habiskan sejumlah wang yang kita dah bajetkan untuk perbelanjaan dapur.

Kan dah rugi namanya tu...

So lepas ni kalau nak senaraikan barang dapur yang akan dibeli , kena fikirkan juga apa menu dan hidangan yang akan kita masak.



2. PETI SEJUK YANG BESAR
Bagi wanita yang dah bekeluarga , peti sejuk sangat penting. Kalau boleh nak peti sejuk yang besar dan ada banyak ruang. Boleh letak macam-makan dalam peti sejuk yang besar.

Memang bagus kalau ada peti sejuk r sebab makanan boleh tahan lama dan menjimatkan wang kita. Tak payah kerap makan di luar.

Tapi ada setengah orang tak tahu nak manfaat kan peti sejuk mereka. Mereka membeli semata-mata memikirkan ada banyak ruang kosong di dalam peti sejuk yang perlu di isi.

Bila dah terlalu banyak barang yang dibeli pasti ada bahan masakan yang sudah luput tarikh, sayur yang sudah tidak segar, dan bahan mentah yang sudah tidak boleh dimakan.

Sebaiknya beli barang yang mentah seperti sayuran, ayam, daging, udang atau makanan laut dalam kuantiti yang sedikit. Untuk makanan seperti nuget, kentang , sosej , mayonis dan makanan lain nya perlu lah di teliti tarikh luputnya.

Kalau korang yakin tidak mampu menghabiskan semuanya dalam masa 1-2 minggu, korangperlu menghadkan pembelian nya.

Peti sejuk juga tidak perlu di penuhi dengan barang kerana peti sejuk memerlukan ruang yang mencukupi untuk pengudaraan. Jika sarat dan terlalu banyak  susah untuk bahan makanan dalamnya menjadi sejuk malah kita juga akan menggunakan lebih banyak elektrik.


3. TERPENGARUH DENGAN MUSIM JUALAN MURAH
Ketika membeli belah pada musim jualan murah kita memang akan mudah terpengaruh untuk membeli barangan yang tidak penting dan yang kita tidak perlu.

Bila kita tengok harga barangan tu murah , terus kita beli sebab kita fikir "Bukan selalu dapat harga murah macam ni.." padahal barang tu korang tak perlukan pun. Tak guna kalau setakat harga nya murah tapi terbiar je dalam rumah kita tanpa disentuh.




Saya suka keluar membeli barang dapur dengan suami saya sebab bila saya nak ambil sesuatu barang , saya akan minta pendapat dia sama ada perlu atau tidak saya beli benda tu. Saya tanya dia "makan tak benda ni kalau saya masak.."

Anak-anak saya pula memilih makanan jadi kena bijak membeli dan tahu apa yang perlu dibeli atau tidak. Risau kalau dah beli tiba-tiba anak kata tak suka benda tu. membazir .Jadi bila nak beli barang dapur tanya juga pendapat ahli keluarga kita.

Bye..

Friday, 8 June 2018

"HARI INI KAMI TERPISAH NAMUN SAYA TETAP CARI DIA" - DATO FAZLEY KONGSI VIDEO DI MASJID BERSAMA ANAK



Seperti biasa hari jumaat semua kaum lelaki akan ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.Tak terkecuali juga dengan Dato Fazley dan anak nya.

Namun Dato Fazley ada berkongsi sebuah video untuk kita renung-renungkan bersama..

Sayu pulak rasa lepas tonton video yang di kongsi oleh Dato Fazley ni. Begitu lah kasihnya seorang ayah pada anak nya.Untung siapa yang masih ada ayah .

Nak-nak pulak ayah yang penyayang macam dato Fazley ni.

 Caption yang di tulis nya sangat menyentuh hati dan menggambarkan betapa dia sangat menyayangi anaknya. Lebih rasa sayu bila anak nya memeluk erat ketika melihat ayahnya berada di depan mata,.


"Tahun ini, semua orang sibuk dengan video raya yang paling sedih. Secara tak sengaja, hari ini saya dan anak sulung saya, terbuat drama sedih jugak. 

Kisahnya begini...setiap Jumaat kami akan berusaha untuk solat bersama namun yang sering memisahkan kami adalah trafik jam dan hujan. Sebab Payish akan ke masjid dari sekolahnya dan saya akan bergegas ke masjid dari ofis. Bermakna, waktu kami tiba di masjid tidak sama. Jadi, kami akan sentiasa berusaha untuk mencari masing-masing sebelum solat bermula. Namun hari ini, saya tak jumpa Payish dan Payish pun tak jumpa saya.
.
Jadi saya bergegas keluar ke bawah masjid, cuba sedaya upaya untuk mencari Payish. Apabila saya melihat kelibat Payish, sebak sangat rasa melihat dia sedang terduduk kekecewaan kerana tidak dapat bersua dengan saya di masjid. Bila saya jumpa dia, terus airmata dia bercucuran dengan ungkapan “Didaaa, I thought I won’t see you today.” Terus saya dipeluknya.
.
Inilah agaknya yang dimaksudkan oleh arwah Bapak - Kasih sayang adalah syurga keluarga. Rasa macam bertahun tak nampak anak sendiri walhal baru berpisah berapa jam sahaja 😭"

.



sekian..

Friday, 13 April 2018

ANAK; MAKIN BESAR MAKIN PERLU DI PERHATIKAN...

Tu dia...memang tak sempat sungguh hari ni nak buka blog , nak update sosial media.. Tak sempat!tak sempat!!

Esok pulak dah cuti sekolah. Anak-anak memang sentiasa nak ibu bagi perhatian kat diaorang je.Kalau anak-anak masih kecil lain ceritanya pulak..kan??Dah besar cerita lain  dah..hahaha..




Alhamdulillah..Anak-anak masih lagi rasa tak boleh berenggang dengan ibu diaorang ni.Risau juga bila fikirkan ada anak-anak yang semakin menginjak remaja dah tak boleh duduk semeja dengan mak ayah.

Bila mak ayah ajak makan sekali pun dah tak mahu.Biasa dengar kes-kes macam tu..kan?Bila anak dah menginjak umur nya anak-anak nak jalan sama-sama dengan mak ayah pun dah tak mau.

Harap-harap anak-anak kita semua tak macam tu lah..

Saya ni dah ada anak dara sorang.. Baru umur 11 tahun.. Mungkin belum sampai lagi fasa suka memerap dalam bilik sendirian tu..Akan datang tak tahu lah..InsyaAlllah..saya akan cuba la untuk buat dia rasa lebih seronok bila  bersama ibu dan ayah.

Pernah dulu saya bertanya pada sorang rakan yang saya terserempak di jalan, "..anak yang sulung nya mana?"

Dia jawab.." dia rumah..dia dah besar tak mahu lagi ngikut saya ni kemana-mana ... Kalau nak jalan bawak yang kecil ni je la..

Baru-baru ni pergi kenduri rumah kakak ipar di segamat pun , dia tak nak ngikut..4 hari dia sorang di rumah.."

Wah!!padahal anak nya tu baru je umur 16. kalau saya memang saya angkut bawak jalan..tak de sebab nak duduk di rumah sendirian . Tambah-tambah diusia macam tu , orang kata lagi la perlu diperhatikan.

Betul tak??

sekian..





Tuesday, 27 March 2018

ANAK KEDUA LEBIH SUKA BERKONGSI BERBANDING ANAK PERTAMA

Assalamualaikum..





Jarak umur yang jauh antara Maisara dan Mikhail memang beri kesan pada sikap kedua-dua anak saya. Maisara lahir pada tahun 2007 dan Mikhail pula lahir ketika Maisara dah berusia 6 tahun..

Bayangkan selama 6 tahun apa yang kami beli hanya untuk maisara dan dia tak de adik beradik lain untuk berkongsi. Kalau dia pergi kedai, dia cuma akan beli aiskrim hanya untuk diri dia.

Kemudian tiba-tiba saja bila dah ada adik , sikap "semua milik aku" ni susah sangat nak kikis dalam diri Maisara.

Kalau dia pergi kedai  beli aiskrim susah la dia nak belikan untuk adik dia sama, kecuali kalau saya atau ayahnya pesan.."belikan untuk adik sama..".

Masa tu baru la dia belikan untuk adik dia..

Kadang-kadang dia balik dari sekolah bawa coklat, selamba dia je makan sorang-sorang  depan adik . Adik ni pun apa lagi mengamuk-ngamuk la nak coklat jugak.

Hahahha,,

Tapi berbeza dengan sikap Mikhail... 

Mungkin sebab lahir dan membesar je dia memang dah ada kakak.Dia dah memang diajar untuk berkongsi setiap apa yang dia beli..Dia diajar kalau nak makan, kena makan sama-sama kakak.

Setiap kali dia pergi kedai dia akan balik dengan bawak sesuatu untuk kakak dia. Tak kisah la kadang-kadang barang yang dia beli  untuk diri sendiri lebih  mahal sikit la dari barang kakak tu..

Tapi tetap ada sesuatu untuk kakak..Tak payah di pesan. kalau beli aiskrim , dia akan pilih dua.Satu untuk dia, satu untuk kakak.



Si kakak tu bukan tak di pesan.. Tapi mungkin kami ajar bab berkongsi dengan adik tu macam lambat sikit.Ye la..umur 6 tahun baru dapat adik..lepas tu dalam umur 8,9 tahun baru dia berkongsi mainan dengan adik, berkongsi makanan dan sebagainya..

Bab berkongsi dengan kawan2 tak sama dengan berkongsi dengan adik beradik..kan?? Dengan kawan2 bukan selalu dia keluar berkawan. 

Walaupun macam tu kami tahu yang si kakak tu akan berubah juga satu hari nanti. Dia cuma belum terbiasa dan ada sikit ego tu. maklum la bila ada adik ni dok rasa dengki je , dok perasan macam adik tu dimanja lebih sikit dari dia..hahaha..padahal sama je..

Adik pun kena rotan jugak..

hahahha



Wednesday, 14 March 2018

RUGINYA WANITA DI KOREA , SUAMI MEREKA TIDAK DIBENARKAN BERKAHWIN LEBIH DARI 1

Sejak dari muda2 dulu memang suka tengok drama korea.Orang kata tak dak faedah tengok drama korea ni.

Tapi sebenar banyak juga pengetahuan tentang masyarakat korea ni yang saya tau.Tapi tak payah la citer semua , panjang satgi bukan ada sapa nak baca pun.

Salah satu benda yang saya tau , kat Korea tak boleh kawan lebih dari 1.Kalau nak kawen lagi satu kena ceraikan isteri pertama.

Susah betul undang2 macam tu..

eh!!mesti ramai perempuan kata..

" Apa yang susahnya...bagus la macam tu..padan muka lelaki tak boleh kawen lebih dari 1..Patut nya kat Malaysia pun buat macam tu."

Siapa kata bagus..??




Tau tak kat korea , kes curang tu dah biasa sangat tau.. Kesian isteri kena tipu hidup dengan suami .Lagi malang bila tanggungjawab pada keluarga pun suami tak mampu buat bila asyik berpoya-poya diluar.

Bila curang, lahirlah anak tak sah taraf, nasib wanita simpanan tak terbela, anak pun terbiar..

Lepas tu perempuan simpanan mengandung, si lelaki tak nak bertanggungjawab, perempuan bawak diri, lahirkan anak sendiri.Besarkan sendiri.

Ada akta untuk lelaki sebegini??tak ada.. 

siapa yang rugi..??Dah tentu kaum wanita..Isteri rugi, wanita simpanan pun rugi.





Tapi indahnya islam ni bila islam membenarkan lelaki kawen lebih dari satu. Tujuan nya untuk elak kan benda2 macam kecurangan, anak terabai, nasib wanita tak terbela.

"eleh..ada je lelaki islam yang curang, lepas tu ada anak luar nikah, abaikan isteri.."

Ye betul..Memang ada sebab mereka tidak mengamalkan cara hidup islam.Cer kalau amalkan cara hidup islam mesti jadi mudah.

Dah ada isteri, tapi jatuh cinta lagi, jalan terbaik ialah kahwin je la..Daripada suami kita buat benda tak elok di luar.. Lagipun dalam islam ada undang2 untuk membela nasib wanita dan isteri.Nak risau apa..kan??

Suami kawen lain, tapi dia wajib menafkahi kedua-dua keluarga nya..Islam tak suruh bila lelaki kahwin lain , kena ceraikan isteri pertama. Itu zalim namanya.

Apa nak buat kalau suami abaikan juga dan tak mahu ikut undang2 islam yang dah ditetapkan??

Kita boleh ambik tindakan dengan mengadu kepada pihak berwajib.Nak lebih bagi pengajaran kat suami yang culas ni , buat je report polis .

Ini mungkin untuk kes2 suami yang menzalimi dan mengeluarkan kata-kata kesat, mengugut dan perkara2 yang melibatkan keselamatan anak dan isteri tu sendiri.

Undang2 islam ni sebenarnya untuk memudahkan kita tapi sikap kita sendiri yang buat ianya jadi susah..betul tak??

sekian.

Monday, 5 February 2018

ANAK MULA CEMBURU SELEPAS DAPAT ADIK. APA YANG PERLU DILAKUKAN?

anak cemburu lepas dapat adik



Anak mula cemburu selepas dapat adik.Apa perlu dilakukan?Melihat seorang kenalan yang baru menimang cahaya mata kedua baru-baru ini membuatkan saya terdetik untuk menulis tentang nya.Kenalan saya ini melahirkan anak keduanya pada pertengahan january yang lalu selepas menungggu 6 tahun selepas anak pertama dilahirkan.Apa yang menjadi masalah kepadanya ialah anak sulung nya berkelakuan aneh sejak adiknya lahir.Dia kerap merajuk, menangis dan tidak mendengar kata. Kenalan saya ini dan suaminya bersetuju apabila saya katakan yang mungkin anak nya cemburu.

Saya sendiri pernah alami perkara ni .Selepas 5 tahun saya disahkan hamil, keadaan kesihatan saya turut merosot sepanjang kehamilan hingga saya tidak ada masa untuk melayan Maisara seperti selalu. Saya lebih banyak tidur dan berehat.

Kemudian selepas Mikhail, adiknya  dilahirkan kami berdepan masalah  jaundis hampir 3 minggu. Sekarang ni saya cuba nak ingat balik apa perkara yang saya buat bersama Maisara sepanjang kehamilan kedua dan selepas melahirkan Mikhail,. Tak ada yang saya ingat. Atau boleh la saya katakan kami tak banyak masa bersama dan tak ada satu pun perkara menarik yang kami buat. Jadi itu lah puncanya kenapa selepas adiknya lahir dia selalu bermain sendiri , merajuk dan selalu kata "kakak tak mau adik."

Anak mula cemburu selepas dapat adik.Apa perlu dilakukan supaya ianya tidak berterusan


Dalam keadaan macam ni apa yang perlu dilakukan ? Saya tak biarkan perkara tu berlarutan. Ada beberapa cara yang saya lakukan supaya maisara hilangkan rasa cemburu pada adik  nya.

1- Ajak anak menguruskan adik kecil nya bersama-sama. Contohnya memandikan bayi dan menyediakan kelengkapan nya. Saya ingat lagi dulu kalau nak mandikan Mikhail , saya akan suruh Maisara jirus kepala adik nya perlahan-lahan sambil saya mengusap kepala dan badan adik.Kemudian dia akan  duduk ditepi adiknya ketika saya siapkan adik dia.Dia akan sama2 sapukan bedak, sapukan minyak kat perut . Bila melibatkan dia tak la dia rasa diabaikan dan dia tentu rasa seronok sebab dapat menguruskan adiknya seperti orang dewasa.Kanak-kanak ni memang suka buat apa yang orang dewasa buat.


2-Dapatkan bantuan orang terdekat. Korang boleh minta bantuan suami atau adik beradik lain untuk membantu. Ada masanya kita memang tak ada ruang dan peluang untuk bersama-sama anak kita yang lain  ketika menguruskan bayi yang baru lahir.Waktu ini lah suami dan keluarga sangat-sangat diperlukan. Minta bantuan mereka untuk bermain, menguruskan atau menemankan anak yang lain dengan melakukan aktiviti yang tidak akan buat anak merasa terabai atau kesunyian. Suami saya memang banyak membantu . ketika saya luangkan masa dengan anak dia akan menguruskan rumah. Begitu juga sebaliknya. Jangan berlagak kita ni kuat dan mampu menguruskan semua perkara.

3- Pejam kan mata jika rumah bersepah ketika kita bersama anak-anak dan  tak ada orang untuk uruskan rumah. Anak kecil dan rumah bersepah memang tak ada sesiapa yang tak pernah melalui.Kalau ada yang kata tak pernah mungkin dia ada bantuan dan sokongan 24 jam dari orang lain. Setuju.??haaahahha..


anak cemburu lepas dapat adik

Bukan menjadi kesalahan kalau kita tak sempat nak uruskan rumahtangga. Baju yang belum dijemur, periuk yang belum di cuci, itu perkara biasa bila kita ada anak kecil.jangan fikir cukup lah anak kita dah siap mandi dan tak comot , lepas tu kita boleh buat kerja-kerja rumah tanpa fikir apa2. jangan uruskan fizikalnya saja, mental nya juga tak boleh diabaikan..luangkan masa setengah hingga 1 jam  bersama anak dengan membaca, menyanyi dan sebagainya Kemudian beritahu anak yang 2 jam lagi kita akan kembali bersamanya untuk aktiviti yang lebih menarik . Dan korang boleh buat kerja rumah tanpa risau memikirkan perasaan anak .


4- Anak saya suka berbual. Walaupun kita dah bagi tau yang kita nak buat kerja rumah sekejap , dia akan tetap ikut kita sambil berbual.. Cara saya, saya layan kan saja. Sambil memasak, mandi, mengemas, dia akan bertanya dan saya akan jawab . memang letih sebab kadang2 soalan nya berulang-ulang.Tapi itu lah caranya anak kita menagih perhatian.


5- Saya tak pernah cuba cara yang satu ni tapi memang ada yang buat.Cara untuk hilangkan perasaan cemburu dalam kalangan adik beradik ialah beri dia lebih ramai adik beradik.. Bila mereka ada kawan di rumah perasaan cemburu tu akan berkurangan sebab mereka ada banyak perkara untuk dilakukan bersama adik beradik yang lain.

contohnya anak pertama , kedua dan ke tiga dalam lingkungan umur 6,4 dan 2 tahun..mereka akan selalu bermain bersama dan tak kan selalu mengganggu adik kecil mereka.Memang ada masanya mereka akan menyentuh adik kecil, mencubit pipi dan sebagainya tapi tak selalu berlaku.

Kalau tak mampu nak melahirkan anak yang ramai boleh juga anak anak saudara atau kanak-kanak lain ke rumah dan luangkan masa dengan anak kita.

Cara mengelak kan anak cemburu 


Itu lah beberapa tips yang saya boleh kongsikan untuk rujukan ibu-bapa yang alami masalah anak cemburu selepas dapat adik..Ada lah lebih baik jika sepanjang kehamilan tu terapkan perasaan sayang kepada adik nya di dalam kandungan tu. Beritahu dia bahawa bayi yang bakal lahir adalah satu anugerah kepada keluar termasuk dirinya. Maklumkan juga bahawa kita sangat-sangat memerlukan bantuan dan sokongan anak kita untuk sama-sama menjaga dan membesarkan adiknya yang bakal lahir.Cipta moment indah berkaitan bayi yang bakal lahir bersama anak kita seperti memilih  barangan bayi bersama-sama , memilih nama bayi dan  rancangan aktiviti yang bakal dia lakukan bersama adiknya nanti

Sekarang ni memang tak de lagi masalah Maisara cemburu pada adiknya Kalau sekarang dia  kata  "kakak tak mau adik" ianya bukan kerana cemburu tapi sebab adiknya suka mengusik dan mengganggu nya.,Hahahha.. Semoga anak-anak saya sentiasa bersama dalam apa juga keadaan .

sekian..

Wednesday, 24 January 2018

UMUR BERAPAKAH ANAK ANDA KENAL ABC- Z ?

Assalamualaikum..



" Dah boleh baca ABC ke belum??"

Dulu ketika anak saya berusia 4,5 tahun , saya tak suka bila ada orang yang jumpa anak saya dan tanya dah boleh baca ABC ke belum?Bayang kan , bertemu di tepi jalan sibuk nak suruh anak saya baca ABC.

Anak saya pulak bukan suka berbual dengan orang yang dia tak kenal.Jadi anak saya akan diam dan tak tumpu pun pada soalan orang tu.. Kemudian tak pasal2 di cop nya anak kita tak reti apa..

"..OOo..tak pandai baca lagi ya..Mana boleh macam tu..kena pandai baca tau.."

Erm..kita senyum je la..Kita pun paham anak kita mesti fikir "ajer giler ke apa nak baca ABC kat sini..Dia bukan cikgu aku pun.."

hahahah

Mungkin soalan tu bukan apa-apa bagi setengah orang.Tapi bagi mereka yang ada anak , sentiasa mengharapkan anak -anak mampu mengenal huruf dan membaca di awal usia..

Hari ni boleh dikatakan ramai anak-anak kita yang sudah pandai menyanyikan lagu ABC. Ibu bapa sekarang sangat bijak mengatur perancangan untuk anak-anak kalau bab-bab pendidikan ni.

Sejak dari anak lahir sudah di didik telinga nya mendengar zikir dan nyanyian ABC supaya bila anak sudah boleh bercakap dia akan dapat menyebut apa yang didengarinya.

Saya rasa sangat berbangga bila ada rakan-rakan di facebook saya berkongsi yang anak mereka boleh mengenal ABC sebelum memasuki darjah 1. Ada yang seusia 2 tahun sudah boleh mengenal ABC. kalau saya ada anak lagi nanti saya pun nak anak saya kenal ABC seawal usia 2 tahun.



Memang ramai kanak-kanak yang boleh menghafal ABC tapi yang kenal dan tahu membezakan setiap huruf tu adalah lebih penting dari sekadar menghafal bunyi nya tapi tak kenal huruf.

Hari ni sejak dari pagi saya berada di tadika anak saya belajar .Saya lihat bagaimana gurunya  mengajar ABC dengan menggunakan kad yang berbentuk keretapi.Kemudian setiap seorang diberi satu huruf.Mereka perlu melengkapkan keretapi tersebut dengan huruf A-Z .

Disatu sudut lain saya lihat ada banyak bahan belajar lain untuk anak-anak ni.

Memang kreatif cara guru-guru tadika sekarang mengajar. Jadi tak hairan lah kenapa ramai ibu bapa sekarang sanggup menghantar anak mereka seawal usi 4 tahun ke tadika.

Memang berbeza sangat masa zaman saya kecil dulu.Pergi tadika satu apa pun tak tau.Seingat saya di tadika kami hanya bermain ,makan dan dengar cikgu bercerita.

Patut lah saya hanya mengenal ABC dan boleh membaca pada usia 7 tahun.Hahaha...Berbeza dengan anak-anak saya sekarang yang mampu membaca dengan lancar sebelum usia memasuki 6 tahun.

Ada orang kata tak perlu paksa anak belajar masa mereka kecil-kecil ni.Itu betul...Tapi tak salah kalau kita dedahkan mereka dengan nombor dan huruf ketika mereka kecil. Lakukan nya dengan santai dan menghiburkan mereka,.

Yang jadi salah jika kita terlalu memaksa contohnya anak usia 3 tahun di denda menulis ABC sehingga 10 kali hanya sebab tak kenal hurug G..



Kita boleh membeli mainan atau perhiasan bilik tidur anak yang berbentuk abjad dan nombor..Atau boleh juga kita pasang video nyanyian ABC ketika anak sedang bermain dan tidur.Itu juga salah satu cara mendedahkan anak dengan abjad dan nombor.

Banyak kelebihan nya jika anak boleh mengenal huruf dan nombor diawal usia . Jika kita dedahkan anak-anak dengan huruf dan nombor diawal usia , kita tidak perlu risau lagi apabila anak sudah memasuki tadika.Mudah juga untuk guru mengajar anak kita .

Mengenal huruf diawal usia juga boleh melatih dan memupuk anak kita supaya suka membaca.Ada banyak bahan bacaan untuk anak seawal usia 5 tahun yang menarik dan mampu membuat anak kita minat membaca.

Tapi jangan lah lepas baca artikel ni ada yang risau sebab anak masih belum boleh mengenal huruf walaupun usia sudah melebihi 6 tahun.Masih berkesempatan untuk kita buat anak kita kenal huruf sepenuhnya.

Walau anak kita dah usia 7 tahun dah masih tidak tahu membaca, anak kita tetap mempunyai hak untuk belajar.Jangan abaikan mereka dan berilah apa yang mereka mampu terima , Tidak perlu memaksa.Terima kenyataan yang kadang-kadang anak kita hanya perlu mengambil lebih banyak masa berbanding oranag lain

sekian

Saturday, 20 January 2018

DOA PENERANG HATI

Assalamualaikum..




Doa Penerang Hati ni selalu saya suruh anak-anak amalkan.. Sejak mereka kecil lagi hari-hari saya ajak anak membacanya bersama-sama.Selain dari usaha yang berterusan kita perlu juga berdoa supaya usaha kita itu dipermudahkan dan kita dapat mencapai apa yang diinginkan.

Hari ni saya nak kongsikan beberapa ayat dan doa yang boleh diamalkan dan dijadikan ayat penerang hati bagi anak-anak kita dan juga untuk kita sendiri.

1- DOA PENERANG HATI
gambar: fbme.utm.my

2-DOA PENERANG HATI
gambar: itmemawarputih

3- DOA PENERANG HATI
gambar: asmaul-husna



4- Surah An-Nur Ayat 35


“Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya-Nya seperti sebuah lubang yang tidak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam tabung kaca, (dan) tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkati, iaitu pohon zaitun yang tumbuh di timur dan tidak pula di barat, yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah memberi petunjuk kepada cahaya-Nya bagi orang yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Dan, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”


5- Doa agar anak menjadi orang yang pandai dan berilmu

gambar: Tinhijau

 
6- Surah Al- Insyirah Ayat 1 - 8

Aku berlindung kepada Allah dari godaan setan yang terkutuk
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1. Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
2. Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu,
3. yang memberatkan punggungmu?
4. Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu .
5. Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
6. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
7. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain ,
8. dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.


DOA PENERANG HATI
Mempunyai anak yang bijak cemerlang dunia akhirat memang menjadi impian ramai ibu bapa. Teruskan berusaha dan berdoa dengan perngharapan sepenuh nya pada Allah s.w.t  . Jadikan ianya satu rutin dan amalan dalam setiap ahli keluarga kita.

Mudah-mudahan apa yang kita usaha dan doakan akan menjadi kenyataan.

Adakalanya kejayaan dan hasil yang diharapkan tidak datang  dengan cepat. Ada masanya ia datang lambat dengan penuh cabaran dan dugaan. Jangan lah berputus harap dan teruskan lah berdoa dan berusaha.

sekian..


Thursday, 18 January 2018

WANITA DICERAIKAN KERANA MANDI SETAHUN SEKALI

Assalamualaikum..



Oleh sebab negara kita ni beriklim khatulistiwa memang penting untuk kita mandi sekurang-kurangnya 2 kali setiap hari. Siapa yang mandi seminggu sekali??ada ke?

Tak dapat dibayangkan cemana bau nya kalau mandi seminggu sekali.Bukan setakat bau bawang mungkin bau lengkuas, kunyit , serai semua nya ada.Hahahah.

Bayang kan kalau duduk negara-negara sejuk macam korea ke, Taiwan ke...Huh!!agaknya mandi setahun sekali..Tapi memang ada kes dimana seorang wanita mandi hanya setahun sekali dan perkara ni berlaku di Taiwan.

Seorang wanita diceraikan suami nya kerana mandi setahun sekali.Lin juga dikatakan jarang-jarang mencuci rambut dan menggosok gigi.

Suaminya yang tidak didedahkan identitinya membuat permohonan cerai di Mahkamah Daerah  Taipei .

Menurut bekas suaminya ,dia sering meragui tahap kebersihan bekas isterinya itu apabila Lin mandi seminggu sekali diawal perkahwinan mereka.Namun perkara tersebut berlarutan dan tabiat nya menjadi bertambah buruk apa bila dia hanya mandi setahun sekali.

Lelaki itu berkata bahawa disebabkan oleh tabiat Lin yang tidak sihat, mereka hanya melakukan hubungan seks setahun sekali, yang menyebabkan  pasangan itu belum mempunyai cahaya mata walaupun sudah 10 tahun berkahwin.



Kedua-dua mereka tidak bekerja . Lin dikatakan menghalang suaminya bekerja dan menyuruhnya duduk dirumah sambil menjaga ibu bapa Lin yang sudah tua. Segala perbelanjaan rumah ditanggung sepenuhnya oleh orang tua Lin. Namun lelaki tersebut mengatakan ianya masih tidak mencukupi dan hidup mereka dalam kemiskinan malah untuk mendapatkan rawatan pergigian juga mereka tidak mampu.

Hakim kemudian nya mengesahkan penceraian tersebut dan menegaskan isu  kerja, keluarga, dan kebersihan ini tidak akan membuatkan hubungan perkahwinan mereka n dapat diteruskan.

sekian..

Tuesday, 16 January 2018

REMAJA 16 TAHUN SAMAN IBU SENDIRI KERANA DEDAHKAN MAKLUMAT PERIBADI DI FACEBOOK

Assalamualaikum..

anak saman ibu kerana facebook


Zaman sekarang sesiapa pun boleh kena saman. Awak maki-maki orang di facebook pun tak mustahil tiba-tiba saja surat saman sampai kat rumah. Orang yang awak tak kenal pun tiba-tiba saja boleh saman awak. So kena berhati-hati bila awak menulis di laman sosial atau pun memuat naik satu-satu kandungan di laman sosial awak.

Jauh kan dari sebarang isu yang boleh membuatkan awak berada dalam risiko.




Biasalah..kita ni manusia biasa .Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita tulis dan muat naik di laman sosial boleh membuatkan ada pihak lain berkecil hati, kerugian dalam perniagaan dan boleh menyebabkan kesulitan pada orang lain.

Oleh sebab sekarang zaman siapa pun boleh kena saman jangan terkejut kalau ada kes anak saman ibu kerana  mendedahkan gambar nya dan maklumat perubadinya di laman sosial.

Itu lah yang berlaku apa bila seorang remaja berusia 16 tahun , berasal dari Itali bertindak menyaman ibunya sendiri  kerana memuat naik gambar  dan maklumat peribadi  tanpa persetujuan nya.

Remaja  tersebut mendakwa tindakan ibunya memberi  kesan yang serius terhadap kehidupan sosialnya sehingga dia bertindak untuk berpindah  ke sekolah tinggi di Amerika Syarikat supaya dia boleh "memulakan" hidup baru.

23 Disember, 2017, Hakim Monica Velletti dari  mahkamah sivil di Rom  memerintahkan ibu remaja terbabit untuk memadamkan semua gambar tersebut  dari akaun media sosialnya sebelum  1 Februari, 2018, atau wanita malang tersebut bakal dikenakan denda € 10,000 ($ 12,270).

Media Itali melaporkan bahawa, mengikut dokumen mahkamah, anak perempuan berusia 16 tahun dan ibunya berada dalam konflik  sejak dia dan ayahnya bercerai. Selepas penceraian , ibu tersebut didakwa memaparkan gambar dan butir-butir kehidupan peribadi anaknya itu  dan merujuk anaknya  sebagai "pesakit mental" dan membandingkannya dengan "pembunuh". 


Hakim tersebut juga  meminta agar remaja tersebut  dipindahkan ke sebuah sekolah di Amerika Syarikat, agar dia dapat "menjauhkan diri dari konteks sosial sekarang, di mana semua pelajar sekolah menengahnya sudah mengetahui  butiran peribadinya.

Undang-undang hak cipta di  Itali dengan jelas menyatakan bahawa subjek foto memerlukan hak cipta  dan kebenaran  sebelum ia boleh diterbitkan di media sosial.

Kes yang luar biasa ini pernah berlaku pada seorang remaja  lelaki berusia 18 tahun,  dua tahun lalu, yangmenyaman  ibu bapanya kerana menghantar lebih daripada 500 gambar nya  di Facebook, tanpa persetujuannya. 

Kes-kes seperti ini kerap berlaku  di seluruh dunia, dan pakar undang-undang  memberi amaran kepada ibu bapa supaya tidak menyiarkan gambar anak-anak mereka di media sosial tanpa terlebih dahulu meminta izin. 


anak saman ibu kerana facebook


Selain boleh dikenakan tindakan  undang-undang, mereka juga berisiko mendedahkan kanak-kanak bawah umur kepada ancaman yang lebih berbahaya, seperti pembulian siber oleh rakan-rakan mereka.

Jadi korang..Lepas ni sebelum nak letak gambar anak-anak kena tanya mereka dulu terutamnya bila anak-anak kita dah meningkat remaja.Kalau masa mereka  kecil2 dulu boleh la kita muat naik gambar mereka tanpa kebenaran. 

Anak-anak ni bila mereka dah remaja kita perlu juga terapkan rasa hormat pada mereka.Sedikit sebanyak ianya akan membuatkan mereka juga menghormati kita.

sekian..

Wednesday, 10 January 2018

BAHAYA JIKA BATERI KECIL INI TERSUMBAT DALAM HIDUNG ATAU TERTELAN

Assalamualaikum..




BAHAYA JIKA BATERI KECIL INI TERSUMBAT DALAM HIDUNG ATAU TERTELAN  Bateri sekecil ini menjadi mimpi ngeri buat sepasang suami isteri apa bila anak kedua   mereka tiba-tiba tersedak dan bersin.Disangka kan ianya  perkara biasa rupanya bateri kecil ini tersumbat di dalam hidung nya.

Kejadian tersebut berlaku jam 8 malam , 8 januari lalu ,ketika mereka sekeluarga sedang makan malam.

Pengalaman ngeri tersebut dikongsikan Nurul Akmar Zainal ,ibu kepada kanak-kanakl ini di laman facebook miliknya.




Alhamdulillah 3:10 selesai mengeluarkan sebiji bateri dari dalam hidung anak ku Muhammad Arrief..

Tragedi hitam ‘biji bateri’ termasuk dalam rongga hidung pada pukul 8 malam, semasa kami sekeluarga sedang menikmati makan malam..

Dalam sesaat sahaja anak tersedut, kami ingatkan die hanya tersedak biasa dan terbersin.. Bersin yang kerap, tersedak dan terus menangis naluri seorang ibu kuat menyatakan sah ‘biji bateri’ yang anak main dah tersedut melalui hidung..

Aku memang tidak berlengah memaksa suami untuk bawa anak ke hospital.. Terus bergerak ke Hospital Kajang.. Sedihnya mereka suruh kami refer ke Hospital Serdang. Tetapi di Hospital Serdang menyuruh kami pulang dan kembali pada keesokan hari..

Kami berdegil dan mencuba nasib ke HUKM, pada jam 10.50malam kami daftar dan menunggu giliran sehingga jam 2.30pagi. Setelah lama menunggu, kemudian dipanggil untuk X-ray dan SAH bateri itu berada di dalam hidung sudah melekat..


BAHAYA JIKA BATERI KECIL INI TERSUMBAT DALAM HIDUNG ATAU TERTELAN 


Doctor suluh dan korek sehingga biji bateri keluar.. Alhamdulillah selamat tetapi disebabkan bateri tu dah berada di dalam hidung selama lebih dari 5jam, apabila doc memasukkan camera untuk di scan terdapat kesan hitam air bateri di dalam hidung anak kami..



Bahayanya kerana ianya “bateri Baru” ada ‘power’, lebih 5jam di dalam hidung, air bateri pun dah mula melekat jika tidak dikeluarkan segera atau dibiarkan lebih lama boleh menghakis tulang di batang hidung 

 Kenapa hospital kajang tidak mendahulukan kes ini sebab bateri ni sangat bahaya!!!

Tapi Alhamdulillah kami respect doc Hukm & nurse staff Hukm walaupun banyak kes yang berat2 pada malam & tengah pagi ini, mereka selesaikan dengan sebaik mungkin walaupun doc dah nak balik sambil menggalas bag, die tetap mendahulukan pesakitnya 💖

Sepatutnya anak kami perlu di admit, tapi sebulat suara mungkin doc percaya kami boleh pantau dari Rumah, maka kami pun dibenarkan pulang 

Pengalaman dan pengajaran yang tak akan dilupakan.. Saya nasihatkan kita sebagai ibu bapa perlu lebih berhati-hati walaupun rasa kita dah menjaga anak-anak sehabis baik, tapi jika Allah mahu menyedarkan keterlekaan kita, Dia mampu mendatangkan ujian dalam apa jua bentuk.. Sesungguhnya kami khilaf dan akan lebih berhati2.

Terima kasih rakan2 yang mendoakan tak henti2 dan shared pengalaman masing2, Akma amat menghargainya ♥️ #415am #9118






BAHAYA JIKA BATERI KECIL INI TERSUMBAT DALAM HIDUNG ATAU TERTELAN 


Semoga kejadian ini menjadi pengajaran untuk kita semua supaya lebih berwaspada dan peka dengan keselamatan anak-anak kita. Malang tak berbau dan kita susah nak jangka apa yang akan berlaku tapi kita tetap perlu berhati-hati.

Bateri kecil yang sering kita gunakan untuk jam dinding, jam tangan , lampu kecil dan sebagainya terdapat dalam berbagai bentuk dan saiz.Kesemuanya sangat berbahaya pada kanak-kanak dan bayi kerana mereka suka memasuk kan benda-benda kecil ke dalam mulut hidung dan telinga

Centre of Disease Control and Prevention (CDC), satu jabatan yang menjaga kepentingan kesihatan rakyat Amerika Syarikat menjelaskan bateri kecil berbentuk bulat adalah salah satu bateri yang merbahaya untuk kanak-kanak dan bayi

Apa yang terjadi jika bayi tertelan bateri atau bateri tersumbat di saluran hidung ?




Apabila bateri tersebut berada lama di esofagus, bateri tersebut akan mengeluarkan bahan kimia alkaline electrolyte yang berbahaya dan menyebabkan kecederaan 'chemical corrosive burn' pada saluran esofagus itu dalam beberapa jam saja.

Jika ia tidak menyebabkan kebocoran bahan kimia, bateri ini boleh menyebabkan tekanan fizikal pada saluran esofagus, menyebabkan saluran darah yang membekalkan oksigen dan nutrient terhalang, seterusnya menyebabkan kematian tisu-tisu saluran ini, mengakibatkan saluran esofagus ini boleh bocor.

Keadaan ini juga akan berlaku sama jika bateri tersebut tersumbat lama di bahagian dalam hidung.Ia akan mengeluarkan sejenis cecair yang boleh menghakis tulang di batang  hidung.

Dalam satu berita yang dilaporkan oleh dailymail.co.uk pada 16 Nov 2011, seorang kanak-kanak bernama Emmett Rauch berusia 2 tahun telah tertelan bateri lithium yang kecil ini yang digunakan untuk alat remote control.

Beliau terpaksa menjalani 18 pembedahan di Hospiatal Kanak-kanak Phoenix di Arizona, Amerika Syarikat.

Dalam kejadian itu, ibunya Karla Rauch tidak menyedari anaknya telah menelan bateri itu, dan tanda pertama yang ditunjukkan oleh anaknya ialah demam dan selsema saja.

Selepas 3 hari, keadaan anak beliau bertambah teruk dan mengalami sukar bernafas. Apabila doktor melakukan pemeriksaan x ray dada, mendapai terdapat objek bulat yang dipercayai bateri lithium pada saluran esofagusnya.

Emmet terpaksa dipotong dan dibuang esofagusnya sepanjang 4 inci akibat kerosakan kematian tisu. Beliau juga mengalami beberapa kali "collapsed lung" dan menjalani lebih 200 xrays. Kanak-kanak malang ini juga telah berada di hospital selama lebih 19 minggu di wad pediatric ICU. - sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad-

sekian..