Showing posts with label kek coklat. Show all posts
Showing posts with label kek coklat. Show all posts

Friday, 23 November 2018

KEK COKLAT UNTUK JAMUAN PERPISAHAN TABIKA PERPADUAN

Hi..



Oleh sebab tahun ni tahun terakhir Mikhail di tabika perpaduan jadi saya fikir nak masak special sikit untuk majlis perpisahan nya. Fikir punya fikir maka terhasil la kek .. Hahah,,

Sebenarnya setiap kali jamuan saya buat kek.. Tak de special apa pun. Gitu lah kalau orang dah ketandusan idea nak masak, dia nampak masakan yang senang-senang je la..



Yang senang dan orang suka, apa lagi kalau bukan kek. Kalau sebelum-sebelum ni bila jamuan saya buat kek coklat lepas tu siram je ganache kat atas nya. Tapi kali ni saja la ngade-ngada buat krim juga. Padahal bukan reti pun nak menghiasa nya..

Sapu krim lepas tu lertak ganache atas nya.. kena sejuk kan dulu krim tu supaya keras sikit. Kumbang atas kek tu saja buat bagi ada warna lain walaupun nampak macam tak kena je..hahaha.. Tangan tak de seni langsung.

Lepas tu saya goreng Nugget dan sosej..



Sah-sah la saya ni pemaslas..memang cari benda mudah je..hahah..

Tai Alhamdulilllah semua habis licin. Saya buat krim tu memang tak manis sebab tahu dah benda manis-manis sangat ni orang tak nak makan, sekali rasa terus tolak tepi.Hati kita pulak nanti yang sakit.Jadi jalan paling selamat , kurang kan manis dalam kek dan krim nya.

Yang kelakarmya buat kek krim lepas tu dah siap semua baru perasan kotak dah habis. Jenuh fikir cemana nak bawak ke tabika . Nasib baik suami rela hantar naik kereta. Kalau tidak berjalan la saya dengan memegang kek macam nak pergi hantar pengantin..

Sampai je Tabika dah nampak ramai yang dah datang. Macam-macam menu diaorang bawak.Tapi tak sempat la saya nak ambik gambar.Korang bayang kan saje cukup lah ye.

Saya ni kalau dah nampak makanan memang lupa terus nak ambik gambar ke apa.. Laksa paling sedap..Saya makan sampai 2 kali.. Bihun pun sedap.. Allah..semua sedap-sedap la..

Padahal tengah diet tu.. Hehehe..



Ini lah cikgu-cikgu yang dah dua tahun bersama Mikhail. Cikgu Siti dan cikgu Revathy ..Banyak yang Mikhail belajar kat tabika ni.  Mikhail ni kalau kat rumah semua benda dia tak mau buat, tak mau belajar tak mau mengaji tak mau membaca, tak mau mengira ..

Tapi kat sekolah ya Allah, baik nya lahai.. Cikgu nya kata dia pandai itu ini, boleh itu boleh ini.



Ha..Jadi berterimakasih banyak-banyak la kat cikgu sebab buat dia nak belajar.heheh.. Ibu kat rumah ni bila dah tak sabar jadi tarzan je la yang mampu.. tapi tu la, anak-anak pandai ngelat. heheh..

Bye.





Tuesday, 20 May 2014

KEK COKLAT UNTUK ANAK-ANAK

Assalamualaikum...

Semalam buat kek coklat...
Minggu ni je 2 kali dah buat kek..
letih memang letih tapi lebih rasa seronok sebab bila buat kek
mesti anak2 aku makan sampai habis.

Dulu aku suka buat roti..
seminggu 2,3 kali buat roti..
last2 Maisara kata..
:ibu..jangan la buat roti dah..kami tak suka roti..
terus stop buat roti..
buat kek dan biskut je sekarang..


Aku ni kalau buat kek malas nak buat kek ada krim macam ni..
sebab bab nak menghias tu mesti anak dara aku
yang sibuk nak buat..
entah dah rupa apa ntah..mujur la kek aku sedap..muahahha...
tengok la rupa kek nye..
nak di larang kang menyekat kreativiti anak pulak..
terus hilang minat ke dapur..
sampai ke tua jadi anak dara penyegan..aku jugak yang salah..kan??heheh



dan selalunya bila buat kek ,
krim kek tu mesti ada simpan sikit untuk 2 orang budak bertuah ni 
makan..makan krim saja..
hahhah..

Dulu kalau ada krim lebih aku simpan dalam peti sejuk.
Maisara selalu makan krim tu dengan biskut 4 segi..
biskut tawar tu la..
lepas tu habis lantai kena krim2 yang meleleh dia 
sapu kat biskut tu..

lepas tu aku dok pikir cara cemana nak elak kan dia 
tumpahkan krim atas lantai..
dapat satu idea..
aku hancur2 kan biskut tawar tu..
lepas tu campur kan dalam krim kek tu..
lepas tu cairkan sikit coklat masakan,campur sekali dalam 
biskut yang dah aku hancur kan tu..
kalau ada badam ke,kismis ke ,campur je sekali..
lepas tu masuk kan dalam cup macam gambar bawah ni..
masuk dalam peti sejuk kejap..
dah boleh makan...


kalau anak korang jenis macam Maisara ni yang tak suka 
badam dan kismis,
korang cincang2 je kismis tu,badam tu korang kisar ..
campur kan je..

kalu tak nak guna krim kek pun boleh..
cairkan coklat,boh susu pekat,lepas tu bubuh je apa korang nak..
sedap oi..

selamat mencuba..

#ada kotak iklan di sidebar..siapa nak,sila pm ye..

sekian...