Showing posts with label kehamilan. Show all posts
Showing posts with label kehamilan. Show all posts

Tuesday, 11 March 2014

CARA TEPAT UNTUK MENGETAHUI MASA SUBUR ANDA SUPAYA MUDAH HAMIL

Assalamualaikum...



Kehadiran cahaya mata bagi pasangan yang berkahwin adalah sesuatu yang sangt-sangt dinantikan.ada sesetengah pasangan merasakan anak adalah pelengkap kehidupan.Namun bagi yang belum mendapat anugerah Ilahi ini sudah pasti ada usaha yang dilakukan oleh mereka.Entry ini ditulis berdasarkan sumber dari Boldsky.com.Mungkin anda diluar sana boleh mencuba antara tip-tip ini sebagai sebahagian usaha untuk mendapatkan cahaya mata.



Ketahui masa subur

Jika Anda tidak terbiasa mencatat bila waktu haid, dan bila haid terakhir jadi mulai sekarang anda perlu mencatatnya. Pencatatan ini adalah untuk  mengetahui masa subur Anda. Jika dikira,dari hari pertama haid, maknanya hari ke-10 hingga seminggu kemudian adalah masa subur Anda.

Sel telur dilepaskan pada hari ke-14 (dikira dari hari pertama haid), di mana sel telur dapat bertahan 12 - 24 jam. Sedangkan sperma boleh bertahan 6-7 hari. Berhubungan seks di antara tempoh masa subur bermakna besar lah  potensi kehamilan Anda.

perubahan suhu

Dalam tempoh waktu subur cuba periksa suhu badan anda dan buat catatan. Anda akan dapati perubahan suhu yang lebih meningkat dari biasanya ketikaAnda sedang dalam waktu subur. waktu inilah salah satu waktu terbaik melakukan hubungan intim.

Memeriksa lendir

Perhatikan lendir yang keluar. Lendir ini dihasilkan dari sekresi rahim yang menunjukkan aktiviti kesuburan. Ketika lendir berwarna jernih, seperti putih telur, inilah waktu yang tepat melakukan hubungan intim dengan suami.

Memakai OPKs

OPKS atau juga disebut ovulation predictor kits adalah alat paling berkesan mengetahui masa subur untuk merancang kehamilan. Berfungsi dengan cara Luteinising Hormone pada urine.

Ultra sound scanning

Mengetahui masa subur juga boleh dibuat dengan melalui  ultra sound scanning. Biasanya jelas terlihat jelas di mana telur telah matang . Cara ini sangt berkesan ianya memerlukan anda untuk sentiasa rileks dan bertenang untuk mendapatkan sperma terbaik yang boleh membuahi sel telur.

Jadi, jangan berkecil hati atau putus asa jika Anda belum hamil. Dengan beberapa info di atas, potensi kehamilan akan jauh lebih besar.

Sekian...

Friday, 10 January 2014

PETUA KURANGKAN SAKIT BERSALIN DARI BERBAGAI NEGARA

Assalamualaikum..

Setiap ibu-ibu yang bakal melahirkan mesti ada satu kerisauan iaitu sakit ke tidak besalin nanti..kan????betul tak??Dalam kebahagian menanti cahaya mata perasaan takut sakit tu mesti ada.Tambah-tambah yang belum ada pengalaman melahirkan .walaupun dah dengar macam2 cerita dari yang berpengalaman tapi setiap orang pengalaman nya berbeza.
Setiap budaya ada  caranya sendiri untuk membuat bakal ibu lebih tenang ketika melahirkan. Berikut 7 cara unik dari  wanita seluruh dunia untuk mengurangi rasa sakit bersalin.

1. Bercium- Sweden

Saija Stenman,seorang pengamal Yoga di Stockholm, menyarankan Bakal ibu dan bapa untuk bercium ketika  kontraksi. menurutnya ini akan mengalihkan ibu dari rasa sakit  kontraksi dan membantu bakal ibu lebih rileks. Berciuman, saling menyentuh, saling memandang ke mata pasangan akan meningkatkan hormon cinta sehingga setiap sakit kontraksi akan terasa seperti tidak terasa

2.Akupuntur- Norwey

Bagi wanita yang ketika hamil tidak mengalami apa2 masalah kesihatan, tetapi sukar untuk melahirkan anak, bidan akan umenyarankan untuk melakukan akupuntur. Teknik ini juga dilakukan di Jepun,Scandinavia, dan New Zealand.

3.makan dan minum - jepun

Penggunaan suntikan epidural dan bius tidak disarankan kerana dikuatirkan dapat menyebabkan komplikasi ketika bersalin. Sebagai ganti, doktor dan bidan di sana menyarankan bakal ibu untuk makan dan minum sekerap mungkin ketika pembukaan. Jika rasa sakit sudah tak dapat di tahan lagi, bidan akan memberikan gula2. Selain untuk mengalihkan perhatian, rasa manis juga akan memberi tenaga tambahan ketika proses bersalin.

4. Senaman perut -UK


Sebahagian bidan dan doktor  di UK mengatakan, senaman  perut sangat efektif untuk menguatkan otot-otot di perut dan pelvis.malah jika dilakukan secara rutin boleh mengurangkan sakit bersalin. Namun, tentu saja jenis senaman perut yang dilakukan sudah dikhususkan untuk ibu hamil.

5. Hidroterapi - Belanda


Hampir satu pertiga rakyat Bellanda bersalin di rumah. Bidan di sana yakin rasa sakit adalah proses semulajadi ketika bersalin. Salah satu cara untuk mengurangkan  sakit adalah hidroterapi, samaada melahirkan di kolam air panas atau di bawah pancuran air. Air panas dipercaya akan membuat tubuh rileks dan merangsang hormon endorfin yang boleh meredakan sakit.

6. Rebozo - Iceland


Bidan di sebuah rumah sakit di Iceland menggunakan kain yang disebut rebozo jika seorang ibu bakal bersalin. Mereka melilitkan kain itu di sekitar pinggul dan belakang, kemudian menggoyangkannya perlahan-lahan setiap kali berlaku kontraksi. Gerakan itu akan memberi ketenangan  bagi ibu dan membantu bayi menemui jalan keluar.

7. Meditasi - Kanada

Wanita yang melakukan meditasi  dipercayai akan merasa kurang sakit bersalin, malah mudah untuk dia melahirkan .

Untuk wanita-wanita yang bakal melahirkan anak , semoga semuanya dipermudah kan.Aamalkan doa dan zikir yang boleh dan mampu mengurangkan sakit bersalin.

sekian..

Friday, 26 July 2013

MASA MENGANDUNG DULU...

Assalamualaikum...




sebenarnya dah 2 hari tak bagi tumpuan pada blog..
tak sihat..tapi malas nak citer pasal tak sihat ni..
hilang je,tak sihat,nanti boring je orang baca asyik citer tak sihat je..
hahahah...

citer pasal ngandung la..
bukan aku ngandung..orang lain...
bila tengok orang lain ngandung pernah tak korang rasa
rindunya nak mengandung lagi..
teringat2 masa mengandung dulu,
wakltu pertama kali rasa gerakan dan denyut jantung dia.

Waktu tu jugak kita dilayan macam puteri ..
walaupun masa tu muka tak la cantik macam puteri
tapi bila suami dan orang sekeliling layan kita dengan
baik terasa la macam puteri..kan??

walaupun waktu tu kita selalau rasa stress tapi
pengalaman yang kita lalui tu sangt lah berharga..

macam aku,aku paling suka masa mengandungkan
Maisara dulu..
Dia suka bergerak bila dalam kereta..
lepas tu masa tu kan anak pertama,
jadi banyak rehat je.suami gi kerja aku tidur .heheh..

kalau masa mengandung Mikhail pulak yang best waktu
pergi pasar malam..
entah kenapa kalau beli buah selalu dapat buah free.
beli ikan dapat ikan free..
beli ayam,dapat ayam free,beli kuih dapat kuih freee
selalu jadi gitu..
Mak aku kata Murah rezeki ngandung kat adik..

korang pulak apa peristiwa best yang
korang paling suka masa mengandung??

sekian..

Tuesday, 4 June 2013

KIM KARDASHIAN NEKAD MAKAN URI BAYINYA

Assalamualikum...

Kim Kardashian dijangka akan melahirkan anak pertamanya dari hasil hubungan cinta dengan Kanye West pada Julai akan datang. Dalam rancangan reality  Keeping Up With The Kardashians , Kim ingin memakan uri  bayinya setelah melahirkan.


"saya benar-benar ingain melakukan nya" katanya. Memakan uri  dipercaya memiliki kebaikan kesihatan  untuk ibu yang baru melahirkan. Kandungan zat besi dan vitamin B dalam uri dikatakan  boleh  membantu menurunkan risiko kemurungan ketika baru melahirkan dan meningkatkan penghasilan susuibu.


Selain ingin makan uri, reality show tersebut juga menayangkan reaksi Kim ketika tahu jantina bayinya, iaitu perepuan.. Kim sempat bertanya pada doktor berapa peratus kemungkinan dirinya memiliki anak perempuan. Doktor pun mengatakan 99% bayi bintang reality show ituadalah perempuan

Sekian..

Tuesday, 21 February 2012

WANITA HAMIL SUKA MAKAN SURAT KHABAR

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...
korang yang pernah hamil cer ingat2 balik pernah tak
mengidam nak makan sesuatu yang lain daripada lain..??

Ada seorang wanita hamil dia mengidam makan suratkhabar.
wanita tersebut,Ann Curran ,35 dari Amerika syarikat
mula menjadikan suratkhabar sebagai kudapan sejak hamil.
surat khabar yang dia suka bukan sebarang2 suratkhabar..
dia cuma nak yang dari Dundee Evening Telegraph.
sebab katanya suratkabar jenis tu lebih sedap.

Ann begitu sukakan rasa suratkhabar tersebut.
Sehinggakan dia menyimpan beberapa lembar suratkabar
di dalam beg tangannya jika dia berasa ingin makan
ketika jalan2 atau berbelanja

menurut Ann,kawan2 nya jugak
sanggup menyimpan lembaran surat khabar
tersebut untuk nya..

*aku nak makan nasi ulam je.
tapi susah la nak jumpa kat pulau pinang ni.
ganti dengan benda lain la..pasemboq..heheh...
sebenarnya aku dari mengandung anak
pertama dulu tak pernah mengidam yang pelik2..
semuanya yang 'hari ni nak makan,hari ni terus beli."
tak susah pun..:p

sekian..

Saturday, 4 February 2012

MITOS TENTANG IBU HAMIL

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua..
bila mengandung ni kan..macam2 la pantang larang
yang aku dengar.kadang2 tu pantang larang yang
selama ni aku tak pernah dengar pun ada..
tapi sejauh mana kita percaya kan pantang larang tu??
adakah kita tetap berwaspada walaupun kita tak percaya.??
pagi ni aku nak kongsikan dengan korang mitos2 kehamilan
yang tersebar dari mulut ke mulut..


1-Ibu hamil yang suka berdandan bermakna anak yang bakal lahir ialah anak perempuan.biasakan dengar benda gini?ada yang cakap kalau malas je maknanya anak lelaki..hehehhe..sebenarnya jantina anak ditentukan dari kromosom si ayah,tak de kena mengena dengan tabiat dan amalan seharian ibu hamil.

2-ibu hamil tak boleh pakai pewarna kuku.kuku kita ni tebal lapisan nya.jadi bahan kimia yang ada pada pewarna kuku tak boleh menembusi kuku kita.kecuali la kalau kita warnakan kuku dan kemudian kita masuk kan jari2 kita tu dalam mulut.heheh

3-ibu hamil makan guna sudu besar nanti mulut bayi takcantik.heheh..ni paling pelik sekali aku dengar.semuanya berdasarkan genetik ibu dan ayah la..apa pasal pulak sangkut paut dengan sudu pulak..

4-ibu hamil yang angkat kain dijemuran bayinya akan terlilit tali pusat.ni pun salah satu kepercayaan orang dulu2.sebenarnya ibu2 hamil memang perlu elak kan mengangkat benda2 berat.bahaya untuk kandungan,sebab takut bayi terlalu kerap bergerak akan buat tali pusat jadi panjang dan takut terlilit.

5-jangan lakukan hubungan seks takut bayi terkena sperma.hari tu ada yang tinggalkan komen lebih kurang gini..heheh..sebenarnya terdapat tujuh lapisan perut, rahim, ketuban dan air ketuban, sehingga janin terlindung dari sebarang goncangan.sperma tidak dapat masuk ke dalam dan mengenai janinkerana adanya selaput ketuban. Bakteri yang lebih kecil pun tak boleh menembusnya, apalagi sperma yang ukurannya jauh lebih besar dari bakteri.

6-tak boleh mempersiapkan kelengkapan bayi terlalu awal.tak salah pun sebenarnya.cuma bila disiapkan lebih awal,takut apa2 jadi pada janin,dah membazirkan??tapisekarang ni disebabkan kesibukan ibu bapa yang bekerjaya rasanya baik la persiapan dilakukan lebih awal..beli sikit2 mana yang sempat dulu.takut nanti perut dah besar dah letih la nak pi beli belah barang2 bayikan??nak siapkan kerja sebelum cuti panjang lagi..jadi baik buat persiapan awal.

ok..tu je lah..ada lagi tak yang korang nak kongsi..??


sekian..

Thursday, 26 January 2012

BOLEHKAH MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS KETIKA HAMIL

Assalamualikum...

BOLEHKAH MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS KETIKA HAMIL  Kehidupan seks yang sihat dapat menambah ketenangan dan meringankan stres ketika hamil.Namun beberapa pasangan risau tentang kegiatan seks mereka samaada membahayakan janin atau tidak.

Kebanyakan pasangan inginkan aktiviti seks yang sihat sepanjang kehamilan. pasangan seharusnya mempertimbangkan kesihatan ibu,perkembangan kehamilan dan perasaan kedua pasangan.Berikut beberapa maklumat penting yang aku ringkas kan dari salah satu artikel di modern mum khas bagi mereka yang selalu tertanya-tanya bolehkah melakukan hubungan sekd ketika hamil.



tindak balas
Pada kehamilan berisiko rendah, seks dianggap selamat dan sihat. Menurut American College of Obstetricians and Gynecologist,keinginan seks ketika  wanita hamil harus dipastikan terlebih dahulu sebelum mula berhubungan seks.

Beberapa posisi seks dapat membuat wanita hamil tidak selesa, jadi kesabaran mencari posisi seks yang selesa merupakan kunci utama. Dalam kehamilan berisiko tinggi, doktor mungkin menyarankan untuk membatasi atau melarang kegiatan seks.

tempoh masa
ketika di peringkat pertama kehamilan, tubuh lebih sensitif dan mual. Pada masa ini seks boleh menjadi tidak selesa, malah dorongan seksual mungkin menurun. Pada peringkat kedua kehamilan, biasanya dorongan seksual kembali dan mual sudah berkurang.

Peningkatan berat badan pada peringkat ketiga dapat membuat seks tidak selesa, tetapi seks masih boleh dilakukan jika Anda dan pasangan menginginkan. Menurut Nemours Foundation, doktor mungkin menyarankan untuk menghentikan kegiatan seksual ketika minggu-minggu terakhir kehamilan, kerana sperma mengandung bahan kimia yang dikuatiri dapat merangsang kontraksi.

Kehamilan berisiko tinggi
Pada kehamilan berisiko tinggi, dokter cenderung untuk menyarankan pasangan tidak melakukan hubungan seks . Alasannya kerana mudah terjadi pendarahan pada vagina, ketuban pecah dan pembukaan rahim atau plasenta pecah.

Wanita yang memiliki sejarah susah untuk hamil atau kelahiran pramatang juga mungkin disarankan untuk tidak berhubungan seks.

Seks tidak menyebabkan keguguran
Seks tidak akan menyebabkan keguguran pada kehamilan yang sihat. Penetrasi juga tidak berbahaya bagi janin kerana janin dilindungi oleh kantung ketuban dan lendir dalam rahim. Sebahagian besar kes keguguran terjadi kerana masalah genetik atau masalah kesihatan yang lain.

semoga maklumat ini berguna untuk pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata..:)

sekian...