Showing posts with label kehamilan. Show all posts
Showing posts with label kehamilan. Show all posts

Thursday, 14 March 2019

APA YANG BOLEH IBU MENGANDUNG LAKUKAN SEPANJANG MENANTI HARI UNTUK BERSALIN

Hello...helloo..ada orang ke yang nak baca ni??



Tahun 2006 when i was pregnant anak pertama, rasa lambat sangat baby nak keluar. Sepanjang 9 bulan tu saya lalui dengan rasa bosan yang tak tahu nak buat apa.

Maklum la, anak pertama . Kalau anak dah 3,4 orang mungkin tak timbul pun isu bosan nih..Hahah.. Tapi sebab anak pertama dan masa tu saya tak bekerja dan  setiap hari tunggu suami balik kerja pun saya rasa cukup lama.





Bila orang tanya pasal kandungan je mesti saya kata "lambatnya nak bersalin.." sampai orang menyampah dah dengar.

Untuk bakal-bakal ibu mungkin korang pun sedang melalui apa yang saya pernah lalui. So hari ni lets me share some tips untuk korang lalui tempoh kehamilan korang tanpa rasa bosan menunggu.

Berjumpa dengan kawan-kawan atau saudara mara.

Mungkin ada ibu mengandung yang moodnya tak menentu. Selalu rasa nak marah dan rimas. Korang boleh keluar dan berjumpa dengan kawan-kawan atau pergi melawat saudara mara. 

Saya sendiri pernah pulang sekejap ke kampung sebab nak jumpa mak , anak saudara dan adik beradik lain. Bila kita berinteraksi dengan ramai orang tak la bosan sangat sendirian di rumah.Tapi kena ada persetujuan dari suami juga tau.

Rasanya dia ok je dan izinkan memandangkan dia sendiri tahu yang kita bosan di rumah.

Bercuti bersama suami atau Babymoon.

Diusia kandungan 6-8 bulan , ramai ibu mengandung yang dah tak mengalami morning sickness atau alahan yang teruk. Ambil peluang ini untuk pergi bercuti sebelum korang melahirkan anak.

Selepas melahirkan anak nanti korang mungkin tak akan dapat pergi bercuti dalam masa terdekat ke tempat-tempat best memandangkan korang kena melalui confinement process yang agak lama. So masa ni lah yang perlu korang gunakan untuk berehat dan meluangkan masa dengan suami.

Jangan bercuti dalam keadaan kesihatan yang tak baik sebab ianya mungkin akan mengubah mood percutian korang. Ada juga wanita hamil yang mengalami alahan sepanjang dia hamil. Yang ni memang tak sesuai nak pergi bercuti.

Belajar ilmu menguruskan anak kecil.

Banyak laman web yang berkongsi tips dan panduan menguruskan anak yang baru lahir. Korang kena tahu beberapa perkara sebelum melahirkan anak terutamanya bab breastfeeding, jaundice dan premature birth.

3 benda ni sangat penting untuk korang belajar. Gunakan tempoh sepanjang mennati kelahiran ni dengan belajar perkara-perkara penting tentang proses melahirkan dan juga penjagaan bayi.

Korang juga boleh gunakan masa ni untuk berbual dengan mereka yang lebih berpengalaman untuk korang dapatkan lebih banyak ilmu. Gunakan sosial media untuk dapatkan lebih banyak maklumat. Namun hati-hati kerana tak semua maklumat tu benar dan korang kena juga dapatkan nasihat dari yang lebih pakar.





Belajar ilmu agama (bagi orang islam)

Bila korang dah melahirkan anak nanti korang akan ambil masa yang sangat lama untuk menyesuaikan diri korang dengan masa yang tidak teratur.

Jadi sementara ada masa ni boleh la korang pergi belajar mengaji atau mendengar kuliah agama. Ianya terapi juga bagi ibu mengandung. Malah anak dalam kandungan pun suka je dengar orang mengaji ni tau. 

ok..tu je..kalau ada yang nak kongsi kan tips lain boleh la tinggalkan komen di bawah.


Tuesday, 16 October 2018

KETAHUI PUNCA KEGUGURAN BERULANG-ULANG BAGI WANITA HAMIL





KETAHUI PUNCA KEGUGURAN BERULANG-ULANG BAGI WANITA HAMIL 15 Oktober adalah Hari memperingati keguguran sedunia yang disambut setiap tahun. Oleh itu penting bagi kita mengetahui mengenai keguguran ketika hamil. Jom baca pasal keguguran berulang-ulang ( recurrent miscarriages) - punca & rawatan yang dikongsikan oleh Doktor Muhammad Eizat







Apakah keguguran ?

Keguguran ialah kehilangan bayi sebelum 24 minggu kehamilan. Jika ianya berlaku pada 3 bulan pertama kehamilan dipanggil keguguran awal. Keguguran awal adalah perkara yang biasa berlaku 10-20 kes dalam 100 kehamilan ( 10-20%)

Keguguran lewat berlaku selepas 3 bulan pertama kehamilan. Ianya tidak biasa berlaku dan hanya 1-2 kes dalam 100 kehamilan ( 1-2%)

Apakah keguguran berulang-ulang ?

Bila keguguran berlaku 3 kali atau lebih berturut-turut dipanggil sebagai keguguran berulang ( recurrent miscarriages ).

Ianya juga berlaku pada 1 dalam 100 pasangan yang cuba untuk mendapatkan zuriat

Kenapa berlakunya keguguran berulang-ulang dan keguguran lewat kehamilan?

Kadang-kadang doktor dapat mengenalpasti sebab-sebab berlakunya keguguran lewat kehamilan.

Walaubagaimanapun dalam kebanyakkan kes, doktor tidak dapat mengenal pasti sebab-sebab berlakunya keguguran ini, lebih-lebih lagi jika semua ujian yang dijalankan adalah normal belaka.

Ada beberapa faktor yang dikenalpasti mungkin menyumbang kepada keguguran lewat kehamilan

UMUR

Semakin berusia wanita itu, semakin tinggi peluangnya untuk mendapat keguguran. Jika wanita berusia lebih 40 tahun, lebih 1 dalan 2 ( 50%) kehamilan akan berakhir dengan keguguran.

Bukan sahaja wanita, jika suaminya berusia pun, peluang untuk keguguran adalah tinggi.

ANTIPHOSPHOLIPID SYNDROME ( APS)

APS adalah sindrom dimana darah seseorang wanita itu senang membeku dan menyumbang kepada keguguran berulang dan keguguran lewat kehamilan

FAKTOR GENETIK

2 hingga 5 dalam 100 pasangan ( 2-5%) yang mengalami keguguran berulang, salah satu pasangannya akan ada ketidaknormalan salah satu kromosom ( struktur genetik yang terkandung dalam sel manusia yang mengandungi DNA dan perwarisan dari ayah dan ibu ).

Walaupun masalah genetik ini mungkin tidak menujukkan apa-apa masalah pada ayah atau ibu, tetapi ianya boleh menyebabkan keguguran.

PANGKAL RAHIM YANG LEMAH
Kelemahan pangkal rahim ( cervical incompetence ) boleh menyebabkan keguguran dalam 14 hingga 23 minggu kehamilan. Susah sikit untuk mengenalpasti keadaan pangkal rahim lemah ini untuk wanita yang tak mengandung.

Mungkin ini adalah penyebab keguguran jika kehamilan sebelumnya gugur dengan cara air mentuban pecah awal, ataupun pangkal rahim membuka awal walaupun si ibu tiada rasa sakit pun


PERKEMBANGAN BAYI TAK NORMAL

Perkembangan bayi yang tidak normal boleh menyebabkan keguguran tapi bukan penyebab keguguran berulang.


JANGKITAN KUMAN

Sesetengah jangkitan kuman yang sebabkan ibu menjadi tidak sihat boleh menyebabkan keguguran.

Walaubagaimanapun bagaimana jangkitan boleh menyebabkan keguguran ini masih lagi dalam kajian dan kesahihannya masih belum pasti.


BENTUK RAHIM
Bentuk rahim yang tak normal boleh menyebabkan keguguran namun ianya belum sahih.

KENCING MANIS & MASALAH TIROID

Kencing manis dan masalah tiroid yang tidak terkawal boleh menyebabkan keguguran, walaubagaimanapun ianya tidak menyebabkan keguguran berulang-ulang asalkan masalah kencing manis dan tiroid ini dirawat dan dikawal sebaiknya.


FAKTOR IMUN ( Immune Factors )
Ada kajian mengatakan wanita keguguran disebabkan sistem imun mereka tidak berfungsi secara normal, dinamakan sebagai alloimmune reaction. Walaubagaimanapun, takda bukti sahih lagi yang menyokong kenyataan ini. Lebih banyak kajian diperlukan.


BERAT BADAN BERLEBIHAN
Bakal ibu bermasalah obesiti bukan saja sukar hamil tetapi meningkatkan risiko komplikasi kehamilan dan masalah kesihatan bayi yang dikandung.
Ini termasuk keguguran, hipertensi, diabetes, darah beku dan bayi bersaiz besar serta memerlukan pembedahan caesarean ketika melahirkan


MEROKOK, PENGAMBILAN KAFEIN DAN ALKOHOL BERLEBIHAN
Merokok , dan minum terlalu banyak alkoho; serta pengambilan kafein yang berlebihan turut menyumbanga kepada masalah keguguran. Selain keguguran ianya menyumbang kepaada masalah kelahiran pramatang, kecacatan kongenital,dan kematian dalam rahim.


PERNAH MENGALAMI KEGUGURAN
Peluang untuk keguguran lagi meningkat bila berlakunya satu keguguran. Wanita dengan 3 kali keguguran berturut-turut ada risiko 4 dalam 10 peluang untuk mengalami keguguran sekali lagi.











Pemeriksaan yang boleh dilakukan untuk keguguran berulang-ulang :

Ujian darah – mengenalpasti Antiphospholipid syndrome dan thrombophilia

Ujian darah untuk mengenalpasti ketidaknormalan kromosom jika bayi menunjukkan kromosom yang tidak normal.

Ujian darah untuk menentukan jangkitan kuman

Rawatan akan diberikan berdasarkan sebab berlakunya keguguran berulang-ulang ini. Jika doktor tidak dapat mengenalpasti sebab selepas melakukan pemeriksaan serta ujian-ujian yang berkenaan, wanita itu tak perlu menerima rawatan.




Wanita dan pasangan sepatutnya mendapat rawatan serta kaunseling oleh pakar. Wanita yang mendapat sokongan perubatan dari awal kehamilan mempunyai peluang untuk mendapatkan kehamilan yang sihat.

Walaupun tidak dapat mengenalpasti sebab-sebab keguguran berulang-ulang ini, 75 dalam 100 kes ( 75%) akan berjaya hamil sehingga kehujungnya.

Tenangkan hati dan ingat bahawa kebanyakkan pasangan akan berjaya dengan kehamilan, walaupun pernah gugur 3 kali berturut-turut.

sumber: Dr MUhammad Eizat

Sunday, 30 September 2018

BERAPA LAMA MASA UNTUK IBU-IBU MELAHIRKAN ANAK

Assalamualaikum..




Sewaktu pertama kali nak melahirkan anak sulung saya 11 tahun lalu , saya selalu fikir "mesti berjam-jam saya kat dalam labour room nanti.." sebab saya fikir orang sakit nak bersalin ni memang lama.. Rupa-rupanya memang lama pun..ahhaahh..

Bayangkan lah, darah keluar jam 8 pagi, tapi sakit2 start jam 10 pagi. Tunggu suami datang bawak pi hospital , sampai hospital jam 12. Disuruh tunggu kat ward dulu sebab katanya pintu masih tertutup.Padahal masa tu dah sakit giler tak hengattt..

Jam 2 baru masuk labour room , bersalin jam 7 lebih dan saya di tolak keluar ke ward jam 4 pagi..Hahahha..Lama oi..

Tapi korang jangan la fikir semua orang bersalin tu lama sampai berjam-jam.. Masa saya bersalin anak kedua tak lama pun.Sama juga dengan ramai lagi ibu-ibu lain yang tempoh melahirkan anak tu sekejap je.Ada yang tak sampai 1 jam pun kat dalam labour room.

Kalau tak percaya meh baca perkongsian ibu-ibu ni yang sudi berkongsi pengalaman berapa jam diaorang duduk dalam labour room.


Klik untuk baca komen penuh





kalau korang nak baca komen penuh ibu-ibu ni boleh la klik pada gambar love2 pink kat atas tu ye..
 Abaikan komen Fariq Jalil tu..hahah.. Tahniah pasaipa entah!

Bagi ibu-ibu yang bakal melahirkan anak korang jangan susah2 hati.Memang biasa lah ibu nak melahirkan anak ni dia akan fikir macam-macam benda buruk. Tapi korang kena abaikan perasaan tu..

Korang kena keep positif, kena bergembira,.. Kena selalu berbual dengan orang sekeliling., Jangan murung2 nanti melarat sampai lepas bersalin , takut jadi meroyan pulak.

Masa dalam labour room tu nampak je nurse lalu sementara tunggu bukaan tu , korang ajak la dia berbual.Walaupun dia menyampah korang berbual je supaya jangan ada rasa takut tu muncul.

sekian..




Wednesday, 15 August 2018

TIPS MENGELAKKAN KOYAKKAN TERUK SEMASA BERSALIN

Tips Mengelak kan Koyakan Teruk Semasa Bersalin Bersalin Proses melahirkan anak memang sakit. Saya tak pernah lagi jumpa perempuan yang kata bersalin tu tak sakit. Cuma mungkin tahap kesakitan tu berbeza bagi setiap orang.

Selain rasa sakit, bersalin juga boleh jadi macam-macam risiko.Salah satu yang paling kerap terjadi ialah koyakan pada vagina . Tapi ada ke cara untuk elak kan koyakan teruk pada vagina ketika melahirkan anak?

Jom baca tips yang dikongsikan oleh Dr Muhammad Eizat untuk para wanita mengelak kan koyakan teruk pada vagina.


1. Jangan panik tak tentu pasal. Banyakkan membaca fakta dan ilmu yang betul mengenai kelahiran supaya bakal ibu lebih tenang dan tidak panik ketika proses kelahiran. Bertanya pada yg berilmu, BUKAN PADA PENJUAL PRODUK



2. Amalkan senaman Kegel : Kemutkan otot pelvis / vagina seperti anda sedang menahan kencing, tahan selama 10 saat, lepaskan perlahan-lahan dan ulang 25 kali setiap satu sesi, lakukan 3 kali sehari sepanjang tempoh mengandung



3. Urutan perineum pada hujung-hujung kehamilan berfaedah untuk menjadikan otot pada bahagian vagina lebih anjal dan mengurangkan risiko koyakan vagina yang teruk. Otot pada perineum yg anjal alan lebih senang mengembang dan menguncup tanpa meninggalkan koyakan yang teruk.



4. Meneran dengan cara yg betul! Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen dan ke bawah, seperti meneran berak sembelit


5. Jangan meneran awal jika belom tiba masanya. Meneran terlalu awal ketika kepala bayi masih lagi belum nampak pada vagina menyebabkan vagina membengkak dan mudah koyak.



6. Pastikan posisi yg betol ketika meneran. Rapatkan dagu ke dada, anda berkeadaan sama seperti udang membengkok, pegang pergelangan kaki, dan jangan sesekali mengangkat punggung ataupun punggung terhuyung hayang ke kanan ke kiri.


Mcm nk tangkap bola pulak gayanya misi nak sambut kelahiran bila punggung digerakkan ke sana ke mari


7. Dengar arahan doktor dan misi. Bila nak periksa tu bagi kerjasama, bukannya terkepit-kepit sampai jari misi atau doktor takleh kluar. Banyakkan berzikir dan berselawat, bukannya meraung sepenuh jiwa dan raga mcm tertelan microfon

Sumber: Dr Muhammad Eizat 


sekian.

Wednesday, 3 January 2018

3 PERALATAN MODEN INI MAMPU MEMBANTU ANDA MENGURUSKAN BAYI DENGAN LEBIH MUDAH.

Assalamualaikum..

cara uruskan bayi baru lahir

Beruntungnya ibu-ibu zaman sekarang bila pendedahan tentang penjagaan bayi baru lahir banyak di kongsikan di laman-laman blog, video dan sebagainya.Walaupun hanya teori dan belum mempraktik kan nya tapi ibu-ibu zaman sekarang sudah ada sedikit ilmu dalam bab menguruskan bayi yang baru lahir.

Berbeza dengan dahulu, ibu-ibu hanya belajar menguruskan bayi setelah melahirkan anak.Tak de internet untuk dijadikan sumber rujukan ataupun  hub untuk menghubungkan ibu-ibu dengan mereka yang lebih pakar dalam penjagaan dan pengurusan bayi baru lahir. Ibu-ibu ahanya mendapat pendedahan dari buku atau pun penenrangan dari jururawat kesihatan dan doktor ketika sesi rutin pemeriksaan kandungan ketika hamil setiap bulan.






Bukan itu sahaja malah zaman sekarang berbagai perlatan moden dan canggih juga amat membantu dalam ibu-ibu menguruskan bayi mereka sendiri.

Hari ini saya nak kongsikan beberapa peralatan moden yang boleh membantu kita menguruskan bayi kita dengan lebih baik lagi. Saya tak pasti sama ada alat-alat ini ada dijual di dalam negara kita dan berapa harga yang sebenarnya,.Namun untuk pasaran diluar negara alat-alat ini memang boleh didapati dengan mudah dengan pembelian melalui online.

1- Sarung Kaki Pintar Owlet-

cara mudah uruskan bayi baru lahir


 Ingat phone je ke yang pintar?Sekarang kita ada sarung kaki pintar yang berfungsi untuk  memantau tahap jantung dan oksigen bayi semasa mereka tidur, supaya anda boleh berehat dengan mudah dan tahu yang  mereka sihat dan selesa. Sarung kaki ni ni perbuat daripada kain kapas yang sudah tentu tak kan buat bayi berpeluh . Ianya boleh digunakan untuk bayi sehingga berusia 18 bulan.. Produk ini ada dijual  dengan harga $299.99.



2- Pacifier Thermometer

cara menguruskan bayi baru lahir

Salah satu perkara pertama yang dilakukan oleh ibu bapa apa bila anak sakit  adalah mengambil suhu badan  mereka. Setiap kali nak mengambil suhu badan anak ianya bukan perkara mudah.Tapi dengan menggunakan  pacifier ini segalanya jadi mudah. Pacifier ini juga mempunyai cahaya  yang menyala membolehkan ibu bapa mengambil bacaan waktu malam tanpa mengganggu tidur bayi. getah putingnya juga amat selesa digunakan oleh bayi. Produk ini dijual dengan harga $7.39


3- SNOO smart sleeper

tips jaga bayi baru lahir


Masalah bayi kerap menangis di waktu tidur mereka sering dialami ramai ibu bapa .Ini bukan sahaja mengganggu tidur si bayi malah ibu yang baru melahirkan juga turut terjejas . SNOO smart sleeper membantu bayi tidur lena dan nyenyak . Alat ini memang sangat membantu bagi memberi keselesaan pada bayi semasa tidur.

Bayi yang tidur didalam SNOO bagaikan tidur didalam rahim ibu kerana ada bunyi yang seakan-akan rahm ibu didalam smart sleeper ini. Ianya juga secara automatik mampu mengesan suara bayi menangis. Setiap kali bayi menangis , secara  automatik jiggly akan berbunyi bagi menenang kan si bayi.Ianya tidak panas dan sangat selesa digunakan . Produk ini berharga lebih $1000 .


Itu je yang saya kongsikan untuk anda yang mempunyai bayi kecil atau pun yang bakal melahirkan anak.Jika berlemampuan boleh la mendapatkan produk2 ni.Walaupun harga nya mahal tapi dah tentu ianya juga berbaloi.


Sekian..