Skip to main content

Posts

Showing posts with the label kehamilan

APA YANG BOLEH IBU MENGANDUNG LAKUKAN SEPANJANG MENANTI HARI UNTUK BERSALIN

Hello...helloo..ada orang ke yang nak baca ni??



Tahun 2006 when i was pregnant anak pertama, rasa lambat sangat baby nak keluar. Sepanjang 9 bulan tu saya lalui dengan rasa bosan yang tak tahu nak buat apa.
Maklum la, anak pertama . Kalau anak dah 3,4 orang mungkin tak timbul pun isu bosan nih..Hahah.. Tapi sebab anak pertama dan masa tu saya tak bekerja dan  setiap hari tunggu suami balik kerja pun saya rasa cukup lama.




Bila orang tanya pasal kandungan je mesti saya kata "lambatnya nak bersalin.." sampai orang menyampah dah dengar.
Untuk bakal-bakal ibu mungkin korang pun sedang melalui apa yang saya pernah lalui. So hari ni lets me share some tips untuk korang lalui tempoh kehamilan korang tanpa rasa bosan menunggu.
Berjumpa dengan kawan-kawan atau saudara mara.
Mungkin ada ibu mengandung yang moodnya tak menentu. Selalu rasa nak marah dan rimas. Korang boleh keluar dan berjumpa dengan kawan-kawan atau pergi melawat saudara mara. 
Saya sendiri pernah pulang sekejap ke kamp…

KETAHUI PUNCA KEGUGURAN BERULANG-ULANG BAGI WANITA HAMIL

KETAHUI PUNCA KEGUGURAN BERULANG-ULANG BAGI WANITA HAMIL 15 Oktober adalah Hari memperingati keguguran sedunia yang disambut setiap tahun. Oleh itu penting bagi kita mengetahui mengenai keguguran ketika hamil. Jom baca pasal keguguran berulang-ulang ( recurrent miscarriages) - punca & rawatan yang dikongsikan oleh Doktor Muhammad Eizat







Apakah keguguran ?

Keguguran ialah kehilangan bayi sebelum 24 minggu kehamilan. Jika ianya berlaku pada 3 bulan pertama kehamilan dipanggil keguguran awal. Keguguran awal adalah perkara yang biasa berlaku 10-20 kes dalam 100 kehamilan ( 10-20%)

Keguguran lewat berlaku selepas 3 bulan pertama kehamilan. Ianya tidak biasa berlaku dan hanya 1-2 kes dalam 100 kehamilan ( 1-2%)

Apakah keguguran berulang-ulang ?

Bila keguguran berlaku 3 kali atau lebih berturut-turut dipanggil sebagai keguguran berulang ( recurrent miscarriages ).

Ianya juga berlaku pada 1 dalam 100 pasangan yang cuba untuk mendapatkan zuriat

Kenapa berlakunya keguguran berulang-ulang d…

BERAPA LAMA MASA UNTUK IBU-IBU MELAHIRKAN ANAK

Assalamualaikum..




Sewaktu pertama kali nak melahirkan anak sulung saya 11 tahun lalu , saya selalu fikir "mesti berjam-jam saya kat dalam labour room nanti.." sebab saya fikir orang sakit nak bersalin ni memang lama.. Rupa-rupanya memang lama pun..ahhaahh..

Bayangkan lah, darah keluar jam 8 pagi, tapi sakit2 start jam 10 pagi. Tunggu suami datang bawak pi hospital , sampai hospital jam 12. Disuruh tunggu kat ward dulu sebab katanya pintu masih tertutup.Padahal masa tu dah sakit giler tak hengattt..

Jam 2 baru masuk labour room , bersalin jam 7 lebih dan saya di tolak keluar ke ward jam 4 pagi..Hahahha..Lama oi..

Tapi korang jangan la fikir semua orang bersalin tu lama sampai berjam-jam.. Masa saya bersalin anak kedua tak lama pun.Sama juga dengan ramai lagi ibu-ibu lain yang tempoh melahirkan anak tu sekejap je.Ada yang tak sampai 1 jam pun kat dalam labour room.

Kalau tak percaya meh baca perkongsian ibu-ibu ni yang sudi berkongsi pengalaman berapa jam diaorang duduk dalam…

TIPS MENGELAKKAN KOYAKKAN TERUK SEMASA BERSALIN

Tips Mengelak kan Koyakan Teruk Semasa Bersalin Bersalin Proses melahirkan anak memang sakit. Saya tak pernah lagi jumpa perempuan yang kata bersalin tu tak sakit. Cuma mungkin tahap kesakitan tu berbeza bagi setiap orang.

Selain rasa sakit, bersalin juga boleh jadi macam-macam risiko.Salah satu yang paling kerap terjadi ialah koyakan pada vagina . Tapi ada ke cara untuk elak kan koyakan teruk pada vagina ketika melahirkan anak?

Jom baca tips yang dikongsikan oleh Dr Muhammad Eizat untuk para wanita mengelak kan koyakan teruk pada vagina.


1. Jangan panik tak tentu pasal. Banyakkan membaca fakta dan ilmu yang betul mengenai kelahiran supaya bakal ibu lebih tenang dan tidak panik ketika proses kelahiran. Bertanya pada yg berilmu, BUKAN PADA PENJUAL PRODUK



2. Amalkan senaman Kegel : Kemutkan otot pelvis / vagina seperti anda sedang menahan kencing, tahan selama 10 saat, lepaskan perlahan-lahan dan ulang 25 kali setiap satu sesi, lakukan 3 kali sehari sepanjang tempoh mengandung



3. Urutan…

3 PERALATAN MODEN INI MAMPU MEMBANTU ANDA MENGURUSKAN BAYI DENGAN LEBIH MUDAH.

Assalamualaikum..


Beruntungnya ibu-ibu zaman sekarang bila pendedahan tentang penjagaan bayi baru lahir banyak di kongsikan di laman-laman blog, video dan sebagainya.Walaupun hanya teori dan belum mempraktik kan nya tapi ibu-ibu zaman sekarang sudah ada sedikit ilmu dalam bab menguruskan bayi yang baru lahir.

Berbeza dengan dahulu, ibu-ibu hanya belajar menguruskan bayi setelah melahirkan anak.Tak de internet untuk dijadikan sumber rujukan ataupun  hub untuk menghubungkan ibu-ibu dengan mereka yang lebih pakar dalam penjagaan dan pengurusan bayi baru lahir. Ibu-ibu ahanya mendapat pendedahan dari buku atau pun penenrangan dari jururawat kesihatan dan doktor ketika sesi rutin pemeriksaan kandungan ketika hamil setiap bulan.






Bukan itu sahaja malah zaman sekarang berbagai perlatan moden dan canggih juga amat membantu dalam ibu-ibu menguruskan bayi mereka sendiri.

Hari ini saya nak kongsikan beberapa peralatan moden yang boleh membantu kita menguruskan bayi kita dengan lebih baik lagi. S…

JERAWAT SEMAKIN BANYAK DI WAJAH KETIKA MENGANDUNG

Assalamualaikum...




Wajah berjerawat semasa mengandung  memang ramai yang mengalami nya.Saya sendiri ketika mengandung l anak kedua wajah jadi hitam , berjerawat dan berparut. Hinggakan saya jadi malu untuk bergambar dan malas untuk keluar rumah.Aktiviti ketika hamil banyak dilakukan didalam rumah sahaja.

Mungkin bagi sesetengah wanita mereka hanya membiarkan sahaja jerawat yang tumbuh di wajah kerana merasakan ianya akan hilang sendiri selepas melahirkan anak.namun ada juga yang berusaha menghilangkan jerawat ketika mengandung  kerana tidak mahu masalah jerawat berlarutan sehingga selepas bersalin.

Ini kerana sudah tentu selepas bersalin kita tidak punya banyak masa untuk diri sendiri apa lagi untuk masalah jerawat yang semakin hari seperti tidak berpenghujung.Malah parut2 jerawat juga akan meninggalkan kesan selepas melahirkan anak.

Punca dan cara mencegah jerawat ketika mengandung
Salah satu punca mengapa jerawat semakin banyak di wajah ketika mengandung  adalah kerana perubahan dan…

CARA CHECK KEHAMILAN GUNA UBAT GIGI

Assalamualaikum..



CARA CHECK KEHAMILAN GUNA UBAT GIGI Tahniah untuk semua ibu -ibu yang disahkan hamil.Mesti dah tak sabar-sabar nak menimang cahaya mata.Semoga semuanya dipermudahkan.

Yang belum hamil jangan risau.. mungkin sekarang belum masanya..Jangan stress2 ok.

Baru-baru ni tersebar satu cara untuk test kehamilan dengan menggunakan ubat gigi.Sebelum ni pun ada yang kata boleh check kehamilan guna soda bikarbonat.

Saya pun tak pasti boleh guna pakai ke cara tu.

Dan kali ni ada yang kongsikan cara guna ubat gigi pulak untuk check kehamilan..

Caranya ialah dengan titiskan air kencing ke dalam  ubat gigi.





Mula-mula picit la ubat gigi dalam satu bekas kecil .kemudian masuk kan  kira-kira  2ml air kencing ke dalam ubat gigitu..

kacau dan perhatikan perubahan yang berlaku pada ubat gigi.

Jika warna nya berubah dari putih kepada sedikit kebiruan itu bermakna wanita tersebut hamil.Ubat gigi juga akan berbuih dan mengelembung

Tapi jika warna ubat gigi tidak berubah, , wanita tersebut tida…

"SAYA CAPAI PISAU DAN HAMPIR TIKAM ANAK" - WANITA INI KONGSI PENGALAMAN MEROYAN SELEPAS BERSALIN

Assalamualaikum..



Meroyan bukan lah penyakit yang boleh dipandang ringan.Bagi wanita yang baru melahirkan anak perhatian dan penjagaan rapi perlu di buat supaya si ibu dalam keadaan selesa dan tenang . Perhatian khusus bukan saja untuk si ibu malah juga untuk si bayi. Bayi yang baru lahir dan mempunyai masalah kesihatan seperti jaundis juga boleh mempengaruhi emosi si ibu.

Seorang wanita , Mastura Ab Rashid berkongsi pengalaman mengidap masalah Meroyan selepas bersalin. Awalnya beliau menghadapi kemurungan dan kemuncaknya dia hampir menikam anak-anak dan pernah terfikir untuk membunuh diri.

Baca pengalaman Mastura yang dikongsi di facebook:

SAYA CAPAI PISAU DAN HAMPIR TIKAM ANAK-ANAK (#pengakuan terbuka)
.
Itu kenyataan yang harus saya terima sampai bila-bila.
Memori menakutkan yang akan tetap diingat sampai mati.
Watak berubah sekelip mata. Ibarat drama yang ditonton di TV.
.
Waktu jiwa terlalu kacau, badan terlampau penat, sakit, saya hampir hilang kewarasan. Berhalusinasi sentiasa sambi…

INI YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG WANITA YANG BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN CAESAREAN

Assalamualaikum...




Ramai juga rakan-rakan saya yang baru melahirkan anak. Seronok tengok baby ni.Terbayang-bayang bau baby yang wangi tu.Best kan kalau ada baby.Tapi ada juga orang yang takut nak bersalin lagi selepas kelahiran pertama .Biasanya ibu-ibu yang melahirkan anak melalui pembedahan Caesarean lebih terkesan dengan sejarah kelahiran anak mereka berbanding wanita yang bersalin normal.

Walaupun ada yang pandang ringan dan mudah dengan ibu-ibu yang melahirkan secara pembedahan Caesarean tapi untuk melaluinya memerlukan keberanian dan kekuatan.Pembedahan semasa melahirkan anak juga ada risiko dan ianya bukan lah satu pembedahan yang boleh dianggap kecil kerana hanya ibu-ibu yang mempunyai masalah sahaja akan melalui proses ini.Jadi risiko pada ibu dan anak tetap ada dan lebih tinggi dari wanita yang bersalin normal.



Selalu kalau kita dengar kawan cerita dia bersalin melalui pembedahan Caesarean terus kita buat macam tak de apa nak di risaukan.Sebenarnya nak jaga wanita yang mela…

MASALAH WANITA SELEPAS BERSALIN

Assalamualaikum...



Melahirkan anak adalah satu pengalaman indah bagi ramai ibu-ibu..
Walaupun kesakitan melahirkan tu tak dapat diungkapkan dengan kata-kata
tapi selepas tengok je wajah baby kita hilang terus rasa sakit tu.
Bagi saya sendiri pengalaman berpantang lebih terkesan
dari pengalaman semasa nak melahirkan 2 anak saya ni.hahah..
dengan luka jahitan yang belum kering, tidur yang tak cukup,
dan macam2 lagi la, buat saya takut nak melalui tempoh berpantang sekali lagi..:p

Mujur la suami banyak bagi semangat, kata2 positif
dan dia banyak membantu saya walaupun saya berpantang sendiri.
Alhamdulillah dia tahu apa yang perlu dia buat dan yang saya tak boleh buat.

Tapi bagi sesetangah wanita kehambaran ketika berpantang tu berlarutan
sampai la selepas habis tempoh berpantang.
Dan ada yang bagi kesan tak baik pada hubungan suami isteri.


Antara masalah yang sering dihadapi
oleh wanita selepas melahirkan ialah  kurang rasa percaya pada diri sendiri.
Nak buat apa pun semua takut.
Sampai…

PERKARA-PERKARA INDAH YANG TERJADI PADA WANITA KETIKA HAMIL

Assalamualaikum...

Walaupun menjadi seorang ibu ni dalah satu impian ramai wanita namun ada juga yang sangat takut nak melalui peringkat2 semasa kehamilan.


Ada yang merasakan mengandung akan membataskan segala aktiviti harian dan ianya membuatkan ada segelintir wanita rela hidup bersendirian tanpa suami dan anak2.tapi bukan semua macam tu tau..Ada yang sepanjang kehamilan merasakan setiap peringkat kehamilan sebagi satu pengalaman berharga dan menyeronok kan..
Jom tengok apa perkara2 yang wanita rasakan indah dan menyeronok kan  sepanjang kehamilan..







 seronok..kan??haih..rindu pulak rasa nak mengandung..hehehe..

sekian..

8 MASALAH INI KERAP DIALAMI WANITA MENGANDUNG

Assalamualaikum..



Tahniah untuk semua kawan-kawan yang sedang hamil.Bahagia je tengok kawan2 yang hamil ni yang sentiasa update status tentang perjlaanan sepanjang kehamilan . kadang2 ianya memberi sedikit ilmu pada bakal ibu2 yang lain jugak.

Tapi orang kata, yang mengalami nya saja yang tahu.Tak semua orang mengalami pengalaman mengandung yang indah sahaja.Ada ramai wanita yang sepanjang kehamilan nya ada saja masalah Ini senarai masalah yang mungkin akan dialami dialami oleh ibu-ibu sepanjang kehamilan

1-mual dan muntah-Biasa terjadi akibat terbau sesuatu sepeti bau makanan dan bau wangi-wangian

2-Hyperemersis Gravidarum-Berbeza dengan mual dan muntah,Hyperemersis Gravidarum adalah keadaan di mana anda akan muntah sepanjang hari akibat mual yang berlebihan. keadaan ini juga menyebabkan penurunan berat badan 1-2 kg setiap bulan.

3-sembelit- Peningkatan hormon progesteron menyebabkan ibu hamil mudah mengalami sembelit.Sembelit sering terjadi pada trimester ke 3 , ketika perut semaki…

PEREMPUAN MENGANDUNG MEMANG CEPAT RASA RIMAS

Assalamualaikum....



Mengandung ni seronok..kan??
nak dapat baby memang la seronok..
bahagia je rasa..bila masuk minggu ke 38 tu
memang tak sabar2 dah..berdoa tiap masa minta cepat la bersalin..
nak tengok muka baby ni..kan??

Tapi yang tak best nya bila ada rasa rimas tu..
Rimas bau busuk,rimas bunyi bising, rimas tengok muka2
yang tak kacak tak cantuk kat tv..
hahahhaha...ada ke yang macam tu???

Dan yang paling  merimas kan orang mengandung ni ialah
sikap orang lain...

Itu tak boleh ini tak boleh..
lagi2 bab makan..
Biasalah bila mengandung ni bab makan memang tak boleh di tahan2..
Kadang2 rasa macam nak makan jeruk..
kadang2 tekak nak makan durian..
kadang2 nak minum air gas..

Tapi ..baru nak suap ke mulut..

"EHhhh...awak tak boleh makan ni...
tak baik untuk baby..."

"jangan!!!..bahaya ni..tak boleh makan.."

alahai..tengok2 la sama kalau nak larang pun..
kalau dia hadap benda tu sampai sekawah ye la kita nak larang pun..
tapi kalau setakat seteguk,secalit,seulas,…

PELIK..LELAKI INI HAMIL

Assalamualaikum..




Biasanya kalau sebut hamil mesti lah wanita..kan??
tapi berbeza pada apa yang berlaku pada Sanju Baghat
lelaki berasal dari bandar napgur,India.

Sejak kecil perut nya memang besar..
Dia kerap menjadi bahan ejekan rakan-rakan sebaya
disebab kan perutnya yang membesar seperti wanita hamil
malah sehingga dia dewasa pun
perut2 nya makin membesar.



Sehingga lah suatu malam perut nya bertambah sakit.
Dia dikejarkan kehospital.
Awal nya doktor hanya mengesyaki perutnya mempunyai tumor.
namun selepas pemeriksaan mereka terkejut kerana
didalam perut lelaki tersebut ditemui janin manusia
yang hampir sempurna.

Janin tersebut mempunyai rambut,kaki
dan alat kelamin yang belum dapat dipastikan jantina nya.

Berdasarkan sejarah perubatan  kes seperti ini
mungkin hanya   berlaku pada kurang 100 manusia di dunia.
kerana itu ianya dianggap luar biasa.
ianya disebut sebagai fetus in Fetu.
ianya terjadi apabila seseorang yang sepatutnya  dilahirkan
kembar tetapi  salah satu dari janin ter…

WANITA INI MELAHIR KAN BAYI SEBERAT 14KG

Assalamualaikum...


Biasanya kalau baby baru lahir berat nya dalam 3-4 kg saja.. Anak saya pun dua2 nya berat lebih 3kg .. tapi tak de la sampai 4 kg..Mungkin sebab saya  pun kecik,perut kecik je jadi baby pun kecik.. (eceh..nak jugak bagitau dia kecik..Padahal...erm....)
Pernah jugak masa saya dok kat wad bayi sebab anak kena jaundis, saya jumpa sorang ibu ni dia lahirkan anak dia lebih 4kg lebih.. dekat 5 kg jugak la.... wow..masa tu rasa macam tetiba je teringat sakit besalin..hahahh..

Tapi yang satu kes ni lagi ngeri.. Berlaku di Florida.. seorang ibu melahirkan bayi seberat 14 kg. malah wanita tersebut,Maxxandra Ford tidak  menyedari yang dia sedang hamil.. Wah!!ceman aku bawak perut kau selama ni  makcik..hahahah
Dia menyedari dirinya hamil ketika memasuki minggu ke 35.

Disebab kan keadaan perutmnya yang agak besar doktor mengesyaki wanita tersebut hamil anak kembar. Tanggal 29 january ,ketika tiba waktu hendak melahirkan , doktor terkejut kerana mendapati anak yang lahir  terseb…