Showing posts with label keganasan. Show all posts
Showing posts with label keganasan. Show all posts

Wednesday, 3 January 2018

VIDEO LELAKI TAMPAR WANITA DI THE CURVE

Assalamualaikum..

lelaki pukul wanita



Memang menyampah betul kalau tengok ada lelaki yang bebas sungguh tangan dia menyakiti tubuh badan orang perempuan ni..Bukan ada hubungan apa pun tapi dah berani naik tangan kat orang perempuan.

Seorang suami pukul isteri atau  menggunakan kekerasan pun orang tak boleh terima apa lagi kalau belum ada apa-apa hubungan.

Bagi saya lelaki penakut macam ni memang berani hanya dengan wanita-wanita yang lemah sahaja.Kadang-kadang benda2 macam ni lah yang membuatkan ada wanita jadi garang hingga ada lelaki tunduk pada arahan nya.Wanita ni takut kalau dia berlembut lelaki pulak yang akan melampaui batas.

Sekarang tersebar satu video pendek yang menunjuk kan seorang lelaki mengasari seorang wanita.Video tersebut dikatakan di rakam di sebuah pusat membeli belah, The Curve .






Jelas kelihatan walaupun mangsa  dalam keadaan ketakutan lelaki   tersebut terus memukul kepala dan menampar pipi wanita itu.

Sedih betul saya tengok keadaan macam ni.Lagi bertambah geram bila lihat wanita tersebut langsung tak melawan.

Orang perempuan tak boleh lembik-lembik sangat macam ni.Bangun lawan kalau korang rasa korang teraniaya dan tak bersalah.

Selalunya orang lelaki ni bila sekali dia dah naik tangan, akan datang dia akan buat lagi.Pesanan saya kat wanita-wanita yang membaca ni bila korang jadi mangsa seperti dalam video ni jangan lah berdiam diri.Laporkan pada pihak berkuasa.

Jangan sebab sayang dan cinta korang rela tubuh badan korang jadi punchbag lelaki penakut macam ni..ok..


sekian,,,