Showing posts with label kedekut. Show all posts
Showing posts with label kedekut. Show all posts

Thursday, 12 January 2017

ORANG KEDEKUT ADALAH ORANG YANG STRESS

Assalamualaikum...



Kita akan selalu rasa stress bila berdepan dengan orang kedekut.Betul tak??Tapi tahu tak sebenarnya orang kedekut lebih kerap rasa stress berbanding mereka yang bermurah hati dan suka memberi,.Korang kalau rasa stress je cer pi menderma ke, tak pun masak bagi kat jiran sebelah memang hati lebih rasa seronok dan hilang stress tu.

Kenapa ada rasa lega selepas kita memberi pada orang lain??Sebab menderma ni boleh membuatkan kita lebih bersyukur dan  kita seolah-oleh menghapuskan minda jahat kita.Gituuu...



Kalau dalam rumahtangga ada pasangan yang sorang kedekut sorang boros.Isteri kata suami kedekut.Mintak apa pun susah nak beli.Yang suami pulak kata isteri kedekut.Sikit2 nak beli..sikit2 nak beli.Pantang tengok iklan semua nak beli.Yang ni situasi paling rumit sebab bila hal melibatkan suami isteri ni masing-masing ada ego.Rumahtangga patutnya ada penyatuan tapi bila masing2 tak sehaluan sangat susah.Jadi ada baiknya masing-masing ubah sikap korang kepada yang lebih neutral.Bukan nak yang boros jadi kedekut dan sebalik nya tapi berbelanja lah untuk perkara-perkara yang selayak nya.



Kadang tu sampai nak bercuti makan angin pun dia rasa macam membazir.Padahal kalau di fikir-fikir bercuti dengan keluarga boleh eratkan lagi hubungan dalam keluarga tu.Korang akan rasa seronok bila dapat membahagiakan orang yang korang sayang.



Macam tu jugak kalau dalam hubungan kawan sekerja atau kawan serumah.Makan apa pun semua sorok.Alah..macam la kawan kau tu 24 jam mintak makan dari kau.Tengok tv sama-sama tapi kita sorang2 dok krup krap krup krap menngunyah..Nak pelawa kawan-kawan makan memang tak la..Dalam hati.." kalau nak beli la sendiri.."...Tapi ada juga yang pelawa.."ambik la sikit ni..tapi jangan habis kan,.Mahal ni benda ni.." hahaha..nampak tak betapa stress nya mereka yang kedekut ni.



Mereka sangat sayang pada apa yang mereka ada sampaikan mereka risau apa yang mereka ada tu akan hilang dan tak kan dapat lagi.Conrtohnya orang yang hidup miskin , tiba2 jadi kaya ,Lepas tu dia jadi kedekut..Sebab dia takut hidupnya akan kembali susah..Stresss nya diaorang ni..ahahah

Ok..Jom la kita hilangkan stress kita ni dengan bersedekah dan memberi pada orang lain..


sekian.