Showing posts with label kecantikan. Show all posts
Showing posts with label kecantikan. Show all posts

Thursday, 21 February 2019

ASMAK HAIR CARE - SET PENJAGAAN RAMBUT UNTUK SEISI KELUARGA YANG WAJIB ADA DALAM SETIAP RUMAH

Hye semua..

Masa kecil-kecil dulu selalu ramas-ramas daun dan bunga raya lepas tu lendir dia tu buat cuci rambut. Syampo Bunga Raya  buatan sendiri katanya. Kebetulan keliling rumah ada banyak pokok bunga raya .Jadi kalau setakat nak petik sampai togel pokok bunga raya tu tak de hal la. Tak de siapa nak marah.


Bila dah tua-tua ni nampak Syampoo Bunga Raya Asmak terus terimbas memori masa kecil-kecil dulu. Agaknya sebab tu la rambut masa sekolah dulu sangat cantik. Tak pernah la kusut masai. Rambut lembut je padahal tak de beli-beli syampoo pun. Maklum la..bukan orang senang. Ada duit lebihkan untuk keperluan lain.






Asmak Hair Cair

Syampoo Bunga Raya adalah satu satu produk dalam set Asmak Hair Care. Kalau sebelum ni MHAM pernah keluarkan Minyak Herba Asmak yang memang sangat mujarab . Sampai sekarang saya masih guna Minyak Herba tu tau.. Kali ni MHAM mengeluarkan Set Asmak Hair Care khas untuk penjagaan rambut untuk lelaki dan wanita.

Set penjagaan rambut ini juga wajib ada dalam setiap rumah dan boleh digunakan seisi keluarga.

Asmak Hair Care terdiri daripada

  • Syampoo Bunga Raya 
  • Sevenis Hair Oil
  • Hair Moisturizer With Serum

Untuk mendapatkan rambut yang cantik lembab dan sihat lebih elok jika menggunakan ketiga-tiga produk di dalam Asmak hair Care ini. Asmak Hair Care sangat sesuai digunakan seisi keluarga

Syampoo Bunga Raya
Sebagai wanita yang bertudung sangat penting untuk kita jaga rambut. Maklum la, kita ni hari-hari tertutup je kepala ni. Kalau tak dijaga memang rambut akan berbau busuk masam. Kepala pun mudah ada kelalumur. Bila ada kelemumur tu kepala pun jadi gatal. Sebab tu pemilihan syampoo sangat penting.

Bagi saya sendiri saya suka Syampoo Bunga Raya ni sebab bau nya sangat wangi dan bau tu tahan lama. Korang yang dah terbiasa dengan syampoo yang banyak buih mungkin akan rasa tak biasa dengan syampoo ni sebab ianya syampoo yang tidak mengandungi buih.



Tak elok kalau menggunakan Syampoo yang banyak buih sebab mudah dapat kelemumur dan kulit kepala kering. Jangan tertipu dengan buih pada syampoo sebab ianya tak membuatkan rambut dan kulit kepala kita sihat.

Selain ekstrak bunga raya , terdapat minyak kelapa, Babassu Oil, Tea Tree Oil dan  Jojoba oil di dalam syampoo ini. Patut lah bila di gunakan rambut nampak lembab dan segar.Walaupun beberapa jam lepas mandi rambut masih nampak macam lembab rupanya terdapat kandungan berbagai minyak berkhasiat yang sangat bagus untuk semua jenis rambut termasuk la untuk kegunaan kanak-kanak.

Syampoo Bunga raya ni bagus untuk hilangkan kelemumur.


Hair Moisturizer With Serum
Istimewa dalam set Hair Care Asmak ni adalah hair moisturizer nya. Saya akui yang sebelum ni tak pernah pun pakai apa-apa hair moisturizer . Biasanya beli conditioner je. Heheh .. Kiranya ni pertama kali saya guna hair moisturizer.

Yang best tentang moisturizer ni ialah ianya disertakan dengan serum.



Warnanya jernih..Tak sama dengan hair conditioner . Bau juga tak kuat sangat. Bila sapu kat rambut, tangan tak rasa melekit atau berminyak macam conditioner.

Hair Moisturizer ni boleh digunakan oleh kanak-kanak. Ianya di reka menggunakan teknologi terkini yang sangat berkesan untuk melicinkan rambut, menjadikan nya lebih mudah diurus , rambut lebih bersinar, lembut dan berkilau.

Mousturizer ni digunakan ketika rambut kering. Hanya picitkan ke tapak tangan kemudian ratakan pada rambut.






Sevenis Hair Oil
Dalam Asmak Hair carn juga disertakan Sevenis Hair oil yang mengandungi lnght mineral oil, Tea tree oil, olive oil, argan Oil, Castor oil. coconut oil, Babassu oil yang juga bahan2 ni ada dalam Syampoo Bunga Raya.

Sebab tu kalau korang perasan bau minyak dan bau Syampoo dalam Asmak Hair Care ni sama. Sebab tu la bau harum ni kekal lama tau. Patut la lepas guna Hair Care ni rambut saya bau segar.


Untuk mudah kan anak-anak menggunakan Sevenis Hair Oil ni saya letak kan minyak ni dalam botol spray.. Jadi tak la tumpah minyak ni. Sama ada boleh sembur terus ke rambut atau ke tapak tangan. Harap-harap lepas ni MHAM boleh naik taraf botol Sevenis Hair Oil ni dalam botol spray supaya lebih mudah digunakan. Heheh..



Lepas dah ratakan hair oil pada rambut ada sisa-sisa minyak pada tapak tangan tu boleh la gosok kan pada siku supaya dapat elak kan kulit pada siku kering. Sevenis Hair oil ni juga sesuai untuk kegunaan bayi.

Kalau korang berminat nak dapatkan Asmak Hair Care atau salah satu dari Asmak Hair Care ni boleh la dapatkan nya sekarang. Ada banyak pengedar di seluruh Malaysia atau korang boleh dapatkan nya dengan menghubungi:


Websitehttps://mham.com.my


Instagramasmak.haircare

Hotline – 019-9708897

Friday, 16 November 2018

CARA WANITA KOREA MENJAGA KECANTIKAN KULIT



Produk kecantikan Korea menguasai pasaran sejak 2016. Eksport produk penjagaan kulit Korea, yang juga dikenali sebagai K-Beauty, telah melebihi import di Korea Selatan. Hari ini, pasaran kecantikan Korea menduduki tempat di sepuluh teratas di seluruh dunia, dan lebih ramai orang terus jatuh cinta dengan produk dari negara tersebut

Salah satu perkara yang menjadikan produk penjagaan kulit dari Korea dan rutin kecantikan mereka menjadi ikutan ramai adalah kerana komitmen terhadap formula berkualiti yang meningkatkan dan memperbaiki kulit.



Fokus mereka adalah untuk menjadikan kulit lebih semulajadi , sihat dan tidak bercela. Di samping itu, rutin K-Beauty cenderung dengan pelbagai langkah dan produk yang digunakan pada waktu siang dan malam.

Jika anda ingin memulakan rutin penjagaan kulit Korea, maka pertimbangkan untuk mencuba enam jenis skincare ini.

1.Sunscreen
Produk Korea memberi tumpuan kepada melindungi kulit dari matahari untuk mengelakkan kerosakan, jadi pelindung matahari merupakan bahagian penting dalam rutin kecantikan. Anda perlu memakainya setiap hari. Dari BB krim hingga lah  gel, terdapat banyak pilihan dengan SPF yang tinggi.

2. Cleanser
Rutin penjagaan kulit kebanyakan produk dari Korea termasuk sekurang-kurangnya dua pembersih yang berbeza: satu yang berasaskan minyak  dan satu lagi berasaskan air.

Pertama, anda perlu menggunakan pembersih berasaskan minyak untuk membuang solekan dan kotoran dari kulit. Kemudian, anda gunakan pembersih berasaskan air untuk membuang sisa kotoran pada kulit.

3. Toner
Toner membantu mengimbangi kulit, dan memudahkan pemakaian serum. Malah ianya juga mengekalkan kelembapan kulit wajah dan melengkapkan rutin penjagaan kulit wajah anda.


4. Essence
Essences melembapkan, mengimbangi, dan menghidrat kulit. Ianya mempunyai formula ringan yang tidak terasa berat pada kulit, tetapi masih memberikan banyak faedah seperti anti-penuaan. Perlu diingat bahawa essence tidak begitu bertindak sebagai serum, jadi anda boleh menggunakannya dengan menepuk cecair essence ke wajah anda dengan tangan anda.


5. Serum
Serum adalah produk  yang direka untuk mensasarkan masalah kulit tertentu seperti kedutan atau hyperpigmentation.



6. Pelembap
Anda memerlukan sekurang-kurangnya dua pelembap: satu untuk mata anda dan satu untuk seluruh muka. Pelembap mata cenderung lebih lembut dan direka untuk mengurangkan bengkak. Pelembap Korea untuk wajah  terdiri daripada krim dan gel.

Jika anda sudah bersedia untuk beralih ke rutin penjagaan kulit Korea, ini adalah permulaan yang baik. Anda mungkin mahu menambahkan lebih banyak item apabila anda menjadi selesa dengan rutin kecantikan yang saya kongsikan ini.

Friday, 30 March 2018

7 GAMBAR MAKEUP ILUSI YANG TAK PERNAH KITA BAYANG KAN

Sesekali tengok gambar makeup ilusi  yang kreatif-kreatif ni rasa gerun pun ada.. Kali ni saya kongsikan koleksi makeup ilusi yang saya ambil dari instagram Cedoviste dan juga  Mimi Choi..

 kedua-dua mereka ni memang terkenal dengan makeup Ilusi yang sangat wow dan yang tak pernah kita bayang kan.












macam mana?? menarik bukan??


sekian..

Tuesday, 14 November 2017

9 CARA WANITA BERHIAS YANG HUKUMNYA HARAM DIDALAM ISLAM

Assalamualaikum...



Perempuan mana yang tak suka cantik dan berhias?Kalau dah namanya wanita mestilah kita suka nampak cantik .Walau apa pun tujuan kita berhias pastikan ianya tidak lari dari syariat islam dan tidak melampau batas.

Sekarang ni kalau dilihat di media-media sosial ramai yang berkongsi tips berhias, bersolek , berfesyen dan sebagainya. Benda-benda macam ni bagus untuk golongan wanita supaya lebih bijak menjaga penampilan diri.

Namun jangan dilupakan ada beberapa perkara yang harus dititik beratkan oleh  wanita islam didalam berhias ini.

Islam tidak melarang wanita berhias dan mempercantik kan diri nya namun ada batas-batas yang harus diikuti oleh wanita untuk melindungi maruah dan kehormatan wanita islam supaya memberi imej yang baik pada orang lain.

Disini saya kongsikan 9 cara wanita berhias yang hukum nya haram dalam islam.




1- Bertatoo
Wanita yang mencacah tato di tubuhnya akan dianggap sebagai wanita yang nakal dan liar. Rasullullah sendiri melaknat wanita yang mencacah tatoo . Tatoo ni dibuat dengan memasuk kan dakwat  pada lapisan kulit untuk menukar warna kulit.

Tatoo tidak membuatkan seseorang itu murtad namun ianya adalah haram dan berdosa .Kita perlu bertaubat supaya tidak jauh terpesong.

Dengan kecanggihan teknologi sekarang ni , nak menghilang kan tato bukan lagi menjadi masalah.Dengan rawatan laser korang boleh membuang tatoo dengan selamat dan tanpa menyakitkan. Tatoo yang tidak dapat dibuang atau yang berisiko menyebabkan kecacatan tidak perlu dibuang.Cukup lah dengan bertaubat, memohon keampunan dari Allah dan perbanyak kan beristigfar.



2- Mencabut Kening
Walaupun dunia solekan sekarang dah tak memerlukan lagi kita untuk mencabut kening tapi masih ada lagi yang selesa mencabut kening .Sekarang ni ada gam eyelashes yang kita guna untuk tutup sebahagian kening yang buatkan kita tak payah lagi mencukur kening.Ianya memudahkan lagi wanita islam untuk berhias.

Pernah ada juga yang mempertikaikan penggunaan gam eyelashes ni kerana ada yang mengatakan ianya juga haram kerana kita berhias seolah2 wanita kafir.Itu saya sendiri tak pasti.Dan mungkin kita boleh dapatan penjelasan dari yang lebih arif.

Mencabut kening adalah haram didalam islam.Allah melaknat wanita yang mencabut kening dan menghilangkan bulu di muka.Perbuatan ini mengubah ciptaan Allah.

Namun di bolehkan jika bulu-bulu itu tumbuh terlalu banyak (luar biasa) .



3- Menyambung rambut atau memakai rambut palsu
Memakai rambut palsu dan menyambung rambut juga diharamkan didalam islam. Mennyambung rambut dan memakai rambut palsu yang dimaksudkan di sini ialah memakai sanggul palsu, menyambung rambut supaya kelihatan panjang atau apa saja yang menyerupai rambut adalah dilarang sama sekali.

Dalam keadaan apa sekalipun ianya dilarang malah jika dipakai dihadapan suami sekalipun tetap tidak dibolehkan kerana ianya seolah-olah berhias seperti wanita kafir.



4-Berlebihan dalam menggunakan dan membeli alat solek atau barangan untuk berhias
Lumrah wanita mudah tergoda dengan berbagai barangan solekan namun jika ialah terlalu berlebih-lebihan dikuatiri akan berlaku pembaziran . Begitu juga dengan perhiasan diri. Banyak yang dibeli banyak juga lah yang akan di pakai.

Bersolek dan berhias berlebih-lebihan akan mengundang syahwat lelaki yang memandang dan melirik kearah kita.Namun bersolek berlebih-lebih untuk suami didalam rumah adalah digalak kan.

Sikap suka berlebih-lebihan tidak disukai Allah..sesungguhnya Allah ta‘ala berfirman:

“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah setiap (memasuki) masjid. Makan dan minumlah, tapi janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan” (QS. Al-A‘raaf, 7: 31)


5- menggunakan perfume dengan bau yang kuat dan semerbak
Memakai bau -bauan yang kuat sebenarnya tidak menjadi masalah besar jika hanya didepan suami atau didalam rumah sahaja.Namun menjadi kesalahan jika wanita memakai bau-bauan yang harum dan boleh menarik perhatian  lelaki-lelaki di luar .

Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya wangian yang baik bagi lelaki adalah yang terzahir baunya dan tidak jelas warnanya dan wangian yang baik bagi wanita adalah yang terzahir warnanya dan tidak begitu kuat baunya.” (Riwayat Al-Tirmizi)

Ini bermakna , untuk wanita adalah lebih baik memilih haruman yang tidak kuat baunya jika mahu keluar rumah bagi menjaga penampilan kita.


6- Berhias seperti lelaki
Rasulullah s.a.w melaknat wanita yang berpenampilan seperti lelaki. Bukan sahaja dari gaya rambut  malah cara berpakaian juga dilarang sama sekali. Bercakap, berperwatakan seperti lelaki juga dilarang dalam islam .

Diakhir zaman ini perkara seperti wanita menjadi lelaki dan lelaki menjadi wanita adalah sesuatu yang sangat merisaukan.Ianya bagaikan virus yang tiada penawarnya.Sesungguhnya hanya iman dan takwa sahaja mampu membendung masalah ini.

Apa yang dirisaukan ialah perkara-perkara seperti ini akan mengundang seks sejenis.



7- Berhias seperti wanita kafir
Tasyabuh adalah wanita yang berhias seperti wanita kafir.Ianya dilarang didalam islam.Zaman sekarang dah banyak kita dapat lihat  wanita berhias sepeti wanita kafir contohnya , memaki rambut palsu, memakai tanda di dahi (bindi dan sindur) , malah ada juga yang memakai perhiasan dengan lambang2 yang menandakan sesuatu kaum dan agama.

Perkara seperti ini perlu dibenteras,..Mungkin ada yang mengenakan fesyen dan cara berhias seperti ini tidak tahu ianya adalah haram dan berdosa.

Ramai yang menggunakan alasan "suka-suka..tiada niat lain" untuk menutup kesalahan mereka.Namun niat tidak menghalalkan cara.Sebelum berhias atau mengenakan sesuatu fesyen/solekan adalah lebih baik bertanya kan pendapat orang lain.


8-Berhias seperti wanita jahilliah
Dizaman jahilliah wanita-wanita nya berjalan sambil melenggok-lenggok dengan langkah yang manja dan cukup memikat .Ketika berhias mereka akan memperlihatkan leher, rantai dan anting-anting mereka.

Allah melarang prilaku wanita jahilliah diikuti wanita muslimah. Larangan ini bertujuan menaikkan darjat dan kehormatan wanita.Di Zaman jahilliah wanita dipandang rendah dan diperlakukan sesuka hati Malah bayi perempuan akan ditanam hidup2 demi tidak dipandang rendah.



9- Berhias dengan mendedahkan  aurat
Setiap inci tubuh wanita adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan.Wanita islam wajib menutup auratnya . Mendedahkan aurat dengan tujuan untuk kelihatan cantik adalah dilarang dalam islam.

Siksaan untuk wanita yang mendedahkan aurat sangat la berat. Wanita yang membuka rambut kepalanya selain untuk suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya. Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya .Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang, pedihnya tidak terkira.

Begitulah hebat nya siksaan untuk wanita yang mendedahkan aurat.


Semoga bermanfaat untuk semua...

sekian..




Monday, 6 November 2017

INI YANG PATUT DILAKUKAN UNTUK ATASI MASALAH RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN

Assalamualaikum...



INI YANG PATUT DILAKUKAN UNTUK ATASI MASALAH RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN  Sejak dari melahirkan anak pertama saya dah alami masalah rambut gugur.Masuk kelahiran anak ke dua pun masalah rambut gugur masih tak hilang.Rambut makin menipis walau dah cuba macam-macam petua dan syampoo.

Korang pun mesti alami masalah yang sama bukan.Ada yang terpaksa menghabiskan ratusan hingga ribuan ringgit hanya untuk mengatasi masalah rambut gugur selepas bersalin

Hari ni saya nak kongsikan tips dan cara yang saya lakukan untuk mengatasi masalah rambut gugur ni. Bertahun -tahun saya stress bila memikirkan tentang rambut dan sekarang boleh tersenyum gembira bila masalah ni saya dah berjaya diatasi.




Sekarang saya dah tak ada lagi masalah rambut gugur.

Saya ambil masa dua bulan  untuk disiplin kan diri saya dengan cara yang akan saya kongsikan ini.

1) Kekal hanya dengan 1 syampoo
Sebelum ni memang saya sentiasa mencari apa syampoo yang bagus untuk hilangkan rambut gugur ni.Saya cuba macam-macam jenama.Yang paling mahal harganya rm200.Habis sebotol tu terus tak mau guna dah sebab rambut gugur tetap ada.Kemudian saya cari jenama lain pulak.

Cara saya ni salah sebenarnya,Tak kira mahal macam mana pun syampoo tu ianya tak memberi kesan dalam masa singkat. konsisten penggunaan hanya satu jenama syampoo dalam masa dua bulan atau lebih.Dan baru lah kesan nya akan dapat kita lihat dan rasai.

2) Elak kan kerap mengikat rambut.
Saya memang kerap ikat rambut sebab saya fikir bila rambut gugur , saya perlu ikat rambut untuk elak kan rambut jatuh atas lantai atau dalam makanan.

Rupanya kerap mengikat rambut akan buat rambut cepat rosak.Akar rambut akan terganggu dan rosak membuatkan rambut jadi mudah gugur.Jenis getah pengikat rambut juga perlu dititik beratkan.
-Jangan guna getah yang digunakan untuk mengikat barang
-jangan ikat rambut terlalu kuat
-jangan ikat rambut ketika tidur
-jangan terlalu kerap ikat rambut



3)potong rambut
Saya selalu perhatikan selain rambut gugur,rambut saya juga mudah putus di bahagian bawahnya,Itu lah yang menyebabkan setiap kali mandi rambut guigur nampak banyak.bila diperhatikan ada rambut yang panjang dan ada yang pendek.,So saya ambil keputusan gunting bahagian bawah rambut .

4)Makan makanan tinggi protein
Saya pilih telur sebagai makanan tinggi protein.Memang setiap hari wajib makan telur.Saya kurangkan pengambilan garam dan makanan yang dah diproses.Selama 2 bulan saya banyak makan buah-buahan.


Itu lah 4 cara yang saya konsisten amalkan sehingga saya dah tak ada lagi mengalami masalah rambut gugur.Memang sukar terutamanya bab ikat rambut tu.Saya ni tak suka rambut kena leher..rasa rimas dengan peluh, tapi dah lama2 saya terbiasa dan mula selesa bila tak ikat rambut.

Selain dari itu ada beberapa perkara lain yang korang perlu ingat iaitu:

-Jangan Ikat rambut ketika rambut basah
-jangan pakai tudung walaupun rambut basah
-jangan gunakan pengering rambut terlalu kerap .


selamat mebncuba dan semoga berjaya..


sekian..