Showing posts with label kasut converse untuk perempuan. Show all posts
Showing posts with label kasut converse untuk perempuan. Show all posts

Thursday, 8 September 2016

SUDAH BERTAHUN LAMA TAPI KASUT CONVERSE MASIH JADI PILIHAN RAMAI

Assalamualaikum..


Teringat masa sekolah dulu kalau tengok artis-artis kegemaran di majalah  menggayakan kasut sneakers memang teruja gila la . Masa tu kasut sneakers yang paling popular ialah converse . Tapi sedar tak sedar sampai sekarang pun converse  masih lagi jadi pilihan ramai.Ha..bayangkan lah berapa tahun Converse pegang tahta sebagai kasut terunggul sepanjang zaman..kan??

kenapa Converse jadi pilihan ramai?



Kalau orang tanya saya nak kasut tumit tinggi atau nak Converse dah tentu saya pilih Converse walaupun saya ni dah usia lebih 30 tahun.Nak tahu kenapa?Sebab Converses boleh digayakan oleh semua peringkat usia.Dari kanak-kanak sampai orang tua boleh pakai Converse.



Lelaki atau perempuan, kedua-duanya boleh pakai Converse.Tambahan pulak ianya didatangkan dalam berbagai warna.Jadi awak seorang yang sukakan gaya feminine boleh pilih warna yang lembut seperti putih , biru lembut atau pink.Kalau awak seorang lelaki boleh pilih warna hitam atau coklat.Sebenarnya Converse tak de warna tertentu mengikut gender.Awak lelaki ke, perempuan ke semua warna awak boleh pakai.



Yang last sekali..kenapa Converse masih jadi pilihan ramai sebab ianya boleh dipadankan dengan apa saja yang kita pakai.Baju kurung, baju sukan, jeans ,dress atau apa saja.Awak akan nampak lebih berkeyakinan , lebih santai dan kekal selesa. Orang kata ada Converse bermakna awak dah ada semua jenis kasut.Sesuai untuk aktiviti santai dan lasak.Kualiti Converse memang tak boleh dipertikaikan lagi.Tahan lama sampai boleh pakai bertahun-tahun.



Sekarang tak susah nak dapatkan Converse kerana korang boleh dapatkan di Zalora sebab Zalora ada menawarkan banyak pilihan kasut Converse Online yang berkualiti dengan harga murah dan berpatutan..

sekian..