Showing posts with label kasut. Show all posts
Showing posts with label kasut. Show all posts

Wednesday, 12 December 2018

KASUT SEKOLAH YANG BAGUS DAN TAHAN LAMA TAK PAYAH BELI 3,4 KALI

Hi..

Dah siap ke persiapan untuk anak-anak masuk sekolah tahun 2019 nanti? Saya ada dua orang anak. Yang si kakak tu tak banyak barang nak beli sebab semuanya dia dah ada. Cuma belikan baju sekolah sehelai dan kasut sekolah.Yang lain masih boleh di pakai.



Cuma adiknya saja yang beli banyak barang sebab nak masuk darjah 1. Tak la banyak sangat pun.Inuform 2 helai, beg sekolah, dan kasut sahaja. Alat tulis pun tak payah beli sebab memang ada banyak kat rumah ni.

Kebanyakan alat tulis , si kakak dan adik dapat masa aktiviti dan program kat sekolah dan tadika diaorang dulu.Memang simpan untuk kegunaan bila perlu. Jadi tak payah beli dah.

Baru-baru ni saya baca di facebook ramai yang merungut dengan harga kasut sekolah yang sangat mahal. kebanyakan nya berharga rm30 ke atas untuk sepasang kasut sekolah.




Saya ni pun bukan lah orang senang. Tapi bagi saya sejak dulu lagi macam tu lah harga kasut sekolah. Tak de beza pun. Lain la kalau korang memang nak kasut yang memang dari jenama mahal-mahal.

Setakt ni yang saya beli cuma jenama-jenama biasa macam Pallas dan Jazz. Dan harganya pun tidak la mahal sampai cecah 4-5 puluh ringgit sepasang.

Bagi yang masih tercari-cari kasut sekolah yang tahan lama dan harga yang berpatutan saya akan kongsikan di sini kasut-kasut yang boleh korang boleh beli.



Korang boleh je beli kasut yang harga rm7 -rm15 macam kat atas ni. Tapi mengikut pengalaman saya kasut yang murah dan banyak dijual dalam bungkusan plastik tu tak tahan lama. Sebulan pakai korang dah boleh nampak kain nya berbulu.

Kalau nak pakai jarang-jarang contohnya untuk 2 hari seminggu boleh la guna kasut yang murah tu. Tapi korang tak boleh cuci selalu sebab mesti akan cepat rosak. Lagi-lagi kalau korang jenis keringkan kasut sekolah dalam mesin basuh.Memang jahanam kasut.

Masa Maisara tahun satu saya belikan kasut  Diadora. Kalau tak salah saya masa tu harganya 29.90. Beli di Tesco sebab promosi back to school. Kasut ni tahan lama sebab Maisara pakai sampai darjah dua.



Masa tu sepasang kasut ni je saya beli. Saya memang tak pernah beli 2 pasang kasut setahun untuk Maisara. Kasut ni masih saya simpan sebab elok.Sayang nak buang.Padahal tak pakai dah pun.

Tengok gambar pun tahu kasut ni masih elok..kan??Setakat nak buat salin-salin kalau kasut tak kering tu boleh sangat tapi siapa la nak pakai. Maisara pun dah besar. Adiknya pulak kaki kecil. Mungkin pertengahan tahun nanti dia dah boleh guna untuk salin-salin.


Naik darjah dua saya belikan kasut Jazz. Kasut ni dia pakai sampai darjah 3. Harganya Rm30++ . Beli kat atas kedai . Mungkin sebab tu mahal sikit. Kalau beli kat Tesco ke Aeon ke mungkin murah sikit sebab biasanya pasaraya ada jualan murah.


Yang ni terlalu kerap dia cuci sebab ada kasut backup. Masa ni dia pulak tak suka pakai kapur kasut. jadi bila nak cuci tu kena berus kuat-kuat.  Kasut sekolah ni kalau kerap di cuci memang akan rosak. Satu lagi kalau tak guna kapur kasut. Kasut macam tak de perlindungan. Bila kotor kita akan cuci fabrik kasut tu.

Berbeza kalau kita guna kapur. Bila cuci kasut cuma berus sikit2 sampai kapur pada kasut tertanggal dan kasut jadi bersih.Makna kata yang kotor tu bukan fabrik kasut tapi kaur nya. Terima kasih la pada orang yang menciupta kapur kasut.

Sebab tu saya bersetuju sangat bila kerajaan tetapkan anak-anak pakai kasut hitam. Orang yang tak pernah tahu pasal susahnya nak jaga kasut putih ni mungkin akan merungut macam-macam. Tapi lantak kan diaorang.. Saya suka berjimat jadi saya sokong je.




Kasut darjah 3 saya belikan kasut jenama Frozen. Kasut nya berharga rm29.90. Beli di Tesco. Maaf tak de gambar sebab kasut tu memang tak tahan. Cukup setahun pakai terus buang sebab rosak. Tapaknya lekang dan pelapik dalam tu pun hilang entah kemana. So saya tak galak kan korang beli kasut yang jenama tak ketahuan ni.

Kalau anak-anak  tengok memang la diaorang nak tapi demi poket kita lantak le dia nak meraung ke apa..hahahah

Darjah 4 saya belikan kasut Jazz pada Maisara. Kasut tu bertali dan memang tahan lama. Saya tak ingat saya letak kat mana kasut tu. Kasut tu masih elok lagi. Naik darjah 5 Maisara tak mau pakai dah sebab dah tak muat dan kasut bertali ni buat dia lambat bersiap pagi-pagi.

Jadi naik darjah 5 dia nak kasut lain. Saya belikan kasut Pallas pada dia. Kali ni kasut lekat je. Senang nak bersiap.


Tak de kasut backup dan dia cuma belasah kasut yang sepasang ni sepanjang tahun. Ini lah yang dibawa bersukan, rombongan dan segala aktiviti sekolah. Sebab sekolah mewajibkan pakai kasut sekolah.

Darjah 5 dia masih malas kapur kasut sebab tu la tak heran le kasut dia rosak sikit kat bahagian pelekat tu. Tapi katanya masih boleh di pakai.

Yang bestnya kasut Pallas ni bila kaki kau membesar, kasut pun ikut mengembang sekali.jadi tak la asyik nak tukar kasut walaupun belum cukup setahun.

Tahun 2019 maisara dah nak masuk darjah 6. Dan tahun depan dia akan pakai kasut hitam. Kali ni dia nak berubah angin sikit. Dia tak nak pakai kasut Pallas lagi. Dia pilih kasut Warrior. Harganya rm33.90 . Beli atas kedai. Bukan kat pasaraya.



Kasut ni ala-ala kasut yang dia pakai masa darjah 5. jenama je lain..Saya dah belek2 kasut ni dan tak banyak beza dengan kasut Pallas tu.Harap-harap prestasinya juga membanggakan.hahah..

Dan untuk adiknya saya pilih Pallas memandangkan kasut Pallas ni memang saya yakin tahan lama tambah-tambah anak lelaki ni lasak nya bukan main.


Masa nak masuk tadika dulu pun saya belikan kasut Pallas. Dia pakai dari umur 5 tahun sampai 6 tahun. Cuma masa bulan 10 2018 kasut dah tak muat padahal elok lagi.



Tengok la..Masih elok..kan??/sayang sebab dah tak muat.Kaki adik dah panjang.

Tu yang saya beli kan je kasut murah harga rm10 je.. Gambar kasut murah tu kat atas sekali. Yang no 2. Kalau kerap2 basuh mesti hancur dah kasut rm10 tu.




tu je la nak cerita.Harap dapat lah membantu korang mencari kasut yang bagus untuk anak-anak. Kasut murah pun ok lagi-lagi budak-budak sekarang dah pakai kasut hitam yang tak perlu basuh setiap minggu. Cuma jemur je kat tempat panas kalau hari cuti.

Jadi bila kurang dicuci kasut murah pun akan tahan lama.


bye.

Friday, 9 May 2014

TIPS MEMBELI KASUT TUMIT TINGGI.

Assalamualaikum...




Orang perempuan memang suka kasut tumit tinggi..walaupun ada yang tak suka pakai
tapi suka tengok pun jadi la..bukan saja bentuknya yang cantik
malah kasut tumit tinggi kebanyakan nya mempmyai warna yang menarik dan sesuai dengan
bentuknya yang boleh buat wanita bermimpi.


Untuk membeli kasut tumit tinggi  ada beberapa perkara yang pelu dititik beratkan:-

1-bentuk
Semakin tinggi tumit kasut tersebut bermakna semakin kurang lah keselesaan memakainya.Untuk memilih kasut tumit tinggi perlu lah disesuaikan dengan keadaan dan masa memakai.jika kasut tersebut hanya dipakai untuk masa yang singkat,tiada masalah untuk membeli kasut yang tumitnya terlalu tinggi..namun jika untuk dipakai seharian memadailah membeli kasut yang bertumit sederhana yang berukuran antara 1-3 inci.

2-Ukuran
Untuk ukuran kasut,pastikan hujung kasut lebarnya bersesuai dengan kaki.jika tidak
kaki anda mudah melecet disebabkan tekanan hujung kaki.Itulah sebabnya mengapa kasut
tumit tinggi tidak sesuai dibeli melalui online karana anda perlu mencuba kasut tersebut.Jika tidak wang anda mengalir dengan sia-sia.

3-warna
kasut juga memberi kesan kepada penampilan .warna kasut dan pakaian perlulah bersesuaian.paling mudah ,pilih kasut tumit tinggi dengan kombinasi warna di mana salah satu warnanya itu sama dengan warna dari baju yang Anda kenakan.

4-keselesaan
Apa juga yang anda pakai mestilah selesa.begitu juga dengan kasut tumit tinggi.tidak terlalu sempit dan tiddak terlalu longgar,..itulah kasut tumit tinggi yang paling sesuai di beli.dan pilihan paling mudah ada wedges.namun kebanyakan lelaki tidak suka melihat wanita memakai wedges kerana ianya kelihatan terlalu menonjol.Tapi jika anda yakin dan hanya mementingkan keselesaan,buat apa fikir pasal pandangan orang lain..kan??

sekian...

Monday, 18 March 2013

KALAU NAK PILIH KASUT.....

Assalamualaikum...


susahnya nak pilih kasut...
kadang2 saiz ada tapi warna tak menarik..
warna dah cantik,sesuai dengan kita
tapi saiz pulak tak de...
saiz ada dah tapi ada bunga kembang pulak..tak minat.!



Tu yang kadang2 jadi kes beli saja pakainye idak..
korang pun mesti ada jugak beli kasut lepas tu
tak pakai pun..kan??
pakai masa test nak beli tu je..
lepas bawak balik umah,member kata "tak cantik"
korang pun simpan je kasut tu..
Orang perempuan memang macam tu la...

Dulu pernah beli kasut kat jusco Perda.
kedai tu nama apa entah la..
tak ingat dah..nak beli kasut raya masa tu..
Orang yang kerja kat kedai kasut tu bagi tips kat aku..
katanya orang yang kecik2 comel2 macam aku ni
(masa tu kecik le..sekarang tak kecik dah)
elak kan beli kasut yang ada bunga2 seketoi besar gitu..
sebab nanti nampak lebih rendah..
paling sesuai pakai kasut yang tumit tinggi dan
corak nye tak sarat.hiasan atas kasut biar yang simple dan kecik2.

lepas tu katanya lagi kalau betis besar
pun tak boleh pakai kasut yang coraknya sarat
sebab nanti orang nampak kaki kita dulu..heheh..

kasut yang coraknya sarat dan atasnya ada hiasan besar2 cuma sesuai untuk
mereka yang tinggi dan kaki yang panjang.

Kalau kaki besar baik lah kita pakai kasut yang besar..
contoh paling baik pakai wedges.
orang yang kecik,betis kecik tak sesuai pakai wedges.

orang kaki besar tak sesuai
pakai kasut yang bertali,.sebab kaki akan nampak pendek dan besar.



ankle boots suka??
Ankle boots sangt sesuai digayakan dengan apa jugak jenis jeans.
betis besar atau kecik ankle boots sangt sesuai.

cari lah kasut yang
boleh menutup kekurangan kita
dan boleh menonjolkan kelebihan kita.
nak tau cemana??kalau kita selesa pakai kasut tu
dalam jangka masa yang lama,
itu lah kasut yang sesuai untuk kita..


sekian.