Showing posts with label kakak neelofa. Show all posts
Showing posts with label kakak neelofa. Show all posts

Tuesday, 10 January 2017

SHARNAZ AHMAD DAN NOORNABILA BAKAL MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN MARCH INI

Assalamualaikum...



Dah nak kahwin dah rupanya hero Tamil sorang ni...hahahah...Ada yang tanya saya kenapa saya selalu panggil dia hero tamil. Dah tentu lah sebab gaya bercakap nya tu..Kalau biasa tengok filem tamil mesti tahu cara bercakap diaorang cemana. Ok lah..lupa kan tu..Nak cerita pasal dia nak kahwin ni..

Berdasarkan dari apa yang dikongsi oleh pasangan yang sama muka ni ,Sharnaz dan Nabila akan mendirikan rumahtangga pada 31 march 2017 . Majlis disebelah pengantin perempuan akan berlangsung pada 2 April.Mesti ramai peminat Sharnaz Ahmad yang gembira dengan berita ni.Maklum la, dia kan ada sejarah cinta yang pahit juga la satu masa dulu..kan??

Ramai yang mendoakan semoga pasangan ni cepat bertemu jodoh.Mana tak nya ..Kalau dah asyik bergambar melekat je naik sakit juga mata yang memandang,hahahah..


Tengok gambar-gambar yang dikongsi oleh mereka di insta ni , cantik sangat Noornabila ni..kan??Dulu masa awal-awal hubungan diaorang ni ada yang siap cemuh lagi..Konon nya nak kan Sharnaz pilih la anak dara ,memandangkan Sharnaz kan bujang..Aih..dah hati suka kat yang tu mana la boleh paksa2..kan??lagipun bukan nya bini orang.Apa ingat kalau janda ni tak boleh pilih yang bujang ke??Ke nak suruh ambik laki orang..

Stress makcik dengan golongan manusia yang suka susun kasta dan darjat ni . Manusia kuno yang entah dari mana la datang nya..Yang miskin kena kawen dengan yang miskin. Yang dok kampung kena kahwin dengan orang kampung..Yang belajar takat tingkatan 5 kena kahwin dengan yang ada spm je..errghhh!!bila manusia macam ni nak pupus ye??


sekian..