Skip to main content

Posts

Showing posts with the label jiran

BETUL KE SUSAH KALAU DAPAT JIRAN MELAYU?

Assalamualaikum..



Ramai orang ada pengalaman berjiran dengan jiran yang tak best...Bukan susah pun nak jadi jiran yang best.Cukup tak kacau hidup kita pun dah dikira jiran yang best.Betul tak??Saya pernah dapat jiran yang tak best .Saya pernah tulis tentang jiran saya yang tak best ni.Malas pulak nak cari link dia tu.Ramai yang kata susah la kalau berjiran dengan melayu ni..Penuh dengki , tak tahu berterima kasih, kuat main bomoh dan suka jaga tepi kain orang.Betul ke ni??

Saya nak cerita tentang pengalaman saya berjiran dengan jiran yang tak best.Kanan dan kiri saya adalah rumah yang disewakan pada orang jadi ada macam2 jenis jiran yang saya dapat.Jiran pertama ni..orang Melayu..Pantang nampak kita keluar dia pun keluar jugak sebab nak menyembang.Dah la saya ni tak pandai berbual.Adoi.tersiksa tau bila kita nak keluar jemur kain ke, nak sapu2 laman luar rumah kita , kena terhendap2 macam pencuri.Buka pintu pun perlahan-lahan sebab takut jiran dengar kita keluar.hahahah



Pernah juga d…

SAYA YANG BERSANGKA BURUK ATAU MEMANG DIA BERNIAT NAK SINDIR SAYA

Assalamualaikum...



Bila ada masa lapang saya suka memasak...Tak de la kerap sangat pun..seminggu sekali saya akan masak benda2 yang saya jarang masak.Bila masak masakan yang jarang-jarang masak ni memang selalunya saya akan bagi kat jiran-jiran.Masa ni la nak balas mangkuk tingkat jiran2..Tak pernah lagi la dok balas bekas kosong je kat jiran-jiran.Lagipun kan itu kan memang yang sepatutnya ..Ianya macam budaya orang kita la.Hari ni dia bagi bihun, bekas bihun dia tu minggu depan kita isi mee goreng..betul tak??

Tapi kalau saya sibuk dengan review di blog,  kadang-kadng balik kampung , memang nak dekat sebulan jugak mangkuk2 jiran ni ada pada saya.Tapi baru2 ni saya macam berasa kecil hati sikit la dengan salah satu jiran saya ni.....Lepas raya memang saya sangat sibuk dengan kerja-kerja di blog.Saya tak de masak apa yang special pun.2,3 minggu lepas raya puasa jiran saya ni ada la hantar tomyam.Jadi mangkuk tomyam dia tu ada la kat saya..Disebabkan saya sibuk , saya tak de la masak …

INI CIRI-CIRI JIRAN YANG MENJENGKELKAN

Assalamualaikum..



Hidup berjiran ni kena ada persefahaman dan tolak ansur.
kalau tak de lebih baik kita kurung je diri dalam rumah dan
jangan bercampur dengan orang keliling.
Susah sendiri tanggung,
betul kan??

Memikirkan yang kadang2 kita memerlukan pertolongan jiran tetangga ,
kena jugak la bergaul dengan jiran2.
Tapi ada sesetengah sikap jiran2 yang kadang2 buat kita rasa menyampah sangat.
dan tak disangka2 kita jugak ada sikap yang diantaranya menjengkelkan ini.

1-suka bergosip
yang ini kat mana2 pun orang tak suka.
Tak suka pun,tapi tadah jugak telinga ni dengar..
Gosip betul ke,tak betul ke kalau tak de kena mengena dengan diri sendiri
lebih baik diam je..jangan pandai2 nak tokok tambah cerita nak buat ulasan bagai.
takut memburuk kan keadaan je...

2-Iri hati
memang boleh dikatakan rata2 dari kita
bila tengok jiran lebih sikit mula la rasa iri hati.
Iri hati kalau disertakan dengan rasa seronok lihat jiran tu bahagia,
tak pe jugak."wah..saya cemburu la tengok kak Mah pakai …

NOMBOR EKOR DAN POKOK BERTUAH.

Assalamualaikum...

Semakin hari kesihatan semakin baik.
jadi nak buat apa lagi.update blog je la..
lagipun suami tak bagi aku asyik termenung memikir pasal perut.
dia jugak tak bagi aku asyik baca masalh orang ngandung je..
itu yang buat aku asyik risau..katanya...heheh

pagi ni aku nak cerita pasal jiran aku ni..
rimas la dengan dia.jiran aku ni india.
dia ok je dengan kami.tapi yang tak bestnya dia
suka beli nombor tapi suka melibatkan suami.

dulu awal2 kawen suami pakai kereta lain.
dia selalu beli nombor guna nombor plat keta suami.
tak kesah la kan.siapa kami nak halang.
tapi yang tak best nya bila nombor tu kena je
dia akan panggil2 suami dan cerita pasal nombor tu.
dah la cakapnya kuat2.rasa malu je
bila jiran2 lain dengar.
kang tak pasal2 orang cop suami aku main nombor.
yang suami aku ni pulak bila
india tu cakap dengan dia,
dia tak balas apa pun.yang dia tau angguk2,senyum..
lepas tu terus masuk umah.
aih..nak je aku tolong jawab kan gini..
"kami orang islam tak main nombor la..berdosa..
jangan…

MUDA2 DAH KENA SERANGAN JANTUNG

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua..
ada jiran mati semalam..
anak lelaki india kat sebelah umah aku.
umur nya dalam 20 lebih kot.
kena serangan jantung kat
cyber cafe dekat dengan rumah aku ni la..

Mayatnye masih ada dalam rumah tu..
kesian jugak la kat mak dan adik2 dia
sebab anak lelaki dia tu la
tempat depa bergantung.
ayahnya dah lama tak de.

Tambah2 pulak adik dia 2 orang
masih bersekolah..
cemana la depa nak mulakan seisi persekolaha
nanti kan??

Anak lelaki dia ni badan besar..
agaknya pasal tu kot
kena serangan jantung..
walaupun masih muda..

Adik2 sekalian..
walaupun masih muda tapi
makan dan cara hidup kita biarlah sihat ye..
jangan lupa bersenam..

sekian..