Showing posts with label jemputan kenduri. Show all posts
Showing posts with label jemputan kenduri. Show all posts

Monday, 4 June 2012

MAJLIS KENDURI ATAU KONSERT??

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
kembali menulis selepas lama bercuti...
tapi minggu ni masih ada lagi jemputan kenduri yang
perlu dihadiri..
rezeki tu..alhamdulillah..

dalam minggu cuti sekolah ni memang banyak la kenduri kendara.
seronok kenduri ni sebab kita boleh jumpa kawan2 lama..
yang tak pernah jumpa pun kita boleh jumpa.
lepas tu bila keluarga pihak satu lagi datang
bertambah la pulak kenalan dan saudara mara kita.

bila dah berjumpa tu nak la berbual2..
nak kenal lebih dekat lagi..
saudara mara yang kita jarang2 jumpa tu nak la kita
bertanya kabar dan bertukar2 cerita..

tapi kan yang tak best nya zaman sekarang ni kalau
kenduri lebih kuat bunyi lagu2 sampai
mengganggu orang nak berbual.
jadi sapa yang datang tu kalau rasa dah tak larat
nak bercakapsambil menjerit2 terpaksa la
"kau tengok muka aku,aku tengok muka kau.."



GAMBAR SEKADAR HIASAN

lagunya pulak tak putus2..
habis dj bercakap pasang cd lagu2,..
lepas habis lagu ada pulak penyanyi jemputan nak menyanyi..
aduhai..bengkak telinga ni..

jadi tetamu yang datang tu tak de la
berbual2 atau nak bertanya kabar.
kalau rasa nak berbual pergi la jauh2 sikit dari rumah
kenduri tu..
tambah2 pulak kat rumah kenduri tu makcik2 yang tua je yang ramai..
telinga pun tak berapa nak dengar.
jenuh menjerit2 bercakap.

kenduri kendara ni salah satu tujuan nya ialah untuk
mengeratkan silaturrahim...
tapi kalau yang datang tu cuma boleh
tengok muka tapi tak boleh nak bercakap
rasanya baik tuan rumah fikir2kan balik
perlu ke pasang lagu kuat2 ni??
perlu ke ada pembesar suara sampai 3,4 biji
sedangkan rumah sekangkang kera je..??

boleh je nak pasang lagu nak jemput dj bagai.
tapi agak2 la weh!!nak buat kenduri ke nak buat konsert??


sekian..

Sunday, 20 May 2012

KENDURI??TAK SUKA LA..

Assalamualaikum...

Selamat tengahahri semua...
terlalu lama beraksi kat padang awal pagi tadi. .
sudahnya lepas subuh baru tidur..
jadi bangun pun matahari dah tinggi...
hahahha....tak baik tidur lepas subuh ye adik2...
jangan ikut cara ni tau,..

ada apa2 rancangan hari ni???
ada yang nak pi kenduri..
rasanya minggu depan memang banyak la jemputan kenduri..
sebab dah cuti sekolah.
rumah mertua kat kampung pun kenduri jugak..

Aku ada sorang kenalan dia cukup tak suka pi kenduri.
orang jemput pun dia tak mau pi.
macam2 alasan la dia bagi..
rimas ramai orang la..panas la..

sampaikan sorang kawan pernah cakap yang
dia tak nak jemput orang ni pi kenduri..

"buat apa jemput dia..buat tambah dosa dia je..
kan menghadiri jemputan tu wajib kalau diri tu mampu.
kesian la kat dia.jadi tak nak la jemput dia.."

jadi bila kawan2 kenduri memang tak jemput la dia..
kesian kan??
sebab tu orang kata
rezeki jangan ditolak..
tolak rezeki sama macam mencari musuh..
bila orang dah tak peduli kat kita
rasa seronok tak???huhu...


sekian...

Sunday, 27 November 2011

KENDURI??TAK JEMPUT LAGI BAGUS!

Assalamualaikum..

selamat pagi semua..
ada ke yang berblog hujung2 minggu ni??
bagi yang dah berkeluarga
ini lah hari yang ada untuk luangkan masa lebih dengan
anak2..kan??
yang bujang2 pulak
hari ni la nak keluar dengan kawan2.

suka pi kenduri tak??
aku suka...ramai yang suka kan??
tapi ada yang tak suka..

siap cakap lagi,
"angpa kalau nak kenduri nak jemput
pun tak pa,tak jemput lagi bagus.."

tu dia..cakap macam tak dak perasaan punya orang..
ini bukan cerita dongeng tau..
ini cerita betul..

orang pun tau
kalau jemput awak memang awak tak pernah pi..
tapi orang fikir jugak..
orang lain dijemput,awak tu pulak tak dijemput
takut la hati awak tu terkecik pulak..


tengok..orang pikir perasaan awak..
apasal la awak bercakap tak fikir
perasaan orang lain??
ish..ish..ish...


kesian...
eh!!sekian...

Tuesday, 25 October 2011

WAJIB MENGHADIRI JEMPUTAN KENDURI.

Assalamualikum...

selamat pagi..
wah!!sejuk nyaman la pagi ni..kan???

Kita nak cerita pasal kenduri lagi boleh tak??
kan sekarang musim kenduri kendara..:p

macam yang aku tulis dalam entry ini..
wajib menghadiri jemputan kenduri..kan??
tapi kalangan ulama berpendapat bahawa
hukum wajib itu bergantung kepada syarat-syarat tertentu.

Pertama: yang menjemput atau mengadakan
kenduri perkahwinan itu orang Islam.

Kedua: Orang yang dijemput adalah
menyeluruh tanpa mengira bulu atau kedudukan,
iaitu tidak membeza-bezakan yang kaya dan miskin.

Ketiga: Jemputan ke majlis perkahwinan itu
dibuat secara khusus kepada setiap
orang bukan secara umum, sama ada dengan cara menemuinya,
melalui kad jemputan atau melantik
wakil untuk menjemputnya. Sekiranya jemputan
dibuat secara umum seperti berkata atau
membuat iklan menjemput penduduk
sesuatu tempat itu ke majlis itu, maka tidak wajib menghadiri jemputan berkenaan.

Keempat: Pada lahirnya segala perbelanjaan
untuk mengadakan majlis itu daripada wang yang halal.

Kelima: Tidak terdapat di majlis itu
orang yang menyakiti orang yang dijemput.

Keenam: Tidak ada di majlis itu sesuatu yang mungkar
seperti arak atau majlis tari menari yang haram.

Ketujuh: Tidak ada jemputan
yang lebih awal daripada itu.

Kelapan: Tiada sebarang keuzuran
yang menghalangnya hadir.

selamat makan kenduri ye...:)

sekian...