Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Sunday, 6 January 2019

YANG DIPERTUAN AGONG SULTAN MUHAMMAD V LETAK JAWATAN

KUALA LUMPUR: : Sultan Muhammad V telah meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Januari 2019, kata Istana Negara.




Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, baginda telah memaklumkan peletakkan jawatan tersebut secara rasmi kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja melalui warkah yang diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-Raja.






"Baginda Tuanku meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Januari 2019 (Ahad) bersamaan 29 Rabiulakhir 1440H selaras dengan perkara 32 (3) Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.


Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam satu kenyataan hari ini berkata, peletakan jawatan baginda itu dibuat selaras Perkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan dan sudah dimaklumkan secara rasmi kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja melalui warkah yang diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-Raja.

Katanya, sepanjang menjalankan tugas, baginda sudah berusaha memenuhi tanggungjawab dan amanah selaku Ketua negara dan berperanan sebagai tunggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan dan payung penyatuan dalam kalangan rakyat.

"Baginda menzahirkan ucapan terima kasih kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja yang memilih baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bermula 13 Disember 2016.






“Baginda menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana menteri dan kerajaan yang memberikan kerjasama dalam mentadbir negara,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, baginda selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan tentera, amat berbangga dengan pengorbanan serta taat setia dicurahkan kepada baginda dan negara selama ini.

“Kepada rakyat Malaysia, baginda bertitah supaya terus bersatu mengekalkan perpaduan, bertolak ansur dan bersepakat dalam memikul tanggungjawab terhadap negara yang berdaulat ini agar Malaysia terus berada dalam keadaan aman dan harmoni,” katanya.

Sumber: awani/bharian

Monday, 26 September 2016

POST DAN TAG BARULAH IKHLAS...

Assalamualaikum...





Saya ketawa je baca komik ni..Zaman sekarang ni kalau cakap dimulut saja tak bermakna apa-apa.
kau kena post, kena tag baru lah ianya nampak bermakna, ikhlas dan jelas.
Kata la yang bercinta tak berapa matang pun suka buat perangai gini.
Yang dah kawen pun 2x5..hahah..Padahal dok serumah je pun..
tak cukup dengan cakap depan-depan , nak kena tag juga,..hahah..
Romantik la katakan...heheh..


Contohnya macam harijadi mak .Padahal mak kita tu facebook pun tak de, apa lagi laman sosial yang lain.tapi nak juga buat ucapan kat mak supaya orang tahu..
tak tahu la dia nak bagi tahu apa kat orang..
Kadang berjela2 ucapan nya..tapi kat depan mak cuma cakap..
"hari ni harijadi mak.kan?selamat hari jadi ye.."

tu je...hahahahah

Kalau saya pulak saya post di facebook dengan harapan minta kawan-kawan lain doakan mak saya..
Tak payah buat ucapan panjang2..
"hari ni hari jadi mak saya..
minta kawan-kawan doakan mak saya panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik.."
contoh nye la...
Saya kalau harijadi mak ni tak de tulis ucapan panjang2..
memang saya telefon dia, atau jumpa dia dan doakan  depan2 dia..

Ni satu sebab kenapa saya tak berakan dengan suami di facebook.
sebab saya ni romantik orang nya..
takut kejap-kejap nak tag..kejap-kejap nak berjiwang..
heheheh


sekian...

Saturday, 14 May 2016

PEMBULI JALAN RAYA LUDAH CERMIN KERETA MILIK OKU , TUNJUK ISYARAT LUCAH

Assalamualaikum..


Siapa pernah ada pengalaman berdepan dengan pembuli jalan raya?Mereka ni bukan saja tidak tidak peduli dengan undang2 jalan raya malah tidak ada sikap belas kasihan..Mereka boleh sesuka hati melanggar peraturan jalan raya.Jika ada yang membunyikan hon atau tidak puas hati , serta merta golongan pembuli jalan raya ni akan melakukan perkara2 yang membahayakan pengguna jalan raya yang lain.Ada yang nak pukul, menunjuk kan isyarat lucah dan merosak kan kenderaan mangsa.

Ada juga yang berkelakuan sebegitu bila berdepan dengan pemandu yang tidak sengaja melakukan kesalahan jalan raya..Seolah2-oleh cara mereka itu sebagai peringatan untuk pemandu lebih berhati-hati.Tapi mereka tak sedar cara mereka itu juga tidak beradab dan boleh dikategorikan sebagai mengancam keselamatan mangsa.

Saya nak kongsikan kisah yang dikongsi seorang pengguna laman sosial tentang pembuli jalan raya ni..menurut status yang dimuat naik Auni Afiqah Muthal'lib dia dan suaminya menjadi mangsa pembuli jalan raya yang menaiki Hilux dan berbangsa Cina.





Selalunya yang menjadi mangsa pembuli jalan raya ni adalah pemandu yang menggunakan kenderaan kecil dan yang membuli pula adalah pemandu yang menggunakan kenderaan yang besar..mewah..Mungkin mereka merasakan mereka lebih kuat dan berkuasa.

Satu lagi kejadian berlaku pada Shira Zulaikha .Apa yang menakutkan ialah pembuli jalan raya yang juga berbangsa Cina  ini mengekori mangsa hinggakan dia terpaksa  menuju ke balai polis .



Perkara sebegini bukan saja dialami oleh kaum wanita malah kaum lelaki juga ada yang menjadi mangsa.Apa pun berhati-hati lah memandu, ikut peraturan dan jika anda menghadapi kejadian seperti diatas ada lebih baik anda membuat  laporan polis supaya menjadi pengajaran untuk pembuli jalan raya yang lain supaya tidak bertindak sesuka hati.


sekian..

Tuesday, 3 May 2016

MENGAKU KERETA KENA PECAH RUPANYA LELAKI INI ADA MUSLIHAT

Assalamualaikum...

Orang Malaysia memang ramai yang baik hati.Kalau nampak orang susah memang ramai la yang tolong .Disebabkan itu ramai juga manusia yang mengambil kesempatan atas kebaikan dan sifat belas orang Malaysia ni.

Macam yang berlaku di Pulau Pinang ni, ada yang mengakui beberapa kali terserempak dengan lelaki ini yang dikatakan mengalami kesusahan.Kemudian sesiapa yang mendengar kisahnya akan bersimpati dan menghulurkan wang kepadanya.





Pada semua yang berada disekitar Pulau pinang, jika terserempak dengan lekaki ni, ajak la dia kekedai makan berhampiran.Pelawa dia minum dan tegur la baik2 apa yang patut..heheh...Bahaya dia buat macam ni sebab takut nanti bila saat dia betul2 perlukan pertolongan orang dah tak nak tolong lagi..

Pengajaran juga untuk kita semua...


sekian..

Thursday, 28 April 2016

KALAU KERJA PASAR MALAM MAK MERTUA COMFIRM REJECT...

Assalamualaikum...



Ingat zaman sekarang tak de ke yang suka hina pekerjaan orang?Memang ada..Bukan takat hina je siap boleh tahu masa depan nanti apa akan jadi pada orang yang kerja lekeh2 ni.Macam ahli nujum dah ..Boleh tahu apa akan jadi dengan masa depan orang lain.





sumbergambar:ohmedia


Setahu saya orang kerja berniaga di pasar malam ni memang banyak duit.Sebab suami saya ada kawan yang berniaga di pasar malam ..Jual nuget , sosej , kentang goreng..Jual benda gitu je..Pakai kereta Hilux..siap ada van, lori..erm..kau nak apa lagi..?

Jiran saya pun berniaga di pasar malam.Jual sayur..Isterinya melayu , suaminya bangladesh..siap ada kereta, motor, anak2 isterinya (hasil perkahwinan pertama)  juga di bawak tinggal bersama.Dulu sebelum mereka kahwin, anak2 perempuan tu mak nya di kampung yang jaga.Memang nampak mewah hidup mereka.

Kerja la apa pun, kalau tak rajin  kau akan  susah selama nya walaupun kau kerja di company yang hebat dan gah...Berjaya atau tak kita ni bukan diukur pada , kau sekolah tinggi ke tidak, kau pakai kereta apa, kau kerja apa..tapi ianya bergantung pada berapa banyak kau usaha..


sekian..

PAKAIAN DIA TAK LA MENJOLOK MATA SANGAT...TAPI SINGKAT!

Assalamualaikum..



Semalam terbaca pasal seorang wanita Cina yang dihalau keluar
oleh pegawai DBKL kerana berpakaian tidak
mengikut etika berpakaian di pejabat kerajaan.
Sebeum ni pun ada jugak perkra yang sama terjadi.
tapi kali ni ramai yang kata pakaian wanita ni
tak la teruk sangat macam yang sebelum ni..
Saya pun setuju cuma bila dah di tulis kat situ cara
berpakaian macammaana yang boleh dan tak boleh , kita kena la ikut..

Saya selalau juga ikut suami saya pergi bayar cukai pintu ..
Apa yang saya tengok kat sini (penang) lagi dasyat la cara pakaian nya.
Ada yang pakai seluar pendek takat peha je..ketat pulak tu..
dengan selipar nya..lelaki perempuan sama je..
tak de pulak pengawal keselamatan ke,
pegawai nya yang tak bagi diaorang masuk.
tak tahu la kalau ada terjadi api saya yang tak tahu.



Bukan tak de tertulis kat pintu masuk tu..
ada je dioarang tulis tentang etika berpakaian tapi tak tahu la
kenapa ada yang tak boleh ikut.
Saya anggap mereka ni tak tahu pun tentang
ada nya etika berpakaian di bangunan  dan premis kerajaan.
kalau diaorang tak tahu, nak salahkan diaorang ke??
Sebab kat sini ramai Cina yang tak tahu berbahasa melayu dan berbahasa inggeris.

Saya rasa kalau dah macam ni kena buat sesuatu la supaya ianya tak berulang lagi...
Misalnya ada iklan dan hebahan di tv dan radio
tentang etika berpakaian di bangunan  kerajaan.
Buat juga hebahan di surat khabar semua bahasa .
Supaya benda ni semua orang tahu ,faham dan amalkan .

sekian..

Wednesday, 30 March 2016

SUSAH SANGAT KE NAK CAKAP TAK NAK?

Assalamualaikum...



Bila ada kawan-kawan atau saudara mara yang
minta sesuatu pada kita adakah kita akan beri?
Biasanya kita akan kata..

" tengok la apa benda yang dia nak tu.."
" tengok keadaan la.. kalau mampu bagi je..kalau tak , tak de la.."

Tapi sebenarnya ada banyak perkara yang kita ni kadang2 tak sampai hati nak tolak..
Tak tahu la ianya sebab tak sampai hati atau sebab malu nak tolak..



Bila pi meminang anak dara orang..
Mak ayah pompuan tu letak wang hantaran RM20k..
Yang lelaki ni kerja edar risalah kat pasaraya je..
mana la ada banyak duit.tapi sebab malu, nak jaga status ,
nak jaga hati , terus si lelaki angguk setuju..

kau tak mampu kau cakap la tak mampu.
Mintak la kurang sikit.bagi tau kau tu kerja gaji tak banyak.
Tapi sebab berlagak,Takut bakal pak mertua
nampak kau lekeh punya orang terus je kau setuju.
Lepas tu mula tak tidur malam pening kepala nak cari duit.
belambak lagi pompuan kat luar yang bujang2 tu..
Jangan la kau rasa itu lah satu2 nya jodoh kau.



Sama la keadaan nya bila anak nak kawen.
Anak pun bawak la gadis idaman tu datang rumah.
Kenal2 dengan keluarga.Anak pun bagi tau nak kawen.
Pergi la hantar meminang.Lepas kahwin, baru  keluar cerita, ..
"tak suka sebenarnya kat menantu tu tapi sebab anak nak kawen bagi je la.."

Kadang2 keputusan yang kita buat tu boleh menjejaskan
masa depan orang lain.
Kesian orang yang jadi mangsa akibat sikap kita yang malu nak menolak ni..

Lepas ni kalau korang rasa tak mau, cakap je tak mau.
Tak mampu cakap tak mampu, tak suka cakap tak suka.
Sebelum buat keputusan fikir la sama masa depan orang lain..


sekian..

Thursday, 14 January 2016

SIKAP PERKAUMAN DI SEKOLAH PUNCA GURU INI BUAT LAPORAN POLIS.

Assalamualaikum...



Masalah perkauman bukan lah masalah baru di negara kita ni.Sejak dulu lagi wujud sikap perkauman pada sesetengah rakyat malaysia.Tapi dulu mungkin tak di dedahkan kepada orang ramai macam sekarang.Dulu lebih banyak yang suka diamkan diri sebab tak mahu masalah jadi berlarutan dan buat orang panik.Tapi sekarang satu2 berita tu mudah tersebar dan sedikit sebanyak benda ni menyemarak kan sikap perkauman tu pada sesetengah orang.

Paling terbaru kes seorang guru yang terpaksa buat laporan polis disebab kan susana sekolah tempat dia mengajar  iaitu sebuah sekolah rendah SRJK (c) terlalu kuat dengan sikap perkauman.Dari pengetua , tenaga pengajar , anak murid dan sampai lah ibu bapa sendiri.

Perkara ni membuatkan guru-guru yang bukan berbangsa Cina merasa tidak lagi selamat untuk mengajar di sekolah tersebut..Baca laporan polis yang dibuat oleh salah seorang guru disekolah itu








Sejak dari dulu lagi saya selalu merasakan kewujudan SRJK ini sebagai satu halangan bagi pelajar2 untuk memahami budaya kaum lain.Alangkah bagusnya kalau semua kaum belajar di dalam sekolah yang sama..Tak de sekoah cina dan sekolah tamil ..semua hanya bersekolah di Sekolah kebangsaan bersama2 Melayu Cina dan India.

Sekian..

Tuesday, 16 December 2014

PUJI SYUKUR PADA ALLAH..TAPI MAIN NOMBOR EKOR!

Assalamualaikum...

Wang besar!!wang besar!!!
ekekekke..ingat tak rancangan ni ..apa entah namanya...
pengacara nya Halim Othman..
Pusing2 dapat duit.
nasib tak baik,tak dapat apa ..dapat habuk ja..
heheh..

Satu lagi caranya nak kaya dengan bermain togel.
apa kebanda togel ni..semalam ni saya dapat komen
mengajak saya bermain togel.
ekekek..


masa mula2 dapat komen ni saya pun fikir jugak
apa benda la togel ni..
bogel kah?taugeh kah???
tak mungkin la..

saya pun google dan ternyata itu lo..
yang tebak2 nomor itu mbak..
bikin gawat aja..



Kok mau ngajak gue main tebak2 nomor??
haram lo..mana bisa gue main2 kayak gini..
mau cari pemenang GA pun gue guna random.org aja.

eh!!tetiba jadi Sulastri pulak..
jauh betul la dia ni merantau ..
sampai ke malaysia dia cari mangsa.

Ayat yang mula2 tu yang tak tahan nya..
"puji syukur kepada Allah ...."
tapi yang bawah2 tu ,,,MUNAFIK amat  kamu ya??

kawan2 lain pun mesti dapat komen yang sama
macam ni..kan?/kalau ada..
cepat2 tanda kan ia sebagai SPAM.
kalau tidak esok dia datang lagi tinggalkan komen togel dia ni..
kalau kita kat sini togel tu mananya
licin,botak,habis..macam tu la..kan???



jangan main togel kalau tidak licin ,habis,botak
la poket korang..heheehhe..

sekian...

Monday, 15 December 2014

LAPANGAN TERBANG MACAM SEKOLAH JE...heheh


Assalamualaikum...

Seronok la orang Kulim sebab tak lama lagi depa nak dapat Airport..ekekekek..
Gambaran airport tu nanti macam gambar kat atas ni la..

Ada yang kata bangunan tu rekaan nya nampak ketinggalan zaman dan tak ubah macam 
sekolah..heheh...macam2 depa nih..tapi kan,ni tak siap lagi..
tunggu siap dah mesti cantik..kan??
Mana tau ini permulaan saja..mungkin akan datang bajet ada lebih boleh la di naik taraf,bagi besaq sikit lagi..
kan..kan??/

Selain tu nanti ada lah peluang pekerjaan untuk golongan muda sekitar nya..
tapi tu la..benda ni katanya belum pasti...
Belum pasti tapi dah canang..
macam memberi harapan yang tak pasti je..kan??

Cuma......
Airport yang kat Alor setar tu kalau boleh dinaik tarafkan lagi bagus..kan??


sekian...

MALAYSIA NEGARA KE 8 TERBESAR DALAM INDUSTRI PELACURAN

Assalamualaikum..

Bila saya baca satu berita dari Funnymalaysia.net ni rasa macam tak percaya je..Terkejut pun ada sebab Malaysia ni kan negara islam.macam mana malaysia boleh berada dalam senarai 10 negara terbesar dalam industri pelacuran.



 Cer kawan2 tengok senarai bawah ni..

1. Venezuela - 110 pelacur setiap 10,000 rakyat

2. Korea Selatan - 110 pelacur setiap 10,000 rakyat

3. Peru - 102 pelacur setiap 10,000 rakyat

4. Filipina - 85 pelacur setiap 10,000 rakyat

5. Nigeria - 63 pelacr setiap 10,000 rakyat

6. China - 60 pelacur setiap 10,000 rakyat

7. Brazil - 53 pelacur setiap 10,000 rakyat

8. Malaysia - 52 pelacur setiap 10,000 rakyat

9. Germany - 49 pelacur setiap 10,000 rakyat

10. Thailand - 45 pelacur setiap 10,000 rakyat.

Malaysia di tangga ke 8 dengan kadar pelacuran di Malaysia lebih tinggi dari Thailand.tak terkejut ke?Bagi saya yang masih percaya negara Malaysia adalah negara Islam,ini adalah sesuatu yang tak masuk akal.Saya harap benda ni tak betul..Ianya sesuatu yang memalukan.

sekian...

Friday, 12 December 2014

PEMAIN BOLASEPAK HARIMAU MALAYA YANG IBUNYA DIDAKWA MENIPU

Assalamualaikum...


Entah kenapa la pemain bolasepak sorang ni asyik dirundung malang.
Tak tahu la mana silap nya.
kesian jugak sebenarnya sebab
benda2 melibatkan orang terdekat dia ,
mesti terpalit sama kat dia..
Sedangkan dia tak bersalah..

kalau dulu kes bini jadi singa..
Sekarang maknya pulak dituduh menipu  duit orang..

Bayar jugak le dia..
Sebenarnya dia ni bagus orang nya.
Cuma kena mandi bunga la kot lepas ni.
hahahah...

Baca berita kat bawah nih...




Seorang mangsa yang mendakwa ditipu oleh ibu kepada penyerang Harimau Malaya, berterima kasih kepada pemain bola sepak itu kerana melunaskan baki wang yang dituntut daripada ibunya, hari ini.
Pairus Jaafar Sidek, 40, berkata, dia sangat berterima kasih kepada pemain bola sepak itu dan isterinya kerana berkerjasama dan membayar ganti rugi bagi pihak ibunya.
“Hari ini, semuanya sudah selesai selepas pemain bola sepak itu membuat pembayaran penuh ke atas tuntutan yang dibuat oleh saya tempoh hari."- Pairus Jaafar Sidek -


Cerita sebenar kawan2 boleh baca kat sini link dan link

sekian..


Sunday, 23 November 2014

MEMBAZIR BAGI SUBSIDI SEBAB PETANI SEMUA PAKAI KAPCHAI - PM

Assalamualaikum...

GOOGLE


Alahai..bila saya baca berita ni saya rasa sedih nye la..cer kawan2 baca kejap:_


SERDANG, 22 Nov - Kenaikan harga minyak berikutan keputusan kerajaan untuk memansuhkan subsidi tidak akan memberi kesan kepada petani di Malaysia.

Ini kerana petani Malaysia tidak memiliki kenderaan mewah sebaliknya menunggang motosikal yang enjinnya berkapasiti rendah, atau kapchai menurut Perdana Menteri, DS Najib.

"Ianya satu pembaziran untuk memberi subsidi minyak kerana anda semua menggunakan kapchai, betul?".

"Mereka disini (kawasan bandar) memiliki kereta mewah seperti Mercedes, yang mana memerlukan 75 litre minyak untuk penuh", katanya ketika melancarkan Maha Expo 2014, pameran pertanian, di sini hari ini.

Menjelaskan kerajaan akan menyalurkan peruntukan lebih besar kepada sektor pertanian, Najib berkata ia akan berlaku sekiranya mekanisma baru - pemansuhan subsidi bahan api - akan dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

Harga terkini bagi RON95 adalah RM2.30 seliter manakala diesel pula adalah RM2.20 seliter. - 

***************




Memang la petani pakai kapchai je..tapi tak de la kapchai tu dia guna 24 jam..Ke kebun je pakai kapchai..Tapi kat rumah rata2 petani semua ada kereta la..bukan cikai2 kereta petani sekarang..



Agaknya pak Menteri masih pandang petani2 ni macam petani 30 tahun lepas kot.Harap2 cepat2 la Pak Menteri bangun dari tidur..

sekian..



Friday, 26 September 2014

MULUT CABUK NOMBOR SATU...

Assalamualaikum...


Benda kalau tak tersebar tak pe la..
Tapi ada jaminan ke benda buruk yang kita cerita 
Pada cuma 1 orang tu tak kan tersebar.?

Kita mungkin orang pertama yang tahu
Cerita buruk tu.
Tapi kalau kita sibuk nak berbangga sebab jadi
orang yang pertama tahu,kita dapat apa?

Ada kawan2 akan puji ke..
"Wah..hebat la kau..kau 
Orang pertama yang tau di polan tu kena tangkap basah.aku bangga kawan dengan kau.."

Ada ke yang sampai macam tu sekali orang nak puji kita?tak de nya..berangan je la..

Lagi orang cop mulut kita jahat,ada la...

Sekian..






Tuesday, 4 March 2014

JANGAN SESIAPA BERANI MENYOKONG TINDAKAN HANEZ SURAYA

Assalamualaikum....

Selamat pagi..
minggu ni memang hangat bercerita pasal
bercinta dengan suami orang..
benda paling sensetif bagi rakyat malaysia.
bukan saja wanita,malah lelaki juga
tak bersetuju dengan tindakan wanita yang merampas suami orang.


Suatu masa dulu pelakon cantik Fasha sanda pernah mengalami
kemelut yang sama dialami pelakon Hanez suraya.
tapi Fasha Sanda lebih bijak menjawab
ketika ditanya oleh pihak media.
Dia juga hanya mendedahkan hubungan sebenar
dengan bekas suami Nora Danish hanya selepas
Nora danish dan Rizal Ashram sah bercerai.
Sebab itu masih ramai yang berpihak pada fasha sanda ketika itu.

Berbeza dengan Hanez suraya
yang mendapat kritikan pedih dari masyarakat sekeliling
malah artis juga ramai yang kurang bersetuju
dengan tindakan nya merampas suami orang,
bercuti di bangkok bersama suami orang dan
mencabar isteri kekasih nya.
itulah perkara paling bodoh yang hanez Suraya lakukan.


Semalam pelakon komedi Jihan Musa
dikecam hebat kerana memberi komen
seolah2 menyokong tindakan Hanez suraya.
menyedari orang ramai mula menghentam beliau,
dia kemudian memadam semula komen2 yang diberikan.
seperti menyedari amaran jangan sesekali membela hanez Suraya


komen awal..kemudian disusuli komen seperti menyokong hanez suaraya
yang kemudian di padam setelah dikritik hebat.heheh

Tidak ada sesiapa pun yang suka melihat orang lain dianiaya.
lebih2 lagi dalam hubungan suami isteri.
malah ianya pasti melibatkan anak2 yang kecil.
walaupun bukan artis,
merampas suami orang dan mengambil kesempatan diatas keretakan
rumah tangga orang lain adalah perkara yang sangat keji.


Jika anda bukan seorang artis terkenal
mungkin jiran2,kawan2 tempat kerja,saudara mara,
 akan pandang serong pada anda..
apa lagi kalau anda seorang artis dan dikenali ramai.
Tak ada ramai orang yang akan membela anda.
malah mungkin ahli keluarga sendiri juga
sedikit sebanyak tidak menyokong tindakan anda.

sekian..

Friday, 5 July 2013

RM20 TU MAI DARI CELAH KETIAK KA?

Assalamualaikum...



Kat facebook sekarng ni ada lagi orang buat
bisnes yang RM20 tu ye..
ingatkan 2,3 tahun dulu je ada orang buat..
bayar RM20 lepas tu dapat riferral  link masing2
untuk kita guna nak cari orang join sama..

Dari cerita kawan2 benda ni ikut nasib je..
kalau ramai yang terpukau dengan kita
banyak la duit yang kita boleh makan..
kalau tidak melayang la RM20 yang kita bayar masa daftar tu..

Tapi yang aku geram ada jugak
antara mereka yang join ni kata
"ala Rm20 je..bukan bisnes juta2..
tak kan bankrap pun.."

amboi..RM20 tu duit la..
kerja kilang sehari baru dapat RM20 tu tau..
bukan Rm20 tu  timbul dari celah ketiak je..

kalau C,D,E,F daftar melalui Riferral Link Si A..
si A je yang untung..
si C.D,E,F belum tentu untung pun..
belum tentu orang nak join melalui depa..
jadi jangan la kata "anda pasti untung"
itu kita dah macam menipu orang je..

siap bagitau lagi

"xde siape pun yg akn teraniaya..dlm sesuatu perniagaan..yg dilarang oleh islam ialah apabila menyebabkan kerugian kpd sebelah pihak atau menganiayai org lain.."

ye la makcik oi...
tak menganiaya la sangt..kan??


sekian...


Tuesday, 18 June 2013

KENAPA ORANG DULU BOLEH JE...

Assalamualaikum...



Sekarang ni bil elektrik mahal la..kan??
boleh dikatakan barang2 elektrik ni
memang banyak membantu kerja2 rumah kan..
kalau tak guna elektrik memang sampai sudah tak siap kerja2 rumah ni..
guna hari2 pun kadang2 ada je lagi kerja umah yang tak siap..
kalau tak guna lagi la tak siap..

nak basuh baju pun pakai mesin..
Boleh ke nak basuh guna tangan??
boleh je..tapi kalau tak sempat nak tengok
drama Jang Ok Jung kat tv nanti+ marah2 pulak..

balik kerja boleh je masak nasik guna dapur gas..
tapi kang kalau hangit sebab ralit
tengok "Teduhan kasih"
dah rugi nasik seperiuk..kan??

boleh ke malam2 pakai lilin ke pelita ke..jangan buka lampu..
boleh la..apasal lak tak boleh.??
tapi kalau terbakor umah dah melarat2 sampai ke umah jiran.
naya je..

kalau tak terbakor pun
larat ke pagi2 esok bangun pagi setengah jam je habis
dalam bilik air sebab cuci lobang hidung
yang penuh dengan jelaga sumbu pelita?larat??

tak payah pakai kipas angin atau air cond..
kalau panas kipas je guna suratkabo..
boleh??memang boleh tapi kalau
sibuk berkipas je kerja lain tak jalan le..
kan??

Orang dulu2 boleh je hidup tak de semua ni....
dulu lain...
Dulu mana ada Drama yang diadaptasi dari novel..
kan??

sekian..

Monday, 20 May 2013

AIR ASIA TU BUKAN BAPAK DIA PUNYA

Assalamualaikum...



tak heran pun bila pihak Air asia tak kesiaan kat dia..
yang heran nya bila saudara mara dia yang 12 orang tu pun tak kesian kat dia..
heran dak??kalau kesian depa tak tinggal la dia dengan anak dia kat
sana dalam keadaan macam tu..

sekurang2 nya sorang dua tu tunggu la ,teman dia..
tak la dia rasa sedih sampai menangis macam u..
ni depa sekali cabut,..tak ka haru??

Air Asia tu sah2 la bukan pak dia punya...depa tak kesian pun aku tak pelik..
depa tak dak hati perut pun,sah2 bukan anak beranak depa..
*******************
Update ###





sekian...

Sunday, 23 December 2012

KENAPA KIAMAT TIDAK BERLAKU PADA 21.12.2012

Assalamualaikum...

Selamat petang...
Kenapa Kiamat tidak terjadi pada hari jumaat lalu?
Menurut NASA ramalan kiamat berlaku pada 21 disember 2012adalah sesuatu yang tidak masuk akal.
Oleh sebab itu NASA mengeluarkan sebuah Video yang berjudul why the world didn't end bagi menjelaskan kenapa kiamat tidak terjadi pada tarikh tersebut seperti yang diramalkan dalam kalender kuno suku maya.


Menurut para pengkaji isu ini timbul ap bila berlaku salah faham diatas sistem kalender suku maya yang jika dipadan kan dengan kalender masihi akan berakhir pada 21.12.2012.maknanya tarikh kalender itu berakhir dan akan masuk ke tahun yang baru.contohnya sepeti tarikh 31.12.2012 adalah tarikh yang terakhir untuk tahun 2012 dan 1 january untuk permulaan tahun yang baru.

Menurut satu cerita yang dihebohkan di internet,ada planet yang bernama NIibiru yang akan menghampiri dan melanggar bumi.kalau memang betul ujudnya planet ini,pihak NASA sudah lama dapat mengesan planet ini.Ada beribu orang ahli astronomi yang menyoroti langit setiap malam juga tidak mengesan apa-apa petunjuk seperti yang dihebohkan.

Sebelum ini ramalan Planet Nibiru atau planet X akan melanggar bumi pernah di hebohkan pada tahun 2003.namun ramalan itu tidak tepat dan pihak2 yang yakin kiamat akan terjadi pada tarikh tersebut telah meminda ramalan tesebut pada tarikh 21.12.2012.

Fenomena2 alam  yang terjadi juga banyak dikaitkan dengan ramalan hari kiamat.antaranya berlakunya penjajaran planet2 dalam satu garis lurus yang dikataka bakal menyebabkan kegelapan dibumi.
sejak dahulu lagi ada beribu ramalan kiamat yang diperkatakan.yang pasti kita masih disini-Don Yeomans(pimpinan program Near-Earth Object di Jet Propulsion Laboratory)

sekian..