Skip to main content

Posts

Showing posts with the label isteri minta upah menyusukan anak

SUAMI JANGAN BERKIRA DENGAN ISTERI KALAU UPAH MENYUSU ANAK PUN ISTERI TAK MINTA

Hi semua..


Saya teringat masa baru-baru lahir kan anak pertama saya berpantang di kampung ada kawan mak saya datang rumah. Sembang punya sembang dia cerita la pengalaman masa dia lepas lahirkan anak. Tiap kali dia bersalin suaminya akan belikan hadiah untuk dia.

Selalunya belikan kain dan dia akan buat la baju kurung . Kemudian yang paling best suami dia akan bagi imbuhan atau boleh la nak kata upah sebab menyusukan anak-anak.

Best kan jadi ibu ni??

Saya yang dengar pun rasa macam nak minta je upah dan hadiah. Tapi tidak le saya minta.Hahahah..

Sebab saya fikir ni kan anak saya, tak kan lah saya nak minta upah menyusu kan anak pulak. Itu lah yang dinamakan tolak ansur.

Kalau kat Malaysia ni, cer korang minta upah menyuskan anak kat suami korang. Tak pasal-pasal orang kata "Ibu jenis apa ni..menyusu pun nak minta upah." sedangkan benda tu tak salah pun. Korang boleh je minta dan suami wajib bagi mengikut apa yang dipersetujui oleh korang suami isteri.

Tapi cuba korang fikir …