Showing posts with label isteri. Show all posts
Showing posts with label isteri. Show all posts

Sunday, 5 June 2016

6 KISAH ISTERI YANG KEJAM

Assalamualaikum...

Isteri yang baik ialah isteri yang mengutamakan suaminya dalam segala hal.Isteri yang menjaga maruah dan hati suaminya dan menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas serta tidak membebankan suami.Ramai suami mengimpikan isteri yang seperti ini.Tapi ada juga suami yang tidak sedar sikap mereka kadang2  memaksa isteri untuk berlaku kejam sehingga sanggup melukakan suami dan ada yang sehingga menamatkan riwayat suami sendiri.Berikut disenaraikan 6 wanita bergelar isteri yang paling kejam di dunia.

BUNUH DAN MASAK DAGING SUAMI



Katherine Knight digelar isteri paling kejam kerana dia membunuh suaminya  dan memasak daging suaminya untuk akan malam.Mujur lah anak-anaknya belum sempat menjamah makanan yang dihidangkan kerana polis berjaya memberkas Khaterina sebelum aanak2 nya makan.Khaterina di jatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

GIGIT ORGAN INTIM SUAMI

Katya Kharitovona dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun kerana menggigit alat sulit suaminya hingga putus.Suami nya Mikhail dikatakan curang dan Katya menemui suaminya sedang melakukan hubungan intim dengan sahabatnya sendiri iaitu Liza Dimitriyeva.

MEMINTA CERAI HANYA KERANA  SUAMI INGIN MELIHAT WAJAH



kejadian berlaku di arab Saudi apabila seorang wanita meminta cerai dari suaminya hanya kerana suami ingin melihat wajah sebenar isterinya.Selama 30 tahun berkahwin suami nya laangsung tidak pernah melihat wajah isteri kerana isterinya memakai burqa.Disebab kan keinginin yang kuat untuk melihat wajah isteri nya dia cuba membuka burqa isterinya ketika isterinya tidur tapi disedari oleh isterinya itu.Dengan sangat marah isterinya terus meminta cerai.

ISTERI CERAIKAN SUAMI HANYA KERANA BUAYA PELIHARAAN

Disebabkan terlalu sayangkan buaya peliharaan nya seorang isteri sanggup bercerai dengan suaminya.Vicky Lowing  merasakan suaminya tidak penting dalam hidupnya.Dia lebih suka menguruskan buaya peliharaan nya berbanding suaminya sendiri.Di usia 52 tahun Vicky memilih untuk bercerai dan menguruskan buaya kesayangan nya sahaja.

BUNUH SUAMI DEMI DUIT INSURANS


Wanita berusia 76 tahun ini pernah berkahwin sebanyak 4 kali.Keempat2 perkahwinan nya berakhir dengan pembunuhan suaminya sendiri .Dia melakukan hal tersebut kerana ingin mendapatkan wang insurans milik suaminya.Dia juga sanggup mengupah pembunuh untuk menamatkan riwaat suami2 nya.


CURANG SELEPAS SUAMI DERMAKAN BUAH PINGGANG

Dawnel Batista mengidap penyakit buah pinggang dan keadaan nya sangat kritikan.Kerana terlalu cintakan Dawnel, suaminya , Richard dengan rela hati sanggup mendermakan satu buah pinggang nya untuk Dawnel .Dawnel berjaya diselamatkan dan keadaan nya beransur pulih dan bebas dari penyakit yang dihidapinya.Tapi sayang tidak lama selepas itu Dawnel tergamak berlaku curang dan menduakan suaminya.kecewa dengan apa yang terjadi Richard menuntut ganti rugi sebanyak 18 juta atas sikap Dawnel yang tidak menghargai cinta dan pengorbanan nya.


sekian...

Friday, 13 December 2013

TiDUR DENGAN MAYAT BUKTI SAYANG ISTERI



Cinta sejati sehidup semati....itu yang ditunjukkan seorang lelaki dari Vietnam ini dengan tetap menyimpan jasad isterinya sehingga bertahun-tahun.



Le Van,yang beasal dari  Quang Nam, Vietnam yang kehilangan isterinya pada tahun 2003. Dia mengaku tidak noleh tidur tanpa memeluk isteriny malah dia  pernah tidur diatas kubur isterinya selama 20 bulan diawal kematian isterinya.



Tapi akibat kehujanan dan  kehujanan dan kesejukan dek angin angin malam. dia memutuskan untuk menggali terowong di dalam kubur untuk tidur bersama isterinya.

Anak-anak Le Van yang cemas mendengar rancangan  gila ayahnya mencari cara untuk menghentikan ayahnya. Walaupun mereka tahu bahawa ayah sangat mencintai ibu mereka, perlu ada cara lain untuk membuat kan ayahnya tenang dan boleh tidur berpelukan dengan ibunya.



Tahun 2004, mayat isteri Le Van yang sudah tinggal tulang dibungkus dalam potongan kertas dan  tanah liat, pada wajahnya dipasang topeng  wajah, dan sejak itu Le Van  tidur memeluk mayat  isetrinya.

Suatu hari, seorang wartawan dari surat khabar NGuoi Lao Dong, mengunjungi rumah Le Van. Dia terkejut melihat patung yang menyeramkan yang di dalamnya terbungkus tulang istri Le Van.



Le Van bercerita panjang lebar tentang perasaannya pada isterinya itu , dan usahanya agar mereka sekeluarga dapat terus bersama-sama. Usaha Le Van ini juga dilakukan kerana dia menganggap bahawa dulu dia bukan manusia, dan untuk menjadi manusia, dia harus berlatih dan melakukan kebaikan hati.

Kerajaan pemerintah yang mengetahui perkara ini  mendesak Le Van untuk mengembalikan tulang  isterinya dan menguburkannya semula. Namun kerana  alasan cinta, Le Van menolaknya.



Le Van tetap berkeras untuk terus tidur bersama mayat isterinya sampai ajal menjemputnya.

##Dok kat kampaung yang ramai makcik2 boleh la kata cinta..cer dok kat pekan besaq..tengok amoi2 lain komperm lupa terus kat bini.hehehhe

Sekian..

Tuesday, 20 August 2013

BILA LELAKI LAIN PUJI ISTERI ANDA,SAYA RASA....

Assalamualaikum...



Sebenarnya...
aku ni  bukan lah orang yang sentiasa terbuka orang nya,...
mungkin sebab kolot ke apa tak tahu la kan..

tapi aku sangt tak boleh terima bila
ada suami orang atau lelaki
yang puji fizikal bini orang depan2 suami dia..


contoh gini la..

"Bini kau mantap la..body cantik.."

"bini hang cantik la..pipi gebu ja.."

bukan saja puji depan2..
tapi kalau puji2 kat facebook pun aku
rasa macam pelik je..

contohnya gini ..

Lelaki: untung la suami awak..dapat bini cantik..pandai jaga badan..

Isteri orang :ala..biasa2 je...(senyum suka)

lepas tu lelaki tu pulak kat facebook adalah rakan suami
kepada perempuan yang bergelar isteri tu..

paham dak..
rasa macam lelaki tu perhati bini kita
dari hujung rambut sampai hujung kaki pulak..
gila ka apa??

tapi ada suami yang bila ada lelaki lain puji fizikal bini dia
dia boleh senyum bangga pulak..
adoi..donia..donia..

Mungkin Donia aku dan Donia kau berbeza la..


sekian..

Friday, 29 March 2013

8 PERKARA SUAMI JANGAN BUAT DAN PERLU BUAT BILA ISTERI NAK BERSALIN.

Assalamualaikum..
..





ada yang sedang tunggu kelahiran anak pertama??kedua ??
ayah nya pulak mesti terfikir...
"apa la aku nak buat kalau tetiba je bini aku nak besalin nanti..?
ha..jangan risau..meh baca ni ye...
aku nak bagi tau kat lelaki kat luar nun
apa korang perlu buat dan tak perlu buat
bila tengah gelabah bini nk besalin...

1)korang kena tahu kat mana beg
yang bini nak bawak ke hospital tu...
sebaiknya beg nak bawak kehospital,
yang ada baju,tuala baby tu dah siap sebulan sebelum
tarikh jangka besalin..nak lagi mudah tinggal je beg tu kat dalam kereta..
nanti tak payah susah2 dah..

2)tengah2 keadaan yang huru hara tu :p
korang kena fokus pada isteri sahaja..
jangan time tu nak makan nasik kejap la..
nak pi berak sekejap..jangan ye...
itu bikin isteri cekik2 korang..

3)jangan kerap sangt tanya bini..
"sakit ke sayang?"
5 minit sekali dok tanya...
memang korang nak kena kunyah la nampaknya...
tak payah tanya kerap2..nak besalin memang sakit.

4)jangan tanya bini pasal makan time tu..
"nak makan apa2 tak?tomyan nak?
sup cendawan nak tak?"
time sakit2 tu bini tak ingat pasal makan pun..

5)jangan paksa bini untuk bercakap banyak..
kalau korang nak bercakap pun
cakap la benda2 yang menenang kan dia..
pujuk dia besabar,ajak dia mengucap
dan mengingati Allah.
beri kata2 semangat untuk isteri

6)jangan menangis sama dengan
bini yang sedang merintih2 sakit pinggang tu..
bini menangis dia pun menangis,..
patutnya dia kena tunjuk dia kuat.
kalau rasa nak menangis,
menangis dalam hati atau kat belakang bini..

7)jangan ada emosi lain yang ganggu korang ..
masa ni korang tak boleh nak naik angin ke apa..
tengok bini menangis,boleh pulak marah bini..
"tok sah dok menangis la..besalin ja..
macam la ni pertama kali hang beranak.."
bukan saja bini,orang lain pun korang tak boleh marah..
kena kawal emosi ok..

8)jangan gelabah...
pandu ke hospital dengan tenang..
jangan sebab nak cepat,
lepas bini habis pantang 5 surat saman
sampai kat umah...hambik kau!

sekian....

Wednesday, 6 June 2012

ISTERI KITA BERPELUH..JADI BAIK CARI BIDADARI SYURGA JE!

Assalamualaikaum...

Selamat tengahari semua..
semalam ada terbaca status dari sorang rakan
lebih kurang gini la..

"isteri kita,kentut busuk,
muka berjerawat,ketiak bau,badan berpeluh..

tapi bidadari syurga tak dak semua tu..
bidadari syurga cantik sempurna..
jadi,kejar la bidadari syurga.."

tak tau apa yang sebenarnya dia nak sampaikan
dalam kata2 dia ni..

adakah dia nak kata
"jangan pedulikan bini korang..
lebih baik buat amal ibadat puas2 je.."

"alah..setakat bini je...
bukan apa sangat pun..
baik kita kejar bidadari dari jaga
hati perasan bini sendiri."

"buat la amal ibadat puas2 supaya nanti kat syurga
kita ditemani bidadari syurga.
tak mau la ditemani isteri yang beranak 2 tahun sekali
dan sentiasa ada di sisi time kita sakit pening..isteri kat dunia busuk"

hahah...
sebab tu kalau nak buat quotes apa2
jangan sampai apa yang orang baca dia salah ertikan..
buat la quotes yang lengkap
dan tak peningkan kepala pembaca.

takut nanti lepas ni bila isteri2 baca dia akan kata
"huh!aku beranak penat2..
kehulu hilir bawak perut,masak membasuh,kerja cari duit
last2 dia nak bidadari syurga yang layan dia
kat syurga nanti.."

Buat pulak dapat suami jenis lurus macam tiang..kan??
siang malam la dia dok atas tikaq semayang..
balik kerja semayang,
lepas mandi mengaji..
kira tambah pahala sendiri je la..
sampai anak bini terabai..heheheh

mana ada isteri yang rela tengok suami nya di layan
oleh wanita yang lebih cantik dari dia..kan??

kalau ada yang kata.."saya rela"
erk...kenapa nak berpura2 nih??

muahahah

dari pada baca quote diatas,
aku lebih suka quote yang dibawah...:)

"jika isteri di dunia mu ini adalah wanita yang
solehah dan mukminah maka dia lah yang akan
menjadi ketua kepada bidadari mu di syurga...~."

quotes ni sesuai untuk suami dan isteri..
kan??isteri dan suami sama2 buat yang terbaik
supaya dapat ke syurga bersama2...
membimbing dan dibimbing..


sekian...

::maaf kalau kita berbeza pendapat..

Friday, 25 May 2012

ISTERI-ISTERI DAH BERSEDIA KAH??

Assalamualaikum...


apa benda ni???

ooo..jadual EURO CUP....

Isteri2 dah bersedia ke??
bersedia untuk menyerahkan remote tv kepada suami???
hehehehh

sekian...

Monday, 14 May 2012

KENAPA ISTERI ORANG SANGAT MENARIK DI MATA SESETENGAH LELAKI BUJANG

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua..
ramai yang minta aku buat satu entry tentang
lelaki bujang yang tertarik dengan isteri orang.
Jadi jom kita baca pulak sebab2 kenapa
sesetengah lelaki bujang tertarik dengan isteri orang.

1-matang
nama pun dah kawen..kalau pun wanita berkahwin tu jenis yang gatal
merenyam tapi tak kan sesekali dia tonjolkan sisi gedik dia tu
bila kat tempat ramai orang.yang dia tonjolkan adalah sikap
matang dan tenang walaupun sebenarnya itu bukan sikap sebenar dia.

2-bentuk fizikal dan gaya yang menarik
setuju tak kalau aku katakan wanita yang dah berkahwin mengalami
perubahan bentuk tubuh yang lebih menarik.dadanya,pinggang nya,
pinggul nya,cara dia berjalan..bentuk bibirnya..kulitnya..segalanya berubah.
bandingkan pulak dengan anak dara.dada pun nipis je.
pinggang pun tak de lekuk2.bila bergaya pulak wanita dah bersuami ni
memang jaga penampilan.badan pun wangi je..
maklum la ada laki.jadi siapa la yang tak tertarik..kan??
sebab tu bila dah jadi bini orang jaga diri baik2 ye..heheh

3-sikap keibuan
paling terserlah adalah sikap penyayang dan ambil berat.
kalau lelaki tu tak sihat dia tanya kabar..
lepas tu siap bagi petua lagi nak sembuh pakai ubat apa.
bagi lelaki dia akan rasa betul2 dihargai.tu yang
kadang2 jadi kes salah paham.
wanita tu cuma ambil berat tapi dalam diam lelaki tu jadi tertarik dengan
keprihatinan wanita tersebut.

sebenarnya tak susah pun nak goda lelaki bujang ni..
cukup korang luangkan masa yang lebih dengan dorang
dan pura2 ambil berat pun depa dah rasa seronok
dan tertarik.pura2 korang ada minat yang sama dengan mereka
dan jangan lupa sesekali bermain tarik tali.
maknanya jangan terlalu murah hati dan jangan terlalu jual mahal..mudah kan??
jangan salah sangka ya.ni tips untuk
wanita2 bujang je.yang dah kawen tu jaga suami masing2 ok.


sekian..

Wednesday, 25 January 2012

APA YANG SERONOK TENTANG MENGANDUNG

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...
seronok mengandung ni sebenarnya...
walaupun bangun pagi badan macam nak demam..
walaupun jam sepuluh tekak mula la
nak muntah tapi sebenarnya ada banyak yang seronok
bila kita mengandung..

salah satunya...

sebelum mengandung..

isteri:abang..nak anggur..

Suami:tokey..anggur sekilo berapa??

tokey:ada biji rm12 1 kilo..tak dak biji rm18 1 kilo

suami:bagi yang ada biji saja la.


tapi bila mengandung..

isteri:abang..nak anggur..

Suami:tokey..anggur sekilo berapa??

tokey:ada biji rm12 1 kilo..tak dak biji rm18 1 kilo

suami:bagi yang ada tak de biji ye..


muahahahah...
nampak..untung kan???
tu belum masuk bab mintak picit dan
ajak jalan2...

tapi ..
isteri2...jangan la ambik kesempatan ye...


sekian...

Monday, 19 December 2011

SUAMI ISTERI BERCIUMAN DI KHALAYAK RAMAI

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua...
ada orang yang malu nak cium suami/isteri sendiri..
ada jugak yang tak segan silu
kalau setakat nak cium2 depan orang..


tapi sebab kita ni orang melayu..
orang islam..rasanya
baik la kita ada sedikit rasa malu dalam diri kita..kan???

Aku ok je kalau yang bercium tu
ahli keluarga kita yang rapat..
contohnya macam ayah cium mak depan anak2..
itu bagi aku tak pe..

tapi kalau sampai
tak peduli entah sapa la kat depan
kita ni terus je cium laki bini
agak terkejut jugak la..
aku pulak yang malu bila tengok..

satu lagi kalau ye pun nak bercium laki bini
tak payah kot nak upload gambar
korang bercium tu kat blog
atau laman sosial..
itu gambar peribadi..kan??
jadi baik kita letak kan privacy untuk perkara2 macam tu..

sekian...

Saturday, 19 November 2011

BAHAYA NYA LELAKI BEGINI..

Assalamualaikum...

tengah buat apa tu????
aku pun naik letih dah ni..
rehat sat..makan nasik

dan lagi update blog ni..ekekek..
tak pe..mak mertua aku tak boleh
tengok menantu letih..kesian!ekeke...

Korang tahu kan lelaki ni macam2 perangai ada..
sama macam perempuan la jugak.
tapi hari ni aku nak cerita pasal lelaki..
orang lelaki ni kalau yang jenis
kepala otak tau lucah je,
dia pandang wanita berjubah pun
dia akan memikir yang tidak2..

kadang2 dia tengok mulut perempuan
pun dia dah pikir yang biru2 saja..
pelik kan??

lelaki macam ni sebenarnya berpenyakit tau..
hati2 sebab orang gini la
yang jenis kita tak sangka dan tak tahu
bila dia akan bertindak sebab dia bukan jenis lelaki
yang pandai kawal nafsu.

kadang2 kita layan dia macam biasa je
tapi dia pulak pikir yang lain tentang kita..
sebab itu antara lelaki dan wanita batas2 pergaulan tu kita
kena jaga..boleh bergurau cuma kena gayanya.
lagi2 bila memegang status isteri..

ada isteri yang dia rasa..

"alah..aku ni dah kawen..tak kan la
si mat tu nak anggap lain kot..dia pun tau
aku bergurau je.."

pernah jumpa kan perempuan gini??
hati2 tau perempuan..




sekian..

Tuesday, 11 October 2011

SUAMI CEKUP ISTERI DENGAN 2 LELAKI DALAM BILIK TIDUR

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...
korang mesti dah baca berita ni kan??
aku baca kat blog ellen...

"Luluh hati seorang suami berusia 32 tahun apabila menangkap isterinya sedang ‘berpesta’ arak di dalam bilik di rumahnya di Pantai Dalam, di sini, bersama dua lelaki tidak dikenali.
Lebih mengejutkan, pemeriksaan lanjut si suami di dalam bilik itu menemui puluhan botol dan tin arak disembunyikan dalam almari di bilik tidurnya itu."baca selanjutnya disini...

berani sungguh isteri dia ye...dah la bawak balik lelaki,
boleh pulak minum arak..
nak didik isteri bukan nya senang
tambah2 yang dari bujang hidupnya
agak terpesong..
bila dah kawen,suami nak didik kena
bersusah payah la sedikit..

Nak cari isteri memang mudah,
tapi nak cari isteri yang baik dan mudah
dididik tu yang agak payah.

Orang tua2 kata..
nak cari pasangan cari la kat
tempat yang baik..
kalau cari kat tempat yang tak elok,
tak elok jugak la yang kita dapat..

kalau kaki kita ni asyik pi
tempat yang tak baik ja..
maka mudah la kita nak jumpa dengan orang yang
tak baik ni..macam tu jugak kalau
sebaliknya...kan??

jadi pada adik2 yang
sedang mencari pasangan hidup tu
cer cari kat tempat yang baik2...tau??

sekian...:)

Monday, 10 October 2011

Nak ramal jodoh ??

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...
buka je blog..
mencari2 berita2 dan info2
terkini hari ni tetiba terjumpa satu
laman web dari seberang ni..
khas untuk yang nak meramal jodoh mereka..








ada ke sapa2 nak ramal jodoh ???
hahhah...
nak cuba boleh percaya jangan ok???

sekian..

Wednesday, 29 June 2011

Salah dan maaf

Assalamualaikum...

selamat pagi semua...
berjalan2 di blog sarah najwan aku
terbaca entry pasal maaf..
lepas tu buka facebook ada kawan yang bercerita pasal maaf..
katanya orang lelaki atau suami agak susah nak melafazkan maaf.
betul ke??
aku agak susah nak mengakui nya sebab aku tak pernah jumpa lelaki yang
sukar mengungkapkan kata maaf..

yang aku paham..
bila isteri selalu ucap kata maaf
orang lelaki akan ambik ringan setiap kali dia melakukan kesalahan
sebab bagi dia,hanya isteri yang
sepatutnya ucap maaf..
sebab dah terbiasa dimanjakan dengan kata maaf oleh isteri.

sebab tu orang perempuan jangan terlalu banyak mengalah
walaupun kesalahan tu bukan dari kita.
itu yang buat suami kadang2 naik lemak..
dapat suami yang tau peranan dan tanggungjawab tak pe la..
tapi kalau dapat yang jenis tak reti mengalah habis la
kalau asyik di majakan..

dalam rumahtangga tak boleh ada satu pihak saja yang asyik mengalah.
dan satu pihak lagi boleg buat sesuka hati.
tak boleh macam tu.
jangan kerana sayang kita turutkan semuanya
sampai kia sendiri makan hati.

aku bukan nak ajar orang perempuan
supaya lawan suami..
aku cuma nak orang perempuan jangan menanggung
kesalahan orang lain.
suami buat salah,kita pulak yang rasa bersalah..patut tak??

tapi kalau korang jenis
rela untuk segala-galanya
nak buat cemana..kan??
ikut je la pendirian korang tu..
jangan menagis sudah la...

sekian...