Showing posts with label inti tart nenas sedap. Show all posts
Showing posts with label inti tart nenas sedap. Show all posts

Friday, 5 April 2019

RESEPI TART NENAS SEDAP DAN GEBU

Assalamualaikum....

Esok lepas hari kecemerlangan pelajar kat sekolah anak saya, kami sekeluarga akan balik kampung.bukan baru ni dah balik ke..??.Opah rindu kat cucu lagi ke???.Ok..yang kali ni balik sebab cucu pulak rindu kat opah.Balik sebab nak hantar biskut Tart Nenas sedap dan gebu ni.

Kali ni balik nak bawak opah diaorang jalan2 kemana pulak yea??Kalau tanya anak2 saya sah2 la jawapan nya .."jom pergi zoo..".sebenarnya anak2 saya suka pergi Zoo Taiping sebab bila dah ke Taiping bukan semata2 ke Zoo saja, tapi macam2 tempat lagi la..Muzium, Taman Tasik..sebab tu anak2 suka ajak ke Zoo.






Jadi bila balik kampung ada la buah tangan untuk mak sikit..Kali ni saya buat biskut Tart Nenas Sedap dan Gebu . Pertama kali saya buat biskut tart ni sendiri...sebelum ni ada buat juga tapi bukan saya bancuh la.saya cuba kacau2 sikit kerja orang tu.hahahah..Jadi ada la pengalaman seciput untuk buat tart nenas.



bagi saya untuk buat biskut Tart ni kita kena pandai agak dia punya sukatan bahan tu.
Biskut ni mudah je sebenarnya..bahan pun tak banyak..
Macam yang saya buat semalam, dapat la dalam 50 biji.
tak de terap2 guna acuan.saya buat tart nenas yang bentuk nenas.tak de la rupa nenas sangt pun..hahah..

Jom la tengok resepi...

bahan-bahan untuk Tart nenas sedap dan gebu;-

4 cawan tepung gandung
2 sudu besar tepung jagung
250 gram mentega
3 sudu gula ising
1sudu kecil esen vanila
2 biji kuning telur

Cara-cara  :-

1- campurkan tepung gandum bersama tepung jagung dan gula ising
2- potong mentega kecil2 dan masuk kan dalam tepung.
3-sebatikan tepung dan mentega sehingga menjadi seperti serbuk.
4-masuk kan kuning telur dan esen vanila.
5-uli hingga menjadi doh yang lembut.

Bahan dan cara  membuat inti Tart nenas

sebiji nenas di parut..
masuk kan ke dalam periuk.
masuk kan 1 senduk gula pasir
dan sedikit pewarna kuning.
masak hingga kering dengan menggunakan api kecil.
kalau rasa susah sanagt beli je inti tart yang dijual di bakery2 tu..








Ok..dah ada doh..dah ada inti...
sekarang bolehla dibentuk kan tart kita tu..
terserah nak buat cemana..
macam saya ni remeh skit kerja nya..
saya nak buat bentuk nenas sebab nak bagi kat mak kena la buat cantik2..'kalau makan sendiri gelek guna acuan yang tart gulung tu je..hahaha..

nak dapatkan bentuk yang macam sisik2 tu saya guna hujung gunting.
Dah siap di bentuk sapukan kuning telur yang dicampurkan dengan pewarna kuning di  atas nya.
dan saya letak coklat chip kat atas tu.
nampak la senonoh sikit.kan??


selamat mencuba...


sekian..