Showing posts with label instafamous. Show all posts
Showing posts with label instafamous. Show all posts

Thursday, 24 January 2019

SUKA TAYANG KEMEWAHAN , INSTAFAMOUS DITAHAN KERANA MENJUAL BEG TANGAN YANG DIBUAT DARI KULIT ULAR



Zaman sekarang ni bila kita terlalu menunjuk kan kemewahan di laman sosial, mesti apa yang kita buat, kemana kita pergi akan menjadi perhatian ramai orang. Dalam ramai-ramai tu pula bukan semuanya yang sekadar memerhati malah ada juga yang mula menyiasat latar belakang dan aktiviti kita seharian.




Nasib buruk, terdedahlah segala keburukan kita. Dan mungkin jika kita pernah melanggar undang-undang pasti ianya akan menjadi bualan hangat di sosial media.

Seperti yang berlaku pada instafamous dari London ini, Stephanie Scolaro atau lebih dikenali sebagai Rich Kids Of Instagram, beliau di tahan oleh pihak berkuasa atas dakwaan menjual bag tangan yang dibuat dari kulit ular



Stephanie Scolaro sangat popular di Instagram. Beliau memiliki lebih dari 100 ribu followers. Wanita ini diberi gelaran Rich Kids of Instagram kerana kerap mempamerkan kekayaannya.

Dipetik dari The Sun, Stephanie ditahan pihak berkuasa di rumahnya di Marylebone, London, selepas kegiatan nya mengimport barangan mewah bernilai 18 ribu poundsterling di kesan. Ketika di tahan di rumahnya pihak berkuasa menemui 35 topi dan banyak bag kulit yang kemudian nya turut di rampas.

Barang-barang mewah yang diimpor Stephanie rupanya berupa bag dan topi baseball yang diperbuat dari kulit ular. Dia menjual berbagai bag dan topi kulit ular di satu website membeli belah yang dibuatnya dan di Instagram.




Dalam online website nya dia menulis bahawa bag dan topi yang dijualnya diperbuat dari kulit ular Python. Menurut pihak berkuasa penjualan barang fashion dari kulit ular yang dilakukan Stephanie adalah sesuatu yang melanggar undang-undang .

Hakim Michael Gledhill QC menyebut instafamous tersebut sebagai penyelundup kulit ular yang ego.
Stephanie membantah kenyataan hakim tersebut dan  dia mengaku dirinya bukanlah pembunuh ular.



Stephanie menjelaskan selepas berita penahanan nya tersebar dia mula menerima kecaman dari pengikut-pengikutnya malah ada yang bertindak mengancam akan menyiram wajahnya dengan asid.

Kini Stephanie Scolaro sudah disahkan bersalah atas dakwaan penyelundupan kulit ular tanpa izin. Dia dihukum menjalani 12 bulan kerja sosial atau 160 jam bekerja tanpa dibayar.