Showing posts with label info kesihatan. Show all posts
Showing posts with label info kesihatan. Show all posts

Tuesday, 7 August 2018

SENARAI 50 UBAT KURUS YANG MENGANDUNGI BAHAN TERLARANG



Selain melakukan aktiviti fizikal, pengambilan pil menguruskan badan adalah antara yang sering dilakukan oleh orang ramai untuk menurunkan berat badan dengan cepat meskipun perlu berdepan risiko membahayakan kesihatan dan nyawa.

Sikap segelintir wanita yang begitu terdesak untuk mempunyai bentuk badan langsing menyebabkan lambakan produk perlansingan badan atau ubat kurus dijual sewenang-wenangnya di kedai jamu dan ubat-ubatan.

Terdapat pelbagai jenis pil di pasaran, termasuk yang mengandungi bahan terlarang seperti sibutramine, dan kebanyakan produk ini tidak menerangkan secara terperinci kandungan sebenarnya.

Lebih merisaukan lagi apabila ubat-ubat kurus ini dipercayai tidak mempunyai kelulusan dari KKM dan dipercayai mengandungi bahan-bahan terlarang.

Berikyt adalah sebarai 50 ubat kurus yang mempunyai bahan terlarang .





1. 7 Day Slim Capsule - Sibutramine
2.Acai Berry ABC 500mg Soft Gel - Sibutramine
3.Acai Berry Slimming Herbal Soft Gel -Sibutramine
4. Amberine Capsules - Sibutramine
5. Arma Sin Gang San Langsing- Sibutramine
6. Arma Sin Gang San Langsing Ayu- Sibutramine
7. Best Slim Pills - Sibutramine
8. Bionex Capsule - Sibutramine
9. Bodybeaus Capsule - Sibutramine


10. BodySlim Herbal Capsule - Sibutramine
11. Botanical Gold Capsule- Sibutramine
12. Botanical Gold Soft Gel- Sibutramine
13. Cantik Langsing - Bisacodyl
14. Chantique Beauty Slimming Herbal - Spironolactone
15.Chinese Herbal Heritage Herbal Slimming Tea BN 131703-Microbial > limit
16. Dewi Pelangsing - Sibutramine
17. Figure Up - Sibutramine
18. GorgeouSlim Herbal - Sibutramine
19. Guar Gum Suplemen Serat Tinggi - Sibutramine


20. Kintop Capsule- Sibutramine
21. Lami or Lasmi Capsule- Sibutramine
22. Langsing Alami Kapsul - Sibutramine
23. Langsing Alami (Lami) capsule- Sibutramine
24.Lax-9 slimming milk(Banned by Food Division)- Sibutramine
25. Li Da Capsule 350mg- Sibutramine, Phenolphthalein & Sildenafil
26. Lida Slimming - Sibutramine
27. Lipo 8 Burn Slim Capsule- Sibutramine
28. Lipo 9 Burn Slim Detox Capsule - Sibutramine
29. Meizitang (Botanical Slimming Soft Gel) - Sibutramine

30. My Slimming Herbal Capsule - Sibutramine
31. Obe XLIM - Sibutramine
32.P57 Hoodia Cactus Slimming Capsule - Sibutramine
33. Phyto Shape or Phyto Hape- Sibutramine
34. Quick Slim - Phenylbutazone & Sildenafil
35. Rami Ramping Alami - Sibutramine
36.Rapidly Slimming 350mg Capsule- Sibutramine & Phenolphthalein
37. Sehat Langsing Capsule - Sibutramine
38.Sexy Plus Doom Capsule - Sibutramine
39. Slim 10- Fenfluramine
40. Slimfast Diet Kapsul - Sibutramine



41. Slimina Weight Loss Capsule - Sibutramine
42. Slimming untuk Pria 
dan Wanita Kapsul- Sibutramine
43. Slimmix Botanical Gel - Topiramate
44.SlimRich BotanicalSlimming Capsule 350mg - Sibutramine
45. Slym 4 You Capsule -Sibutramine, Spironolactone & Canrerone
46. Sukenlo - Sibutramine
47. Sulami Kapsul - Sibutramine
48. Sumo Qurus Tablet- Phenobarbital
49. Tian Ma Du Zhong Wan Capsule - Cyproheptadine
50. Xiyouji Qingzhi 300mg Capsule- Sibutramine

*Produk ubat kurus lain yang tidak tersenarai dalam senarai ini, tidak semestinya tidak mengandungi bahan terlarang


Apakah kesan pengambilan produk terlarang ini?

Hasil kajian interim menunjukkan pesakit-pesakit telah mengalami kesan kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok dengan kadar yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan yang menerima ubat-ubatan plasebo. Begitu juga kesan negatif organ dalaman seperti buah pinggang dan hati.

Ia dikontraindikasi bagi pesakit yang mempunyai sejarah penyakit arteri koronari, kegagalan jantung kengestif, penyakit arteri periferal, arrithmia, strok dan hipertensi tidak terkawal.

Ibu mengandung tidak dibenarkan mengambil sibutramine kerana boleh menjejaskan janin..

sekian.

sumber: KKM

Friday, 8 June 2018

INI YANG PERLU ANDA LAKUKAN JIKA HIDUNG BERDARAH - BARING KETIKA HIDUNG BERDARAH BOLEH MENYEBABKAN DARAH MASUK KE PARU-PARU

Hi semua..

Kali terakhir saya mengalami hidung berdarah pada  1997 kot. Lama giler dah tu.Lepas tu seingat saya tak pernah alami hidung berdarah sampai la sekarang. Masa tu saya pergi Kem Bina Negara. Mungkin cuaca terlalu panas sampai hidung berdarah. Dapat la rilek2 dalam atas katil tak payah join merentas desa. Hhehehe..

Tapi masa tu hidung berdarah saya cuma cuci dengan air., sumbat kapas dah siap..tak de la buat rawatan ke apa..

Hari ni terbaca satu perkongsian dari Dr Mohd Shaiful Nizam iaitu seorang pakaR telinga, hidung dan tekak.Ianya berkaitan masalah hidung tiba-tiba berdarah.



"JANGAN sesekali BARING ketika hidung BERDARAH..!! Ini sangat BERBAHAYA kerana berpotensi menyebabkan darah memasuki paru-paru anda. Ingin tahu langkah AWAL & BETUL semasa hidung BERDARAH???

Pertama :JANGAN PANIK..!! Pastikan anda dalam keadaan duduk dan sedikit tunduk kehadapan. Ini bagi mengelakkan darah mengalir ke belakang hidung dan berpotensi memasuki paru-paru anda.


Kedua : Picit bahagian hadapan hidung yang lembut menggunakan jari ibu dan telunjuk anda sehingga 5 minit. Pada masa ini boleh bernafas melalui mulut untuk seketika.


Ketiga : Ambil ketulan ais yang kecil dan masukkan didalam plastik atau bungkusan kain dan diletakkan pada dahi anda.


Keempat : sebagai tambahan anda boleh juga kemam ketulan ais yang kecil di dalam mulut untuk membantu mengecutkan salur darah.


Kelima : Jika ada darah yang mengalir di dalam mulut, JANGAN TELAN..!! Ludah keluar. Kebiasaanya  pendarah akan berhenti selepas beberapa langkah diatas.


Keenam : Jikalau hidung anda masih berdarah selepas melakukan kesemua langkah-langkah diatas, SEGERA ke KECEMASAN HOSPITAL yang terdekat kerana kemungkinan pendarahan ini berpunca dari perkara yang serius. KONGSI & SEBARKAN AGAR MEMBERI MANFAAT..!! "



Saluran makanan dan pernafasan adalah berbeza namun kedudukan nya yang sebelah menyebelah menyebabkan ada risiko untuk darah masuk ke paru-paru.

Menurut doktor Shaiful lagi cuaca panas dan terik boleh menjadi punca mengapa hidung boleh berdarah.

semoga bermanfaat untuk semua..

sekian..



Wednesday, 18 April 2018

5 LATIHAN ASAS JIKA ANDA BARU BERJINAK-JINAK KE GYM



5 LATIHAN ASAS JIKA ANDA BARU BERJINAK-JINAK KE GYM Bagi korang yang baru berjinak-jinak ke gym mesti agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan latihan-latihan dan peralatan sukan di gym.

Sebagai newbie perasaan tertanya-tanya apa kah latihan yang harus dilakukan untuk permulaan dan bagaimanakah cara untuk melakukan nya dengan betul supaya latihan yang dilakukan memberi kesan yang bagus pada tubuh badan.

hari ni saya kongsikan 5 latihan asas untuk korang yang baru berjinak-jinak ke gym yang saya petik dari laman web times of India . Latihan asas ini adalah adalah seperti yang dicadangkan oleh atlet ESN, Jinni shaikh


1- squat - Berdiri tegak dengan tangan diluruskan ke hadapan. Bengkokkan lutut  dan turun ke bawah . 




Kawal bahagian pinggul supaya  selari dengan lantai. Kekalkan keseimbangan dan tetap  lurus semasa naik dan turun.



2- Lunge - Berdiri lurus dengan tangan di letak kan ke pinggang.. Korang juga boleh melakukan lunges dengan memegang dumbbell semasa melakukan latihan ini. 




Kalau tak de dumbbell untuk di pegang ,boleh isikan  air 1 liter ke dalam botol untuk merasa kesan membakar. Gerak kan l kaki kanan anda ke hadapan dan bengkokkan kaki kiri  juga. Kawal  lutut supaya tidak menyentuh lantai. Ulangi cara yang sama dengan kaki kiri pula.



3- Bent Over row - Untuk melakukan latihan ini, dumbbell atau beban lain  di perlukan . Berdiri tegak dengan kaki lurus . 




Seterusnya angkat  tangan anda ke hadapan, bengkok dari pinggang dan lihat lurus. Bend tangan anda seperti mendayung bot.



4. Overhead press - Berdiri lurus sambil memegang dumbbell . Kemudian angkat dumbbell ke paras bahu.




Teruskan pula gerakan tangan sambil mengangkat dumbbell ke atas melepasi kepala.ulang langkah ini beberapa kali.


5.Chest Press -  Baring  di atas lantai. Bengkokkan lutut.. Semasa memegang beban, angkat beban keatas,kemudian turunkan beban ke bawah.  ulang langkah ini beberapa kali.


Setiap latihan yang di tunjuk kan diatas perlu dilang sebanyak 10 hingga 15 kali. Ianya memerlukan disiplin yang tinggi dan latihan yang berterusan.

semoga bermanfaat untuk semua.


Sunday, 18 March 2018

PUNCA KENAPA HAID LAMBAT YANG PALING KERAP DIALAMI OLEH WANITA

Hi semua..




Haid lambat memang merisaukan setiap wanita. Tanda-tanda tubuh badan mengalami kelainan, salah satunya ialah haid datang lewat. Itu lah yang menyebabkan wanita akan merasa cemas jika kitaran haid mengalami perubahan .

Ada beberapa punca mengapa haid lambat. Mungkin setiap dari kita tidak menyedari perubahan pada tubuh badan sehingga lah haid tidak datang. Setelah diteliti baru lah kita akan dapat mengesan apa punca nya haid lewat.


Kitaran haid kita  mungkin tidak teratur dari bulan ke bulan. Ini bermakna bahawa bulan lepas kitaran kita  mungkin telah 24 hari, dan bulan ini boleh menjadi 32 hari. Perubahan kitaran haid boleh berubah bergantung kepada gaya hidup kita

Tekanan juga boleh menyebabkan haid lambat dari biasa.Apabila kita stress badan kita akan mengeluarkan hormon stress yang boleh mengganggu ovulasi. kerana itu pentingnya kita mengawal stress dalam kehidupan kita supaya ianya tidak berlarutan.

Jangan terlalu memikirkan masalah dan lakukan lah perkara2 yang kita mampu.Jangan memaksa diri untuk perkara yang kita tak mampu hadapinya.

Tahniah..Anda mungkin hamil. :) , Lakukan ujian kehamilan untuk memastikan perkara tersebut.Kita boleh melakukan ujian seminggu selepas tarikh haid kita sepatutnya muncul.

Berdiet juga boleh jadi sebab mengapa haid lambat.Malah melakukan senaman lebih dari biasa juga akan membuat kan haid lambat. kedua-dua perkara ini menyebabkan badan kita bekerja kuat . tapi kebiasaan nya proses ini akan berjalan seperti biasa jika kita mengekal kan nya.

So tak perlu risau..teruskan menjaga pemakanan dan bersenam..

Pengambilan ubat baru atau kita mengambil supplement baru juga boleh menjadi punca haid lewat.. Mengambil preskripsi tertentu atau menukar ubatan  juga  boleh menjejaskan kitaran kita, jadi berbincanglah dengan doktor  jika haid terlalu lewat dari sepatutnya.

semoga bermanfaat untuk semua..


sekian..

Wednesday, 14 March 2018

HATI-HATI DENGAN BOMOH TULANG .SEKALI X-RAY BERSEPAH SUSUK

Susuk bukan lah sesuatu yang baru dalam masyarakat kita.Sejak dari dulu lagi penggunaan susuk sudah dapat dikesan.Gaya hidup dan kekurangan ilmu agama menyebabkan  ada yang menjadikan pemakaian susuk sebagai jalan menyelesaikan masalah.

Ada berbagai jenis susuk yang kerap digunakan . Bukan saja untuk kecantikan malah susuk juga digunakan untuk menguatkan tulang. 

Seperti yang didedahkan oleh Dr. Syazwan Basil mengenai penemuan susuk dibahagian kaki salah satu pesakit nya,. Dalam gambar yang ditunjuk kan jelas terdapat beberapa jarum halus dibahagian kaki pesakit.







Tak dapat dipastikan samaada pesakit ini sebelum nya memang tahu yang bomoh tulang tu masuk kan susuk kedalam kaki nya atau pun tidak.

Mustahil jugak dia tak tahu..kan??Tak mungkin susuk tu dimasuk kan secara rahsia tanpa pengetahuan pesakit . 

Tapi boleh jadi jugak ianya dimasuk kan secara rahsia tanpa pengetahuan pesakit sebab nak melariskan perkhidmatan nya.

Bila orang yang dapatkan rawatan tu sihat dah tentu keyakinan pesakit bertambah..kan??

Kata Dr Syazwan biasanya untuk kes macam ni doktor tak kan keluarkan susuk tersebut sebab agak susah nak keluarkan nya memandang kan susuk tersebut terlalu halus dan dah masuk ke dalam otot..

Lagipun bila dah guna susuk ni mesti lah ada melibatkan perkara-perkara ghaib. Bukan boleh keluarkan macam tu je.

Penggunaan susuk macam ni selalunya untuk tujuan menguatkan tulang.. 

Jadi pada korang yang pernah patah kaki, lepas tu dah pi jumpa doktor , ambik masa lama sangat nak sembuh, lepas tu pi pulak ke bomoh tulang tiba-tiba terus je baik, elok la ada rasa was-was tu..Mana tahu kalau ianya juga melibatkan penggunaan susuk.

sekian..