Showing posts with label info kesihatan. Show all posts
Showing posts with label info kesihatan. Show all posts

Wednesday, 22 November 2017

TAKUT KELUAR RUMAH DAN BERTEMU DENGAN ORANG RAMAI. ANDA MUNGKIN MENGIDAP SOSIAL ANXIETY DISORDER

Assalamualaikum..






TAKUT KELUAR RUMAH DAN BERTEMU DENGAN ORANG RAMAI. ANDA MUNGKIN MENGIDAP SOSIAL ANXIETY DISORDE 

Baru-baru ni dalam satu group di facebook ada sorang lelaki yang mengakui dia takut untuk keluar rumah dan bertemu dengan orang ramai.

Dia punya semacam perasaan yang tidak selesa, malu, sensitif dan cemas apabila berada di dalam dalam situasi tersebut.Penyakit mental ini dikenali sebagai  SOSIAL ANXIETY DISORDER .

Saya rasa bersimpati dengan nya,.Memandangnya lelaki ini sudah berusia sudah tentu dia merasa kecewa dengan apa yang dialaminya sendiri hingga terpaksa meminta tolong dari orang lain untuk mengurskan apa-apa hal yang memerlukan dia untuk keluar dan bertemu orang lain.

Mungkin bagi sesetengah orang merasakan pesakit ini hanya mengada-ngada dan malas.Tapi sebenarnya perasaan cemas dan "sakit" itu hanya yang mengalaminya sahaja yang tahu.

Saya banyak membaca tentang pengalaman pesakit yang mengidap Sosial Anxiety dIsorder di forum-forum luar negara. Mereka saling menyokong dan memberi semangat untuk pesakit lebih berani dan yakin untuk berdepan dengan orang lain di luar sana.

Sosial Anxiety Disoder juga dikenali sebagi penyakit Fobia sosial . Tidak ada umur tertentu yang mengidap penyakit ini. Mungkin ada yang mengalaminya sejak kecil dan ada yang mengalaminya ketika sudah dipertengahan usia.





Jika ada anak-anak yang dari kecil sudah menunjuk kan ciri-ciri tidak mahu bergaul dengan rakan sekelas, kurang bercakap di dalam kelas, suka menyendiri , terlalu pemalu bertindak lah dengan segera.

Ada satu kes yang saya baca , pesakit ni sampai masuk umur 9 tahun pun ayahnya masih lagi teman dia didalam kelas.

Ada banyak punca mengapa seseorang mengalami Sosial Anxiety Disoder atau Fobia sosial.Kebanyakan kes disebabkan persekitaran.Penyakit ini juga boleh berulang kembali jika pesakit bersendiri dalam tempoh yang agak lama.

PUNCA SOSIAL ANXIETY DISORDER  


Punca Penyakit Sosial Anxiety Disoder ini tidak dapat dijelaskan dengan terperinci.Namun persekitaran dan keadaan sekeliling memberi kesan utama selain perubahan pada otak.

Dalam kes lain ada juga yang mengalami penyakit ini disebabkan gen dan keturunan .


- Tanda-tanda  dan kesan penyakit  Sosial Anxiety Disoder

1)Kebiasaan nya mereka yang mengalami Sosial Anxiety Disoder akan merasa bimbang yang melampau untuk perkara-perkara yang remeh , susah nak melupakan perkara yang berlaku dan kerap memikirkan apa yang akan berlaku akan datang hingga menjejaskan tidur nya.


2)Pesakit akan merasa loya, dan pening kepala sehingga menyebabkan muntah. Badan tidak dapat diimbangi dengan betul dan penglihatan menjadi kabur

3) pesakit akan mengalami kebas pada tangan dan kaki.Ada juga yang mengalami kekejangan otot.

4)Rasa panik, takut dan gelisah yang bersilih ganti diikuti dengan keluarnya peluh sejuk.

5)Perasaan yang menyesakan dan rasa cemas yang berterusan hingga menyukarkan tidur dan mengalami insomnia.

6)Jantung berdegup kencang dan tidak teratur.Kesakitan pada dada adalah kemuncak nya dan pesakit berisiko terkena serangan jantung

7)Pesakit juga takut keluar rumah dan bertemu dengan orang lain. Pesakit akan kerap merasa letih dan telinga berdesing.

8) Pesakit berisiko mengalami kemurungan hingga ada yang terpaksa berhenti kerja.Pada satu tahap yang lebih kritikal pesakit juga cenderung untuk membunuh diri.

Cara merawat Sosial Anxiety Disoder

Ada beberapa cara yang digunakan untuk merawat masalah Sosial Anxiety Disoder. Selain penggunaan ubat-ubatan , psikoterapi juga digunapakai dalam merawat masalah ini.

-Penggunaan ubat-ubatan juga perlu lah dengan nasihat doktor keran terdapat ubat-ubatan yang membuatkan pesakit menjadi ketagihan.

-Walaupun pesakit mengambil ubat , pesakit perlu melawan rasa takut dan malu untuk berinteraksi dengan orang lain kerana ubatan yang diberikan hanya untuk sementara.

-Untuk mengelak kan penyakit berulang pesakit perlu melakukan psikoterapi .Pesakit hendak lah banyak berkongsi cerita dengan rakan-rakan dan cuba bersosial.



Di negara-negara luar ramai yang terbuka dengan penyakit Sosial Anxiety Disoder . Mereka banyak didedahkan dengan maklumat berkaitan penyakit ini.Berbeza dengan apa yang saya lihat di negara kita.Ada yang merasakan ianya hanya penyakit yang diada-adakan malah ada juga yang menjadikan nya sebagai bahan jenaka.

Jika pesakit mengadu kepada sesorang tak mustahil berbagai tanggapan serong dilemparkan pada pesakit.

Ada juga ibu bapa yang melihat anaknya ada ciri-ciri Sosial Anxiety Disoder , tapi tiada tindakan diambil kerana meraka merasakan anaknya akan berubah dengan sendiri apabila sudah besar.

Sudah masanya kita buka mata dengan penyakit-penyakit mental .Jangan hanya beri perhatian pada penyakit-penyakit  kronik dan  fizikal.Penyakit mental bukan saja memberi kesan buruk pada pesakit tapi juga pada orang sekeliling.


sekian..

Thursday, 26 October 2017

REMAJA LELAKI USIA 17 LAHIRKAN BAYI LELAKI

REMAJA LELAKI USIA 17  LAHIRKAN BAYI  LELAKI Kalau sebut tentang kehamilan mesti lah ianya ,melibatkan kaum wanita.Tapi satu kejadian pelik yang mengemparkan penduduk setempat telah berlaku di Indonesia apa bila seorang lelaki melahirkan anak lelaki .

Kejdian berlaku di Grobongan , Jawa Tengah . Seorang ramaja melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di sebuah hospital di Semarang.

Ganang Yudho Putra Yuri seorang remaja lelaki yang berusia 17 tahun.Dia anak ketiga dan masih bersekolah.

Penduduk kampung memenuhi kawasan perkuburan bayi yang sudah dikebumikan

Bayi lelaki yang dikeluarkan dari perut ganang seberat  3 kilo ini sudah tidak bernyawa

Ganang sebenarnya lahir normal sejak kecil lagi.tapi memasuki usianya 7 tahun perut nya membesar. Setiap hari dia terpaksa berjalan dengan membawa perutnya yang membesar.





Namun perut yang membesar kembali ke keadaan asal ketika Ganang semakin dewasa.

Disebab kan keadaan nya itu ramai yang menganggap keadaan perutnya yang kembali membesar adalah perkara biasa.

Suatu hari ketika berada dirumah rakan nya , Jamal, Ganang  mengadu sakit dibahagian dada.Namun Jamal mengatakan mungkin perutnya dimasuki angin.

Dia juga mengadu sakit perut lalu keluarganya membawanya melakukan pe meriksaan dan doktor mengesahkan terdapat tumor di dalam perutnya.

Doktor mencadangkan Ganang dibawa ke Semarang untuk pemeriksaan lebih teliti namun mengejutkan apabila doktor di Semarang mengatakan terdapat janin di dalam perut Ganang,

Pembedahan dilakukan  untuk mengeluarkan janin tersebut dan kemudian nya dikebumikan oleh pihak keluarga Ganang sendiri.

Dalam istilah perubatan keadaan ini dinamakan sebagai Fetus In Fetu dimana seseorang yang sepatutnya  dilahirkan kembar tetapi  salah satu dari janin tersebut tidak dapat membesar dengan sempurna dan janin tersebut membesar di dalam perut kembarnya.,



Permulaan diagnosis pasti doktor akan mengatakan ianya adalah tumor dan setelah diteliti baru lah janin kembar itu dapat dikesan.

Keadaan ni akan berlaku pada kurang 100 manusia didunia.

Salah satu kes lain korang boleh baca disini..

PELIK..LELAKI INI HAMIL


sekian...


Wednesday, 4 October 2017

SEBULAN SEBELUM SERANGAN JANTUNG ANDA AKAN MENGALAMI TANDA-TANDA INI

Assalamualaikum..

SEBULAN SEBELUM SERANGAN JANTUNG ANDA AKAN MENGALAMI TANDA-TANDA INI  Ramai yang sangka bila bersenam , aktif bersukan kita tak kan  kena serangan jantung.Tapi sebenarnya serangan jantung boleh berlaku pada sesiapa saja.

Kadang2 kita bersukan tapi kita juga merokok.. Ada juga yang aktif bersukan setiap hari tapi diet dan pemakanan nya tidak sihat.



Sebab itu kita kena berhati-hati dan bersedia untuk bertindak apabila merasai satu kelainan pada tubuh badan kita.Sebab itu ianya digelar pembunuh senyap.

Antara  sebab serangan jantung ialah merokok , sejarah keluarga dan tekanan darah tinggi.

Namun tanda-tanda serangan jantung akan berlaku boleh di kesan sebulan atau sebelum berlakunya serangan jantung . Cuma bila ada tanda2 macam ni jangan lah terlalu takut dan sangka korang ada penyakit serius..

Kadang2 perkara2 ni terjadi sebab tersilap makan, stress dan sebagainya.

SEBULAN SEBELUM SERANGAN JANTUNG ANDA AKAN MENGALAMI TANDA-TANDA INI 

sumber: Brightside





8. Keletihan

Keletihan yang luar biasa adalah salah satu gejala utama yang menunjukkan serangan jantung akan berlaku. Wanita lebih cenderung untuk mendapat gejala ini berbanding lelaki.70% wanita yang mengalami serangan jantung mendapat gejala letih sebelum berlakunya serangan jantung.

#: Keletihan yang dirasai biasanya bukan disebab kan aktiviti fizikal. Keletihan akan semakin dirasai  pada penghujung hari. Gejala ini agak jelas dan tidak akan disedari: kadang-kadang kita merasa letih untuk melakukan tugas2 mudah   seperti mengemas atau mandi



7. Kesakitan abdomen

Sakit perut, perut mual kosong / penuh, rasa kembung, adalah beberapa gejala yang paling biasa. Gejala ini biasanya berlaku pada lelaki dan wanita.

#: Sakit perut sebelum serangan jantung mempunyai sifat episodik, mengurangkan dan kemudian kembali untuk jangka waktu yang singkat. Ketegangan fizikal mungkin memburukkan lagi sakit perut.

6. Insomnia

Insomnia juga dikaitkan dengan peningkatan risiko serangan jantung atau strok, Ianya lebih  umum berlaku  di kalangan wanita. Ciri-ciri insomnia sering termasuk tahap kecemasan yang tinggi dan ketidakhadiran.


# Gejala termasuk susah tidur, kerap terjaga dari tidur , dan kerap bangaun terlalu awal dari kebiasaan,.

5. Sesak nafas

Dyspnea, atau sesak nafas, adalah kita tak dapat menarik nafas panjang dan dalam. Ia sering berlaku di kalangan lelaki dan wanita sehingga 6 bulan sebelum mengalami serangan jantung. Ia biasanya tanda amaran yang paling utama

#: Merasa seperti kita  tidak  mendapat udara yang cukup, pening, dan sesak nafas.

4. Kehilangan rambut


Kehilangan rambut dianggap sebagai penunjuk yang lebih jelas mengenai risiko penyakit jantung. Kebanyakannya ia berlaku kepada lelaki, tetapi sesetengah wanita juga mungkin berada dalam kumpulan yang berisiko. Kebotakan juga dikaitkan dengan peningkatan kortisol hormon.

#: Beri perhatian dan lebih berwaspada apabila tanda-tanda ini muncul.

3. Degup jantung tidak teratur


Degupan atau aritmia yang tidak teratur disertai dengan  serangan panik dan kebimbangan, terutama di kalangan wanita.

Arrhythmia (denyutan jantung tidak teratur) atau takikardia (peningkatan kadar jantung). 

Latihan fizikal mungkin memberikan rangsangan tambahan kepada peningkatan kadar denyutan jantung, terutamanya dalam kes-kes dengan penyakit aterosklerosis.

#: Denyutan jantung tidak teratur berlangsung selama 1-2 minit. Sekiranya ia tidak hilang , kita mungkin berasa pening dan keletihan yang melampau. Hubungi doktor segera.


2. Peluh berlebihan

Peluh yang  luar biasa atau berlebihan adalah tanda amaran awal serangan jantung. Ia mungkin berlaku pada bila-bila masa siang atau malam. Gejala ini memberi kesan kepada wanita lebih kerap dan biasanya kita keliru sama ada kita berpeluh disebabkan cuaca panas atau pun disebab kan monopause


#: Gejala seperti selesema, kulit lembap, atau peluh yang berlaku tanpa mengira suhu udara atau tenaga fizikal. Berpeluh terutamanya waktu tidur malam hingga tanpa disedari tempat tidur basah.


1. Kesakitan dada

Lelaki dan wanita mengalami sakit dada dalam intensiti dan bentuk yang berbeza. Pada lelaki, gejala ini merujuk kepada tanda-tanda awal yang paling penting . Sebaliknya, ia hanya memberi kesan kepada 30% wanita.


#: Kesakitan dada boleh berkembang menjadi sensasi yang tidak selesa pada  sebelah  atau kedua-dua tangan (lebih kerap kiri),  Rahang bawah, leher, bahu, atau perut juga merasai kesan nya... Ia akan berlaku sekejap dan ada yang berlaku dalam tempoh yang lama.


Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua..

sekian...

Wednesday, 27 September 2017

3 TANDA GULA DALAM DARAH TINGGI

Assalamualaikum..

3 TANDA GULA DALAM DARAH TINGGI Siapa suka makanan manis?Saya pun suka.Lagi-lagi kalau buah-buahan yang manis. terutamanya durian..Lepas makan banyak2 mula la menyesal sebab dalam durian ni tinggi juga kandungan gula nya.

Jangan ingat dalam buah tak ada gula tau. Sebab tu ada amalan diet yang pengamalnya tak boleh makan buah sebab ada gula.



Sebenarnya gula ni boleh la dikatakan sebagai pencetus selera makan kita,.Cuma bila diambil secara berlebihan ianya boleh membahayakan tubuh badan kita.,Bila badan rasa tak sedap tu, cepat2 la rujuk pada doktor korang.Risau kalau2 ada diabetis.

Kandungan gula dalam darah yang tinggi boleh kita dapat kenal pasti apabila kita ada 3 tanda ini. Ini yang paling biasa dialami oleh mereka yang ada kandungan gula tinggi dalam darah,.Jom semak..

1- Kerap merasa lapar.

Korang tahu tak rasanya bila asyik nak makan saja walaupun baru setengah jam tadi sudah makan..? Perasaan nak makan macam -macam..

Teringat je makanan apa pun terus rasa nak makan.Jika korang ada rasa macam ni cepat2 la rujuk pada doktor korang.

Buat pemeriksaan supaya kadar gula dalam darah boleh dikawal sebelum mengundang pelbagai penyakit .



2- kerap Merasa haus

Sama juga macam rasa lapar tadi..Adakah korang juga kerap berasa haus?

Tekak dan mulut berasa kering dan walaupun sudah minum tapi masih rasa haus. INi bermakna tubuh kita perlu di detoks.

Apa yang perlu korang buat ialah minum air putih dengan banyak  dan elak kan makanan dan  minuman yang mengandungi gula termasuk jus buah -buahan atau air detoks dari buah.


3-Kerap buang air kecil

Kerap buang air kecil adalah tanda yang baik kerana ketika ini racun dalam badan dibuang melalui air kencing.

Ketika kita buang air kecing  ini bermakna tubuh kita sedang berjuang membuang Segala lebihan gula dalam badan .

Tiga perkara diatas akan kerap korang alami bila kandungan gula dalam darah tinggi . Tapi mungkin juga ianya berlaku kerana masalah lain.Apa pun adalah lebih baik jika ianya dirujuk pada pakar kesihatan korang.

sekian..


Tuesday, 18 July 2017

"SAYA CAPAI PISAU DAN HAMPIR TIKAM ANAK" - WANITA INI KONGSI PENGALAMAN MEROYAN SELEPAS BERSALIN

Assalamualaikum..



Meroyan bukan lah penyakit yang boleh dipandang ringan.Bagi wanita yang baru melahirkan anak perhatian dan penjagaan rapi perlu di buat supaya si ibu dalam keadaan selesa dan tenang . Perhatian khusus bukan saja untuk si ibu malah juga untuk si bayi. Bayi yang baru lahir dan mempunyai masalah kesihatan seperti jaundis juga boleh mempengaruhi emosi si ibu.

Seorang wanita , Mastura Ab Rashid berkongsi pengalaman mengidap masalah Meroyan selepas bersalin. Awalnya beliau menghadapi kemurungan dan kemuncaknya dia hampir menikam anak-anak dan pernah terfikir untuk membunuh diri.

Baca pengalaman Mastura yang dikongsi di facebook:

SAYA CAPAI PISAU DAN HAMPIR TIKAM ANAK-ANAK

(#pengakuan terbuka)
.
Itu kenyataan yang harus saya terima sampai bila-bila.
Memori menakutkan yang akan tetap diingat sampai mati.
Watak berubah sekelip mata. Ibarat drama yang ditonton di TV.
.
Waktu jiwa terlalu kacau, badan terlampau penat, sakit, saya hampir hilang kewarasan. Berhalusinasi sentiasa sambil badan menggigil menahan marah dan benci. Jeritan marah memecah rumah setiap hari juga menjadi biasa.
.
Sebenarnya susah nak buat pengakuan secara terbuka. Mungkin juga akan dianggap pernah gila.
.
Tapi disebabkan pujukan dan kata-kata semangat dari Ibu Rose untuk bersama-sama muncul di PM LIVE ASTRO RIA pada 13/7/2017, saya mula terbuka untuk berkongsi dan dah bersedia. Mungkin pengakuan ini dapat membantu anda di luar sana, supaya lebih bersedia dan tidak malu untuk mendapatkan rawatan.
.
Sebelum ini saya malu, sangat malu, sebab saya pasti orang lain tidak akan faham malah akan mula memandang serong. Apa taknya, meroyan ni dianggap hanya terjadi ketika di dalam pantang saja. Tapi rupanya, boleh terjadi selepas pantang dan waktu anak dah mula membesar.
.
Serius, saya tak ada ilmu waktu tu. Tak tahu apa perlu dibuat.
.

BAGAIMANA IA BERMULA?

.
Sejak melahirkan Bilal Miqdad pada Februari 2015, badan saya tak pernah sihat akibat tak dapat berpantang dengan betul. Bilal prolonged jaundice. Ketika di hospital, luka c-sect pecah semula pada hari ke-7. Darah membuak-buak keluar hingga bertakung di wheelchair dan lantai hospital.
.
Dalam keadaan terpinga-pinga, saya hampir dimasukkan semula ke OT untuk buka dan jahit semula luka lama. Alhamdulillah doktor dan nurse di Hospital Ampang banyak membantu dan memberi semangat supaya luka boleh baik dengan sendiri. Saya tidak digalakkan berurut selama setahun supaya tidak mengganggu proses pemulihan di kawasan perut.
.
Kemudian, saya ditegah oleh doktor dari memakan apa-apa saja jamu atau herba yang boleh memberi kesan pada kuning Bilal. Badan Melayu, kalau tak pantang, tak berjamu, tak berbengkung, mana nak sihat.
.
Kuning Bilal sembuh sepenuhnya bila dah nak habis pantang sedangkan baby orang lain, 1 minggu pun dah hilang kuning. Sangat penat dan stress bila tiap-tiap hari perlu ke hospital atau klinik untuk ambil darah Bilal.
.
Asal balik saja ke rumah, saya bentan. Darah menitik-nitik ke lantai, ari-ari sakit melampau dan demam urat menjadi perkara biasa.
.
Februari 2016, saya keguguran pula. Jadi bayangkan, badan yang lemah bertambah sakit. Kegembiraan menerima ahli keluarga baru setahun lalu semakin pudar.
.
Saya masih trauma memikirkan luka yang pernah pecah setahun lalu. Terbayang-bayang situasi di mana bila saya sarat mengandung nanti, parut c-sect pecah dan meletup macam belon.
.
Anak-anak yang lain pula masih kecil, perlukan perhatian, hyper dan aktif buatkan fikiran tambah berserabut. Mereka mula dirasakan sebagai beban.
.
Saya mula menjadi pemarah yang melampau. Setiap hari asyik menjerit-jerit. Rumah bersepah-sepah dan anak tidak terurus. Kadang-kadang saya tak tahu pun apa yang saya marahkan sangat. Menangis ketika mandi perkara biasa, sambil menggigil menahan marah dan benci yang datang secara tiba-tiba.
.
Orang luar nampak seperti tiada apa-apa. Sebab ketika berada di luar rumah, saya bersikap seperti biasa. Tapi bila balik ke rumah, saya mula jadi panas dan menggelegak.
.
Saya mulai membenci ahli keluarga sendiri. Lama-kelamaan saya benci dengan semua orang. Saya rasa tiada siapa pun yang memahami sedangkan mak paling banyak membantu dan berkompromi.
.
.

SIAPA YANG MULA MENGESAN PERUBAHAN SAYA?

.
Junior sekolah saya iaitu Rida Baharudin, dengan hanya melalui tulisan di Facebook waktu saya menulis tentang meroyan dan tindakan orang meroyan.
.
Rida dapat rasakan saya sebenarnya sedang bercakap tentang diri sendiri. Malu, tapi lega bila ada yang sedar dan cuba membantu.





.
Percaya tak, saya tak tahu pun apa yang sedang terjadi pada diri sendiri. Saya agak mungkin disebabkan terlampau tertekan, cerita-cerita di Facebook menjadi sangat emosional hingga disedari Rida.
.
Rida juga pernah mengalami meroyan yang teruk, jadi saya fikir, orang sebegini sangat memahami dan sensitif dengan perubahan sekeliling.
.
Rida juga menasihati saya untuk mendapatkan rawatan doktor. Tapi perkara paling saya takuti, saya akan dicop gila bila diketahui berjumpa dengan doktor pakar sakit jiwa.
.
.

APA TINDAKAN PALING TERUK SAYA PERNAH CUBA BUAT?

.
Banyak.
.
Waktu ni, saya lebih suka mengurung diri di dalam bilik. Anak-anak berterabur. Mak yang bagi makan, masak dan uruskan kain baju saya dan anak-anak. Kakak nombor 2 juga selalu bantu dengan menjaga anak-anak.
.
Waktu ni juga, saya tidak boleh masuk ke dapur. Saya jadi serabut.
.
Pernah waktu sedang memotong sayur, anak-anak bergaduh dan masuk ke dapur sambil menangis, tiba-tiba saya capai pisau pemotong daging, dan meluru sambil mengacah akan menikam mereka. Anak yang ketakutan terus berlari keluar sambil menjerit dan menangis. Dah beberapa kali ini terjadi sampaikan saya tak boleh langsung pegang pisau di dapur.
.
"Bunuh Mas! Bunuh semua!", terngiang-ngiang waktu tu.
.
Memasak jadi perkara paling dibenci. Sebab saya takut hilang kewarasan diri.
.
Sentiasa berhalusinasi bila berseorangan atau ketika mendengar bunyi bising suara anak-anak, buat saya semakin teruk. Nampak baldi, saya teringatkan muka bilal. Rasa nak rendam dia dalam air. Suara-suara jahat di belakang telinga sentiasa mengganggu.
.
Saya menangis. Rasakan diri ibu dan isteri yang paling tak berguna. Yang paling jahat di dunia. Suami balik ke rumah, lauk pun belum dimasak apa-apa. Kadangkala saya hanya goreng telur saja.
.
Tak tahu nak mengadu pada siapa.
.
Kemuncak hilang kewarasan diri adalah bila saya whatsapp kakak, saya katakan saya mahu membunuh diri. Baru lepas solat waktu tu, tapi jiwa saya kosong. Otak bercelaru.

.
Kakak punyalah risau, dia telefon saya berkali-kali, saya tak angkat. Waktu tu saya dah nekad. Tapi tiba-tiba terbayang gelak ketawa anak-anak. Terbayang wajah suami yang penat bekerja dan menunggu masa nak balik ke rumah. Terbayang saat senang dan susah yang dilalui bersama. Terbayang wajah dia yang sangat sayangkan saya dan anak-anak. Terbayang rupa dia mencari dan memeluk Bilal selepas balik dari kerja.
.
Saya terus menangis tanpa henti. Menggigil-gigil bencikan diri.
.
Saya hanya nakkan MASA UNTUK DIRI SENDIRI SAJA. SAYA PENAT. BADAN YANG SAKIT BUATKAN PERGERAKAN TERBATAS.
.
Sambil menangis, saya paksa diri untuk tidur, dan bila bangun saja, saya rasa lega yang amat sangat.
.
.

APA YANG SAYA BUAT UNTUK STABILKAN EMOSI DIRI?

.
Sepanjang tahun lepas, waktu kemurungan belum memuncak, saya mula buat bekal untuk di jual Shariff Miqdad di sekolah. Lepas tu berhenti walaupun ramai kawan-kawan dia minta saya jual semula burger RM1. Gembira sekejap, tapi murung semula lepas tu. Waktu ni saya tak fikir langsung untuk mengambil untung. Hanya satu kebajikan untuk membuat budak-budak kecil gembira dan menyerap aura gembira mereka.
.
Kemudian, saya mula aktifkan diri menjual kimchi dan tteokbokki dengan kakak di Jamae Shop 자매 가게. Tapi disebabkan terlampau penat, dengan kakak pula selalu ikut suami outstation, saya tangguhkan jualan. Murung makin bertambah.
.
Kemudian, saya bantu pula adik ipar menjual bento untuk lunch.
.
Namun, semua pun masih tak dapat mengembalikan kegembiraan.
.
Jadi, saya mula menulis di Facebook. Bermacam-macam cerita saya kongsi terutama sekali tentang anak-anak dan keluarga. Saya juga banyakkan membaca untuk memberi ketenangan. Saya mula rasa lega, kerana menulis ibarat terapi.
.
Saya banyak berborak dengan Rida, dan keluar mengopi dengan kakak nombor 2. Walaupun sering ditegur suami akibat selalu keluar dan tinggalkan anak-anak di rumah dengan mak, tapi saya tetap buat apa yang saya rasa suka. Rasa lega kepala setiap kali balik dari mengopi.
.
Suami takkan pernah faham, sebab saya pun tak tahu nak mula cerita dari mana.
.
Waktu ni, mak dah mula paksa saya minum dan makan apa yang dia buat. Iaitu air ubat dari herba dan rempah yang dibuat sendiri, dan daun hutan yang dipanggil daun harimau beranak untuk mengubati orang meroyan dan sakit badan.
.
Mak pengamal herba dan natural remedy. Jarang sekali dari muda hingga tua makan ubat doktor.
.
Perubahan yang pertama, adalah emosi.
Perubahan kedua, kesihatan diri.
Perubahan ketiga, saya mula menyayangi kembali anak-anak dan suami.
.
Saya juga dah tiada rasa bencikan diri sendiri.
.
Setakat artikel ini ditulis, saya dah sihat sepenuhnya dari segi mental dan fizikal.
Langsung tak ada rasa nak buat perkara bodoh seperti dulu.
Saya tahu, Allah sayangkan saya, dan masih memberi kegembiraan.
.
Bila baca buku "You Can Be The Happiest Woman In The World", saya jadi sebak. Kenapa saya tak jumpa buku ni lebih awal waktu kemurungan tahun lepas. Setiap kali dah habiskan 1 topik, saya mendapat semangat baru, kerana tahu Allah sayangkan dan menunjukkan jalan keluar bagi saya.
.
Bukan saya tidak solat, bukan tidak mengaji, bukan tidak berzikir, tapi dalam keadaan otak bercelaru, jiwa kosong, badan sakit, kita memang tak punya apa-apa daya pun untuk menolak sebarang gangguan pada jiwa.
.
.

APA PESANAN UNTUK ANDA YANG LALUI PERKARA SAMA SEPERTI SAYA?

.
Berkongsilah cerita. Luahkan perasaan dengan orang yang paling kita percayai.
.
Dapatkan sokongan keluarga, dan jika perlu, berjumpa doktor dan dapatkan khidmat kaunseling.
.
Tak ramai tahu jika diri sendiri mengalami kemurungan. Perlu ada seseorang yang sedar dengan perubahan diri kita.
.
Apapun, sokongan keluarga sangat penting.
.
Jangan hiraukan jika ada yang mengata anda pemalas, tak jaga anak-anak. Sebab mereka bukan tahu apa kondisi kesihatan anda, malah sebenarnya mereka taknak ambil tahu pun sebab sikap pentingkan diri. Tau mengata dan membawa cerita saja.
.
Cari aktiviti yang boleh buat kita keluar dari kemurungan dan kesedihan.
.
Antara perkara paling saya gembira, adalah bila mula membuat perkongsian tentang herba dan rempah yang boleh digunakan sebagai natural remedy dengan anda semua. Petua yang dikumpul dari mak, tukang urut, orang tua, bidan lama dan pembacaan buatkan saya gembira.
.
Bila nampak sokongan, dan ucapan terima kasih di atas petua mak dan cerita dikongsi, semangat makin berkobar-kobar. Walaupun kadangkala saya melalut dan bahasakan diri sebagai fiona, tapi tetap berasa gembira. Aura gembira melimpah ruah.
.
Sentiasa tersenyum bila "fiona" adalah usikan comel yang suami berikan kepada saya sejak Shrek ditayangkan. 
.
Rasa gembira dan manis bila dapat sebarkan kebaikan.
.
Ingat, jika anda dah mula ada rasa benci tiba-tiba, rasa nak mencederakan anak, bertukar watak, tolonglah terus dapatkan rawatan. Jangan bertangguh, anda tak tahu nyawa siapa yang akan anda rentap.
.
Berita ibu meroyan bunuh anak bukan main-main. Bukan untuk dijadikan berita pandang sekali lalu saja. Ibu tak sedar pun siapa yang dia pegang, siapa yang dia tikam, siapa yang dia buang.
.
Untuk anda yang tiada kaitan, perilaku ibu meroyan, kemurungan ni, berubah-ubah. Sekejap baik, sekejap garang, sekejap sayang. 
.
Jangan hairan jika anda jumpa mereka di luar, mereka boleh tersenyum-senyum, melayan anda dengan baik, tapi bila balik ke rumah, anak di rotan hingga patah kaki.
.
Sokongan suami dan keluarga sangat penting. Berikan rehat secukupnya buat ibu berpantang. Jangan biarkan emosi ibu berpantang naik dan turun. Pastikan kesihatan mereka di dalam keadaan terbaik supaya emosi sentiasa stabil. Menangis adalah permulaannya.
.
Semoga perkongsian ini boleh dijadikan teladan. Ibu kemurungan memang cenderung membunuh diri dan mencederakan anak-anak. Cari punca mereka murung, dan bantulah mereka keluar dari perangkap itu.
.
Tak ada siapa pun nak bunuh diri dan mencederakan anak sendiri, kalau bukan disebabkan gangguan pada jiwa.
.
Anda suami?
Bantulah isteri. Perhatikan perubahan isteri. Jika sebelum ni dia bidadari dari syurga, tapi tiba-tiba menjadi rasaksa, carilah masa berbual dengan dia. Penat badan lelaki yang bekerja, tak sama dengan penat seorang isteri yang membawa anak dalam perut selama 9 bulan dan keluarkan pula dengan pelbagai masalah.
Bantulah isteri dalam membuat kerja rumah. Isteri bukan orang gaji, tetapi bidadari anda sendiri.
لرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِم (سورة النساء: 34)
“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.” SQ. An-Nisaa’: 34
Jangan hairan jika bidadari anda mula bersikap seperti rasaksa bila bersama-sama anak-anak. Masa anda pulang ke rumah, adalah masa untuk isteri berkongsi cerita, berborak gelak ketawa, anak-anak bergurau, dan bukan masa untuk anda menonton Maharaja Lawak atau konsert, main game di telefon atau keluar lepak dengan kawan-kawan. Isteri bukan tunggul, bukan mak guard.
.
Saya bersyukur suami mula memahami. Salah sendiri kerana tidak pernah cuba buat luahan hati. Kesibukan suami bekerja buatkan saya hilang mood.
.
Mak dan kak Shidah Ab Rashid paling banyak membantu. Saya akan ingat sampai mati jasa dan budi mereka. Kalau tidak, mungkin sekarang saya sedang menangis di tepi kubur, meratapi kematian anak-anak. Mungkin juga dah masuk hospital gila.
.
.
Jika rasa boleh membantu yang lain, kongsilah supaya semua pun dapat manfaat. Tapi jika anda berkongsi hanya untuk mengecam perilaku saya waktu kemurungan, saya hanya mampu doakan yang terbaik saja untuk anda. Apa lagi yang boleh saya katakan jika orang taknak faham?
.
Semoga anda semua mendapat manfaat dari perkongsian hari ini.
.
Saya kongsikan juga doa hilangkan rasa sedih dan resah gelisah.
إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”
.
— HR. Al-Bukhari 7/158. Rasulullah senantiasa membaca doa ini, lihat kitab Fathul Baari 11/173.
.
.
Amalkan juga zikir ini di pagi hari.
.
Zikir Pagi No. 4
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِيْنِيْ وَدُنْيَايَ وَأَهْلِيْ وَمَالِيْ اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِى وَآمِنْ رَوْعَاتِى. اَللَّهُمَّ احْفَظْنِيْ مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِيْ، وَعَنْ يَمِيْنِيْ وَعَنْ شِمَالِيْ، وَمِنْ فَوْقِيْ، وَأَعُوْذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِيْ
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kebajikan dan keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kebajikan dan keselamatan dalam agama, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah auratku (aib dan sesuatu yang tidak layak dilihat orang) dan tenteramkanlah aku dari rasa takut. Ya Allah, peliharalah aku dari muka, belakang, kanan, kiri dan atasku. Aku berlindung dengan kebesaran-Mu, agar aku tidak disambar dari bawahku (oleh ular atau tenggelam dalam bumi dan lain-lain yang membuat aku jatuh).” (Dibaca 1 x)
.
Tonton temuramah saya dengan Ibu Rose di sini selepas selesai di Astro tempoh hari.
.
#like dan #share untuk educate lebih ramai lagi wanita di luar sana.
.
Semoga saya mendapat #komen yang positif yang boleh memberi semangat di atas perkongsian terbuka saya.
.
INGAT, MEROYAN BUKAN PERKARA RINGAN.
YOU ARE NOT ALONE.
BUT YOU ARE STRUGGLING TO LOVE.

-Mastura Ab Rashid-

sekian..

Saturday, 10 June 2017

TANDA-TANDA DAN PENYEBAB KANSER SERVIK YANG WAJIB KITA TAHU

Assalamualaikum...



Hari ni (10-6-2017) kita dikejutkan dengan kehilangan artis dari seberang iaitu Julia Perez atau Jupe yang dikatakan menderita penyakit kanser servik atau kanser rahim..Setiap wanita yang kerap melakukan hubungan seks dan yang sudah berkahwin wajib menjalani ujian pap smear  bagi mengesan tanda-tanda kanser servik . Kecuali bagi wanita yang telah membuang rahim nya melalui pembedahan . Tapi bagi yang membuang rahim akibat kanser servik , korang tetap kena jalani ujian pap smear ini.



Korang mungkin rasa selama ni tak ada masalah kesihatan yang teruk jadi korang ingat korang bebas dari penyakit ini.Tapi kanser servik ni membunuh dalam diam.Jupe sendiri dia dapat kesan penyakit kanser ni bila kansernya dah di tahap 2. Kemudian tanda- tanda kanser servik jelas dan ianya semakin merebak dan akhirnya Jupe meninggalkan kita buat selamanya.. Innallilahiwainailaihirojiun...

Kajian mengatakan virus HPV adalah penyebab utama kanser rahim. Virus HPV ni ialah virus yang menyebabkan terjadinya bintik-bintik pada kelamin atau dibahagian kulit kita.Bukan semua Virus HPV menyebabkan kanser tapi yang biasa mengakibatkan kanser ni ialah virus HPV 16 dan Virus HPV 18 .


Ada beberapa faktor penyebab kanser servik dikalangan wanita.


1- Hubungan seks diusia muda
2- hubungan seks dengan ramai lelaki
3- Jangkitan kelamin
4- Merokok.
5- Penggunaan ubat-ubatan yang mempengaruhi sistem imun tubuh seperti ubat yang digunakan untuk pengidap penyakit Autoimmune


Tanda-tanda kanser servik

Penyakit kanser servik ini memang sukar dikesan di peringkat awal . Kebiasaan nya tanda -tanda nya jelas apabila sudah ditahap serius.

Tanda -tanda kanser  Rahim:-

1- Kitaran haid yang tidak teratur.
2- Intermenstrual atau pendarahan yang berlaku di antara tempoh haid.
3- Pendarahan tidak normal selepas melakukan hubungan seks
4- Sakit belakang, sakit kaki, dan sakit pelvis.
5- Mudah lelah.
6- Penurunan berat badan dan hilang selera makan.
7- Bengkak di salah satu kaki.

Penyakit ini boleh  di rawat jika dari awal ianya dapat di kesan .Hanya dengan ujian pap smear sahaja tanda-tanda awal dapat dikesan sebelum ianya ke tahap yang lebih serius dan sukar di rawat. Lakukan ujian pap smear setiap tahun atau selepas anda melahirkan anak.Mencegah lebih baik dari mengubati..


Sekian...

Wednesday, 3 May 2017

APA MAKANAN YANG BOLEH DIMAKAN JIKA PERTAMA KALI BERDIET

Assalamualaikum...





Siapa yang start hari ni untuk berdiet demi hari raya nanti?Kalau dah ada niat nak berdiet itu memnag dah bagus cuma kadang2 belum sampai setengah hari dah hilang semangat nak berdiet tu.Jam 10 dah minum teh tarik.Makan tengahari order minum sirap bandung cincau, petang jam 3 makan keria gula melaka.Amboih..lupa terus pada niat awal tadi aitu nak berdieT habis tu , untuk orang yang pertama kali berdiet , apa makanan yang boleh di makan?

Baru nak mula berdiet


Pada yang baru nak start diet hari ni atau yang pertama kali nak berdiet, korang kena pilih dulu diet apa yang korang nak buat.Ada macam-macam jenis diet, Diet atkins, diet kalori, diet protein, diet yoyo, macam-macam lagi la. .Bila dah tetapkan apa jenis diet yang korang nak buat , perhatikan pulak menu-menu yang disarankan dalam setiap diet.Setiap diet ada menu harian nya.Kalau korang ikut mesti diet korang akan membuahkan hasil.

Saya sendiri dah agak lama tak berdiet.Dalam sebulan ni berat badan pun naik mendadak sebab makan macam2 terutamanya benda-benda manis.Makan lewat malam tu memang dah biasa sangat.Dapat rasa berat badan naik bila berdiri je, tumit rasa sakit.

Saya orang yang mudah sangat bertambah berat badan.Orang lain makan nasi sekali sehari tak de jadi gemuk.Tapi saya setiap hari makan nasik sekali je, cukup seminggu try la timbang.Memang naik mendadak berat badan saya.Sebab tu bila diet saya elak kan nasi dan gula.2 benda ni paling perlu dielak kan.

Apa yang saya makan ketika berdiet?



Dulu saya pengamal diet atkins.Diet ni paling best buat sebab kita boleh makan macam2 kecuali karbohidrat dan gula.Gula langsung tak boleh ambil.Karbohidart ada sukatan nya yang boleh diambil tapi sebaik nya tak ambil kalau nak proses turunkan berat badan tu cepat.Alhamdulillah dalam masa tak sampai 3 bulan saya dapat berat ideal.

Tapi saya dah tak buat atkins lagi..Saya cuma tak makan nasi dan tak ambil makanan dan minuman yang ada gula je sekarang.Buah-buahan, sayuran, ikan daging ayam dan oat   saya makan.Harap2 saya dapat semula berat 55kg saya sebelum hari raya ni.Sebab dah niat tak mau beli baju raya.Nak pakai yang lama je. Kalau tak turun berat badan ni , nak pakai apa pulak nanti..kan??hahah..terpaksa pakai telekung je la jawab nya..hahahh..Selain tu saya juga ada ambil kolagen untuk kuat kan badan dan cantik kan kulit.nak raya punya pasal..kan??hahah..saya ambil kolagen taracocoa.

selamat berjaya saya ucapkan.Ianya bukan perkara yang mudah tapi tak mustahil yang penting kita kuat , tetapkan pendirian dan fikir raya nanti nak pakai cantik-cantik.Hahahh.

sekian..

Saturday, 1 April 2017

PAKAR BEDAH INI BERJAYA TANAM TELINGA PADA LENGAN KEMUDIAN PINDAHKAN KE KEPALA.

Assalamualaikum..

Rasa kagum dengan kemajuan teknologi prubatan masa kini.Saya terbaca kisah ni di laman web Shanghaiist.Kisah nya seorang lelaki kehilangan telinga dalam satu kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu.Namun malang nya telinga tersebut tak dapat di sambung semula kerana terdapat parut dibahagian tersebut.


Namun dengan kecanggihan teknologi masa kini kini dia mampu mempunyai telinga seperti orang lain.Seorang pakar bedah , Dr. Gua Shuzong yang mengendalikan kes ini telah berjaya memberi kehidupan baru buat orang lain melalui prosedur yang agak rumit dan mengambil masa.


Awal nya tulang rawan pesakit akan di ambil dan dibentuk seakan telinga menggunakan teknik percetakan 3D.Tulang tersebut kemudian nya di tanam di bahagian lengan pesakit untuk beberapa bulan.
Tulang rawan tersebut di tanam di bahagian yang mempunyai aliran darah supaya "telinga" tersebut dapat menerima aliran darah seperti telinga asal.



Selepas beberapa bulan, telinga tersebut telah menerima aliran darah yang menunjuk kan operasi ini hampir menuju kejayaan.





Telinga tersebut kini sudah dipindah kan ke bahagian telinga pesakit dan ia nya akan mengambil masa beberapa minggu untuk sembuh dan dibenarkan pulang.

sekian..

Friday, 24 March 2017

6 TANDA AWAL SEBELUM BERLAKU SERANGAN JANTUNG

Assalamualaikum..



Hari ni dikejutkan dengan kehilangan suami penyanyi Nora Arifiin yang meninggal akibat serangan jantung.Innalillahiwainailaihirojiun...Alfatihah..

Serangan jantung ni bukan saja dialami oleh orang yang memang ada penyakit jantung,malah orang yang nampak sihat jugak boleh mengalami serangan jantung.25 % serangan jantung beraku secara tiba-tiba tanpa dapat dikesan signalnya. Namun perlu untuk kita ketahui apa tanda-tanda kita bakal terkena serangan jantung.Sedikit maklumat yang saya ambil di merdeka.com untuk pengetahuan kita bersama.


1-Pembengkakan
Bengkak pada bahagian kaki atau pergelangan kaki.Jika dibiarkan cairan pada bahagian kaki akan bertambah dan kita akan bertambah berat badan.Apabila tanda ini timbul nafsu makan juga jadi berkurangan.



2-Gelisah
kebanyakan mereka yang mengalami serangan jantung akan  merasa perasaan yang tidak keruan dan gelisah.Ianya seperti petanda yang jelas .Untuk itu jika merasa gelisah pastikan kita dalam keadaan sedar dan tidak panik kerana ianya akan memburuk kan keadaan.cuba tarik nafas dan bertenang jika merasa gelisah serta jangan bersendiri.

3-Sakit yang semakin kuat
Biasanya sebelum mengalami serangan jantung kita akan merasa kesakitan yang  semakin lama semakin kuat dan merebak ke bahagian tubuh lain.Awalnya sakit di bahagian dada, kemudian bahu. lengan leher , rahang , punggung dan perut.Segera dapatkan bantuan.



4-Batuk
Cairan akan berkumpul diparu-paru dan menyebabkan kita batuk berterusan dan adakalanya hingga mengeluarkan darah.Batuk akan disertai dengan rasa sesak nafas

5-Tidak selesa
Tanda lain sebelum serangan jantung berlaku apabila kita akan merasa tidak selesa, pening dan mual disertai dengan badan berasa sejuk, sesak nafas dan berpeluh.



6-Sakit dibahagian dada
Kita akan berasa sakit dibahagian dada dengan rasa yang berat dan mencengkam..sakit yang dialami sekitar 5-10 minit .Ini adalah tanda  terakhir dan jika mengalami sakit dada yang mencengkam , serangan jantung akan terus berlaku.

semoga bermanfaat untuk semua...


sekian..




Wednesday, 15 March 2017

SELALU DISERANG MIGRAIN?ELAK KAN 3 JENIS MAKANAN INI

Assalamualaikum...




Sejak saya kawal makan , saya memang dah lama tak diserang migrain.Dulu kalau terbau asap rokok je terus rasa nak pengsan..Tak boleh angkat kepala..Sampai kena vertigo la disebabkan migrain ni.Tapi sejak buat diet atkins terus hilang migrain tu.Memang sekarang saya ni buat atkins on off je.Bila rasa macam malas dan badan rasa berat  je mula la buat atkins seminggu..lepas tu stop kejap, dan buat semula lepas seminggu..Tapi migrain hilang terus.Alhamdulillah..

Dalam atkins ada banyak juga makanan yang kita tak boleh ambil.Ianya untuk kebaikan kita jugak.Bukan selamanya kita tak boleh ambil .Sebab itu dalam atkins ada tahap2 yang kita kena ikut.Yang tu korang kena google la ye..Salah satu kebaikan atkins ni ialah ianya boleh menghilangkan migrain.Nak tahu kenapa??sebab gaya hidup dan gaya makan kita berubah.Migrain ni puncanya dari makanan juga.nak tahu apa makanan yang kita boleh elak kan supaya tak diserang migrain??



1-Salah satu makanan yang boleh menyebabkan migrain ialah makanan yang berasaskan tepung gandum seperti kek, biskut , pastry dan sebagainya.Paling perlu dielak kan bila makanan jenis ini dimasak dengan cara di bakar.




2-Makanan yang siap diproses seperti sosej, nuget,kentang goreng dan mee segera kadang2 diletak kan bahan sampingan lain seperti pengawet dan sodium nitrat .Sodium nitrat boleh menyebabkan pembengkakan pada saraf.Ini lah punca utama kenapa kita kerap diserang migrain.Ini jenis makanan yang saya dah lama tak sentuh dan kesan nya saya sekarang bebas dari migrain.kalau teringin nak makan nuget saya buat sendiri je.



3-Baru-baru ni saya terbaca yang MSG tidak merbahaya untuk di makan.Sekian lama pemikiran kita menidak kan kebaikan yang ada (sebenarnya tak ada) pada MSG tapi sekarang ada pulak pihak2 tak bertanggungjawab nak melariskan produk mereka mungkin, terpaksa guna cara kotor ni.Walau apa sekali pun elak kan mengambil MSG dalam makanan korang.MSG bukan saja boleh menyebabkan migrain malah ianya juga punca berat badan kita naik mendadak.


Untuk mereka yang kerap mengalami migrain sudah masa nya untuk mengubah tabiat makan.Saya pernah jumpa sorang wanita ni dia badan gemuk, kerap sakit kepala.Dia rasa dia ada penyakit serius bila kepala dia kerap sakit sampai tahap tak boleh nak tidur..rasa nak menjerit.Padahal yang sebenarnya dia mengalami migrain disebabkan tabiat makan yang tidak sihat.

semoga bermanfaat untuk semua..


sekian..

Thursday, 9 March 2017

RAHSIA KECANTIKAN VICTORIA BECKHAM

Assalamualaikum...

Korang tengok Victoria beckham ni cantik tak??
muka dia bagi aku cantik la untuk wanita yang berusia 40 tahun..
tak de kedut atau jeragat..
maknanya dia memang jaga sungguh muka dia..kan??


nak tau dia pakai apa kat muka dia...
Bee pollen..ni aku baru tau pasal Bee Pollen ni..
Pollen merupakan debunga jantan yang dikumpul oleh lebah-lebah pekerja. Lebah-lebah ini akan menambah nektar atau madu daripada pundi madu mereka ke atas pollen yang akan menukarkannya dari bentuk serbuk yang teramat halus kepada butiran yang mampat atau granul.
ianya nampak seperti sarang lebah kerana ada lubang-lubang tempat lebah betina meninggalkan telur. Bee pollen ini mengandungi asam amino, vitamin B, folic acid, enzim dan co-enzim alami. Harganya memang mahal dibandingkan madu biasa.

Madu ini cukup berkesan untuk  mengatasi masalah kulit seperti jerawat, eksim, psoriasis, dan melembabkan kulit sehingga kelihatan  lebih tegang dan awet muda. Selain itu, bee pollen juga baik untuk pencernaan, sistem kardiovaskuler, serta meningkatkan metabolisme tubuh.


Rawatan ini juga juga menarik minat wanita lain seperti Kate Middleton dan Camilla Parker Bowles, yang mengakui bahawa hasil perawatannya sangat memuaskan.

kalau yang banyak duit ni kena cuba la..kan??
tengok kat facebook tak ramai pulak yang jual
produk yang ada  pollen ni kan??
Harganya jangan cakapla..mahal tau..Mungkin sebab keberkesanan nya..

sekian...


Friday, 6 January 2017

9 KEBURUKAN MENGAMBIL KUNYIT DALAM MAKANAN DAN MINUMAN SECARA BERLEBIHAN

Assalamualaikum..





Sekarang ramai yang suka mengamalkan pengambilan jamu tradisional walaupun banyak vitamin untuk kesihatan di jual di pasaran namun jamu tradisional masih menjadi amalan . Antara yang paling diperkatakan masa kini ialah jamu kunyit.Ada yang menjadikan nya amalan wajib setiap hari .Sedangkan sepatutnya jamu kunyit hanya diamalkan 2-3 kali seminggu kerana jika diambil berlebihan terdapat kesan buruk pada kesihatan terutamanya wanita.

Berdasarkan pembacaan saya , saya senaraikan beberapa keburukan pengambilan kunyit atau jamu kunyit secara berlebihan.

1) Risiko untuk ibu mengandung
Untuk wanita yang hamil dan yang sedang menyusukan bayi elak kan mengambil kunyit secara berlebihan kerana kunyit boleh mengurangkan susu ibu.Ianya juga boleh menyebabkan pendarahan pada ibu mengandung.Dikalangan orang-orang tua ramai mengatakan ibu hamil yang mengambil kunyit berlebihan akan membuatkan hilangnya selera makan dan  bayi yang lahir mudah mendapat penyakit seperti asma . Jika wanita tersebut kerap merasa mual dan pening , pengambilan kunyit akan memburuk kan lagi keadaan.



2- Gastrik
Bagi pengidap gastrik mengambil kunyit setiap hari akan membuatkan anda sakit perut, cirit birit dan mudah merasa mual.Ini kerana asid gastrik yang bertambah terbentuk apabila anda mengambil kunyit berlebihan.

3- Monopose
Untuk wanita yang sudah berkahwin jika anda mengambil kunyit dalam makanan dan minuman  setiap hari anda mungkin berdepan masalah cepat monopos dan bahagian intim anda cepat kering ketika melakukan hubungan intim dengan pasangan.Ini sudah tentu menjejaskan hubungan anda suami isteri.


4- Kimoterapi
Ada antara mereka yang mempunyai penyakit kronik perlu melakukan kimoterapi. Jadi bagi anda yang akan melakukan kemoterapi sebaiknya elak kan  makanan dan minuman yang mengandung kunyit, agar efek dari kemoterapi anda tidak berkurangan.


5-Alergi
Setiap kali anda makan makanan tertentu badan anda menjadi gatal, berbintik merah, bengkak dan sebagainya.??Berhenti mengambil kunyit dalam makanan dan minuman dan segera dapatkan nasihat doktor.

6-Gangguan pada ubat-ubatan
Jika anda sdang mendapatkan rawatan doktor dan mengambil ubat-ubatan dihospital dan klinik elak kan minum jamu kunyit kerana ianya akan mengganggu proses penyerapan ubatan moden jika diambil pada masa yang sama.

7-Gangguan pada rahim
Sudah lama berkahwin tapi masih belum ada tanda-tanda anda bakal menimang cahaya mata?Mulai hari ni hentikan pengambilan kunyit dalam minuman dan makanan dan mulakan gayat hidup sihat.


8-Anemia
Terlalu kerap mengambil keunyit tidak kira dalam bentuk apa pun, jamu,ekstrak atau pil, boleh memusnahkan  (sel darah merah) dan eritrosit (sel darah putih). Jika  sel-sel darah merah berkurangan  ada kemungkinan banda mungkin mengidap anemia.

9-Tekanan darah rendah
Bagi mereka yang mengidap tekanan darah rendah kurang kan pengambilan kunyit kerana kunyit mampu mengubah paras gula darah dalam tubuh.

Namun begitu kunyit juga mempunyai banyak kesan baik pada tubuh badan kita.Jika  ada masalah  kesihatan ada baiknya kita dapatkan rujukan dan nasihat doktor sebelum mengambil jamu kunyit atau apa saja makanan kesihatan yang berasaskan kunyit  kerana tubuh badan setiap dari kita tidak sama.



Kesan buruk yang saya nyatakan diatas hanya melibatkan pengambilan jus kunyit , ekstrak kunyit dan pil kunyit secara berlebihan sahaja.Contohnya macam Jus jamu kunyit yang banyak dipasaran sekarang. Saya agak terkejut bila ada yang mampu habiskan sebotol jus kunyit dalam masa 4 hari.Bukan kah ianya pengambilan yang berlebihan.Jangan kerana tergoda dengan iklan-iklan di facebook dan sebagainya , penyakit kita semakin teruk dan serius.


semoga bermanfaat untuk semua...


sekian..

Tuesday, 27 December 2016

10 MAKANAN INI PERLU DIELAK KAN UNTUK DAPATKAN PERUT YANG RATA DAN PINGGANG YANG RAMPING

Assalamualaikum...



Perut dan pinggang yang ramping memang menjadi idaman ramai orang.Namun gaya hidup yang tidak sihat dan corak pemakanan yang salah membuatkan ramai yang hanya mampu bermimpi untuk mendapatkan bentuk badan idman.Tapi segalanya tak jadi mustahil jika kita mengubah menu harian dan disertakan dengan senaman tertentu.Nak tahu 10 makanan yang perlu dielak kan untuk mendapatkan perut yang kempis dan pinggang yang ramping?

1) Minuman beralkohol
2) Minuman ringan
3)Gula-gula getah
4) MSG
5) Makanan segera
6) Mayonis
7) kentang goreng
8) aiskrim
9) Makanan yang membuatkan anda kerap kentut(kekacang)
10) makanan yang tertera "sugar free" dibungkusan nya- jangan tertipu kerana yang korang perlu rujuk  adalah kandungan nutrisi di belakang kotak atau produk


Korang kena rajin-rajin ambil tahu apa makanan yang korang makan.Kadang2 apa yang dipaparkan pada pack produk tersebut bukan lah seperti apa yang korang bayang kan.Tak salah bertanya pada orang lain untuk kepastian.

Ada makanan kegemaran korang diatas ni??dah tentu la ada..kan??hahahah..Sebenarnya nak makan boleh tapi dalam kuantiti sedikit je..Dan jangan diamalkan setiap hari.Kalau badan bulat siapa yang susah.Diri sendiri jugak..kan??


sekian..




Friday, 16 December 2016

KETAHUI JENIS SENAMAN DAN DIET MENGIKUT BENTUK TUBUH BADAN WANITA

Assalamualaikum...


Kalau bercakap tentang bentuk badan wanita ni sampai esok tak habis sebab masing2 ada kelebihan dan kekurangan nya.Ada orang pinggang ramping tapi pinggul dan kaki nya besar..ada yang bahagian atasnya besar tapi bahagian bawah kecil je.

Hari ni saya nak kongsikan info yang saya baca di BRIGHTSITE tentang bentuk tubuh badan wanita ni. Apa diet yang sesuai dan jenis workout yang sesuai dengan bentuk badan kita.
Sebelum tu kita kena tahu la apa jenis bentuk badan Kita sama ada Apple, Pear, Hourglass atau pun banana (rectangular)....


RECTANGULAR- Untuk korang yang bntuk badannya  rectangular atau banana korang sesuai buat latihan kardio yang terdiri dari beberapa latihan untuk membina otot-otot yang berbeza.Ianya memberi bentuk pada pinggang anda dalam masa yang sama membuang lemak disekitar nya.
Diet yang sesuai pula adalah lebihkan karbohidrat dan kurangkan protein.Lebihkan portion sarapan dan kurangkan makan malam.

PEAR- Bagi korang yang ada bentuk badan Pear korang perlu lebihkan aktiviti bersukan seperti berbasikal dan berenang tapi sertakan juga latihan kardio untuk menaik kan lagi stamina.Waktu paling sesuai untuk bersenam ialah pada awal pagi dan lewat petang.Dari segi pemakanan wajib ambil buah-buahan dan sayur-sayuran.Elak kan mengambil protein yang mengandungi kandngan lemak.



HOURGLASS- Bagi korang yang ada bentuk badan hourglass korang sangat beruntung kerana korang hanya perlu mengekalkan berat korang pada berat ideal sahaja dan ianya akan tampak sempurna.Namun korang kena juga bersenam dan senaman yang sesuai ialah earobik, atau zumba di lewat petang.Untuk pemakanan ambil produk tenusu, sayur hijau dan protein yang rendah lemak.Elak kan merokok, alkohol, gula dan kurangkan pengambilan karbohidrat dalam kuantiti yang kecil.

APPLE- Korang yang mempunyai bentuk badan Apple pula kena kerja keras sedikit.senaman yang sesuai dengan korang ialah jogging dan  aerobik. Berenang paling sesuai untuk korang sebab ianya membentuk tubuh korang tanpa membesarkan otot korang.Korang sesuai buat daiet vegetarian iaitu lebihkan sayuran dalam menu korang...Boleh ambil sekit sahaja krim , butter , sos atau coklat atau elak kan terus untuk mendapatkan kesan lebih cepat.



Semoga bermanfaat untuk semua..

sekian..