Showing posts with label influencer. Show all posts
Showing posts with label influencer. Show all posts

Monday, 15 October 2018

IKUT 5 TIPS INI DAN ANDA AKAN MENJADI SOSIAL MEDIA INFLUENCER YANG TERBAIK



Orang muda sekarang ramai yang berlumba-lumba nak menjadi media sosial influencer. Mungkin sosial media influencer dianggap perkara yang sia-sia bagi mereka yang tak tahu fungsi influencer tu sendiri tapi sebenarnya sosial media Influencer memberi kesan yang sangat baik bagi perniagaan-perniagaan besar dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ni.

Tengok la berapa banyak iklan-iklan yang dibuat oleh sosial media Influencer ni mewakili jenama-jenama dan syarikat besar. Dengan kuasa viral di tangan mereka, produk dan perkhidmatan lebih cepat sampai kepada sasaran .




Tapi jangan tak tahu nak jadi sosial media influencer ni pun ada caranya. Ada yang sampai kena mengeluarkan wang sendiri agar lebih cepat mendapat pengikut dan mudah dikenali.

Kali ni saya nak kongsikan beberapa tips yang korang  patut buat kalau nak jadi sosial media influencer..


Langkah 1 . Anggap ianya seperti pekerjaan sepenuh masa
Kalau nak dianggap sebagai seorang sosial media influencer yang serius korang kena lah mendapat kepercayaan dari orang lain. Korang boleh anggap apa yang korang buat sekarang adalah pekerjaan sepenuh masa.

Kalau setakat ada bakat dan kreatif saja tapi tak berjaya buat orang percaya dengan korang, tak kan buat wakil2-wakil perniagaan berminat dan ambil korang. Korang kena berusaha buat yang terbaik.

Korang boleh share personal life korang secara percuma untuk permulaan. Ramai sosial media influencer yang bermula dengan mempromosikan sesuatu dalam bentuk pengajaran atau sesuatu yang berkaitan bakat diaorang dengan secara percuma saja.

Korang juga kena ada jadual untuk publish video atau post-post korang supaya lebih teratur.




Langkah 2. Bersemangat dan konsisten.
Ramai sosial media influencer yang berjaya hanya sekerat jalan sebab diaorang tak konsisten. Mereka tak de interaksi dengan pengikut mereka.

Diawalnya memang agak susah nak dapatkan like dan komen apa lagi nak orang follow kita tapi kalau kita konsisten update, dan ada interaksi dengan pengguna sosial media yang lain, mesti akan ada hasilnya.

Makin lama orang akan follow kita sebab dia tahu perkongsian kita menarik. Tak de siapa nak follow akaun yang kejap timbul kejap tenggelam.

Jadi kalau nak orang follow kita , sentiasa update dan konsisten.



Langkah 3. Comuniti is King.
Pernah dengar orang kata "content is king"?? tetapi yang sebenarnya tanpa pengikut setia, kandungan yang baik cemana pun tak kan di pandang. Korang terpaksa bersetuju dengan yang ni.. Pengikut setia ni la yang akan mula share dan orang lain akan nampak content dalam sosial media korang.

Walaupun jumlahnya sikit je tapi dengan bantuan diaorang ni la pengguna sosial media lain akan terhubung dengan korang. Makin hari makin ramai kenal.

Jaga diaorang baik-baik ye. Jangan nak ikut kepala sendiri je. kena faham apa yang pengikut sosial media korang nak?Apa yang diaorang suka dan apa yang diaorang tak suka.? Apa yang boleh buat korang nampak 'wow' .


Langkah 4. Sentiasa cipta sesuatu yang baru
Nak buat korang nampak wow dimata pengikut sosial media korang kena la cipta sesuatu yang baru. Kalau buat video kena la kreatif..Kalau ambik gambar biar nampak menarik. Boleh masuk kan unsur-lucu lucu sebab kat sosial media ni kalau benda kelakar kejap je orang kongsi pada orang lain.

Boleh juga buat video yang bagi pengajaran pada orang lain, yang ada mesej2 yang baik.

Kalau 2,3 tahun lepas , setakat selfie dengan produk je mungkin benda yang orang rasa menarik tapi sekarang dengan lebih banyak sosial media influencer yang buat kelainan , korang kena buat sesuatu yang baru.Tak boleh dah setakat selfie.

Korang boleh guna kan IG, youtube atau twitter sebab apa yang saya nampak di 3 platform ni la bermula nya video-video yang jadi viral.

Di samping konsisten,  kandungan nya juga perlu menghiburkan.





Langkah 5. Berhubung dengan jenama-jenama besar.
Cara paling mudah untuk mendapatkan perhatian jenama-jena kat luar nun ialah dengan menghantar mesej secara terus kepada mereka di Instagram atau Twitter.

Kalau korang tak mulakan , diaorang tak kan nampak korang.

Tak payah buat portfolia yang gah bukan main. Kandungan yang ada dalam sosial media korang tu dah cukup untuk diaorang nilai korang ni influencer yang macam mana..