Showing posts with label ibu mengandung. Show all posts
Showing posts with label ibu mengandung. Show all posts

Friday, 12 May 2017

MOEDER - SUSU UNTUK IBU MENGANDUNG DAN IBU YANG MENYUSUKAN BAYI

Assalamualaikum..



Seorang wanita bila dia tahu saja dia sudah hamil perkara pertama yang dia fikir dan buat ialah menjaga kandungan nya dengan baik.Dia akan mula kan dengan makan makanan berkhasiat dan menjauh kan dirinya dari stress.Dia mula memilih makanan nya bukan saja baik untuk dirinya malah untuk kandungan nya juga.Tapi ada juga ibu-ibu yang diawal kehamilan nya , dia tak mampu nak makan macam selalu.Alahan membuatkan dia hanya makan makanan tertentu dan dah tentulah bayi di dalam kandungan pun mendapat zat yang terhad.Sebab itu lah ibu-ibu yang hamil disarankan minum  susu Moeder ni.Susu ni khas untuk ibu-ibu mengandung dan yang menyusukan bayi.

Kandungan dan Ramuan Moeder



Bila sebut je susu ramai yang tak berani minum sebab dia fikir susu ni tak sedap.Tapi zaman dah berubah..Dah macam-macam kajian dan perubahaan di buat bersesuaian dengan selera masa kini.Kandungan susu bukan hanya ada susu kambing atau lebu tapi dah di campur dengan beberapa bahan lain yang lebih berkhasiat.Apa yang istimewanya susu Moedr ni ianya dibuat dari susu kambing.Susu Moeder tak gunakan susu lembu jadi orang yang ada alahan pun boleh minum susu Moeder.

Selain dari susu kambing bahan lain yang terdapat dalam Moedre ni ialah  Ekstrak Tomato, Habatussauda Madu,Ekstarak Anggur, Lutein, bird nest, Seaweed , Buah Tin, Kurma, Gam Arab, Billberry , Aloe Vera, Lobak Merah, Brokoli, Betik, Stevia , Omega 3, Vanila, dan juga non diary creamer. Semuanya bahan-bahan yang mempunyai khasiat yang tinggi dan bagus untuk ibu-ibu hamil dan menyusukan bayi.

Khasiat Susu Moeder


-Untuk Ibu hamil - pengalaman saya hamil anak kedua 5 tahun lalu memang sangat mencabar.Tekanan darah turun dan naik tak menantu.Mudah pitam, Hilang selera makan  dan saya tak boleh duduk atau baring terlalu lama akibat sakit tulang pinggul dan tulang belakang.

Itu adalah perkara-perkara  biasa yang setiap ibu hamil lalui. Sebab itu lah ibu-ibu digalakkan mengambil Moeder ketika hamil .Susu Moeder ni mampu menguatkan kandungan , mencegah sakit pinggang dan tulang belakang,memberi tenaga ketika proses bersalin malah jika diamalkan secara berterusan mampu mencantik kan kulit ibu .Tak la kulit jadi gatal2 sampai meninggalkan parut di kulit.



 - Untuk bayi dalam kandungan - Ibu-ibu yang hamil mesti impikan kulit bayi yang putih bersih dan bayi yang sihat.Dengan mengamalkan susu Moeder sepanjang kehamilan bayi yang baru lahir  akan mempunyai kulit yang putih dan membantu kecergasan otak bayi .Selain itu susu moeder membantu menguatkan sistem paru-paru bayi malah bayi juga kurang risiko mengidap demam kuning.Jangan pandang ringan jika bayi terkena demam kuning kerana emosi ibu juga turut terjejas sepanjang berpantang jika kuning pada bayi tidak berkurangan..Perkara ni juga pernah saya lalui dan ianya betul2 membuatkan saya stress .

-Untuk Ibu Yang Menyusukan Bayi - Setiap ibu mesti mempunyi impian untuk menyusukan anak nya sendiri.Tambahan lagi susu ibu sangat penting untuk bayi dan susu ibu adalah yang paling baik untuk pertumbuhan bayi yang sihat.Namun jika ibu kekurangan susu ianya bukan saja melemahkan semangat ibu untuk menyusukan bayi sehingga 2 tahun malah anak juga  tidak mendapat kebaikan dari susu ibu itu.Dengan mengamalkan susu Moeder ketika dalam berpantang , ianya berfugsi sebagai milk booster yang boleh memperbanyak kan pengeluaran susu ibu, mengurangkan selulit , merawat luka dalaman dan mencegah kenaikan berat badan ibu.

Cara minum susu Moeder


Susu Moeder sangat bagus diminum setiap pagi dan malam .rasa vanila yang sangat sedap Cara nak minum  , cuma campurkan 1 paket susu dengan 150ml air suam . Kacau rata dan minum . Minum 1-2 kali sehari.Susu ni kanak-kanak tak boleh minum tau.Ini Khas untuk ibu hamil dan yang menyusukan bayi je.



Hrganya untuk 1 bekas susu Moeder ni cuma rm159 (sm) - dan rm169 (ss)  dan penghantaran adalah percuma. Tapi sekarang ada Promosi. Harga promosi cuma RM129 sm/ss .Cepat2 ambil peluang ni. Bukan sellau kita mengandung dan ada bay ni..Masa baby dari dalam kandungan dan masih kecil ni la kita start beri mereka yang terbaik.


Company: Millennial Gen Sdn Bhd

Alamat:
11G, Jalan Keluli AL7/AL, Pusat Perniagaan Bukit Raja,
Section 7, 40000 Shah Alam, Selangor

HP: 010 404 2769

Office: 03 3358 5344

Web: www.millennialgen.biz

Facebook: (Kelab Ibu Cantik - Millennial Gen)

Instagram: moeder_hq

sekian..

Friday, 7 October 2016

PETUA UNTUK WANITA MUDAH BERSALIN

Assalamualaikum...




Selamat pagi semua...
makin hari makin panas kan??
pagi2 lagi dah rasa panas..belum sampai tengahari lagi..
kalau jam 2,3 petang tu
dah rasa berbahang je muka nih..
aku nak cerita pasal
apa yang aku dapat masa pi klinik hari tu..
aku ada sembang dengan sorang makcik kat klinik tu..
dia cerita la petua-petua nak mudah besalin ni..
satu cara mudah nak besalin
katanya banyak kan makan kacang bendi.

makan hari2..
bila nak besalin nanti 2,3 kali teran je dah besalin.
nak besalin pun tak payah tunggu lama..
lepas turun tanda,sejam dua lepas tu mesti besalin..
itu kata makcik tu la..

lepas tu kenyataan dia disokong oleh ahkak2
yang ada kat klinik tu..
jadi mulai hari ni aku nak makan kacang bendi banyak2 la..

heheheh

satu lagi petua untuk mudah bersalin supaya tak lekat uri.
macam kes aku yang besalin uri lekat ni,
dia kata amalkan makan daun kaduk..
buat ulam makan dengan nasik.
insyaallah tak kan lekat uri lagi..

satu lagi dia pesan
kalau ada bidan nak ngurut atau tanam uri,
atau cukur rambut anak,bidan tu
mintak bahan2 mentah jangan la upah bidan tu
sebab bidan tu ada saka.
tak baik untuk anak kita..

tapi kalau dia mintak satu benda yang
untuk dipakai atau dia mintak buat kenduri ke,baru boleh.
contohnya dia mintak kain batik..
yang tu boleh la..
tapi kalau mintak ayam hitam la...telur mentah la..
baik jangan upah bidan tu..

apa lagi ye dia pesan...??
yang tu je kot...

sekian...

Monday, 7 September 2015

PEREMPUAN MENGANDUNG MEMANG CEPAT RASA RIMAS

Assalamualaikum....



Mengandung ni seronok..kan??
nak dapat baby memang la seronok..
bahagia je rasa..bila masuk minggu ke 38 tu
memang tak sabar2 dah..berdoa tiap masa minta cepat la bersalin..
nak tengok muka baby ni..kan??

Tapi yang tak best nya bila ada rasa rimas tu..
Rimas bau busuk,rimas bunyi bising, rimas tengok muka2
yang tak kacak tak cantuk kat tv..
hahahhaha...ada ke yang macam tu???

Dan yang paling  merimas kan orang mengandung ni ialah
sikap orang lain...

Itu tak boleh ini tak boleh..
lagi2 bab makan..
Biasalah bila mengandung ni bab makan memang tak boleh di tahan2..
Kadang2 rasa macam nak makan jeruk..
kadang2 tekak nak makan durian..
kadang2 nak minum air gas..

Tapi ..baru nak suap ke mulut..

"EHhhh...awak tak boleh makan ni...
tak baik untuk baby..."

"jangan!!!..bahaya ni..tak boleh makan.."

alahai..tengok2 la sama kalau nak larang pun..
kalau dia hadap benda tu sampai sekawah ye la kita nak larang pun..
tapi kalau setakat seteguk,secalit,seulas,seketul
tak payah larang kot..
benda makan..kan?/bukan racun serangga..

Tau tak itu buat ibu2 hamil ni rasa rimas??

sekian...

Wednesday, 31 July 2013

IBU INI MELAHIRKAN BAYI 6KG TANPA PEMBEDAHAN

Biasanya seorang ibu akan melahirkan anak dengan bersalin normal bila anak nya itu memiliki berat yang normal.tapi berbeza dengan seorang ibu dari jerman ini yang melahirkan anak nya secara normal dengan barat bayinya   6.1 kilogram dan panjang 57.5 cm , tanpa bantuan apa2 pembedahan. Wanita yang berasal dari Jerman ini  ingin merasakan bagaimana seorang ibu melahirkan anak.




Ibu Bayi perempuan ini dikatakan  mengidap penyakit diabetes. Oleh kerana itu, bayi tersebut yang diberi nama Jasleen  memiliki berat lebih dari 5 kilogram. Ibu Jasleen menolak untuk pembedahan kerana dia telah bertekad untuk melahirkan secara normal. 


Akhirnya pada hari Jumaat (26/7) bayi dengan berat dua kali ganda bayi normal itu lahir. Hospital tempat Jasleen dilahirkan iatu University Hospital di Leipzig juga menyatakan  bahawa Jasleen dan ibunya sihat, tidak mengalami masalah kesihatan selain diabetessi  ibu yang perlu sentiasa dipantau .

##tak rabak ke??adoi..ngeri nya...

sekian..

Saturday, 29 December 2012

8 TIPS CARA MENERAN KETIKA BERSALIN

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua...
pagi ni aku nak bagi tips untuk besalin..
aku tengok ramai jugak kawan2 yang bakal
menimang cahaya mata tak lama lagi.
mungkin tips ini sedikit sebanyak dapat membantu..
Meneran memerlukan teknik yang tepat ketika bersalin normal
pahami teknik nya supaya proses bersalin menjadi mudah dan tepat:-


1-menunggu waktu yang tepat-
jangan sesekali meneran ketika belum masa nya.
tunggu sehingga diarahkan oleh bidan kerana ia akan menyebabkan laluan
menjadi bengkak

2-simpan tenaga -
jangan buang tenaga dengan menjerit
atau meronta.

3-jangan cemas berlebihan
sebab ini akan membuatkan
otot2 menjadi tegang

4-jika rasa terdorong untuk mneran tarik
 nafas dalam2 melalui hidung
dan hembus melalui mulut supaya dapat meneran dengan lebih lama

5-ketika meneran fikiran perlu lah tenang
supaya bila kita meneran nafas tak habis.

6-Teran seperti buang air besar.

7-Jangn pejam mata ketika meneran supaya
pembuluh darah sekitar mata tidak pecah.
usahakan untuk melihat kearah perut.

8-Jangan angkat punggung
kerana akan buat vagina terkoyak,.

Diharapkan tips2 ini dapat membantu kawan2.
selain tu jangan lupa berdoa pada Allah
supaya dipermudahkan.
baca doa2 khas untuk bersalin.
aku harap kawan2 yang nak bersalin tu dipermudahkan
Allah untuk menghadapi saat2 kelahiran bayi kawan2 nanti..

sekian...