Showing posts with label ibu mengandung. Show all posts
Showing posts with label ibu mengandung. Show all posts

Friday, 12 May 2017

MOEDER - SUSU UNTUK IBU MENGANDUNG DAN IBU YANG MENYUSUKAN BAYI

Assalamualaikum..



Seorang wanita bila dia tahu saja dia sudah hamil perkara pertama yang dia fikir dan buat ialah menjaga kandungan nya dengan baik.Dia akan mula kan dengan makan makanan berkhasiat dan menjauh kan dirinya dari stress.Dia mula memilih makanan nya bukan saja baik untuk dirinya malah untuk kandungan nya juga.Tapi ada juga ibu-ibu yang diawal kehamilan nya , dia tak mampu nak makan macam selalu.Alahan membuatkan dia hanya makan makanan tertentu dan dah tentulah bayi di dalam kandungan pun mendapat zat yang terhad.Sebab itu lah ibu-ibu yang hamil disarankan minum  susu Moeder ni.Susu ni khas untuk ibu-ibu mengandung dan yang menyusukan bayi.

Kandungan dan Ramuan Moeder



Bila sebut je susu ramai yang tak berani minum sebab dia fikir susu ni tak sedap.Tapi zaman dah berubah..Dah macam-macam kajian dan perubahaan di buat bersesuaian dengan selera masa kini.Kandungan susu bukan hanya ada susu kambing atau lebu tapi dah di campur dengan beberapa bahan lain yang lebih berkhasiat.Apa yang istimewanya susu Moedr ni ianya dibuat dari susu kambing.Susu Moeder tak gunakan susu lembu jadi orang yang ada alahan pun boleh minum susu Moeder.

Selain dari susu kambing bahan lain yang terdapat dalam Moedre ni ialah  Ekstrak Tomato, Habatussauda Madu,Ekstarak Anggur, Lutein, bird nest, Seaweed , Buah Tin, Kurma, Gam Arab, Billberry , Aloe Vera, Lobak Merah, Brokoli, Betik, Stevia , Omega 3, Vanila, dan juga non diary creamer. Semuanya bahan-bahan yang mempunyai khasiat yang tinggi dan bagus untuk ibu-ibu hamil dan menyusukan bayi.

Khasiat Susu Moeder


-Untuk Ibu hamil - pengalaman saya hamil anak kedua 5 tahun lalu memang sangat mencabar.Tekanan darah turun dan naik tak menantu.Mudah pitam, Hilang selera makan  dan saya tak boleh duduk atau baring terlalu lama akibat sakit tulang pinggul dan tulang belakang.

Itu adalah perkara-perkara  biasa yang setiap ibu hamil lalui. Sebab itu lah ibu-ibu digalakkan mengambil Moeder ketika hamil .Susu Moeder ni mampu menguatkan kandungan , mencegah sakit pinggang dan tulang belakang,memberi tenaga ketika proses bersalin malah jika diamalkan secara berterusan mampu mencantik kan kulit ibu .Tak la kulit jadi gatal2 sampai meninggalkan parut di kulit.



 - Untuk bayi dalam kandungan - Ibu-ibu yang hamil mesti impikan kulit bayi yang putih bersih dan bayi yang sihat.Dengan mengamalkan susu Moeder sepanjang kehamilan bayi yang baru lahir  akan mempunyai kulit yang putih dan membantu kecergasan otak bayi .Selain itu susu moeder membantu menguatkan sistem paru-paru bayi malah bayi juga kurang risiko mengidap demam kuning.Jangan pandang ringan jika bayi terkena demam kuning kerana emosi ibu juga turut terjejas sepanjang berpantang jika kuning pada bayi tidak berkurangan..Perkara ni juga pernah saya lalui dan ianya betul2 membuatkan saya stress .

-Untuk Ibu Yang Menyusukan Bayi - Setiap ibu mesti mempunyi impian untuk menyusukan anak nya sendiri.Tambahan lagi susu ibu sangat penting untuk bayi dan susu ibu adalah yang paling baik untuk pertumbuhan bayi yang sihat.Namun jika ibu kekurangan susu ianya bukan saja melemahkan semangat ibu untuk menyusukan bayi sehingga 2 tahun malah anak juga  tidak mendapat kebaikan dari susu ibu itu.Dengan mengamalkan susu Moeder ketika dalam berpantang , ianya berfugsi sebagai milk booster yang boleh memperbanyak kan pengeluaran susu ibu, mengurangkan selulit , merawat luka dalaman dan mencegah kenaikan berat badan ibu.

Cara minum susu Moeder


Susu Moeder sangat bagus diminum setiap pagi dan malam .rasa vanila yang sangat sedap Cara nak minum  , cuma campurkan 1 paket susu dengan 150ml air suam . Kacau rata dan minum . Minum 1-2 kali sehari.Susu ni kanak-kanak tak boleh minum tau.Ini Khas untuk ibu hamil dan yang menyusukan bayi je.



Hrganya untuk 1 bekas susu Moeder ni cuma rm159 (sm) - dan rm169 (ss)  dan penghantaran adalah percuma. Tapi sekarang ada Promosi. Harga promosi cuma RM129 sm/ss .Cepat2 ambil peluang ni. Bukan sellau kita mengandung dan ada bay ni..Masa baby dari dalam kandungan dan masih kecil ni la kita start beri mereka yang terbaik.


Company: Millennial Gen Sdn Bhd

Alamat:
11G, Jalan Keluli AL7/AL, Pusat Perniagaan Bukit Raja,
Section 7, 40000 Shah Alam, Selangor

HP: 010 404 2769

Office: 03 3358 5344

Web: www.millennialgen.biz

Facebook: (Kelab Ibu Cantik - Millennial Gen)

Instagram: moeder_hq

sekian..

Friday, 7 October 2016

PETUA UNTUK WANITA MUDAH BERSALIN

Assalamualaikum...




Selamat pagi semua...
makin hari makin panas kan??
pagi2 lagi dah rasa panas..belum sampai tengahari lagi..
kalau jam 2,3 petang tu
dah rasa berbahang je muka nih..
aku nak cerita pasal
apa yang aku dapat masa pi klinik hari tu..
aku ada sembang dengan sorang makcik kat klinik tu..
dia cerita la petua-petua nak mudah besalin ni..
satu cara mudah nak besalin
katanya banyak kan makan kacang bendi.

makan hari2..
bila nak besalin nanti 2,3 kali teran je dah besalin.
nak besalin pun tak payah tunggu lama..
lepas turun tanda,sejam dua lepas tu mesti besalin..
itu kata makcik tu la..

lepas tu kenyataan dia disokong oleh ahkak2
yang ada kat klinik tu..
jadi mulai hari ni aku nak makan kacang bendi banyak2 la..

heheheh

satu lagi petua untuk mudah bersalin supaya tak lekat uri.
macam kes aku yang besalin uri lekat ni,
dia kata amalkan makan daun kaduk..
buat ulam makan dengan nasik.
insyaallah tak kan lekat uri lagi..

satu lagi dia pesan
kalau ada bidan nak ngurut atau tanam uri,
atau cukur rambut anak,bidan tu
mintak bahan2 mentah jangan la upah bidan tu
sebab bidan tu ada saka.
tak baik untuk anak kita..

tapi kalau dia mintak satu benda yang
untuk dipakai atau dia mintak buat kenduri ke,baru boleh.
contohnya dia mintak kain batik..
yang tu boleh la..
tapi kalau mintak ayam hitam la...telur mentah la..
baik jangan upah bidan tu..

apa lagi ye dia pesan...??
yang tu je kot...

sekian...

Monday, 7 September 2015

PEREMPUAN MENGANDUNG MEMANG CEPAT RASA RIMAS

Assalamualaikum....



Mengandung ni seronok..kan??
nak dapat baby memang la seronok..
bahagia je rasa..bila masuk minggu ke 38 tu
memang tak sabar2 dah..berdoa tiap masa minta cepat la bersalin..
nak tengok muka baby ni..kan??

Tapi yang tak best nya bila ada rasa rimas tu..
Rimas bau busuk,rimas bunyi bising, rimas tengok muka2
yang tak kacak tak cantuk kat tv..
hahahhaha...ada ke yang macam tu???

Dan yang paling  merimas kan orang mengandung ni ialah
sikap orang lain...

Itu tak boleh ini tak boleh..
lagi2 bab makan..
Biasalah bila mengandung ni bab makan memang tak boleh di tahan2..
Kadang2 rasa macam nak makan jeruk..
kadang2 tekak nak makan durian..
kadang2 nak minum air gas..

Tapi ..baru nak suap ke mulut..

"EHhhh...awak tak boleh makan ni...
tak baik untuk baby..."

"jangan!!!..bahaya ni..tak boleh makan.."

alahai..tengok2 la sama kalau nak larang pun..
kalau dia hadap benda tu sampai sekawah ye la kita nak larang pun..
tapi kalau setakat seteguk,secalit,seulas,seketul
tak payah larang kot..
benda makan..kan?/bukan racun serangga..

Tau tak itu buat ibu2 hamil ni rasa rimas??

sekian...

Wednesday, 31 July 2013

IBU INI MELAHIRKAN BAYI 6KG TANPA PEMBEDAHAN

Biasanya seorang ibu akan melahirkan anak dengan bersalin normal bila anak nya itu memiliki berat yang normal.tapi berbeza dengan seorang ibu dari jerman ini yang melahirkan anak nya secara normal dengan barat bayinya   6.1 kilogram dan panjang 57.5 cm , tanpa bantuan apa2 pembedahan. Wanita yang berasal dari Jerman ini  ingin merasakan bagaimana seorang ibu melahirkan anak.




Ibu Bayi perempuan ini dikatakan  mengidap penyakit diabetes. Oleh kerana itu, bayi tersebut yang diberi nama Jasleen  memiliki berat lebih dari 5 kilogram. Ibu Jasleen menolak untuk pembedahan kerana dia telah bertekad untuk melahirkan secara normal. 


Akhirnya pada hari Jumaat (26/7) bayi dengan berat dua kali ganda bayi normal itu lahir. Hospital tempat Jasleen dilahirkan iatu University Hospital di Leipzig juga menyatakan  bahawa Jasleen dan ibunya sihat, tidak mengalami masalah kesihatan selain diabetessi  ibu yang perlu sentiasa dipantau .

##tak rabak ke??adoi..ngeri nya...

sekian..

Saturday, 29 December 2012

8 TIPS CARA MENERAN KETIKA BERSALIN

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua...
pagi ni aku nak bagi tips untuk besalin..
aku tengok ramai jugak kawan2 yang bakal
menimang cahaya mata tak lama lagi.
mungkin tips ini sedikit sebanyak dapat membantu..
Meneran memerlukan teknik yang tepat ketika bersalin normal
pahami teknik nya supaya proses bersalin menjadi mudah dan tepat:-


1-menunggu waktu yang tepat-
jangan sesekali meneran ketika belum masa nya.
tunggu sehingga diarahkan oleh bidan kerana ia akan menyebabkan laluan
menjadi bengkak

2-simpan tenaga -
jangan buang tenaga dengan menjerit
atau meronta.

3-jangan cemas berlebihan
sebab ini akan membuatkan
otot2 menjadi tegang

4-jika rasa terdorong untuk mneran tarik
 nafas dalam2 melalui hidung
dan hembus melalui mulut supaya dapat meneran dengan lebih lama

5-ketika meneran fikiran perlu lah tenang
supaya bila kita meneran nafas tak habis.

6-Teran seperti buang air besar.

7-Jangn pejam mata ketika meneran supaya
pembuluh darah sekitar mata tidak pecah.
usahakan untuk melihat kearah perut.

8-Jangan angkat punggung
kerana akan buat vagina terkoyak,.

Diharapkan tips2 ini dapat membantu kawan2.
selain tu jangan lupa berdoa pada Allah
supaya dipermudahkan.
baca doa2 khas untuk bersalin.
aku harap kawan2 yang nak bersalin tu dipermudahkan
Allah untuk menghadapi saat2 kelahiran bayi kawan2 nanti..

sekian...


Tuesday, 4 September 2012

MAKAN APA BILA BERPANTANG??

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua....
nak cerita pasal berpantang
lepas besalin pulak..

tak semua orang sama cara mereka berpantang..
ada yang boleh makan itu tapi
tak boleh makan ini...
ikut pada siapa yang jaga kita la..kan??

kalau macam mak aku
dia bagi je makan ayam dan daging..
ikan pun sesetengah nya boleh makan..
dan ada yang tak boleh makan..

ada jugak yang berpantang tak makan ayam..
takut gatal katanya...

tapi yang utama sekali mak aku kata
jangan sesekali makan benda yang di masak 2 kali..
macam mee ke,laksa ke,bihun ke...
nasik goreng ke...
yang 2 kali masak ni kena elak kan..
tak tau la pulak pasal apa..

kalau nak tau aku ni berdisiplin orang nya
dalam bab pantang2 makan ni..
mak aku kata "jangan" memang aku tak kan makan punye la..

lain pulak dengan kakngah aku..
masa pantang boleh pulak dia curi2
bawak masuk buah mangga dalam bilik..
bukan buah mangga je..
jambu batu pun dia bedal.
hahahahah...
aduhai..tak sembelit ke nak meneran kalau
nak membuang nanti???hahah

mak aku bagi je makan buah..bukan tak bagi.
tapi buah2 yang elok je la..
oren ke,epal ke..yang tak memudaratkan..
jangan bedal cempedak dah la..hahah..
kembung perut anak bila menyusu.

kali ni aku rancang untuk berpantang sendiri.
harap2 tak de masalah..
dan yang penting sekali
kerjasama suami sangt2 diperlukan..

**abang jangan macam2 ye kalau kita
suruh itu ini...


hahahhah

sekian...

Monday, 3 September 2012

ITU TANDANYA......

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
ni entry untuk wanita2 yang pernah melahirkan anak ye..
yang tak pernah pun boleh baca..
mana la tau kot2 nanti alami pengalaman yang sama...

pernah tak masa scan doktor kata lelaki..
tapi bila keluar je tengok2 perempuan...
atau pun masa scan doktor kata perempuan
dah bersalin rupanya lelaki..
pernah??

sebenarnya tak de la rasa kecewa kan..
cuma tak sangka la..kan??
macam aku walaupun doktor kata perempuan
tapi tak de berharap pun sangt..
tak kisah lelaki ke perempuan...

masa beli baju2 baby pun banyak yang aku beli
barang2 dan baju2 yang warna putih,hijau la...
warna oren la...hehehh...
tak nak la beli pink je...
aku ni banyak warna kegemaran..heheh

ada orang yang dia tak scan pun..
dia tau jantina bayi dari tanda2 masa hamil..
contohnya muka jadi comel la...
ataupun masa hamil rasa malas atau rajin..
dari situ dia dapat agak jantina bayi dia..

aku tak tahu nak tengok tanda2 ni...
tapi mengandung kali ni
kulit aku jadi hitam..
leher pun berjelaga..
macam baru lepas mandi laut..hahah..
badan pun jadi malas..nak buat apa2 suka bertangguh2...
asyik sakit2 je...

cuma satu yang baik..
kurang marah2...
lebih suka buat tak kisah je...
kira macam tak ambik peduli langsung la..
kata la apa pun,cerita la gossip 2 ke apa aku buat tak tahu je...
yang penting aku dapat rehat..hahahah

sekian...

Thursday, 16 August 2012

FESYEN BAJU MENGANDUNG YANG PELIK DAN HUDUH KEMAIN.

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
semalam pi klinik..
checkup untuk minggu ke 34..
tapi lupa pulak nak tanya doktor kenapa
bila aku duduk lama2 lepas tu
nak bangun je rasa sakit
sangat perut nih...??
menyusahkan betul la penyakit lupa nih.

Bila pi klinik ni kan..
macam2 pesyen baju mengandung
yang kita boleh tengok..
macam aku ni kadang2 pi klinik pakai baju ngandung..
kadang2 pakai seluar dengan t-shirt je..
heheheh..yang penting selesa.

tapi aku cukup tak berkenan
kalau pesyen baju ngandung yang
tak de lengan tu..
lepas tu pendek pulak.takat peha je..
pakai pulak dengan legging.
yang pakai tu pulak melayu..
ya ampun ..buruk nya!
(laki tak bagitau ke pakai gitu nampak huduh??)

ada satu pesyen lagi..baju tu labuh ..
lengan panjang...
tapi ada getah pulak kat atas perut tu..
kekonon nya nak menampak kan
bentuk perut tu..comel la konon..
wah!!seronok kemain tayang perut..

ha..yang satu pesyen ni paling pelik..
pesyen tayang pusat..
sengaja dipakainya baju yang ketat kat perut ni..
mentang2 la dia ada pusat yang terjuir keluar..
nak tayang bagi orang jeles la tu..
tapi tak jeles ok.nampak geli je..
ye la..pusat terjojol je.
kadang2 nak tergelak pun ada.
nampak besar ibu jari tu...hahahah

walaupun kita ni ngandung
tapi penampilan tu kena la jaga.
cantik comel kat mata kita
tapi batas2 bergaya tu kena ada..
jangan rasa sebab kita ngandung kita
tak jaga pun bab2 pakaian ni..
kita rasa .."takpe..aku kan ngandung"

lagi2 orang islam..kan??

sekian...

Tuesday, 7 August 2012

7 MASALAH YANG BIASA DIALAMI IBU-IBU YANG BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN

Assalamualaikum...

Ramai ibu2 hamil yang berharap dapat
bersalin secara normal berbanding bersalin melaui pembedahan.
Ini kerana bersalin melalui pembedahan memerlukan
penjagaan yang lebih rapi
berbanding bersalin secara normal.
dikatakan juga bersalin secara pembedahan akan meninggalkan banyak masalah kesihatan kepada ibu..

1. Ibu kerap merasa mual dan
muntah akibat sisa pengaruh ubat bius.

2. Ibu mengalami nyeri atau sakit pada tulang belakang
di tempat bekas penyuntikan ubat bius.
Biasanya berasa sakit ketika ibu mengangkat beban yang
cukup berat, membongkok, atau melakukan aktiviti
yang melibatkan tulang belakang.
Rasa sakit ini muncul hingga berhari-hari atau berminggu-minggu,
namun lambat laun rasa sakit ini akan hilang dengan sendirinya.

3.Ibu2 akan merasa sakit di bekas jahitan
hingga berhari-hari atau berminggu-minggu,
terutama ketika melakukan pekerjaan cukup berat.
kadang2 siibu berasa kebal di kawasan bekaspembedahan
kerana saraf dikawasan tersebut terputus akibat pembedahan.
Rasa kebal tersebut akan hilang dalam waktu beberapa bulan,
bergantung pada kesihatan ibu.

4. Pada bekas jahitan akan muncul parut atau
bekas luka yang membentuk benjolan memanjang,
sehingga menganggu estetika perut ibu.
Ada beberapa ubat yang dapat diberikan untuk mencegah kesan benjolan parut.
ubat-ubatan tersebut memang tidak boleh mencegah
kesan benjolan parut tersebut 100%,bergantung pada tubuh ibu dan teknik
pembedahan yang dilakukan.
Atau ibu kerap merasakan gatal di bahagian bekas jahitan.

5.Jika tidak dirawat dengan baik,
luka bekas pembedahan akan dijangkiti kuman.
Malah jahitan terbuka kembali sehingga perlu
dilakukan penjahitan semula.

6.penyembuhan luka pada bekas pembedahan caesar lebih lama
dibandingkan bersalin normal
sehingga menyebabkan aktiviti ibu lebih terbatas.

7. Ibu berisiko mengalami sembelit lebih besar
dibandingkan ibu yang menjalani bersalin normal.

sekian...

Friday, 20 July 2012

BOLEH KAH IBU YANG SEDANG HAMIL BERPUASA?

Assalamualaikum...

Menjelang bulan Ramadhan,ramai ibu2 dan bakal ibu yang risau untuk menjalankan ibadah puasa secara penuh kerana kuatir impak perubahan pola makan terhadap kesihatan bayi didalam kandungan.Padahal kajian menunjukkan,puasa dapat memberikan impak positif bagi ibu hamil asalkan ibu dalam keadaan sihat serta pola makan diatur dengan baik dan pengambilan nutrisi tetap terjaga dengan seimbang.

Salah satunya manfaat puasa bagi ibu hamil adalah membantu pembakaran lemak yang tidak diperlukan oleh tubuh.
perubahan pola makan dari tiga kali sehari menjadi dua kali sehari selalu membuat ibu hamil risau untuk menjalankan ibadah puasa. ini kerana ada yang beranggapan wanita hamil yang berpuasa memiliki risiko melahirkan bayi yang kurang berat badan.
Namun perlu diingat bahawa masalah berat badan bayi kurang hanya dialami oleh wanita yang cenderung memiliki pola makan dan diet yang teruk


kajian lain juga menunjuk kan bahawa berpuasa di bulan pertama kehamilan dapat mengakibatkan penurunan berat badan bayi ketika lahir. Namun penurunan ini hanya sekitar 40 gram dan tidak akan memberi kesan langsung pada bayi.

wanita hamil yang berpuasa akan mengalami perubahan keseimbangan kimia dalam darah. Namun, perubahan ini tidak berbahaya bagi ibu dan bayinya.


namun wanita hami perlu membatalkan puasa jika ada tanda-tanda seperti pendarahan, kontraksi (lebih dari empak kali dalam 1 jam), terjadi penurunan pergerakan janin, penglihatan kabur, tegang otot,sesak nafas dan pening kepala.

Oleh itu, ibu hamil perlu mendapatkan rehat yang cukup dan menjauhkan diri dari stres. Selalu ingat untuk mengambil nutrisi yang mencukupi ketika berbuka puasa.

ibu hamil umumnya memerlukan nutrisi yang berbeda dengan wanita biasa. disarankan supaya ibu hamil mengambil makanan berasakan susu dan protein lebih kurang dua kali ganda lebih banyak.Pastikan juga pengambilan nutrisi ketika puasa mencukupi di malam hari dengan memperbanyakkan makanan yang kaya serat dan minum air kosong yang banyak.

Jangan mengambil gula berlebih sewaktu sahur kerana boleh menyebabkan insulin shock.elak kan juga minuman berais dan berkafein ketika sahur.


sekian..

Saturday, 12 May 2012

4 PERUBAHAN PADA PAYUDARA YANG BERLAKU KETIKA HAMIL

Assalamualaikum..

ketika hamil memang semua wanita tahu yang payudara akan menjadi lebih besar. Tetapi selain itu kita dapat merasai beberapa perubahan lain muncul pada payudara. berikut adalah soal jawab dan pandangan Jeanne Faulkner, RN, pakar kehamilan dan penulis buku The Complete Illustrated Guide to Childbirth.

Ada wanita yang sering orgasma ketika suami meransang payudara. Adakah ini normal?
Sepanjang kehamilan, payudara memang menjadi lebih besar, lebih sensitif, dan peredaran darah terjadi lebih kerap daripada sebelumnya. Jika sebelum hamil Anda tidak selalu mengalami sexual pleasure, setelah hamil Anda akan mudah merasakan sensasi yang ditimbulkan oleh ransangan dari pasangan. inilah salah satu bonus ketika hamil. jadi anda tidak lah cuma merasakan situasi yang kurang enak saja sepanjang kehamilan sepeti mual dan muntah2.

Jika suami meransang payudara ketika hamil, adakah ASI akan terbentuk lebih cepat?
Kemungkinan tidak, tetapi jika payudara Anda mengeluarkan sedikit cairan ketika hamil, itu tidak menjadi masalah. Kebanyakan perempuan akan mengeluarkan colostrum (cairan jernih dari puting payudara) ketika sedang hamil. Colostrum bukan cairan yang sama yang dhasilkan payudara ketika Anda menyusui, melainkan cairan yang dihasilkan kelenjar susu pada saat akhir kehamilan, sebelum kelenjar tersebut menghasilkan ASI.

ketika hamil Payudara terasa sangat sensitif, sampai terasa sakit ketika tersentuh pakaian. Normalkah?
Payudara yang terasa sensitif sebenarnya normal saja. Jika bra atau pakaian dalam yang Anda pakai terasa menyakiti payudara Anda, boleh saja Anda membukanyaa (asalkan tak ada orang lain yang memprotesnya). Namun lebih baik jika Anda mencari bra dan baju dalam dengan bahan yang lembut. elak kan bra dari bahan lace atau bahan lain yang membuat gatal. Sports bra tanpa jahitan mungkin boleh jadi pilihan.

Mengapa puting payudara menjadi lebih gelap?
Warna areola yang lebih gelap merupakan sebahagian dari perubahan hormon yang terjadi di dalam tubuh untuk memasuki fasa menyusui. Bayi yang baru lahir tidak dapat memfokuskan matanya dengan baik, dan mereka memerlukan warna kontra untuk melihat puting payudara ibunya. Itu sebabnya warna puting payudara menjadi lebih gelap, untuk mempermudah bayi menemukannya! Kemungkinan besar, puting payudara akan kembali ke warnanya yang normal setelah peringkat menyusu berlalu.

sekian..

sumber:fit pregnancy

Friday, 4 May 2012

IBU HAMIL TAPI GATAL..

Assalamualaikum...


Selamat petang..
hari ni aku rasa tak best la..
rasa tak sedap badan je..
padahal aku dah melepasi peringkat mual2 dan muntah2 tu.
bukan tak mual cuma tak de la kerap2 macam dulu..

walaupun mual2 tu dah hilang
ada satu lagi yang buat aku sedikit rimas ni..
bila entah gatal2 kat badan ni nak hilang..
tak selesa betul la..

kalau gatal2 tu satu tempat je tak pe jugak..
ni satu badan.
paling ketara kat tapak kaki dan tapak tangan...
rasa nak kunyah2 je tapak tangan ni.hahahah..

Semalam tengok kat facebook ada
sorang ibu hamil tu lagi dasyat gatal2 kat perut dia.
dah macam ruam je tengok..merah2 sampai mengelupas kulit.
aku rasa syukur la aku tak jadi macam tu..
ngeri kalau korang tengok.
tak nak la letak gambar perut tu kat sini..
lagipun gambar tu ahli group dan mak2 orang yang join
group je yang blh tengok.

masa mengandung kat maisara dulu
pun tapak kaki gatal2.
tak tahan sangat aku garu guna gunting.
yang tu je yang dan aku capai.
aku garu2 sampai tak sedar tapak kaki bercalar
sampai berdarah2..punya syok la menggaru..
hahahha..

bakal ibu dan ibu2 sekalian
pernah alami tak gatal2 ni..
hari tu misi ada cakap kat aku
sebaiknya jangan la pakai krim2 kat perut ni..tak bagus..
tapi tak tahan la..korang nak cadangkan apa2 tak untuk aku
yang gatal ni???
hahahahh


sekian...

KAKI KEJANG ATAU MENGIGAU??

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua..mengantuk betul pagi ni..
sampai nak buat apa pun jadi malas..
sebenarnya malam tadi kaki aku jadi kejang.
jadi tidur malam betul2 terganggu..
ni kali kedua jadi.
bila mengeliat je dia jadi..

Ada citer kelakar di sebalik kejadian kaki kejang ni..
masa pertama kali aku alami masalah kaki kejang ni
dalam sebulan yang lepas la..

tak tau jam berapa..
tetiba je kaki kejang..aku panggil2 la suami aku..
dia bangun dan tanya "kenapa2 ni..?"
Aku:kaki kita..sakit..sakit..
Dia:sakit apa??
Aku:kaki ni sakit..

sekali terus dia sambung tidur..
dia buat tak tahu je..

bangun pagi aku tanya la..

"kenapa kita sakit kaki malaam tadi abang buat tak tahu je..?"

Dia:eh!ya ka??la...abangg ingatkan sayang mengigau..

huh!!mengigau dikatanya..
sebenarnya walaupun mengandung kali kedua
dia tak pernah pun tengok aku kekejangan ni.
sebab masa mengandung kat maisara dulu
aku banyak tinggal dengan mak kat kampung.

tapi semalam dia bangun la sapu2 minyak kat kaki.
aih..kesian betul la laki aku ni..hahah

jadi kepada para suami tu..
banyak kan membaca tentang ibu2 hamil ni ye..
tapi kan..salah aku jugak sebab
tak pernah citer pun kat dia
yang ibu hamil kadang2 boleh alami kaki kejang.

sekian...

Wednesday, 8 February 2012

MENCEGAH KAKI KEJANG KETIKA HAMIL

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua..
sakitnya bila kaki kejang..kan??
ibu2 hamil selalu la hadapi masalah ni..
selalu jadi masa mengeliat..
rasa macam kaki kena potong je...


cemana nak elak kan kaki kejang???

• Buat senaman meregang sebelum tidur.
Regangkan otot betis anda beberapa kali
(seperti yang digambarkan di atas) sebelum anda tidur dapat membantu mengelakkan kekejangan pada waktu malam.

• Jangan berdiri untuk jangka masa
yang lama atau duduk dengan kaki tersilang.

• Putarkan buku lali dan gerak-gerakkan jari
kaki apabila anda duduk, di tempat kerja,
pada waktu makan malam, atau semasa menonton TV.

• Makan makanan kaya dengan kalsium.
Jika anda benar-benar ada masalah dengan kekejangan betis,
tanya doktor anda mengenai pengambilan kalsium tambahan.
(Tetapi elakkan mengambil kalsium dengan dolomit atau
serbuk tulang; ini biasanya mengandungi plumbum,
yang boleh diserap melalui plasenta dan memudaratkan bayi anda.)

• Elakkan minuman bergas, ia mengandungi banyak fosforus

sumber

sekian...

Sunday, 22 January 2012

FRISO MUM GOLD-SUSU UNTUK IBU HAMIL YANG TAK MINUM SUSU

Assalamualaikum...

selamat bercuti semua....
banyak dapat angpau..??
hari ni nak cerita pasal susu..

aku bukan la jenis yang minum susu tepung..
last minum susu tepung masa mengandung kat maisara dulu.
masa tu minum Anmum..sangat tak sedap..
tapi telan jugak la..bila lepas minum mesti nak muntah..
padahal masa tu aku mana ada alahan..

sekarang pun minum susu jugak..
tapi bukan lagi Anmum tapi aku cuba Friso..
aku rasa kalau ada ibu2 yang tak boleh minum susu
tepung elok la cuba friso..rasanya memang berbeza dengan
Anmum yang tak sedap tu..

kadang2 kita tengok susu yang lain2 tu..
khasiat itu la ini la..tapi kita tak pikir pun kita
boleh minum ketidak susu tu..takut2 terbuang macam tu je..kan??
dah membazir..

mana ada susu untuk ibu hamil yang tak bagus..kan??
semuanya bagus2..tapi kita mesti la
nak yang sesuai dengan tekak kita jugak..kan??

bagi yang memang tak minum susu cuba la sendiri Friso mum gold..
untuk lebih maklumat lanjut layari http://www.friso.com.my

sekian..

Saturday, 14 January 2012

10 TANDA AWAL KEHAMILAN

Assalamualaikum...

Selamat tengahari..



Tak ramai wanita yang tahu dia hamil.
bila dia belek2 kalender
baru terasa macam patut lakukan
ujian kehamilan.Masa tu baru tahu dia hamil..

Bagi yang tak tahu apa tanda2 kehamilan
meh aku kongsikan dengan korang..

1~sakit di payudara
2~Aerola(lingkaran sekitar puting payudara) menjadi gelap
3~kerap buang air kecil.
4~mudah letih
5~mual
6~sensitif pada bau
7~haid lewat
8~sakit kepala
9~sakit punggung
10~perubahan mood

tapi tak semua orang melalui kesemua perkara diatas.ada yang masa hamil
segalanya mudah untuk dia..

Apapun saat di awal kehamilan
ibu hamil memerlukan
perhatian dari pasangan sebab waktu ini
hormon dalam badan mengalami perubahan..

sekian..