Showing posts with label hilangkan dagu berlapis. Show all posts
Showing posts with label hilangkan dagu berlapis. Show all posts

Thursday, 30 March 2017

SENAMAN MUDAH UNTUK MENGHILANGKAN DOUBLE CHIN

Assalamualaikum...


Ramai yang selalu kaitkan double chin dengan masalah berat badan.orang yang mengakami masalah berat badan berlebihan biasanya memang mempunyai double chin .tapi ada juga yang tak ada mengalami masalah berat badan tetap ada double chin.


Double chin atau dagu berlapis boleh dikurangkan dengan diet yang sihat dan senaman setiap hari.Boleh juga selepas melakukan kardio kita lakukan sedikit senaman khas untuk mengurangkan double chin.Saya kongsikan cara senaman yang baik untuk menghilangkan double chin. sumber;brightside


Mula-mula warm up dulu.caranya tarik dagu keluar dan kedalam .Ulang 8 hingga 10 kali.
Lakukan perlahan-lahan dengan bertahan 3 hingga ke 5 saat.


Buka mulut dan angkat bibir ke atas gigi bawah.Gerak kan kepala ke bawah .Kemudian angkat semula kepala ke atas sambil mulut di tutup.Lakukan perlahan-lahan sebanyak 5 hingga 7 kali.


Double Chin juga dikaitkan dengan kelemahan otot hyoid.Untuk menguatkan otot ini 
keluarkan lidah dan cuba angkat seolah2 ingin menyentuh hidung.Kemudian rehat dan ulang sebanyak 5 kali.


untuk mencantik kan lagi bentuk wajah ,pusing rahan ke kiri dan tarik ke depan dengan menekan sedikit bahagian otot leher.Kemudian pusing perlahan ke kanan dan ulang cara yang sama.lakukan sebanyak 5 kali.


Angkat wajah ke atas kemudian muncung kan mulut .Bertahan selama 5 hingga 8 saat.
Ulang cara ini sebanyak 5-8 kali.


Letajk kan tangan di bawah dagu .Tekan kan sedikit rahan pada tangan .
tekan dari perlahan hingga kuat.Apa bila mencapai tahap maksimum , bertahan selama 3 saat.
kemudian rehat dan ulng sebanyak 5 hingga 7 kali.


Rapatkan gigi kemudian buka bibir seluas -luas nya hingga anda merasa bahagian bawah dagu anda turut di tarik.Bertahan selama 5 saat dan ulang sebanyak 5-8 kali.


Tarik nafas ke dalam mulut dan tutup mulut dengan memuncingkan mulut.Tekan pipi dengan tapak tangan sehingga anda merasa tekanan pada otot wajah.rehat dan ulang semula sebanyak 6 kali.

semoga bermanfaat untuk semua..

sekian,