Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Monday, 14 January 2019

GAMBAR MAJLIS HARIJADI ANAK-ANAK AZAD JAZMIN DAN EIRA SYAZIRA





11 Janury lalu diadakan sambutan harijadi Amarra yang ke 6 tahun, Ammara  ialah anak sulung pelakon Azad dan Eira Syazira.  Birthday nya sama pulak tarikh birthday dengan Dato Siti Nurhaliza.

Majlis ni juga menyambut hari jadi dua lagi anak dara Pak azad iaitu Ameisya dan Ariesya.

Saya tertarik nak kongsikan gambar-gambar majlis harijadi anak dara Pak Azad ni sebab suka sangat dengan kek nya

Sebelum tu jom tengok gambar-gambar harijadi anak dara Pak Azad.



Ada beauty &the Beast jugal. Banyak betul hidangan yang sedap mata memandang sedap lagi tekak kalau dapat merasa.Hahah.. 



Majlis ini berlangsung di The Venue Shah Alam


Meriah betul dengan kuning sebagai  warna tema ..


Ini lah kek yang saya suka sangat tu..Cantik betul. Sesuai dengan tema majlis. Kek ni dari Rainbow Bugs Party & Event. 


Selain tu ada juga popcorn dan cotton candy booth dari Mlady_party_candy



Antara rakan artis yang turut memeriahkan majlis harijadi Anak dara Pak Azad.



Comel betul anak-anak ni menggayakan gaun kuning dari Mungekidswear.Official dan gaun Eira Syazira pula dari WajieIbrahim. 

SELAMAT HARI JADI ... 





Tuesday, 8 January 2019

PEMINAT MINTA SITI SARAH PILIH REMY ISHAK UNTUK MUZIK VIDEO SEMAKIN








Laris sungguh Remy Ishak dalam tempoh dua tahun ni. Pelakon yang memang terkenal dengan watak lelaki macho. Walaupun wajah tak jambu tapi watak yang dipegang oleh Remy Ishak dalam setiap drama yang dibintangi nya sering membuatkan penonton wanita gila bayang.

Drama Pujaan Hati Kanda  yang sedang bersiaran menaik kan lagi nama Remy Ishak. Bukan itu sahaja malah Remy Ishak turut menjadi pilihan ramai yang ingin melihatnya di dalam muzik video lagu Semakin nyanyian Siti Sarah Raisudin .



Dalam satu post yang dikongsikan oleh Siti sarah dan Shuib , peminat mencadangkan nama Remy Ishak untuk muzik Video tersebut memandangkan Siti Sarah sedang mencari calon sesuai untuk bergandingan dengan nya di dalam Muzik Video Semakin.

Kalau Siti Sarah pilih Remy mesti meletup habis MV Semakin tu.. dah la lagu pun sedap, hero pun sedap juga untuk di pandang. haha..



Siti Sarah sebelum ini pernah menyingkirkan suaminya sendiri, Shuib untuk tampil berlakon di dalam Klip Muzik Video lagu terbaru Siti Sarah . Semenjak itu ramai yang mencadangkan nama Remy Ishak. Namun buat masa sekarang belum ada kata putus dari Siti Sarah siapa kah yang layak untuk berlakon dalam muzik videonya itu.



Oleh sebab ramai yang bagi cadangan , saya pun nak bagi cadangan juga le.. Apa kata pilih je Syazwan Zulkifly. Dia lebih sesuai mengikut pandangan saya..


PEMINAT RINDU KEMUNCULAN SEMULA NEWBOYZ. TOMOK RANCANG KONSERT SHOWCASE


Satu berita gembira untuk peminat-pemniat setia kumpulan Newboyz yang sangat popular pada awal tahun 2000. Tomok bersama Newboyz merancang untuk mengadakan konsert Showcase khas untuk peminat-peminat setia mereka.






Dalam satu kenyataan nya di Instagram, Tomok mengakui yang dia juga sangat rindu untuk mengadakan persembahan bersama ahli kumpulan nya yang lain.

Dia juga meminta pandangan peminat sama ada peminat inginkan lagu baru atau kekal dengan lagu-lagu lama mereka yang cukup berhantu satu masa dulu.


Tomok turut mencari penaja yang berminat untuk sama-sama menjayakan konsert tersebut.

Saya percaya rami peminat-peminat newboys yang teruja menanti konsert ini. Dulu kebanyakan yang mengikuti kumpulan newboyz ni adalah golongan gadis-gadis.

Beredarnya perubahan masa, lagu-lagu newboyz dianggap lagu yang memberi memori dalam setiap orang.




Sewaktu kumpulan ini popular dulu saya berusia 20 an dan banyak perkara yang berlaku dalam tempoh tu. Bila dengar lagu-lagu newboyz teringat balik zaman sewaktu  saya bekerja, menganggur, terdesak cari rumah sewa, putus cinta dan macam-macam lagi.hahah

KINI RUHAINIES DAH TAK BERSELINDUNG TENTANG TEMAN LELAKI

Ruhainies antara pelakon yang ada wajah yang cantik. Saya suka tengok wajah nya yang comel tu. Ada yang kata wajahnya seiras dengan Nora Danish dan perkara ni pernah jadi kontroversi beberapa tahun lalu.








Kalau korang follow Ruhainies di Ig korang mesti akan nampak banyak gambar-gambar dia diluar negara. Untung lah dapat travel banyak negara . Tapi ada yang kata Ruhainies selalu ke luar negara sebab ada teman lelaki yang kaya.


Kalau sebelum ni Ruhainies agak berahsia tentang teman lelaki nya. Tak ada penjelasan dari mulut Ruhainies berkaitan siapa teman lelakinya. Gambar-gambar yang dikongsikan nya juga banyak menjadi tanda tanya tentang siapakah lelaki bertuah itu.


Disebabkan terlalu berahsia ada yang mengatakan teman lelaki nya adalah suami orang, lelaki tua dan ada yang menuduh Ruhainies hanya propa semata-mata.


Namun baru-baru ini Ruhainies memuat naik satu gambar bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Elffjohan. dengan caption ringkas tapi cukup untuk menjelaskan siapa ElffJohan di hati Ruhainies. "The one who i gave my heart to❤️ '







Walaupun di tuduh sebagai mata duitan tapi masih ramai yang mendoakan agar Ruhainies dan ElffJohan kekal bahagia hingga ke jannah.



Sunday, 6 January 2019

GAMBAR MAJLIS RESEPSI ELFIRA LOY DAN FARIS ANUAR



GAMBAR MAJLIS RISEPSI ELFIRA LOY DAN FARIS ANUAR Pasangan sama cantik dan sepadan ini selamat melangsungkan perkahwinan pada 1 january 2019 yang lalu.

Malam tadi (5-1-2019)  Elfira Loy dan Muhammad Faris Khairol Anuar meraikan majlis persandingan mereka di Putrajaya International Convention Centre (PICC)

Busana cantik dengan taburan bunga pink rekaan Rizman Ruzaini menjadi tumpuan ramai sejurus selepas gambar Elfira nula di muat naik di laman sosial. 





Rata-rata peminat dan rakan artis turut memuji Elfira yang kelihatan sangat cantik bagaikan seorang puteri raja. Elfira juga turut menerima ucapan tahniah dan ramai yang mendoakan kebahagian nya.










Bridal dress : @rizmanruzaini 
Makeup : @khirkhalid 
Tudung stylist : @nazlivingastyle 
Henna : @sheemahenna .
 Photo : blackpepperproduction |



Tahniah untuk Elfira . Selamat Pengantin Baru,. Semoga bahagia dan kekal bersama sampai akhir hayat. 

Jangan dipedulikan dengan cakap-cakap orang kat sosial media ni. Sebagai artis El tentu dah faham sangat dengan suara-suara netizen yang sentiasa tak berpuas hati. Sedangkan mereka pun tak de la memuaskan hati orang sekeliling mereka pun..


Bye.