Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Monday, 14 January 2019

GAMBAR MAJLIS HARIJADI ANAK-ANAK AZAD JAZMIN DAN EIRA SYAZIRA





11 Janury lalu diadakan sambutan harijadi Amarra yang ke 6 tahun, Ammara  ialah anak sulung pelakon Azad dan Eira Syazira.  Birthday nya sama pulak tarikh birthday dengan Dato Siti Nurhaliza.

Majlis ni juga menyambut hari jadi dua lagi anak dara Pak azad iaitu Ameisya dan Ariesya.

Saya tertarik nak kongsikan gambar-gambar majlis harijadi anak dara Pak Azad ni sebab suka sangat dengan kek nya

Sebelum tu jom tengok gambar-gambar harijadi anak dara Pak Azad.



Ada beauty &the Beast jugal. Banyak betul hidangan yang sedap mata memandang sedap lagi tekak kalau dapat merasa.Hahah.. 



Majlis ini berlangsung di The Venue Shah Alam


Meriah betul dengan kuning sebagai  warna tema ..


Ini lah kek yang saya suka sangat tu..Cantik betul. Sesuai dengan tema majlis. Kek ni dari Rainbow Bugs Party & Event. 


Selain tu ada juga popcorn dan cotton candy booth dari Mlady_party_candy



Antara rakan artis yang turut memeriahkan majlis harijadi Anak dara Pak Azad.



Comel betul anak-anak ni menggayakan gaun kuning dari Mungekidswear.Official dan gaun Eira Syazira pula dari WajieIbrahim. 

SELAMAT HARI JADI ... 





Tuesday, 8 January 2019

PEMINAT MINTA SITI SARAH PILIH REMY ISHAK UNTUK MUZIK VIDEO SEMAKIN








Laris sungguh Remy Ishak dalam tempoh dua tahun ni. Pelakon yang memang terkenal dengan watak lelaki macho. Walaupun wajah tak jambu tapi watak yang dipegang oleh Remy Ishak dalam setiap drama yang dibintangi nya sering membuatkan penonton wanita gila bayang.

Drama Pujaan Hati Kanda  yang sedang bersiaran menaik kan lagi nama Remy Ishak. Bukan itu sahaja malah Remy Ishak turut menjadi pilihan ramai yang ingin melihatnya di dalam muzik video lagu Semakin nyanyian Siti Sarah Raisudin .



Dalam satu post yang dikongsikan oleh Siti sarah dan Shuib , peminat mencadangkan nama Remy Ishak untuk muzik Video tersebut memandangkan Siti Sarah sedang mencari calon sesuai untuk bergandingan dengan nya di dalam Muzik Video Semakin.

Kalau Siti Sarah pilih Remy mesti meletup habis MV Semakin tu.. dah la lagu pun sedap, hero pun sedap juga untuk di pandang. haha..



Siti Sarah sebelum ini pernah menyingkirkan suaminya sendiri, Shuib untuk tampil berlakon di dalam Klip Muzik Video lagu terbaru Siti Sarah . Semenjak itu ramai yang mencadangkan nama Remy Ishak. Namun buat masa sekarang belum ada kata putus dari Siti Sarah siapa kah yang layak untuk berlakon dalam muzik videonya itu.



Oleh sebab ramai yang bagi cadangan , saya pun nak bagi cadangan juga le.. Apa kata pilih je Syazwan Zulkifly. Dia lebih sesuai mengikut pandangan saya..


PEMINAT RINDU KEMUNCULAN SEMULA NEWBOYZ. TOMOK RANCANG KONSERT SHOWCASE


Satu berita gembira untuk peminat-pemniat setia kumpulan Newboyz yang sangat popular pada awal tahun 2000. Tomok bersama Newboyz merancang untuk mengadakan konsert Showcase khas untuk peminat-peminat setia mereka.






Dalam satu kenyataan nya di Instagram, Tomok mengakui yang dia juga sangat rindu untuk mengadakan persembahan bersama ahli kumpulan nya yang lain.

Dia juga meminta pandangan peminat sama ada peminat inginkan lagu baru atau kekal dengan lagu-lagu lama mereka yang cukup berhantu satu masa dulu.


Tomok turut mencari penaja yang berminat untuk sama-sama menjayakan konsert tersebut.

Saya percaya rami peminat-peminat newboys yang teruja menanti konsert ini. Dulu kebanyakan yang mengikuti kumpulan newboyz ni adalah golongan gadis-gadis.

Beredarnya perubahan masa, lagu-lagu newboyz dianggap lagu yang memberi memori dalam setiap orang.




Sewaktu kumpulan ini popular dulu saya berusia 20 an dan banyak perkara yang berlaku dalam tempoh tu. Bila dengar lagu-lagu newboyz teringat balik zaman sewaktu  saya bekerja, menganggur, terdesak cari rumah sewa, putus cinta dan macam-macam lagi.hahah

KINI RUHAINIES DAH TAK BERSELINDUNG TENTANG TEMAN LELAKI

Ruhainies antara pelakon yang ada wajah yang cantik. Saya suka tengok wajah nya yang comel tu. Ada yang kata wajahnya seiras dengan Nora Danish dan perkara ni pernah jadi kontroversi beberapa tahun lalu.








Kalau korang follow Ruhainies di Ig korang mesti akan nampak banyak gambar-gambar dia diluar negara. Untung lah dapat travel banyak negara . Tapi ada yang kata Ruhainies selalu ke luar negara sebab ada teman lelaki yang kaya.


Kalau sebelum ni Ruhainies agak berahsia tentang teman lelaki nya. Tak ada penjelasan dari mulut Ruhainies berkaitan siapa teman lelakinya. Gambar-gambar yang dikongsikan nya juga banyak menjadi tanda tanya tentang siapakah lelaki bertuah itu.


Disebabkan terlalu berahsia ada yang mengatakan teman lelaki nya adalah suami orang, lelaki tua dan ada yang menuduh Ruhainies hanya propa semata-mata.


Namun baru-baru ini Ruhainies memuat naik satu gambar bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Elffjohan. dengan caption ringkas tapi cukup untuk menjelaskan siapa ElffJohan di hati Ruhainies. "The one who i gave my heart to❤️ '







Walaupun di tuduh sebagai mata duitan tapi masih ramai yang mendoakan agar Ruhainies dan ElffJohan kekal bahagia hingga ke jannah.



Sunday, 6 January 2019

GAMBAR MAJLIS RESEPSI ELFIRA LOY DAN FARIS ANUAR



GAMBAR MAJLIS RISEPSI ELFIRA LOY DAN FARIS ANUAR Pasangan sama cantik dan sepadan ini selamat melangsungkan perkahwinan pada 1 january 2019 yang lalu.

Malam tadi (5-1-2019)  Elfira Loy dan Muhammad Faris Khairol Anuar meraikan majlis persandingan mereka di Putrajaya International Convention Centre (PICC)

Busana cantik dengan taburan bunga pink rekaan Rizman Ruzaini menjadi tumpuan ramai sejurus selepas gambar Elfira nula di muat naik di laman sosial. 





Rata-rata peminat dan rakan artis turut memuji Elfira yang kelihatan sangat cantik bagaikan seorang puteri raja. Elfira juga turut menerima ucapan tahniah dan ramai yang mendoakan kebahagian nya.










Bridal dress : @rizmanruzaini 
Makeup : @khirkhalid 
Tudung stylist : @nazlivingastyle 
Henna : @sheemahenna .
 Photo : blackpepperproduction |



Tahniah untuk Elfira . Selamat Pengantin Baru,. Semoga bahagia dan kekal bersama sampai akhir hayat. 

Jangan dipedulikan dengan cakap-cakap orang kat sosial media ni. Sebagai artis El tentu dah faham sangat dengan suara-suara netizen yang sentiasa tak berpuas hati. Sedangkan mereka pun tak de la memuaskan hati orang sekeliling mereka pun..


Bye.





Friday, 23 November 2018

PESANAN UNTUK MEREKA YANG TAK SUKA BERITA ARTIS TAPI FOLLOW, BACA DAN SIAP SHARE.

Hi korang..



Tadi ada tengok live facebook kumpulan Fortenn dan Izue Islam di konti Suria FM. Nak cerita sikit pasal komen2 dari penonton live tersebut..

Korang yang baca berita hiburan ni, berita pasal artis keluar dari group band diaorang. artis bercinta lepas tu putus, artis layan peminat cam sampah..dan macam-macam lagi..

Korang mungkin rasa berita macam tu tak penting...

Kadang aku baca jugak komen cam ni.. " penting ke untuk kitaorang.."

"perlu ke aku menggelabah.."



Tapi bagi artis tu, benda2 macam tu berkait rapat dengan periuk nasi diaorang. Kena la faham kerjaya diaorang tu memang macam tu. BENDA TU PENTING BAGI DIAORANG .

Wartawan memang kena  keluarkan cerita pasal diaorang ni. Siapa nak tengok drama , filem atau nak dengar lagu penyanyi atau artis yang orang tak kenal, yang setahun sekali keluar suratkabar??

Sedikit cerita  buruk dan baik pasal diaorang akan bagi kesan pada periuk nasi diaorang. Dari situ orang boleh nilai mereka ni baik ke tidak. Elok ke artis ni untuk golongan muda follow..

Korang kerja pun mesti nak bos dan kawan sekerja tahu cerita baik-baik pasal korang..kan?? Bos dan kawan sekerja pun mesti nak tahu korang punya personal life korang macam macam mana. Korang ingat cerita baik dan buruk pasal korang tak bagi kesan pada kerjaya korang ke??

Sama la dengan artis-artis ni.. Bezanya kau bukan artis..Kau keluar tv pun tidak. Paling kuat upload video sendiri kat IG dengan harapan jadi viral.

So pesan aku, bila baca berita2 pasal artis ni jangan la komen macam tak berapa cerdik. Memalukan tau. Kalau tak suka, nampak je berita pasal artis terus unfollow page2 begitu..

Aku bukan nak menyokong artis-artis ni .. Cerita pasal diaorang memang tak menarik pun. Tapi kadang-kadang rasa macam malu bila baca komen yang menunjuk kan kebodohan. Kita ada pilihan untuk tak baca cerita-cerita tentang diaorang.

Korang punya kerja pun orang lain bukan berminat nak ambik tahu. Apa masalah kau kat tempat kerja pun ramai yang malas nak tahu.


Jadi letak kan diri korang kat tempat artis2 tu.. Baru korang akan  faham.

Ni tidak...kata tak suka tapi tengok dan baca jugak. Siap share lagi..

Kalau aku la, tak kuasa nak layan benda yang aku tak minat.

bye.

Monday, 19 November 2018

KOMEN DATIN ALYAH CETUS TANDA TANYA TENTANG RUMAHTANGGA DATO RAMLI MS


Selamat Hari Ulangtahun untuk TokRam.. Kabarnya yang ke 61 tahun dah.Tahniah..semoga dipanjang kan umur dan diberikan kesihatan yang baik.

Sempat la saya menonton Video Nabil dan Jihan yang mengucapkan Selamat Hari Jadi dengan cara yang agak kelakar. Video tersebut dikongsikan TokRam di Instagram miliknya,

Namun apa satu komen dari Datin Alyah mengenai Tok Ram membuatkan ramai yang tertanya-tanya tentang situasi rumahtangga Tok ram dan Datin Alyah.






Netizen mula mempertikaikan komen Datin Alyah yang dikatakan sengaja mengaibkan suaminya. Datin Alyah kemudian nya membidas komen yang mempertikaikan tindakan nya dan meminta agar tidak mencampuri urusan nya dan suaminya itu






Datin Alyah juga meluahkan perasaan sedih di IGstory nya dan menggambarkan keadaan rumahtangga nya yang seperti berpura-pura bahagia. 

Apa pun masalah yang dihadapi oleh pasangan ini diharapkan dapat diselesaikan dengan bijak dan matang. 

Ada benarnya apa yang dikatakan oleh @realaraiskandar itu berkaitan menjaga aib suami. Lagipun peminat sudah sedia maklum dengan keadaan rumahtangga mereka sebelum ini. Jadi ada baiknya tidak perlulah diperbesarkan dan diperhebohkan lagi.

Tambahan pulak Tok Ram dan Datin Alyah adalah 2 nama yang dikenali ramai dan dihormati mereka yang didalam dunia seni hiburan tanahair.

BEGINI LAH NASIB PENAJA. NABIL JIHAN 3 KALI LALU DEPAN SAYA, PANDANG PUN TAK - DATO SERI VIDA

Bila habis je satu-satu majlis anugerah atau  konsert tv pasti ada cerita-cerita kurang enak yang kita dengar dari berbagai pihak.

Semalam selepas berlangsungnya konsert Akhir Gegar Vaganza musim ke 5 berbagai cerita kurang enak berkaitan penaja diluahkan di sosial media.

Dikabarkan Dato Alif Syukri selaku penaja utama konsert GV tidak berpuas hati atas layanan yang diberikan oleh pihak Astro.

Dia juga dikatakan pulang lebih awal kerana kecewa dan marah.

Turut sama meluahkan rasa kesal ialah Penaja GV terdahulu iaitu Dato Seri Vida yang bukan sahaja kecewa atas apa yang menimpa Dato Alif Syukri, malah dia juga kecewa apabila pengacara Konsert GV , Nabil dan JIhan dikatakan langsung tiak menegur dan memandang kearahnya.



Terkesan dengan caption yang ditulis oleh dato Vida , Nabil melalui satu komen balas menafikan perkara tersebut dan menganggap ianya sebagai satu fitnah.



Dia juga turut meminta Dato Seri Vida melunaskan hutang yang sudah tertunggak sejak 2 tahun lalu.

Netizen mula mempertikaikan sikap kedua-dua personaliti popular ini dan menganggap kedua-duanya sangat tidak matang dan tidak profesional.




Monday, 8 October 2018

KONSERT GEGAR VAGANZA MUSIM KE 5 MINGGU KE 2

Hi,..



Semalam berlangsung Konsert minggu kedua Gegar Vaganza musim ke 5. Bertembung pulak dengan majlis Anugerah ABPHB. Macam mana pun kita mesti la nak tonton Gegar Vaganza. Saya ni dah cukup tua la nak tengok ABPBH yang penuh dengan artis muda-muda dan yang kita tak kenal. Jadi lebih baik tengok Gegar Vaganza je.





Macam biasa gegar Vaganza setiap minggu tak pernah mengecewakan. Memang gamat dan meriah. Dari pengacara , artis yang bertanding , juri dan penaja semuanya boleh bikin ketawa berdekah walaupun kadang-kadang menjengkelkan..hahahah..

Untuk Minggu Kedua persembahan di mulakan dengan Elite yang menyampaikan lagu Bulan Cinta. Macam biasa suara memang kelaut tapi sebab diaorang ni ada persona so saya rasa terhibur la jugak..Masa sekolah dulu saya minat kumpulan ELite ni tau.Siap hafal lagu2 dia dalam album yang ada lagu Trauma tu .Tok Ram pun puji diaorang sebab diaorang ni walaupun tahu suara kelaut semua tetap usaha buat yang terbaik.



Persembahan kedua dari Safura. Saya pun macam kecewa sikit dengan persembahan Safura . Suara nya dah tak "sekuat" dulu . Tapi macam tu la, penyanyi yang dah lama tak menyanyi dan suaranya tak diasah memang akan mengalami nasib yang sama. So minggu kedua ni adalah minggu terakhir buat Safura. Apa pun saya tetap suka lagu2 Safura yang dulu.

Persembahan seterusnya dari Noryn Aziz. Memang tak dinafikan Noryn ada suara yang hebat dan benda ni diakui sejak dulu lagi.Dia pun sejak dulu orang panggil dia lagenda dalam muzik Jazz ni. Menyampaikan lagu Trauma dengan sangat baik dan penuh emosi.. Sampai saya pun rasa nak menangis..Tak pasal2 je. terlibat sama..hahahha.. Jadi mungkin sebab tu Noryn Aziz berada di ranking pertama untuk minggu ke dua ni.



Persembahan Dari Farawahida, Saya suka lagu ni dan rasanya lagu ni memang di sampaikan dengan baik. Ni kira macam lagu karaoke saya dulu tau.Hahah.. Sampai merah2 la muka menyanyi lagu ni.Tapi Nyanyian Farawahida memang best..Cuma bagi saya suara dia lembut sangat la.Memang macam tu kot suara nya..Dulu saya tak berapa minat sanagt lagu2 dia,.Mungkin sebab tu saya tak tau sangat suara dia dulu cemana.

Persembahan ke 5 dari kumpulan Forteen dengan lagu Manisnya Senyuman Mu.. Cuma yang pakai jaket denim tu entah apa namanya..Tak best la dia nyanyi.Kenapa part2 yang penting dok bagi kat dia yang nyanyi..Rasanya suara Ariz Lufias lebih ok dari suara dia.Ni pendapat saya je la ye.Tapi kata juri persembahan tu ok , terhibur dan enjoy..



Billy dan Zulkarnain  menyampaikan lagu Mentari Muncul lagi minggu ni.Pada pendapat saya ni permsembahan yang paling saya suka..Suara tak kelaut, sedap didengar, tak serabut, jerit2 pun masih sedap bunyi nya. Harmoni betul suara diaorang berdua ni Diaorang berdua pun segak je..hahah. Tok Ram pun puji kata best..

Lagu kembali terjalin disampaikan Oleh Amelina. Macam terkejut tengok kaklong ni boleh nyanyi lagu ni dengan baik. Tapi saya tengok dia dah kurus la..Jalouse tengok..Tapi jalouse saja tak guna kalau tak dijadikan motivasi untuk kurus ye kak Diana..hahahah... Tapi memang nampak jelas dia kurus . Nak diet jugak la minggu depan. Nampaknya Amelina dah tak payah sangat fokus pada dangdut.Lagu balada pun dia boleh nyanyi.



Part paling kelakar bila Tok Ram di suruh pakai losyen putih.. Berdekah-dekah saya ketawa. tak pasal2 orang tu kena pakai losyen putih..hahah..

Perasan tak bila di perkenalkan Ude and The Leman Band tak de siapa nak jerit2..Tu la..sebab ada Ude kot..hahahah.. Ok..Lupakan!!haha.

Persembahan dari Maya dengan lagu Hilangkan segalanya bagi saya memang best. Sedap suara Maya ni tau. Selama ni dok dengar dia nyanyi lagu sendiri yang rancak2 , bila nyanyi lagu orang lain sedap rupanya.. Dia pun cantik..kan??Suka dengan gaun yang dia pakai .






Dengan lagu bertajuk Andai, lagu yang  saya pun tak tahu dan tak pernah dengar, rasanya Zamani menyanyikan lagu ni dengan baik dan sedap di dengar. Pengacara asyik kata dia susah nak nyanyi lagu orang lain , tapi sebenarnya kalau ikuti perkembangan Zamani ni dia ada jugak nyanyi lagu orang lain.kan??

Minggu ni belum habis lagi  Isu Zamani kurus. Sebenarnya kita sebagai penonton pun tak selesa dengar isu tu..kan??Memula nak juga fikir positif dan terima je tapi memang susah la nak hadam.Orang yang tak de masalah berat badan memang akan rasa , "alah..boleh je makan la vitamin.." tapi sebenarnya tak mudah macam tu. Diaorang je yang tahu macam mana siksanya nak naik kan berat badan.  Ingat nak kurus je susah ke??Bagi sesetengah orang nak gemuk pun susah jugak la..\ jadi saya harap isu ni tutup la minggu depa., Tak selesa untuk di bincangkan..



Dia Fadila menyanyikan lagu Cerita Cinta nyanyian asal Norin Aziz. Suara dia sedap, nyanyian nya bagus dan macam Juri kata dia bagus. Dan yang penting baju dia tak menyakitkan mata. Minggu depan jangan salah pilih baju ye..hahaha


Persembahan Hetty dengan lagu Ah..Rindu Lagi..dapat tepukan gemuruh. Kita akan fikir, ala..nyanyi lagu dangdut ni memang semua orang akan suka. Tapi serius persembahan nya best dan dia pandai bergelek..Boleh dah ambik job nyanyi lagu dangdut..Cuma bila dia sakan bergelek jelas suaranya semput kau.!!!! Tapi apalah dangdut tanpa gelek..ye tak???Yang mat saleh tu suami dia ye??



Dulu saya suka sangat lagu Vida nyanyian asal Phyne Ballerz..  Masa tu ni lagu asalnya adalah soundtrack sebuah drama dari Mexico.Tak ingat la tajuknya tapi heroin cun giler.. hahah..Lagu ni dinyanyikan oleh Syafie Rio. Betul la orang kata suaranya macam kaset..Hahaha.. persembahan nya best. Siap menari lagi..hahaha...



Kiranya untuk konsert kedua ni memang terbaik lah..seronok dan menghiburkan.Untuk Bintang Cucckoo Paling Gempak Minggu ke 2 pemenang nya ialah Elite... yeayyy!!!

Untuk minggu ke 3 nanti lagu yang di berikan bertemakan "Lain macam.."


Senarai Lagu gegar Vaganza Minggu ke 3 

Noryn Aziz - Kabut Serangkai Mawar (Zaitun Sameon)

Amelina - Segalanya Pasti (Aida Agil)

Syafie - Yang penting happy (jamal Mirdad)

Hetty Sharlene - Pawana (search)

Maya - I have Noting (Whitney Houston)

Billy Zulkarnain - Mahakarya Cinta (Faizal Tahir)

Dia Fadila - Dondang Dengdang ( Noraniza Idris)

Zamani - this Love (maroon5)

Forteen - Suci Dalam debu (Iklim)

Farawahida - Lagu Rindu Merindu (fauziah Idris) 

Elite - Ku Bahagia (Melly Goeslow)

Konsert Gegar Vaganza Musim ke 5 Minggu ke 2


Wednesday, 3 October 2018

KHIDMAT BIRTHDAY JINGLE BERBAYAR DARI GADIS INI LEBIH BERBALOI DARI UCAPAN BERBAYAR JANNA NICK

Assalamualaikum..



Baru-baru ni kecoh bila Pelakon Janna Nick dikatakan mengenakan bayaran bagi khidmat ucapan harijadi . Janna Nick dikatakan mengenakan bayaran sebanyak rm50 untuk 1 ucapan di IG Story miliknya.

Apa yang dilakukan Janna bukan sahaja mengundang kritikan netizen malah beberapa artis turut menyifatkan apa yang dilakukan Janna Nick sesuatu yang amat memalukan.

Walaupun ada yang merasakan harga tersebut terlalu mahal namun khdmat ucapan berbayar tersebut tetap mendapat sambutan peminat-peminat Janna Nick.

Macam tu la artis..Segenap ruang boleh buat duit. lagi-lagi kalau ada peminat setia.Terus peminat bagi sokongan.Ramai yang percaya mereka yang menggunakan khidmat ucapan berbayar dari Janna Nick ni terdiri dari ahli-ahli kelab peminatnya sendiri.

Cakap pasal khdmat ucapan berbayar ni , saya rasa ada lah lebih berbaloi kalau korang gunakan khidmat ucapan berbayar dari seorang gadis di twitter ni. Mungkin mengambil inspirasi dari services yang Janna Nick buat, beliau menawarkan khidmat ucapan istimew menggunakan jingle.

Ianya lebih menarik kerana dah ramai yang menggunakan khidmat Birthday Jingle dari @Takaharasuiko ni. Bukan sahaja disertakan dengan ucapan yang disediakan sendiri oleh kita tapi ucapan tersebut digunakan dalam jingle tersebut.





Setakat ni services birhday Jingle dari dia memang mendapat sambutan .Tak tahu la dia akan buka services ni sampai bila tapi korang kena cepat2 la ye. Sebab katanya dah bersusun yang nak guna khidmat dia ni.

Monday, 1 October 2018

KONSERT GEGAR VAGANZA MUSIM KE 5 MINGGU 1

Assalamualaikum..



Konsert Gegar Vaganza musim ke 5 kembali lagi. Musim kali ni ada ramai artis-artis yang memang satu ketika dulu cukup-cukup popular. Ada Zamani, Farawahida, Norin Aziz, Amalina, Maya, Hetty Sharlene , Shafie Rio,Billy Zulkarnain ,Dia fadila, Forteen,Safura dan Elite.

Musim kali ni juga dah ada penaja baru iaitu Dato Seri Alif Syukri,Nampak semalam Dato Alif Syukri macam belum terbiasa dengan rancangan GV yang sentiasa ceria dan gila-gila. Pengacara nya masih kekal dengan Jihan dan Nabil.Cuma semalam ingatkan pengacaranya AC Mizal.Macam frust dan rasa malas nak tengok.Tapi rupanya masih lagi 2 pengacara yang suka mengata orang tu.Dato AC Mizal cuma juri jemputan saja.

Peliknya ramai tak suka pengacara tu tapi kalau tukar pengacara lain agak-agak konsert GV meriah ke idakkk???Rasa macam tak je..hahahha.



Untuk konsert pertama yang paling menonjol adalah Amelina dan Zamani. Biasalah bila lagu dangdut ni memang dah lama sangat tak dengar.Bila sesekali dengar best la bunyi nya. Kalau mengikut turutan ranking kedudukan semasa peserta-peserta GV 2 ni dua peserta ni berada di kedudukan teratas.

Persembahan yang lain best juga cuma mungkin tak berjaya memikat juri. Kita yang tukang tengok ni cuma nak layan lagu2 lama sambil mengimbau kenangan masa sekolah dulu je..hahaha.. Macam lagu elite semalam, tamparan Wanita,,..Punya lah tak sedapnya diaorang menyanyi. Tapi sebab lagu tu dulu memang popular , rasa terhibur bila dapat dengar dan tengok persembhaan Elite selepas berpuluh tahun .

Setiap musim GV mesti ada kecaman-kecaman setiap minggu konsert berlangsung. Kalau nak tahu yang paling diperkatakan semalam ialah tentang AC Mizal. Ada yang kata intro semalam hancur sebab AC Mizal buat macam Super Spontan.

Kemudian ada juga yang tak puas hati sebab Ac Mizal macam memalukan Zamani bila kritik pasal berat badan Zamani dan jadikan ianya satu bahan lawak. Zamani ni memang dari dulu kurus kering. Badan nya bukan macam kita ni..kan? Jadi bab berat badan dia tu tak patut lah dipertikaikan. Tu mungkin diluar kemampuan Zamani sendiri.
Kemudian ada yang pertikaikan kenapa Dato Ac Mizal ni suka menyampuk time orang bercakap.Hahha.. Yang tu biasala..kan??Nama pun siaran lansgung.Dan dia pun memang suka bercakap.

Ok..Dah la cakap pasal AC Mizal. Saya nak cerita pasal baju artis pulak.Paling tak selesa tengok baju Dya Fadila , Tak sesuai dengan badan dia. Nampak buruk sangat. Bentuk badan macam tu memang kena hati-hati pilih baju.Saya rasa dia tak sesuai pakai dress macam tu. Harap minggu depan dapat baju lebih elok dan sopan.


Suka tengok Hetty Sharlene.. Cantik macam dulu. Tapi kecewa sangat dengan persembahan Safura.Tak sedap nyanyian nya. Tak boleh nak nyanyi sama-sama lagu Sedalam Mana Cinta mu sebab jadi meleret-leret.berlaun-alun sangat macam naik sampan.. Kita nak nyanyi sama-sama la...Baru best!

Untuk minggu pengenalan ni belum ada yang terkeluar dan semua layak ke minggu seterusnya.ni senarai lagu tugasan masing-masing untuk minggu kedua Gegar Vaganza Musim Ke 5 dengan tema "DALAM DIAM KU MENCINTAIMU" :

Amelina ➡  Kembali Terjalin (SLAM)
Zamani ➡ Andai ( Dia Fadila)
Shafie Rio ➡ Vida (Phyne Ballerz)
Maya ➡ Hilangkan Segalanya (Farahwahida)
Dia ➡ Cerita Cinta (Noryn)
Forteen ➡ Manisnya senyumanmu (Elite)
Hetty ➡ Ah..Rindu Lagi (Amelina)
Farawahida ➡ Rindu Aku rindu (Hetty)
Safura ➡ Diary Biru (Maya)
Noryn ➡ Trauma (Elite)
Billy Zul ➡  Mentari Muncul Lagi (SLAM)
Elite ➡ Bulan Cinta (Eva)


sekian..

Sunday, 30 September 2018

REVIEW DAN SINOPSIS KDRAMA WITCHS LOVE

Assalamualaikum..



Saya baru habis tonton kdrama Witchs Love . Drama ni sebenarnya tak de dalam senarai drama yang saya nak tengok sepanjang bulan oktober ni. Tapi tertengok la jugak sebab saya suka kdrama yang genre fantasi ni.hehe.

Tajuk: Witchs Love

Genre : comedy . Fantasy

Pelakon;
Yoon So-Hee - Kang Cho-Hong
Hyun Woo - Ma Sung-Tae
Hong Bin - Hwang Je-Wook


Drama ni bermula dengan sorang kanak-kanak yang diculik 25 tahun lalu dan diselamatkan oleh sepasang adik beradik ahli sihir. Selepas diselamat kan. demi menjaga identiti mereka supaya tak terdedah , mereka dah lenyapkan ingatan kanak-kanak ni.

Selepas 25 tahun kanak-kanak ni pun dah besar dan macam biasa la, kdrama ni...Budak tu anak orang kaya. Jadi lah dia lelaki kaya yang muda, kacak (tak kacak sangat sebenarnya) dan sedikit ego. Namanya Ma Sung Tae. Tapi kanak-kanak ni tak berapa ingat kejadian yang menimpa dia 25 tahun lalu.

Disebab kan kejadian yang 25 tahun lalu tu , dia ada dapat 1 parut kat dada dia.Parut luka yang dia tercedera masa nak selamatkan diri masa diculik dulu.

Ingatan nya tentang kejadian tu cuma samar-samar je.Dia selalu bermimpi tentang kejadian tu.Tapi mimpi tu tak sepenuhnya. Yang muncul dalam mimpi dia cuma keadaan hujan dan bangunan lama.



Kebetulan satu hari dia dapat jumpa bangunan lama tempat yang dia diselamatkan dulu. Tempat tu sebuah restoran sup yang sangat terkenal. Dia pun beli bangunan tu sebab bangunan tu rupanya tak de pemilik.

Lepas dia beli dia buat keputusan nak duduk di bangunan tersebut dalam masa sama dia nak dapatkan kembali ingatan dia tentang kes penculikan 25 tahun lalu. Bangunan tersebut didiami 3 orang ahli sihir. sorang perempuan muda , cantik .. Namanya  Kang Cho Hong , dan 2 orang nenek dia.

Satu hari Kang Cho Hong ni putus cinta. Sebab kecewa sangat kuasa sihir dia tiba-tiba je hilang. Dia jumpa sorang ahli sihir lain , dan dinasihatkan mencari seorang lelaki yang memang ditakdirkan untuk dia dan dia kena cium lelaki tu

Punya lah susah nak mencari nya, Untuk mencari lelaki tu dia kena pakai satu telinga ahli sihir yang akan keluarkan bunyi loceng bila lelaki yang ditakdirkn untuk dia tu dekat dengan dia.

Selepas dia putus cinta yang buat dia kecewa dulu, ada dua lelaki yang semakin dekat dengan diri dia. Sorang tu pelukis komik nama  Hwang Jae wook dan sorang lagi si Ma Sung Tae yang kena culik dan tinggal bersama dia dalam bangunan restoran tu.

Tapi dia lebih tertarik dengan Ma Sung Tae sebab lelaki tu la yang ada sebelah dia masa telinga ahli sihir tu berbunyi. Sebab dia nak dapatkan semula kuasa dia yang hilang, punya la susah dia nak menggoda si Ma Sung Tae ni.



Tapi sebenarnya lelaki yang ditakdirkan untuk dia tu ialah Hwang Jae Wook. Sebab masa telinga ahli sihir tu berbunyi Hwang Jae Wook pun ada tak jauh dari dia.

Tapi nak buat macam mana bila Cho Hong dan Sung Tae dah semakin rapat dan diaorang masing-masing dah jatuh cinta.

Ha..korang kena tengok la sendiri cerita selebih nya.

Bagi saya drama ni sama je dengan drama korea fantasi yang lain. Cuma nya ending dia , dia tak bersama dengan lelaki yang sebenarnya ditakdirkan untuk dia. Kenapa??tu korang kena tengok..tak best la saya cerita sini.

Cerita ni juga 12 episod je. Jadi ending dia macam nak bagi cepat habis je. Hwang Jae wook tu tak menonjol sangat watak nya. Lebih seronok kalau dia nampak lebih berusaha nak rebut Cho Hong padahal dia dikatakan " lelaki yang tak kan kecewakan Cho Hong dan akan setia dengan Cho Hong walaupun tahu yang Cho Hong seorang ahli sihir."

Tapi tak nampak pun benda tu.Nampak dia macam lelaki biasa yang minat pada kekasih orang lain.Hahahh..



Banyak watak yang macam tergantung, contohnya lelaki yang diupah untuk culik dia masa kecik cuma koma je tak bangun-bangun sampai ke sudah, Hubungan Seong Tae dengan mak dia tak kan la tak de berbaik ke ..kan??

12 Episod bagi saya macam tak cukup la untuk melengkap kan drama ni.

Tu je la..Kalau korang suka kan cerita magik2 ni boleh la tengok.Tapi tak de menarik sangat pun.. Biasa2 saja..


sekian..