Showing posts with label haiwan. Show all posts
Showing posts with label haiwan. Show all posts

Thursday, 12 July 2018

KETAHUI SEBAB MENGAPA ANDA TIDAK BOLEH BERI ITIK MAKAN ROTI

Selama ni memang saya fikir itik makan apa je yang kita manusia makan. Dulu selalu tengok mertua saya bagi itik dia makan nasik . Jadi saya fikir mesti itik ni makan roti jugak.

Tapi sebenarnya itik tak boleh makan roti.Kalau sesiapa yang pernah bagi itik peliharaan nya makan roti boleh la hentikan sebab ianya akan menyebabkan itik sakit .


Memberi roti bapa itik bukan saja menyebab kan air nya berbau dan busuk tapi juga boleh menyeybabkan itik sakit kerana roti tidak mengandungi nutrisi yang diperlukan oleh itik.

Roti juga menyebab kan air tercemar dan memusnahkan makanan semulajadi itik seperti ikan.Di bawah ini adalah contoh itik yang kekurangan nutrisi. sebab makan benda2 yang tak diperlukan oleh badan nya,



Bahagian sayap itik kelihatan terkeluar dan tidak boleh dimasuk kan semula dan ianya menyebabkan itik tidak boleh terbang dan keadaan ini sangat menyakitkan bagi mereka.



Sebaiknya itik diberi makan nasi yang dimasak , biji jagung , anggur tanpa bijik dan birdseed. Roti juga tak boleh diberikan kepada angsa bagi mengelak kan masalah yang sama.

Jadi lepas ni kalau nampak itik berenang jangan sesekali bagi itik makan roti.Itik ni apa kita bagi semua dia telan. so kita kena lebih peka dengan hal ni.

sekian..

Thursday, 3 May 2018

INI SEBAB KENAPA KITA TAK BOLEH NAIK GAJAH BILA MELANCONG KE THAILAND




Saya ni walaupun seorang yang penakut dengan haiwan tapi saya sebenarnya pecinta haiwan jugak.Rasa sakit hati bila nampak ada orang aniaya haiwan. Tak sanggup nak tengok.

Tapi ramai yang tak sedar cara kita sendiri menggalak kan penganiyaan terhadap haiwan . Contohnya Gajah. Ramai orang kalau pergi ke Thailand mesti nak naik gajah. Tapi tahu tak bagaimana gajah tersebut di perlakukan untuk sesetengah pihak  mengaut keuntungan ?

Gajah yang di tangkap bukan sahaja di siksa malah ada gajah-gajah kecil di pisahkan secara paksa dari ibu mereka  atau di sebut sebagai "phajaan" . Kesian nya..

Kalau tak percaya cuba tengok gambar-gambar ni.. Apa perasaan korang selepas melihat gambar2 ini.?






Ini adalah keadaan di mana gajah-gajah sedang di latih supaya menurut perintah . Gajah-gajah ni bukan saja di latih setiap hari malah di perlakukan dengan kejam sekali.

Di ikat, di pukul sampai ada yang luka-luka.

Tapi bila kita pergi ke Thailand kita tengok gajah-gajah ni macam jinak sangat sampaikan ada yang anggap gajah ni haiwan yang di pandang suci oleh orang Thailand. Sedangkan orang tak tahu macam mana cara mereka menjinak kan gajah-gajah ni. Sangat kejam!

So korang kalau ke thailand tak payah naik gajah sebab ianya seolah-olah menyokong tindakan pihak tertentu ni . Kalau ramai2 sebarkan benda ni tak kan ada lagi sesiapa nak naik gajah  dan orang tempatan kat sana pun tak nak dah tangkap gajah dan gunakan untuk kepentingan sendiri.

sekian..


Monday, 9 October 2017

NAK BELA HAIWAN KESAYANGAN TAPI TAKUT? INI BOLEH MEMBANTU KORANG

Assalamualaikum..



Saya baru jumpa kucing ni semalam.Sebenarnya bukan jumpa tapi dia datang sendiri ke rumah..Terus masuk ke dapur dan makan makanan kucing saya, Jonjea. Hari ni saya dah mandikan dia , dah pakaikan loceng kat leher, dan dah beri nama Jaechan . 

Best kan nama2 kucing saya?

hahahha..

Ada banyak sebab kenapa ada orang yang tak suka ada haiwan kesayangan . Antara sebab-sebab kenapa diaorang tak suka bela haiwan ialah sebab takut. 

Ada juga yang tak mau bela sebab malas nak menguruskan nya.

Setiap hari nak kena bersihkan sangkar , nak kena bagi makan, belikan makanan , bawak ke veteriner dan sebagainya.



Benda2 macam tu buat mereka rasa ianya sesuaitu yang menyusahkan.

Tapi saya dah ada satu penyelesaian  untuk korang yang "malas" ni nak ada haiwan peliharaan macam orang lain jugak.

Kadang2 bila kita sedih kita nak juga mengadu kat sesiapa yang boleh dipercayai..sesiapa yang sedia mendengar tanpa membantah dan mencadang..

Betul!!haiwan kesayangan adalah "dia" yang sesuai untuk perkara-perkara itu. Kita boleh peluk dia boleh mengadu dan menangis pada dia.


Ni dia...namanya Qooboo  .. Nampak lain macam je kan??

boleh tengok video di bawah macam mana dia sangat "manja" dengan tuan nya..



Dia tak kan menggigit, tak kan bising bila lapar tak kan berak di laman kita.

Tapi kalau ada kawan korang nak datang rumah bagitau dulu pada dia tentang "haiwan peliharaan " korang ni ye.Takut nanti ada yang kata korang sewel.

hahahha..

Dibangunkan oleh syarikat Jepun, Yukai Engineering Co, Qoobo adalah bantal robot kecil berbulu yang duduk di pangkuan kita dan menggerak kan  ekornya apabila kita membelainya. Itu sahaja, .Dan sebenarnya itu lah yang ramai orang mahukan dari haiwan kesayangan mereka. Kan??

Ada yang alah kepada kucing dan anjing, atau korang  tinggal di sebuah apartmen yang tidak membenarkan membela haiwan kesayangan , atau korang memang tak suka kan bunyi bising mengiau dan menyalak .??

Qooboo adaah haiwan yang sesuai untuk korang..
.


Binatang robot aneh itu diumumkan pada pameran perdagangan CEATEC 2017, dan dijangka akan dijual secara komersial pada musim panas akan datang, sekitar $ 100. Penciptanya mendakwa bahawa Qoobo mempunyai hayat bateri lapan jam dan dapat diisi oleh USB.

Ciri utamanya ialah ekor robot, yang akan bergerak dengan cara yang berbeza bergantung pada cara dia dibelai.. "Kucing tanpa kepala" ini  juga bergetar  dan berdengkur.


Salah seorang pereka Yukai Engineering Co berkata.  idea untuk menwujudakan Qoobo kira-kira enam bulan yang lalu, apabila terpaksa meninggalkan kucingnya dengan ibu bapanya,

Oleh sebab kerana pangsapuri yang didiaminya  tidak membenarkan haiwan peliharaan dia memutuskan untuk mencipta  pengganti haiwan kesayangan yang akan membuatnya berasa lebih baik walaupun haiwan ini tidak mempunyai kepala dan anggota badan lain yang dirasakan tidak begitu penting.




Thursday, 5 October 2017

VETERINER TIDAK BERLESAN TAWAR KHIDMAT BUANG SUARA BISING ANJING HANYA DITEPI JALAN

Assalamualaikum..



Mesti ada antara kita yang ada jiran-jiran bela anjing . Ada yang tak berapa suka ada anjing ni sebab bulu dia terbang ke rumah kita..kan??Tapi ada masa-masa nya rasa .. "..mujur la jiran ni ada bela anjing..Ada je orang yang pelik2 dekat dengan rumah  terus anjing tu menyalak.."

Bila menyalak tak berhenti-henti memang rimas jugak la. Cuma tidak la pernah rasa terfikir  nak pi tutup mulut dia atau bisu kan dia terus.hahah..

Tapi ada juga yang fikir bunyi bising anjing yang menyalak tu memang pelu di atasi dengan buang suara bising nya.

Mungkin ada yang tak faham tapi kejadian berlaku di China apa bila seorang "Viterinar " tanpa lesen memberi perkhidmatan membuang chord vokal suara anjing yang bising.

Dengan hanya beroperasi ditepi jalan ada ramai pelanggan yang mempercayai khidmat veteriner tanpa lesen ini,

Lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Veteriner ini dikenali sebagai Zheng . Dia kini sedang disiast kerana menjalan kan perkhdmatan kesihatan kepada haiwan tanpa lesen. Zheng bakal berdepan tindakan dan hukuman jika dia didapati bersalah.


Kebanyakan pemilik haiwan menjelaskan mereka terpaksa membuang suara bising anjing milik mereka disebab kan aduan jiran-jiran tentang bunyi bising anjing menyalak.

Zheng mengecas sekitar 50 - 100 yuan untuk menghilangkan suara anjing yang bising..




Gambar-gambar  dan video yang mengerikan yang tersebar di medsoc beberapa minggu  yang lalu menunjukkan anjing yang disuntik dengan anestetik dengan  mulut terbuka,  dengan sepasang tali yang di pegang oleh pembantu Zheng.

Sambil memotong kord vokal Zheng  menggunakan alatan yang kotor  pada semua anjing  tanpa membersihkan nya terlebih dahulu .


 Zheng mengendalikan kira-kira 10 anjing dalam masa sejam, dan hanya membuang  kord vokal berdarah  di atas jalan.

Wartawan yang menyamar sebagai orang awam bertanya kepada Zheng sama ada Zheng mempunyai lesen untuk menjalankan perkhimatan seperti itu.

Zheng menjelaskan bahawa dia melakukan prosedur secara tidak sah kerana  dia telah belajar kemahiran tersebut sejak setahun lalu. " Mengapa saya memerlukan lesen? Tidak ada pemeriksaan ketat dan tidak ada sesiapa yang pernah memeriksa saya.., " kata Zheng


Membuang chord vokal anjing   menjadi trend di China hari ini, dengan banyak pemilik memilih untuk melakukannya bagi  menghentikan haiwan peliharaan mereka daripada menyalak  .


Walau bagaimanapun prosedur itu sebenarnya tidak perlu dilakukan  dan sememangnya agak kejam dan menimbulkan risiko kesihatan yang serius seperti jangkitan kuman,  kehilangan darah, kesukaran bernafas dan tekanan ..

Mereka juga  tidak menyedari bahawa  pada dasarnya mereka telah membuang  keupayaan semula jadi anjing untukbersuara dan berkomunikasi.


Walaupun saya tak suka bunyi anjing bising tapi harap2 tak de la sesiapa di Malaysia ni yang tergamak buat macam ni.


sekian..



Wednesday, 4 October 2017

BERTARUNG DENGAN ULAR SAWA GERGASI : LELAKI INI BERJAYA MEMBUNUH ULAR SAWA SEPANJANG 23 KAKI

Assalamualaikum...

Ini reptilia yang saya paling takut sekali.Dalam mimpi pun kalau boleh tak mau dia ada. Apa jenis ular pun saya takut.Walau pun ular tu tak merbahaya tapi saya takut sangat kalau terserempak dengan reptilia ni.


Hari ni ada terbaca pasal ular sawa gergasi yang berjaya ditumpaskan oleh seorang lelaki di Riau , Indonesia.

Dikabarkan Robert Nababan sebenarnya sedang dalam perjalanan pulang dari kerja .  Kemudian dia  ternampak seekor ular sawa gergasi sepanjang 23 kaki menghalang laluan jalan.

Dia memberanikan diri menghampiri ular tersebut dan tiba2 ular tersebut menyerangnya dan membelit badan nya sambil membenamkan gigi ke lengan lelaki berusia 37 tahun itu.

Berpantang maut sebelum ajal, lelaki ini kemudian tidak menglah malah dia bertarung dengan ular gergasi tersebut hingga lah ular itu mati dan dia cedera parah.

Dia kemudian nya bergegas ke hospital untuk mendapat kan rawatan.





Menurut saksi kejaidan ketika  Robert Nababan bertarung dengan ular gergasi , ramai yang melihat kejadian tersebut tetapi tidak berani untuk membantu kerana ketakutan.

Robert Nababan seorang pengawal keselamatan, yang bekerja di ladang kelapa sawit di kawasan Kabupaten Indragiri Hulu, .




Robert Nababan mengalami kecederaan serius di tangan kirinya  dan mengalami keletihan kerana bertarung dengan agak lama.

Bangkai ular tersebut kini digantung untuk tontonan penduduk setempat.

Sebelum ini, pada march lalu seorang lelaki di Sulawesi mati di dalam perut ular sawa , selepas berterung dengan ular sawa gergasi.,