Showing posts with label goodies bag. Show all posts
Showing posts with label goodies bag. Show all posts

Monday, 4 March 2019

APA BARANGAN YANG KITA PATUT LETAK DALAM GOODIES BAG

Hye Semua...

Saya suka kalau dapat goodies bag bila pergi kenduri . Tapi tak berapa suka kalau dalam goodies bag ada junkfood. Kalau untuk budak-budak ok la kot letak junkfoof. Tapi kalau orang dewasa pun dapat junkfood macam tak best pulak rasa.



Budak-budak pun bukan semuanya suka junkfood tau. Jadi daripada bagi junkfood baik la bagi sesuatu yang boleh digunakan.Contohnya kalau untuk budak-budak bagi lah sapu tangan atau alat tulis

Alat tulis pun bukan mahal. Kadang-kadang tengok junkfood banyak sangat.Bila dikira-kira kos untuk semua junkfood dalam 1 goodies bag tu cecah 4-5 ringgit. padahal dengan jumlah wang rm5 tu dah boleh dapat pensil warna sekotak.

Kan lagi bagus bagi sesuatu yang baik untuk kanak-kanak..

Banyak kenduri yang saya pergi, selalu sediakan gula-gula untuk anak-anak. Kadang-kadang sampai terlalu banyak , budak-budak buang je kat tanah. Sayang tau.. Duit semua tu. Bukan nya turun dari langit. Hahah.

Antara barang yang murah sesuai untuk diletak kan dalam goodies bag kanak-kanak ialah alat tulis, pensil warna, set penjagaan diri (sikat, bedak, sapu tangan dan olive oil) , Buku membaca, set permainan seperti tali skipping, dam , gasing . Korang juga boleh bagi tali pengikat buku teks (book band) , dan banyak lagi . Kalau nak bagi junkfood cukup la selit 1-2 bungkusan kecil.






Untuk orang dewasa pulak jangan la bagi junkfood juga.kesian makcik pakcik yang ada kencing manis pun dia bagi gula-gula satu bungkus, siap dapat coki-coki. celah mana la makcik pakcik tu nak sumbat.  Kalau dia ada anak cucu pun bawak balik rumah buat berebut je.

Korang boleh bagi benda lain seperti bahan masakan, contohnya rempah ikan, rempah daging dan serbuk kunyit.. sejak beberapa tahun ni ada yang bagi kicap botol kecik tu, ada juga yang bagi roti. Benda-benda macam tu yang tentu orang akan guna.

Kalau sapu tangan tu memang dah biasa sangat orang bagi.Cuma nak pesan kalau bagi sapu tangan jangan la di gam kan sapu tangan tu. Ada orang yang gamkan sapu tangan tu sebab nak letak bunga-bunga. kalau letak gam habis rosak sapu tangan tu tau terus tak boleh guna.



Keluarga saya selalu sangat dapat sapu tangan. Korang rasa ada tempat ke nk simpan banyak2 tu. Tak de tempat.Jadi saya buka dan gunakan saja semua sapu tangan tu.



tengok ni. Saya buka satu-satu dan bersihkan, kemudian lipat. Boleh anak-anak bawak ke sekolah atau bila nak keluar.Sapu tangan ni semua masih elok. Sayang kalau tak digunakan.

Korang rasa apa lagi barang yang sesuai untuk di letak kan dalam goodies bag majlis kenduri kahwin?