Showing posts with label gigi. Show all posts
Showing posts with label gigi. Show all posts

Wednesday, 27 December 2017

APA PERLU BUAT JIKA GIGI KEKAL TERCABUT

Assalamualaikum.

Semalam Maisara bagitau yang salah satu gigi susu dia dah patah.Dia tunjuk kan kat saya gigi tu..Risau jugak la sebab takut nanti gigi dia tak tumbuh.tapi katanya itu gigi susu je..nanti gigi lain akan tumbuh..

Kalau gigi susu yang patah tak pe la..Tapi kalau gigi kekal nya yang tercabut macam mana?Ada harapan lagi ke gigi anak kita tu boleh diselamatkan?Dah tentu boleh..Gigi kekal yang tercabut boleh diselamatkan dengan beberapa cara yang akan saya kongsikan ni..

Saya rujuk dari satu post yang di kongsi oleh Dr Ib Shah di lama twitter tentang apa perlu kita buat jika gigi kekal tercabut dan cara untuk menyelamatkan gigi tersebut. Tercabut bermakna gigi dia terkeluar dan masih ada akar nya..




1- Mula-mula cari dulu gigi yang tercabut tu.Mungkin tercampak masa terjatuh atau kemalangan.




2-Pegang HANYA bahagian kepala gigi.cuba jangan sentuh bahagian akar . Kita nak preserve sel2 yang melekat dan elakkan lagi kerosakan dan kotoran dari melekat di kawasan tu





3-Cuci gigi tu with running water . Kalau boleh dan berani, masukkan balik dalam soket gigi

Lepastu gigit kapas dan terus jumpa dentist


4.Kalau tak tahu masukkan, simpan gigi tersebut dalam susu atau larutan bergaram. Lagi elok, ludah dan banyak2 pada gigi dan letak kan dalam satu bekas bersih

Jangan biarkan gigi tu kering





kalau tak de susu atau larutan bergaram , kemam je gigi tu kat dalam mulut dan terus ke klinik gigi.



5.Di klinic, doktor akan amik Xray dan ‘splint’ gigi tu supaya boleh heal balik.high possibility untuk recover!

Kalau gigi tu mati selepas tu, dentist akan sarankan utk buat root canal treatment . Tapi yang penting tulang dah ‘pegang’ gigi tu semula dan boleh guna macam biasa!


Cara ni hanya untuk  gigi kekal sahaja! Biasanya gigi depan kekal tumbul pada 6-7 tahun. Kalau gigi susu, takpa tak perlu letak semula sebab gigi kekal akan tumbuh.

semoga bermanfaat untuk semua..


sekian..



Wednesday, 25 June 2014

APA PERLU BUAT BILA ANAK SAKIT GIGI

Assalamualaikum..



Bila anak-anak dah besar ni macam2 la dia nak makan.
benda yang kita tak bagi pun,dia boleh beli sendiri.terutamanya coklat dan gula2..
lepas tu mula sakit gigi sebab gigi dah berlubang..
Bila anak sakit gigi sama je macam kita yang sakit gigi.
sampai tak tidur malam la asyik pujuk anak yang tengah sakit.
Ibulah orang yang paling dia perlukan bila sakit gigi.



Budak2 kalau sakit gigi mesti ada dua sebab je.
pertama gusi bengkak.kalau terjadi kes macam ni nak tak nak
kena bawak jumpa doktor la.sebab biasanya bila bengkak akan ada
nanah kalau dibiarkan lama2.
Doktor akan memberikan ubat untuk melegakan bengkak dan tahan sakit.



Sebab yang kedua ,gigi berlubang.bila berlubang,
ada sisa makanan yang tersekat dalam lubang gigi..
itu yang buat gigi nya sakit.
Adalah lebih baik suruh anak gosok giginya dan berkumur
sampai hilang kotoran pada gigi yang berlubang.


Ibu juga boleh menggunakan air garam yang suam
atau air daun sireh yang direbus untuk anak berkumur supaya
sakit pada gigi hilang untuk sementara.kemudian terus bawa anak
buat pemeriksaan di klinik gigi.
Mungkin sudah masanya gigi yang rosak perlu dibuang supaya tidak sakit lagi..

sekian..

Monday, 6 January 2014

4 CARA MUDAH KURANGKAN SAKIT GIGI

Assalamualaikum...




Sakit gigi ke??
tak tahan kan??dalam banyak2 sakit,
sakit gigi paling sakit..
sakit besalin pun kita boleh lupa..
kalau sakit gigi sampai bila2 boleh ingt..
cemana nak buat kalau sakit gigi tengah malam..
Klinik bukan buka..
Meh nak kongsi cara mudah hilangkan sakit gigi dengan cepat.


1-guna kan ais batu.letak ais batu pada tempat sakit.mula2 memang akan rasa ngilu..lepas tu sakit tu akan mula berkurangan.

2-guna serbuk penaik.ambik satu sudu serbuk penaik.titik kan beberapa titis ais dan kacau2 supaya dia jadi macam doh.jangan cair..lepas tu tampalkan kat tempat yang sakit tu..

3-Guna agaram..2 sudu besar garam di campurkan dengan setengah gelas air suam.kumur beberapa kali.boleh juga campurkan setengah sudu kecil garam ke dalam 2 sudu besar perahan lemon.kemudian kumur dengan campuran tersebut.


4-teh yang celup tu orang panggil apa ye??ha..guna teh yang macam tu la..rendam beberapa saat dalam air panas lepas tu tekap kan kat tempat sakit.

selamat mencuba..

sekian...


Friday, 2 August 2013

GIGI YAEBA KEGILAAN WANITA JEPUN

Assalamualaikum...


Jika kebanyakan wanita merasa tidak selesa
dengan penampilan gigi yang tidak rata,
maka lain halnya dengan yang terjadi di Jepun..
 Kebanyakan wanita di sana ramai yang mahu
mengubah  gigi yang rata dan rapi menjadi
bersiung dan bertaring seperti Vampire.



Trend ini dipanggil ‘yaeba’ yang bermaksud
berlapis atau gigi berlapis.
Caranya adalah dengan memaksa gigi geraham
agar bergeser ke belakang gigi taring agar gigi
taring dapat menonjol ke depan.
Di AS, gigi seperti ini digelar ’snaggletooth’.



Untuk menghasilkan   gigi yaeba,
doktor gigi juga boleh memasang gigi
taring mini buatan yang
disebut ‘tsuke yaeba’ pada gigi asli.
Dikabarkan  harga yang harus dibayar
untuk menjalani tsuke yaeba adalah sekitar 390 US Dollar .



Tren ini dipopularkan oleh bintang pop
dan selebriti di negara  tersebut.
Ada banyak wanita Jepun,
baik tua ataupun muda,
yang menjalani prosedur kosmetik demi mendapat gigi yaeba.


sekian..

Thursday, 31 May 2012

TIP UNTUK BUAT ANAK TAK TAKUT KE KLINIK GIGI

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua....:)



pagi ni nak cerita pasal gigi ...
korang ada tak anak2 yang takut nak periksa gigi kat klinik??
mesti susah kan??
kalau gigi sakit tahan je la..
nak bawak ke klinik dah sah2 dia tak mau..

aku ada tips untuk buat anak tak akut ke klinik gigi.
tapi tips ni untuk kita amalkan dari awal la..

yang pertamanya ceritakan bagaimana cara doktor gigi memeriksa gigi
tapi secara sederhana dan menyeronok kan.
jangan sesekali cerita pasal kesakitan ,berdarah,atau
perkara2 yang boleh buat dia takut.

kalau kita ada pengalaman buruk ketika dapatkan rawatan gigi
jangan sesekali ceritakan pada anak kita.
jangan sesekali cakap "tak sakit pun.."
sebab anak akan fikir kenapa kita cAkap pasal sakit??kan??
jadi soal sakit ke tak tu baik kita diam kan je..
tapi kalau ditanya..."sakit ke?"
baru la kita jawab ."sakit kenapa pulak??doktor tu tengok2 gitu je..
sikit pun tak sakit.." tu ayat aku dulu la masa nak didik maisara
tak takut ke klinik..heheh

jangan ancam anak untuk bawak ke klinik gigi
kalau dia nakal atau makan gula2 dan sebagainya.
ramai ibu bapa yang suka ancam anak..
"malas gosok gigi je mak bawak kamu pergi klinik gigi.
biar doktor tu cabut semua gigi kamu.."
cara ni akan buat doktor gigi tu lebih menakutkan di mata anak2 kita.

bacakan buku2 tentang pengalaman anak2 keciL ketika
melakukan pemeriksaan gigi..
banyak buku2 macam ni yang kalau kita tengok
tak de pun cerita pasal sakit ke,menangis ke..kan?
tapi maisara dulu dia berani sebab tengok katon je..
dalam katon tu,bila lepas check gigi doktor akan bagi gula2..
ha..tu yang dia suka tu..heheh

last sekali kalau anak pertama kali check gigi kat klinik
bagitau doktor yang ini kali pertama dia.
supaya doktor pun akan bagi kerjasama dengan
kita supaya anak tak takut.

Jangan lupa berikan pujian selepas pemeriksaan gigi yang pertama..
boleh jugak berikan sedikit ganjaran..
maisara dulu kami siap puji melambung2
konon nya gigi dia nampak cantik dengan tampalan warna pink tu..hahahah..

ok..tu je la..
selamat berjaya ye..:)

sekian..