Showing posts with label gemuk. Show all posts
Showing posts with label gemuk. Show all posts

Thursday, 28 June 2018

INI SEBAB KENAPA SAYA TAK SUKA ANAK SAYA GEMUK.


gambar: daily star


Susah nak nak kawal anak makan. Anak-anak saya banyak benda yang diaorang tak makan.Tapi bila ada benda makan yang diaorang suka , susah nya nak suruh berhenti sebelum kenyang.Dah  la ajak bersenam pun tak mahu.

Lagi-lagi si kakak tu.Dia baru umur 11 tahun tapi ramai yang cakap dia macam budak umur 13-14 tahun. Kalau beli baju pun tak pilih dah dibahagian kanak-kanak tu. Pilih baju orang dewasa yang umur 15-16 tahun.

Bab makan ni , pesan banyak kali pun susah diaorang nak ingat. Masing2 dah makin besar..Risau kalau dia gemuk je.Sebab dua2 belah keluarga saya dan suami memang senang gemuk.

Setakat ni badan nya masih belum nampak gemuk la.Tapi tak mustahil kalau cara makan tak berubah dan malas nak bersenam , dia pun akan jadi macam saya dan mak-mak saudara dia . 

Saya sendiri terpaksa diet dan  bersenam, banyak benda yang saya suka makan tapi tak boleh makan banyak.setakat cuit2 je.Sebab badan mudah naik. Ni pun baru berapa hari lepas raya badan rasa dah naik padahal tak de pun pulun makan sampai lupa diri.

Makan macam orang lain juga 2-3 kali je sehari.Kuantiti pun tak banyak.cuit2 je.Tapi bila tak bersenam mula la naik.Tak macam orang lain yang setakat tak bersenam seminggu tak de hal la.

Tak bagus pun kalau gemuk.Kalau ada yang kata biarlah gemuk yang penting sihat.Betul la tu..tapi saya tak suka anak saya  orang ejek gemuk.Bila saya  tengok ada kanak-kanak  gemuk yang diejek kat sekolah saya  rasa sedih sangat,.

Dan saya  percaya kalau jadi kat anak-anak saya , memang saya sendiri tak boleh nak kawal perasaan saya ni... Keisan anak2.

Ingat senang ke jadi orang gemuk ni.?Banyak yang sulit dari mudah. Nak bersukan pun malas, selalu mengantuk , bergerak laju sikit dah penat,nak cari baju dan seluar pun susah. Pinggang muat , tapi kaki nya labuh pulak, Pakai baju tersembul perut.

memang tak de yang elok nya la.. 

Satgi anak-anak balik ke rumah menangis2 mengadu orang ejek gemuk,dengan saya  sekali naik angin..Budak-budak sekarang ni kalau tertekan untuk benda-benda kecik je mula nak depression la apa.Tak kuasa saya nak  hadap benda-benda gitu.


sekian.