Showing posts with label geli pada kucing. Show all posts
Showing posts with label geli pada kucing. Show all posts

Tuesday, 18 August 2015

KENAPA MEREKA TAKUT DAN GELI PADA KUCING?

Assalamualaikum...

kucing saya ni..cici dan caca..comel..kan?saya memang minat kucing kaler hitam putih..
rumah saya lebih ceria dengan adanya kucing2 ni.. walau ada yang kata rumah akan jadi busuk..Ada kucing buat kita lebih menjaga kebersihan..

Ada yang tak suka kucing??
ramai jugak yang tak suka kucing..
Ada yang tak suka sebab geli..ada yang tak suka sebab takut.

kebanyakan mereka yang takut ni 
dia tak pernah cuba mendekati kucing.
Tak pernah cuba nak belai2..
ye la..pernah la belai2 usap2 sikit..
tapi tak sempat nak mesra2.setakat kuis2 dengan jari je,
lepas tu "malas aku nak layan kau.."..

Ada juga yang teringin nak belai2 kucing,nak peluk dukung,
tapi baru je nak dukung terus kena cakar..
hehehe..sebenarnya  kalau awak tak pernah dukung2 kucing mulakan la
dengan dengan kucing yang kecik je.
Ni tak agak2 nak dukung kucing yang berat 10kg.
dia pulak tak pernah jumpa kita..memang mendapat la..
Lepas tu serik nak pegang kucing..


Kucing ni masih menyusu jadi mak saya tak bagi ambik lagi..tunggu dah besar sikit baru ambil..
sabar ye Tomei..nanti dah besar kami balik ambik hang!

Satu sikap mereka2 yang tak suka kucing ni.
bila kucing tu datang nak manja2 dengan dia ,dia mengelak..
bila kucing tu tak layan dia,dia pulak sibuk nak pi sentuh kucing tu..
mana boleh gitu..bila dia datang gesel2 kat kaki kita
masa tu la kita gunakan kesempatan tu untuk dekati dia..
nak pikir pasal mood kita je mana boleh..
iNgat kucing tak de perasaan ke,tak de rasa stress dan bad mood?

Untuk yang geli pada kucing sebenarnya ni lebih kepada didikan la..
Kalau masa anak kita kecik2 kita dah cakap kat anak kita
"hei..jangan pegang..dia kotor.."
"jangan..bulu dia gugur tu.."
"eiii..jangan sentuh dia..kucing berak tak basuh punggung.."
dan macam2 lagi la...
Ada besar kemungkinan anak kita akan geli nak pegang kucing.
Setengah mak ayah bagi alasan kotor itu ini ,
sebab takut anak cekik kucing,
budak2 kan..mana dia tau ..kalau geram dia picit je..
tapi tu la..cara kita tu salah..tu yang jadi bila besar tengok kucing macam tengok taik .

Apa alasan awak takut kucing??meh citer sikit..
mana la tau kot2 ada pengalaman buruk dengan kucing.
Contohnya:bangun pagi tengok2 kaki tinggal sebelah sebab kucing dah makan kaki kita....


sekian..