Showing posts with label gajah. Show all posts
Showing posts with label gajah. Show all posts

Thursday, 3 May 2018

INI SEBAB KENAPA KITA TAK BOLEH NAIK GAJAH BILA MELANCONG KE THAILAND




Saya ni walaupun seorang yang penakut dengan haiwan tapi saya sebenarnya pecinta haiwan jugak.Rasa sakit hati bila nampak ada orang aniaya haiwan. Tak sanggup nak tengok.

Tapi ramai yang tak sedar cara kita sendiri menggalak kan penganiyaan terhadap haiwan . Contohnya Gajah. Ramai orang kalau pergi ke Thailand mesti nak naik gajah. Tapi tahu tak bagaimana gajah tersebut di perlakukan untuk sesetengah pihak  mengaut keuntungan ?

Gajah yang di tangkap bukan sahaja di siksa malah ada gajah-gajah kecil di pisahkan secara paksa dari ibu mereka  atau di sebut sebagai "phajaan" . Kesian nya..

Kalau tak percaya cuba tengok gambar-gambar ni.. Apa perasaan korang selepas melihat gambar2 ini.?






Ini adalah keadaan di mana gajah-gajah sedang di latih supaya menurut perintah . Gajah-gajah ni bukan saja di latih setiap hari malah di perlakukan dengan kejam sekali.

Di ikat, di pukul sampai ada yang luka-luka.

Tapi bila kita pergi ke Thailand kita tengok gajah-gajah ni macam jinak sangat sampaikan ada yang anggap gajah ni haiwan yang di pandang suci oleh orang Thailand. Sedangkan orang tak tahu macam mana cara mereka menjinak kan gajah-gajah ni. Sangat kejam!

So korang kalau ke thailand tak payah naik gajah sebab ianya seolah-olah menyokong tindakan pihak tertentu ni . Kalau ramai2 sebarkan benda ni tak kan ada lagi sesiapa nak naik gajah  dan orang tempatan kat sana pun tak nak dah tangkap gajah dan gunakan untuk kepentingan sendiri.

sekian..