Showing posts with label gadjet. Show all posts
Showing posts with label gadjet. Show all posts

Friday, 4 May 2018

CARA MUDAH TONTON FILEM DAN VIDEO DARI SMARTPHONE DI TV



CARA MUDAH TONTON FILEM DAN VIDEO DARI SMARTPHONE DI TV Baru-baru ni saya ada beli Anycast M4 Plus  untuk mudah kan anak-anak tonton filem atau video di phone terus ke tv. Mula-mula tak terfikir pun nak dapatkan Anycast ni sebab rasa macam ok je tonton filem dan kdrama kat phone pun.

Tapi dah lama2 rasa lebih baik ada Anycast sebab boleh juga bagi anak-anak tengok video kat youtube tu. Kalau tengok kat phone ni cuma sorang je la yang boleh tengok.Tapi bila tengok terus kat tv boleh tengok ramai-ramai.





Itu lah salah satu kelebihan guna wireless display dongle. Saya beli ni kat Lazada je. Banyak juga seller yang jual benda ni tapi ada yang jual barang fake,.Bila baca review ada yang kata  cuma boleh tengok gambar saja.tak boleh tengok video.rupa-rupanya dia beli barang fake. Padahal harga lebih kurang sama je. Kalau beza pun setakat 5-10 ringgit je.




Anycast ni kecil je..Saya beli kat seller  ni sebab baca review dia ramai sangat puas hati dengan barang yang diaorang dapat.Lepas tu setiap soalan customer diaorang jawab .Tak de la buat  bodoh je lepas customer dapat barang. Lepas tu siap ada panduan cara nak sambungkan Anycast ni kat tv kita.




Dalam kotak ni ada cabel usb dan juga Anycast M4 Plus.Sampai kat saya pun dalam keadaan baik tak de pecah2 ke apa..

Memang mudah sangat gunakan Anycast ni,. . Bila tiap kali ada video yang kita nak tengok cuma buka applikasi Miracast dan connect je..terus keluar paparan phone kita dan boleh la kita tonton video.



Anycast ni korang kena gunakan bersama aplikasi Miracast dan dah tentu la kena ada internet. Macam saya kat rumah guna wifi streamyx je..Korang boleh download miracast di play store.Tak de aplikasi ni mungkin tak boleh la nak connect wifi ke anycast tu.

CARA MUDAH TONTON FILEM DAN VIDEO DARI SMARTPHONE DI TV


Saya kongsikan secara ringkas cara sambungkan Anycast ke  mudah saja..

Keluar kan Anycast dari kotak dia dan sambungkan kabel yang dia bagi ni. yang kepala kecil tu sambung dekat Anycast dan yang kepala usb tu sambung kat usb tv kita..(tengok gambar )


Kemudian cucuk Anycast pada port HDMI kat belakang tv korang.. 


Sorry..tv berhabuk..hahahah



Lepas tu yang kepala USB cucuk kat USB la..macam gambar bawah ni..



Buat tak nampak je habuk tu ye..hahahah




Kat tv korang tu kena buka HDMI tau..

Lepas tu tunggu kejap dan akan keluar gambar macam ni..ada tanda pangkah2 tu maknanya belum connect ke wifi lagi.



Kemudian buka la applikasi Miracast kat phone korang tu.dan akan keluar macam gambar bawah ni..tunggu kejap.Bila dia dah keluar  " available " korang connect terus. dan paparan ni akan muncul kat tv korang.



Selagi tak muncul , tunggu je..tak muncul juga check wifi korang ON ke tak ON..hahah..

Bila paparan phone korang muncul kat tv boleh dah tengok video2 online kat tv.  Dah habis tengok tak payah cabut Anycast tu..Biarkan je pun tak pe kot..Cuma kena buka applikasi miracast tu untuk off connection dari phone ke anycast.





Saya ni tak suka anak pegang phone. Youtube tu kan ada banyak kartun dan video2 belajar yang bagus-bagus untuk anak-anak tapi nak bagi phone tu macam risau je takut anak-anak ketagih pegang phone. Jadi ni salah satu cara untuk elak kan diaorang pegang phone.

Apa saja yang diaorang nak tengok semuanya dalam kawalan saya.Kalau diaorang tengok melalui phone , pandai2 diaorang je nak klik video apa ..kan??kali ni kita sendiri yang kawal.lebih mudah nak pantau.

So kalau korang rasa benda ni penting, boleh la dapatkan

sekian..



Tuesday, 18 December 2012

LAMA2 JADI BESI BURUK JE..

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...

Kemarin  suami sengaja usik aku dengan bertanya..
"sayang tak mau ka iphone 5 tu..?"
ewah...ni soalan cari nahas ni..heheh..
kalau ditanya nak atau tak nak dah tentu la
aku jawab nak..kan??
tapi dia sendiri tahu yang aku tak kan habis kan duit untuk itu.


Ada sapa2 ke nak berikan aku iphone 5.??
kalau orang nak bagi free memamng aku nak je..
tapi kalau suami nak belikan  aku akan tolak sebab nya
ada banyak lagi benda2 penting yang sepatutnya
kta salurkan duit yang kita simpan tu..bukan unttuk
iphone,ipad telefon bimbit pintar yang canggih2 tu..

Aku tak paham dengan sesetengah orang yang begitu kejar sangt
gadjet2 yang keluar macam air ni..
padahal ada banyak lagi yang penting sebenarnya..
contohnya macam iphone.
harganya dah tentu ribu..
kalau di kumpul duit tu rasanya dalam 2,3 tahun
dah boleh bawak keluar kereta sebijik..
tak pun boleh tambah2 duit kwsp untuk beli rumah.

Lagi2 kalau dah bekeluarga..
utamakan lah rumah dan kereta dulu..
jangan la ingat nak bergaya dengan barang2 canggih je..
kalau dah ada rumah,dah ada kereta,
beli la emas..boleh jugak melabur..
tambah2 duit yang dalam bank tu..
lepas tu boleh la ubah suai rumah pulak..
beli kereta yang hebat2..sampai bila nak pakai Waja je kan??
uhuk..uhuk..!heheh..

sibuk nak kejar iphone la..galaxcy note la..
lambat laun barang2 tu jadi tukun je..

4,5 tahun nanti cer jual balik gadjet2 tu..
tengok dapat berapa sen???
bukan tak boleh beli..
tapi bila keluar satu benda baru,dan2 nak beli..
padahal yang lama tu pun tak habis khatam lagi geledahnya...
guna la yang ada tu dulu..

sekian...

Thursday, 6 October 2011

Cara-cara menyelamatkan handphone yang kena air.

Assalamualaikum...

Selamat malam semua...
buat apa tu??
tengah belek2 handphone ke???
handphone kena hujan ke tadi??alamak...
jangan di baling kedinding pulak ye..

ada caranya nak selamat kan dia tu tu...
kiranya macam usaha terakhir menyelamatkan
handphone la ni..heheh..

jadi malam ni aku nak kongsikan
apa perlu korang buat bila handphone kena air atau
kena hujan ok...

Mula2 sekali apa yang korang perlu buat ialah
buka bateri dia dulu..buka apa saja yang boleh
di buka kat handphone tu..
kasi dia bogel terus...hahahah..

kemudian lap2 sikit dengan tisu atau kain..
lap celah2 dia tu..
nak cepat lap dengan baju je..
hahahaha...

lepas tu ambik pengering rambut..
tau kan pengering rambut dia berfungsi untuk
menyembur air..kan??
semburkan guna pengering rambut tu...
buat lama2..
jangan lama sangt kang sedar2 dah cair handphone korang..
heheheh..

kemudian ambik vacum..
vacum ni menyedut segala mak nenek tau..
dia tak sama dengan pengering rambut...
sedut je la air2 kat celah2 handphone korang tu..

dan last sekali
tanam handphone korang tu dalam beras.
supaya beras tu akan menyerap air2 kat dalam
handphone tu..biarkan kat dalam beras tu semalaman..

dan last sekali adalah..
korang kena sabar...
esoknya tu,waktu dah ambil dan pasang
handphone korang yang kat dalam beras tu
korang kena bersedia dengan segala kemungkinan..
kalau tak ok jugak,
anggap je la tu bukan rezeki korang..
hehhehe

sekian...