Showing posts with label gadget. Show all posts
Showing posts with label gadget. Show all posts

Thursday, 30 May 2019

DAPAT HADIAH SAMSUNG GALAXY A20 SEMPENA HARIJADI YANG KE 39

Hi semua..



Tak sangka dah tua-tua pun masih dapat hadiah smartphone. Ingatkan bila dah tua ni dapat hadiah telekung dan Quran je. Hahah. Tu la..kan.  Suami paham je isteri nya ni usia je yang bertambah. Tapi jiwa masih muda tau. Masih comel2 gitu.

So ini lah dia Samsumg Galaxy A20 . Yang saya berkenan sangat tu. Sampai kan dah keluar A30 dan A50 pun saya masih berkenan yang A20 punya. Nampak tak betapa setia nya saya ni?

Memang kejutan betul sebab tak sangka pun dia nak bagi smartphone. Sebelum ni saya guna Oppo Neo7. Phone tu selalu hang sampaikan saya tak berani nak install banyak app terutamanya instagram dan mesengger.







Dah banyak kali bila nak buat panggilan penting , skrin jadi gelap dan kena tunggu sampai 2-3 minit baru lah berjaya buat panggilan. Bayangkan kalau ada kecemasan.  Memang nangis la. Hari-hari merungut kat suami yang phone Oppo tu buat masalah.

Tapi tak pernah sekali pun saya bersuara yang saya nak phone baru. Sebab Oppo tu pun hadiah dari dia juga sempena ulangtahun perkahwinan yang ke 11 pada 4 tahun lalu. jadi sayang lah juga phone tu walaupun hang je kerjanya.

Dan sekarang Samsung A20 dah ada dalam tangan. Alhamdulillah . Semoga suami saya sentiasa dimurahkan rezeki dan di berkati pekerjaan nya.

Mula-mula saya ikut je dia pergi kedai Phone tu. Katanya nak beli smartphone baru sebab dia berkenan sangat dengan Samsung Galaxy A50. Tengah dia belek2 phone Galaxy A50 tu, kita duduk je kat tepi sambil buat muka comel.Hahah..

Dia dah siap pilih phone dia, sekali dia cakap.. "Sayang nak yang mana satu." saya ingatkan dia main-main je. Saya pun main2 jugak la tunjuk Samsung GalaxyA20. Dia suruh cina tu keluarkan phone tu sebab dia nak tengok.

Dia tanya lagi.."betul nak yang nak?" saya pun laju je la angguk . Rasa nak melompat je dalam kedai tu.





Review sikit Samsung Galaxy A20 ni. Dia punya detail dia korang boleh tengok la kat belakang kotak ni.



Bagi saya Samsung Galaxy A20 ni memang cantik. full skrin dan dia ada 3 kaler . Biru , putih dan merah kalau tak salah . Saya ambik yang biru . Sama dengan suami. Acah2 sejiwa la konon. Hahah.. Sebelum ni dah pakai phone kaler putih. Leceh la.senang kotor. Hahah.

32GB memory dan 3GB Ram. Ni pun dah cukup besar bagi saya yang tak suka simpan video dan gambar banyak2 dalam phone. Hahah.


gambar ni guna kamera samsung galaxy a20. camera tak de setting apa pun.


Kamera 4x zoom. Memang cantik paparan dia. sangat best untuk tonton filem atau video. Main game PUBG pun best weh!! mana tak nya..6.4 inci tau. Walaupun bukan FullHd tapi skrin nya super amoled iaitu skrin phone yang kelas tinggi2 tu la.

Boleh guna fingerprint kat bahagian belakang. Depan tak de ye. Ada juga fungsi yang imbas wajah tu kita panggil apa entah.Hahaha.

Kamera belakang ada 2. Ambik gambar cantik2 dah sekarang ni.Selfie pun nampak tulus je muka. Hahah.. Sebelum ni guna OPPo nampak macam Dato Vida. Kahkahkah.



Bateri pun tahan lama. Biasa la, phone baru memang tangan ni tak reti nak lepas. Tapi boleh tahan 8 jam tau baterinya. Kalau pandai jimat bateri boleh bertahan sampai 12 jam. Bateri memang tahan lama. Saya suka sangat.

Banyak yang bestnya dengan Samsung Galaxy A20 ni kecuali sound dia. Bunyi tak kuat. Kena buka sampai habis baru dengar jelas bunyi nya. Walaupun tu bukan masalah besar bagi saya tapi bagi yang kunci alarm guna phone mungkin benda ni akan buat korang geram jugak la.

Jangan terbabas tak dengar bunyi alarm dah la.







Nak cocok USB pun tak boleh juga nih. Sebab port dia besar sikit. Sebelum ni download filem guna phone je.Lepas tu pindah kan ke USB. Nampaknya lepas ni kena beli USB lain la .. Kena guna USB type C

Harga Samsung Galaxy A20 : Rm699.



Oleh sebab suami beli Samsung Galaxy A50 saya sempat la membandingkan kedua-dua smartphone ni. Tak de beza sangat pun.Hahah. Cumanya Samsung Galaxy A50 Ram dan Memory nya lebih besar. 128GB memory dengan 6 GB Ram. Fingerprit kat depan dan ada 3 camera. Sound Samsung galaxy A50 pun slow jugak.Tak kuat. Harga samsung galaxy A50 : Rm1199

Friday, 27 April 2018

USB MINI SPEAKER COMEL YANG DI TUNGGU-TUNGGU DAH PUN TIBA

Baru-baru ni speaker pc saya rosak.Tiba-tiba saja tak berbunyi.Hilang terus mood anak-anak nak tengok Ejen Ali. Diaorang memang suka tengok Ejen Ali di Youtube. Bila tak de speaker ni kerja dok guna phone saya la pulak..Walau macam mana pun kena juga la cari speaker yang murah-murah untuk PC saya ni.                                                                                                                                                                                                                                                                                                            Memang hajat nak mencari speaker PC yang murah , kecil dan tak mau yang kena guna suis tambahan tu.Sebab meja komputer saya ni kecil je..Kalau sebelum ni speaker besar.Ada 3 speaker .Wooden speaker memang berat dan makan ruang atas meja ni nak letak.    

Jadi selepas mencari di Lazada, 11street, dan shopee makanya saya jumpa lah speaker   untuk komputer yang kecil dan guna usb cable je.   Saya beli di Shopee dengan harga rm21 . Speaker guna USB je jadi tak payah guna cable untuk cocok ke suis kat dinding macam sebelum ni


Ini lah speaker USB comel tu..Entah apa jenama speaker ni pun saya tak pasti.hahah..Tapi kat speaker ni dia tulis SPIN. Macam nama kumpulan  Spin je ..kan??hahah..

Ingat kan bunyi nya halus je rupanya bunyi nya boleh tahan kuat jugak. Bila kita play video atau music baru lampu bahagian atas speaker akan menyala.


Ok lah speaker ni.. sangat puas hati . Dia ada 3 warna . Putih, rose dan hitam. Saya pilih putih sebab tak mau warna lain diatas meja ni.Nanti nampak semak.Biar ada warna putih dan hitam saja.Di bawah ni adalah detail product .




Ikutkan saya ni bukan pandai pun pilih speaker yang bagus.Asalkan ada bunyi dan cantik dah la..Hahahah..Perempuan sangat..kan??ahahahha

Di lazada saya tak jumpa speaker usb ni tapi di Shopee memang ada.Cuma beli kat Shopee ni penghantaran nya memang lewat la..Berjanggut menunggu nya..dekat seminggu baru sampai. Sebelum ni beli barang kat shopee jugak.Pun lambat sampai..Tapi beli jugak sebab kat Shopee murah..kan??

..Korang boleh search je USB Mini USB 2.0 Powered Speaker for Computer Desktop PC Laptop .nanti mesti jumpa.

sekian..

Wednesday, 27 December 2017

ADAKAH ANDA BIJAK MENGAWAL PENGGUNAAN SMARTPHONE ANDA?

Assalamualaikum..



ADAKAH ANDA BIJAK  MENGAWAL PENGGUNAAN SMARTPHONE ANDA? Pagi ni saya bangun-bangun je tengok bateri phone dah merah.Terus cas phone sebab takut nanti nak guna baru gelabah nak cas.Sebenarnya kalau phone tu baterinya penuh pun bukan nya ada benda penting yang nak dibuat pun.Tak habis2 dok scroll IG dan twitter.Kadang-kadang buka fb baca ucapan selamat pagi dan Assalamualaikum rakan-rakan lain.heheheh

Saya ada telefon rumah jadi tak de masalah nak buat panggilan jika ada kecemasan.Cuma dua  tiga hari ni talian telekom tu macam bermasalah pulak.Kejap ada kejap tak de..Dah macam internet pulak.Bila angkat je ganggang phone tu tak de bunyi apa..Lampu kat telephone tu pun tak menyala.geram jugak rasa.

Sebab tu kena jugak la pastikan phone sentiasa ada bateri ..






Ada orang yang dia memang tak boleh berenggang dengan phone..Duduk je belek phone.Tengah memandu pun sempat lagi jeling2 phone padahal tak de siapa call pun.hahaha. Apa yang saya perhatikan orang macam ni mesti dia ada banyak join group whatsapp.Sibuk betul membalas mesej-mesej yang masuk.Kalau tak balas nanti tertinggal cerita..kan??Tu yang gigih juga membalas , menyampuk setiap perbincangan ahli group.

Bayangkan kalau phone dia hilang atau rosak...Allahhuakbar..tak dapat bayangkan macam mana perasaan dia.Mungkin dia akan hentak-hentak kepala dia kat dinding sebab stress phone hilang.Hahah...harap-harap tak la macam tu ye..Tapi resah gelisah tu tetap ada..kan??Zaman sekarang phone ni macam satu keperluan jugak.Senang nak berhubung jika ada kecemasan atau hal-hal penting.

Masing-masing sekarang ni pakai telephone pintar tapi telephone je yang pintar, kita tak pintar ,cemana tu?Kita dikawal oleh smartphone kita..Pantang notification masuk bergegas kita buka phone kita..Padahal kalau tunggu 5 minit lagi pun boleh je ..





Saya pernah dapat whatsapp yang marah-marah saya sebab lambat baca whatsapp dan lambat reply whatsapp . Saya tak tahu kenapa yang dia marah sangat padahal bukan tanya benda penting pun.Jangan kerana kita jenis yang tak berenggang dengan phone, kita rasa orang lain pun patut buat macam tu.Tak semua orang yang suka jadi hamba phone.

Bagi saya itu hak kita nak membalas pesanan orang atau tak.Hak kita untuk nak baca whatsapp tu atau tak nak.

Ye la..kalau hal penting dari keluarga memang saya baca dan reply terus.Risau juga kalau2 ada kemalangan atau kecemasan..kan??Tapi keluarga saya kalau ada kecemasan diaorang akan call terus.Tak de pun nak whatsapp2 bagai ni.

Phone ni kalau kita gunakan dengan cara betul , dia jadi baik.tapi kalau kita gunakan untuk perkara yang salah , ianya jadi tak baik la.



Dia boleh buat mata kita melekat kat skrin macam kena gam dan kadang2 sampai kita tak sedar yang kita dah mengabaikan orang-orang disekeliling kita.

Smartphone hanya satu alat yang ada kelemahan dan kebaikan.Cuma cara kita menggunakan nya saja yang boleh tentukan sama ada ianya baik atau buruk

sekian..


Tuesday, 9 August 2016

7 KESALAHAN KETIKA MENGECAS SMARTPHONE YANG KERAP KITA LAKUKAN

Assalamualaikum...



Sejak pakai smartphone  baru ni saya jaga sungguh smartphone saya tau..
Serik rasa masa smartphone dan tab rosak dulu.
Dah ada pengalaman smartphone rosak ni jadi kita berjaga-jaga je la..

Seingat saya smartphone dan tab saya rosak selepas saya cas
lepas cas nak on terus tak boleh dah..
Rupanya cassmartphone  dengan cara yang salah pun boleh menyebabkan
smartphone kita rosak..

Ni saya senaraikan kesalahan yang kita selalu buat bila cas smartphone.

1-cas hingga  penuh 100 %.
Sepatutnya kita cas 30% - 80 % sahaja sebab bila cas sampai 100% kita membuatkan
smartphone kita bekerja dengan daya berlebihan ketika  kita menggunakan nya.



2-Membiarkan smartphone habis bateri
Selalu pesan kat anak2 kalau lepas pakai tab jangan sampai terpadam.
keluar je warning terus cas..tapi tu la ..mana la nak dengar..
guna bateri sampai habis kemudian cas akan mengakibatkan ion lithium
dalam bateri mudah  rosak.

3-Cas smartphone berdekatan alat elektrik lain
saya cas smartphone dekat dengan tv.Tau je la dekat tv tu ada dvd player,
dekoder astro, ada ubat nyamuk mana la
smartphone dan tab saya dulu tak rosak.
kepanasan melaui alat eletrik lain menjadi punca smartphone kita mudah rosak.

4-kerap menggunakan power bank.
yang ni saya tak de..sebab tak de powerbank.
bagi yang kerap menggunakan power bank kalau boleh guna
untuk keadaan yang terdesak saja.kalau kat rumah pun
nak guna powerbank melampau la tu..heheh

5-cas tanpa membuka casing smartphone
Ini untuk mengelak kan kepanasan pada smartphone kita .
kalau guna yang nipis tu ok la..ni yang casing dia siap dengan
beg tu memang cepat rosak la smartphone tu..

6-menggunakan smartphone ketika mengecas.
Pernah dengar ada yang sampai meletup kan?
bahaya tu..saya dulu selalu juga guna tab dan smartphone
masa tengah mengecas.patut la rosak..

7-Menggunakan pengecas tiruan.
Yang ni pun bahaya..tapi tu la kadang2 kita beli kat kedai tu,
peniaga tu senang2 je tipu kita.kita pulak.
tengok ada cop sirim , dok dalam kotak,
dah rasa tu yang asli..padahal tiruan je..jadi kena hati2 la..
kalau boleh nak beli tu tanya lah dulu kawa2n yang tahu serba serbi tentang ni..

ok..tu je..semoga bermanfaat untuk semua...

sekian..

 SUMBER;BRILLIODOTNET

Thursday, 19 May 2016

BELI SEBAB IKUT TREND ATAU SEBAB BETUL- BETUL PERLUKAN NYA?

Assalamualaikum...


Gara-gara tab dan enpon lenovo saya yang rosak serentak dihari yang sama maka dapat la saya enpon baru..Pandai juga enpon saya ni nak rosak..Dia tunggu bulan 5 baru rosak.Mudah suami nak pilih hadiah apa untuk ulang tahun perkahwinan yang ke 11 kami pada 29-5 ni..Tak payah pening kepala.Bagi je enpon baru kat bini..hahahahh..

Telefon yang rosak tu masih ada kat rumah ni.Tak hantar kedai.Cuma hantar samsung tab je .orang Kedai tu kata dia dah hantar kat Samsung centre.Maknanya kalau hantar sana lambat la dapat nya..jadi nak tunggu lama memang suami tak sanggup tengok.Kesian malam2 kalau dia kerja anak merungut nak buat video call dengan ayahnya..nak hantar whatsapp voice kat ayah...Tu yang suami belikan jugak..

Oppo Neo 7 adalah pilihan suami saya..saya dok tepi je..masa beli pun siap cakap beli yang asal boleh whatsapp dan buat panggilan dah la..Tak payah mahal2..Yang ni bagi saya mahal la..sampai rm700 harganya termasuk GST..padahal saya bukan belek sangat enpon2 ni..Bukan kaki gadget punya orang.Sebab tu saya rasa membazir beli mahal2.hahah..Selama ni saya pakai enpon paling mahal harga rm400 je.Samsung Tab tu la mahal sikit lebih RM1k...Dulu tablet samsung memang mahal.Berbaloi la pakai sampai 4 tahun ni baru dia rosak..Sekarang je dah murah..kan??

Saya nak terangkan apa yang best dengan OPPO Neo 7 ni pun tak tahu..sebab bagi saya enpon sama je semuanya..kadang2 pelik juga dengan orang yang tukar2 enpon nak enpon canggih dan terkini..sebab nak mengikut trend semasa atau betul2 dia perlukan enpon tu??

kalau korang cemana?beli ikut trend semasa atau asal boleh guna dan tahan lama??

sekian..