Showing posts with label fouziah gous bersalin. Show all posts
Showing posts with label fouziah gous bersalin. Show all posts

Wednesday, 25 November 2015

PEMINAT MINTA FOUZIAH GOUS JANGAN SOROK ANAK

Assalamuaaikum...



Sejak dari dulu lagi ramai artis yang tidak suka mendedahkan
kehidupan peribadi mereka termasuk la gambar anak2.
Kalau zaman dulu sebelum penggunaan internet meluas,
tak ramai yang tahu berita artis kahwin, artis beranak , artis bercerai..
Tapi sekarang perkara2 begitu tak dapat nak disorok.
kalau tak artis tu yang dedahkan sendiri, peminat pulak yang sibuk nak jadi paparazzi.

Baru2 ni Fouziah Gous yang sedang menanti kelahiran anak
sulung nya meminta orang ramai supaya mendoakan
keselamatan nya dan baby yang bakal  dilahirkan nanti..
permintaan nya itu membuatkan ramai meminta supaya selepas melahirkan nanti dia tidak
menyembunyikan wajah anak nya seperti yang dilakukan oleh artis-artis  lain.

Baru-baru ini pelakon Lisa Surihani dikhabarkan kesal
dengan pihak yang menyebarkan gambar anak nya ketika
mereka membeli beli belah disebuah pusat membeli belah.
Banyak pihak yang kecewa dengan pasangan suami isteri ini gara-gara
terlalu menyembunyikan anak mereka hingga tidak memberi
peluang kepada peminat-peminat yang selama ini menyokong mereka .



Macam tu la bila jadi artis popular.
Semua benda dan perkara kalau boleh
peminat nak kongsi dengan mereka.
Kalau tidak dikata nya sombong dan lupa diri.

Ada orang yang memang sorok wajah anak sebab
kepercayaan yang diamalkan sejak turun temurun.
namun ada juga yang sorok hanya sebab nak kan privacy
supaaya tak diganggu dalam tempoh berpantang

Peminat sepatutnya lebih memahami dan memang kebanyakan wanita
tak suka diganggu ketika selepas melahirkan anak.
tapi kalau setakat nak kongsi gambar sekeping dua untuk peminat tak salah kot.
Cuma macam saya kata tadi mungkin mereka ada
pantang larang melebatkan hal2 macam tu..siapa tahu..kan??


sekian..