Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Wednesday, 26 July 2017

INI PUNCA KENAPA SEKARANG RAMAI PELAKON KAYU

Assalamualaikum..



Saya ni bukan pandai pun bab lakonan  tapi saya seorang penonton yang bijak.hahah...Saya pun tahu memilih mana satu drama dan filem yang mempunyai acting yang bagus .Tak ramai orang yang menonton drama atau filem dengan melihat kualiti lakonan .Kebanyakan nya lebih memilih untuk melihat jalan cerita dan pelakon cantik dan kacak.

Itu juga lah menjadi sebab kenapa ramai pelakon sekarang ramai yang tiada talent.Yang orang dok kata pelakon kayu  tu ini lah puncanya. Penerbit drama dan filem lebih mengutamakan paras rupa berbanding mutu lakonan.Sudahnya semua drama penuh dengan pelakon yang cantik-cantik dan kacak semata-mata mahu "menjamu" mata penonton.Padahal kualiti lakonan sepatutnya lebih diutamakan.

Semalam terbaca post yang ditulis Han Zalini yang menceritakan pengalaman di layan sebuah produksi drama ketika menghadiri satu ujibakat untuk drama  .Apa yang mengecewakan ialah produksi drama tersebut lebih memilih paras rupa berbanding melihat kualiti dan bakat lakonan .Saya tertanya-tanya adakah kalau pelakon tak kacak dan cantik , drama dan filem tak kan ada penonton.



Makna kata sekarang ni kalau nak berlakon datang je untuk casting tapi tak payah tunjuk bakat tu sangat..Tayang muka je..Toleh kiri , toleh kanan, berlagak macho kemudian boleh dah berlakon drama jam 10 malam atau pun drama  7 petang.

Ada yang kata bakat boleh digilap..Yang cantik dan kacak ni walaupun tak de bakat berlakon tapi InsyaAllah , berlakon 5,6 drama lagi  boleh dah nampak bakat tu.Tapi apa yang kita kesalkan ialah yang bertul-betul berbakat mereka tak mau ketengah kan..Jangan kan nak jadi hero, nak jadi adik kepada hero tu pun belum tentu lagi.

Tengok je lah pelakon berbakat yang dah ada nama sekarang pun sikit punya susah nak dapat berlakon drama tv. Kalau nak tengok mereka berlakon , tunggu je la mereka buat filem sendiri. kalau untuk drama pun penerbit yang betul-betul nak berkarya je yang nak pilih mereka.Tapi penerbit yang lebih nak kan keuntungan dalam akauan bank sendiri ni akan terus memilih yang "berperwatakan menarik " saja..

Entah apa la makna "berpewatakan menarik " yang penerbit2 drama tv ni maksud kan?Bukan kah pandai menjiwai watak, ada bakat lakonan  dan sebagainya pun boleh dikategorikan sebagai "berperwatakan menarik"...


sekian..


Wednesday, 8 February 2017

HINA UMAT ISLAM: FILEM BARU SHAHRUKH KHAN DI BOIKOT

Assalamualaikum,..


Saya antara peminat filem-filem lakonan Shahrukh Khan.kalau dalam filem tu dia jadi jahat pun saya tengok.Ada ramai lagi peminat-peminat Shahrukh Khan yang sentiasa ternanti-nanti filem lakonan nya.Terbaru filem RAEES yang sedang hangat dengan kempen promosinya diseluruh dunia .

Filem RAEES mengisah kan seorang pengusaha membuat minuman keras yang juga seorang penyeludup dikenali sebagai Raees Bhai.Kejahatan yang dilakukan oleh Raees Bhai sukar di kesan pihak polis kerana kekejaman nya.Berlaku beberapa konflik apabila seorang pegawai polis mendedahkan kejahatan Raees Bhai.

Apa yang mengecewakan Shahrukh Khan dan team RAEES adalah filem ini tidak diluluskan untuk tayangan di Pakistan kerana terdapat unsur-unsur menghina orang islam dalam filem berunsurkan gengster tersebut.


Kerajaan pakistan menegaskan filem tersebut tidak melambangkan sisi seorang muslim yang baik kerana watak utama nya yang beragama islam tapi melakukan banyak kejahatan.

Pakistan adalah antara negara  yang memberi pulangan terbesar kepada industri perfileman di india dan keadaan ini sudah pasti memberi kesan buruk pada RAEES.

Tak pe la..yang pasti nya kalau masuk Malaysia filem ni laku keras sebab orang Malaysia ramai Minat Shahrukh Khan..kan??hehehe

sekian..


Tuesday, 26 July 2016

BAYANGKAN KALAU SHAHRUKH KHAN BUKAN HERO FILEM DILWALE DULHANIA LE JAYENGE..

Assalamualaikum..



Kalau betul peminat filem hindustan mesti dah pernah tonton filem Dilwale Dulhania Le Jayenge (DDLJ).
maknanya kalau belum tengok tu nampaknya awak bukan peminat filem hindustan.la....
DDLJ adalah antara filem paling popular di dunia tau.
Sebab tu la masih ada panggung wayang yang masih menayangkan filem ni di India.
hebat kan??

Lakonan Kajol dan Shahrukh Khan dalam filem ni adalah antara lakonan paling berjaya
sepanjang karier mereka berdua dan sehingga sekarang dua lagenda ni
masih lagi menjadi rebutan ramai penerbit filem.



Berbalik pada filem DDLJ ni, sebenarnya watak yang dipegang oleh Shahrukh Khan
tu nyaris2 je dilakonkan oleh pelakon lain.
Ini disebabkan pada awalnya Shahrukh Khan menolak untuk
berlakon di dalam filem tersebut.

Kemudian Aditya Copra selaku pengarah filem ni terpaksa mencari pelakon lain
dan pelakon yang juga popular ketika itu , Saif Ali Khan menjadi pilihan Aditya.
Mujur la Saif Ali Khan juga menolak untuk berlakon dalam filem ni.
Sekali lagi Aditya merayu dan memujuk Shahrukh Khan untuk
menerima pelawaan nya dan Akhirnya Shahrukh Khan bersetuju..



Gitu la kesah nya..
Makcik2 dan akak2 mungkin tahu dah kisah sebalik tabir ni..
Ni saya cerita kat adik2 je..hahahah..

Bayangklan lah kalau Saif Ali Khan yang jadi hero untuk filem DDLJ ..
mesti tak pecah panggung la..heheh
saya memang tak minat Saif Ali Khan tu..
sebab suara nya..ermmm..sangat!

hahahah

sekian...

Wednesday, 16 March 2016

WAJAH TERKINI MICHAEL "THE PRINCESS DIARY "

Assalamualaikum..



Siapa masih ingat dengan filem "The Princess Diary "
Mia yang cantik tapi selamba berkawan baik dengan Lily yang sentiasa menyokong .
tak lupa juga dengan Michael ..lelaki biasa yang biasa2 je
tapi menaruh perasaan pada Mia.
Apa khabar michael sekarang ye??
entah macam mana rupa michael sekarang ni??
nak tahu wajah terkini Michael atau pun nama sebenarnya Robert Schwartzman?




Berubah banyak dah wajah dia..
Dulu cute je sekarang nampak aummmmm...
hahahaha..


sekian..

Saturday, 14 November 2015

MALAM MINGGU MESTI TONTON ASTRO 202 VELITHIRAI

Assalamualaikum...


Biasanya malam minggu macam ni saya jarang tengok Siaran lain selain dari Astro 202.Siaran filem2 tamil.hehheh..malam ni filem seram .jadi layan je.....

Saya sejak sekolah dulu memang suka la tengok filem tamil..Hero2 nya bukan kacak pun tapi jalan cerita tu best.Memang menggambar kan cara masyarakat diaorang yang sebenar.

kalau filem dia tentang hal2 politik tu , berani je diaorang buat cerita menteri cekik duit haram , polis makan rasuah..kalau kat negara kita buat filem macam tu memang tak keluar wayang la filem kau.hahah..

Filem diaorang pulak kebanyakan nya da diselitkan unsur2 jenaka ..kebanyakan filem diaorang memang macam tu.walaupun cerita tu sedih ya amat, tak de la 3 jam tonton tu sedih je mood kita.ada la sesekali kita diajak bergelak ketawa.



Pelakon 2 dia bukan saya kenal pun walaupun selalu tonton filem tamil.tapi ada banyak Filem tamil yang melekat dalam fikiran saya sampai sekarang walaupun dah bertahun.Contoh nya macam Filem Muthu, lakonan Rajinikhant.Filem ni banyak aksi lucu.sampai sekarang tak jemu tonton.lagu pun best...



Satu lagi filem yang saya suka ialah filem seram Chandramukhi.Filem seram ni saya suka sebab yang pegang watak wanita dirasuk hantu tu orang nya cantik.tapi bila kena rasuk muka nya seram walaupun cantik..tapi tak tahu nama sebenar pelakon nya nya apa..hahhaha..
dan satu lagi filem yang sampai lagu2 nya pun saya minat ialah filem Minnale.



Filem minnale ni tentang seorang lelaki yang menyamar jadi orang lain untuk pikat seorang gadis.tak disangka identiti sebenar orang yang dia gunakan untuk menyamar tu ialah musuh dia sejak dia belajar di kolej lagi.Lagu2 dalam filem ni memang best.Ada orang tak layan lagu tamil.tapi saya layan je..Zaman sekolah dulu jiran saya orang india.Jadi lagu2 tamil ni macam lali dah kat telinga.hahha..
tapi yang banyak bunyi gendang tu sakit jugak telinga sesekali dengar.hahah

Satu lagi paling best tengtang filem tamil ialah aksi lawan2 tu..Hindustan pun kalah dengan bab2 ni.
jadi best pulak bila tengok hero dia lawan dengan muka selamba macam baru bangun tidur..Nama pun hero..kan??heheh..



sekian..

Friday, 6 March 2015

KHAIRY JAMALUDDIN JADI PENGARAH FILEM

Assalamualikum...

KJ di set pengambaran filem Teguh

Macam tak percaya je..dok baca jugak 2,3 kali nak bagi jelas..
betul ke berita nih??
Khairy Jamaluddin jadi pengarah Filem pendek.
Mungkin tak banyak kerja kot sebagai Menteri Belia dan sukan jadi
KJ isi la masa nya dengan cuba nasib menjadi pengarah filem..


petikan dari mstar.com

Ramai jugak yang menyokong apa yang dilakukan KJ..
sampaikan ada yang tak sabar nak tonton filem
arahan pertama menteri Belia dan Sukan kita ni..

kalau dibaca dari petikan ni nampaknya
memang Khairy Jugak brrminat dengan bidang lakonan.
Lepas ni KJ boleh dah ubah kerjaya
jadi pelakon dan pengarah filem..
hehhehhe...

sekian...

Sunday, 25 January 2015

GAMBAR-GAMBAR CANTIK NORA DANISH DI ERA 70 an

Assalamualaikum...

Tuan blog tengah bercuti..
jadi hadap je la entry santai2 ni ye..
Jom kita tengok gambar-gambar cantik Nora Danish 
di era 70 an..
Suka betul saya tengok baju2 yang dia pakai untuk 
filem Chow Rasta ni..
kalau mak2 kita tengok ni mesti menggamit memori lah..
hehehh...









Tak sabar nak tengok filem Chow Rasta ni ..
gandingan Nora Danish dan Ammar..
pelakon baru kot lelaki tu..
tak berapa kenal la..
heheheh..

Sekian...

**whatsapp ,email, facebook mesej semua saya balas isnin ye..Bukan tak de internet kat sini cuma saya malas nak taip panjang2 ...

Wednesday, 8 October 2014

INI LAH PATUNG ANNABELLE YANG SEBENAR

Assalamualaikum..


Annabelle

Dah tengok ke filem Annabelle tu??
katanya filem tu seram sangat..
dan katanya lagi patung Annabelle tu betul2 ada dan betul2 misteri.
Cuma yang dalam filem tu
bukan patung Annabelle yang sebenar..

Asalnya patung tersebut dihadiahkan oleh seorang wanita kepada anak
gadisnya ,Dona 28 , yang belajar kursus kejururawatan .
kemudian patung tersebut mula
menunjuk kan sesuatu yang aneh bila
patung tersebut pernah menyerang teman lelaki Dona ketika sedang tidur.


yang palsu dan yang asli

Patung Annabelle yang sebenar juga memang dikatakan
boleh berpindah dari satu tempat ke satu tempat.
Dona juga mendakwa pernah melihat perkata "help us"
yang dipercayai ditulis oleh Annabelle.

Annabelle bersama penjaganya

Patung Annabelle yang asli boleh ditemui
di Muzium Warrens Occult dan dijaga
oleh seorang ahli paranormal, Lorraine Warren ,
yang menangani kes Annabelle

sekian..



Friday, 7 March 2014

PERLU KAH BUAT MAJLIS DOA SELAMAT SELEPAS PENGAMBARAN FILEM DAN DRAMA

Assalamualaikum....

Malam tadi ada kenduri doa selamat kat tempat aku ni.
Biasa la malam jumaat ada la kenduri
Lepas tu di susuli dengan bacaan yassin dan sebagainya.

Cerita pasal doa selamat..
Doa selamat ni yang aku tau
Kita buat sebab kita berjaya buat sesuatu,
Contohnya lulus ujian,
Dapat cucu dan banyak lagi la.
Kalau buat doa selamat disebabkan
Kematian itu dah haram..
Itu yang aku tahu lah.
Betulkan kalau salah..

Sekarang ni orang buat filem pun
Bila dah siap depa buat majlis doa selamat jugak.
Tanda berjaya siapkan filem tu
Dan dengan harapan dan doa semoga
Filem tu dapat sambutan.



Patut ke buat majlis doa selamat
Selepas siapkan filem atau drama ye??
Padahal dalam filem tu
Ada babak peluk2,
Lelaki sentuh perempuan,
Ada watak perempuan dan lelaki
Yang tak tutup aurat.

Aku ni bukan lah ustazah tapi
Kan ke salah tu..
Seolah2 kita rasa bersyukur
Sebab dapat hasilkan filem yang
Belaga-laga laki perempuan.



Tengok baru2 ni pun
Teaterikal Suara Kita tu,
Siap ada pak imam bacakan doa selamat,
Padahal dalam teater tu
Siap Awie dan Erra berpegang tangan bagai.

Sebelum ni beberapa filem
Pun ada buat gini.
Bila satu buat, yang lain pun nak ikut.
Tak fikir pun dulu
Benda tu baik atau pun tidak.

Sekian...


Saturday, 28 September 2013

DILARANG BERHUBUNGAN INTIM PANTANG LARANG UNTUK PEGANG WATAK NYI RORO KIDUL



Pelakon  Fifie Buntaran (33) perlu berpantang dalam rangka pengambaran  filem Pantai Selatan, yang kisahnya berkait dengan "penguasa" pantai itu, Nyi Roro Kidul. Fifie Buntaran yang sudah bersuami tidak boleh berhubungan intim sepanjang tempoh pengambaran filem itu kerana dia memegang peranan sebagai  Nyi Roro Kidul.

Fifie Buntaran mendapat kata nasihat dari pakar spritual yang terlibat dalam pembikinan filem ini yang menyarankan supaya dia menghentikan sementara hubungan intim memandangkan peranan nya yang memerlukan dia dalam keadaan bersih.

"Kata guru spiritualnya, jangan berhubungan badan dulu, biar enggak 'kotor'," kata Fifie Buntaran dalam temuramah di Ramayana Restaurant, Solo, Jawa Tengah, Kamis (26/9/2013).

Fifie memilih mengikuti apa yang disampaikan oleh pakar spiritual tersebut kerana jika dia tidak mengikut pantang larang tersebut dia mungkin akan ditelan ombak.

"Lebih baik mereda, gurunya bilang selesai shooting terserah. Milih sekarang melakukan apa ketelan ombak, gitu kan," katanya sambil ketawa.

Suaminya juga  bersetuju kerana faham itu adalah sebahagian dari pembikinan filem tersebut. "Diprotes sih tidak, dia mengerti peran saya kok," ucapnya.

sumber:kompas

**depa percaya benda2 gini kan??

Thursday, 28 March 2013

FILEM THE CROODS KELAKAR HINGGA PENONTON TERPAKSA DIHALAU KELUAR


Assalamualaikum...



Seorang kanak-kanak dihalau keluar dari panggung wayang apabila dia dikatakan ketawa terlalu kuat ketika menonton Filem The Croods.

Kanak-kanak tersebut Sienna Brown yang berusia 7 tahun mempunyai sindrom Down.Staf Cineworld mengatakan Kanak-kanak tersebut telah melanggar policy ketika menonton filem The Croods.



Menurut Ema 28,ibu kepada Sienna, Seorang staf dengan kasar meminta kami untuk beredar,Rupa-rupanya Kerana Siena Ketawa terlalu kuat.Sienna mengalami sindrom down dan dia tidak tahu ketawa secara senyap-senyap.saya berasa meluat dan kecewa dengan staf tersebut.

Pihak Cineworld memohon Maaf tetapi berkata ada penonton lain yang mengadu.Ema danSienna di tawarkan Tiket untuk tayangan seterusnya.seorang jurucakap berkata mereka menemui Ema untuk membincangkan cara bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut.

***eceh..gelabah la dah tu..kalau staf tu tak kurang ajar mungkin masalah tak jadi besar..kan??

sekian..


Monday, 5 November 2012

ARON AZIZ VS ADY PUTRA

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua...
sapa dah tengok filem "aku terima nikahnya"
kalau yang belum tengok
dan rasa nak tengok
jangan la tengok depan anak2..heheh..
maklum je la filem orang dah kawen ni
lain macam sikit dengan filem bebudak..

agaknya kalau filem yang berkisar tentang orang dah
kawen ni memang macam tu kot..kan??
dulu masa zaman kegemilangan Ombak rindu pun gitu jugak..
perasan tak??

tapi jalan cerita AKU TERIMA NIKAH NYA menarik la..
lagi2 yang belakon tu Ady putra..
memang ahkak2 semua melekat je depan tv kan???
ahkak2 jarang pi tengok wayang..
ala..sekarang kan dah ada astro 1st..heheh..

Antara Aron Aziz dan Ady putra ni
dua2 nya ada peminat tersendiri..
dua2 nya dari singapore..

^^^^^^^orang malaysia ni tak de yang layak jadi hero??
asyik hero rempit je..
tak hero rempit,hero halau hantu..hahahha..
hero malaysia pulak banyak ada kat filem yang terkinja2 je...
memang orang kita ni tak de bakat ke???
(saja bakor) ^^^^^^^^^^^^^^^

Ady putra tu nak kata kacak sangt tak la..
biasa2 je,..tak de la macam Aron Aziz.kan??
kulit putih,muka jambu..
tapi sama2 hebat..

masa aku kerja kat jb 11 tahun dulu selalu jugak layan siaran singapura.
tapi tak pernah tengok pun Ady putra ni berlakon.
kalau Aron Aziz tu selalu la jugak tengok drama2 yang dia belakon.
bila ada rancangan anugerah apa2 ke
muka Aron Aziz je yang selalu naik pentas terima hadiah..
Ady putra memang tak pernah aku tengok..

Agaknya kerjaya lakonan Ady putra memang bermula dia sini kot..kan??
Mungkin lepas ni Ady putra la pulak
nama hero filem yang disebut2
selepas beberapa drama lakonan dia yang boleh 
dikatakan cemerlang..

^^tertunggu2 hero malaya yang
cemerlang selpas Rosyam Nor^^


 ^eceh!pandai pulak aku tulis
pasal artis..maklum la..
sekarang dah jadi hantu tv..hahaha

sekian..

Saturday, 4 February 2012

INI YANG SEPATUTNYA TERJADI...

Assalamualaikum...

Selamat pagi..


kalau tengok filem seram..
mesti ada babak yang suspen gitu..
contohnya macam bunyi ketukan kat dapur yang gelap..
waktu tu kalau korang perasan watak dalam babak tu akan berjalan
perlahan2 ke dapur untuk
pastikan apa benda yang berbunyi kat dapur tu..kan??

hakikatnya...
kalau la jadi kat korang gitu...
tengah korang dok berblog
tetiba ada bunyi menyeramkan kat dapur ..apa korang akan buat??

aku percaya 9 dari sepuluh antara kita
akan lari masuk bilik dan selimut satu badan..
pejam mata rapat2..

filem memang menipu..dah tau tipu
takut apsal???

heheheh


sekian...

Monday, 5 December 2011

OMBAK RINDU::jangan tengok!

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...
petang ni mengantuk betul bw..
dah la semua orang buat entry yang sama..
semua nak cerita pasal ombak rindu..
aih!!siyes aku buka je blog yang cerita
pasal ombak rindu tak baca habis pun..
komen pun ala kadar sudah..
tau dah apa benda yang nak dicerita..
muahahah...jangan marah ye...

tapi dalam banyak2 tu tak de satu pun
yang nak komplain pasal
adegan ranjang tu ye??
mungkin layan sama kot..
muahahahah...

tapi biasala ...
kalau dah minat semua benda kita tutup sebelah mata je..
tertarik dengan entry Fara ni..
meh baca ye??

ni satu sebab kenapa sat2 tadi
suami aku tak bagi
tengok filem ni..

Aku:kalau tengok kat astro boleh kan abang?

Abang ku:tak de beza pun..abang dah tak bagi tu tak payah la tengok..

Aku:ok..:(


sekian...

Saturday, 14 May 2011

oh...shahrukh khan!!!!

Assalamualaikum...

Disebabkan masalah semalam terus blog aku jadi gila..
penat je korang komen2..
last2 '0' balik..hahhaha
tak pela...boleh buat entry lain kan..
tak jadi hal la..
benda kecik je tu..
bukan bawak mati pun..

Ok..pagi ni mesti pakat semua dok buka blog..kan??
lepas semayang subuh terus ngadap blog..
selalunya lepas semayang subuh sambung tidoq balik..hahahah..
sibuk2 nak buka blog pasal nak tengok la
apa yang berubahnya..
kot2 la dashboard jadi lawa..
last2..haghammmmmm!!!sama je rupa tu jugak..
update kat dashboard tak jugak keluar2..
apa yang depa dok godek semalam entah la..
sampai kita tak dapat update blog..kan??

tapi bila berlaku perkara macam semalam
ada hikmahnya jugak..kan?
selama hari ni dok ngadap blog ja..
sampai lupa nak bersembang2 dengan jiran sebelah..
lupa nak bermesra dengan rakan2 kat facebook..
lupa nak cuci peti ais..
lupa macam2 la..

semalam tak dak benda apa nak buat
pandai pulak cari kerja lain yang boleh di layan..kan??
macam aku semalam aku layan filem hindustan..
dah dekat sebulan aku pinjam vcd filem ni dari akak aku.
tapi tak dan nak tengok..sibuk ngalahkan Perdana Menteri..

semalam sempat la tengok filem ni..
walaupun dah tengok untuk keberapa puluh kali
tapi masih enak dilayan..
nak tau filem apa???

heheh..
aku ni kalau filem yang ada shahrukh khan memang
tengok sejuta kali pun tak pe..
bila dia buat muka sedih sambil kedut2 dahi tu
aku rasa sebak sampai ke kaki ni..wakakaakk...

sambil layan tu terkenang la zaman2 jepun aku dulu..kan??
kat tempat kerja ni,sambil buat kerja
bukan nye nak mengalunkan zikir2 ke apa..
dok nyanyi lagu hindi je..
sampai kan budak nepal yang tolong angkat barang
kat line production tu
pun kompius aku ni orang malaysia ke orang bangladesh.
heheh...

eh!!panjang pulak entry aku pagi ni..
tak pe..
satgi buat entry yang ada input sikit ye..heheh


sekian...

psstt!!jangan terkejut tau..lagu dalam filem mohabbatein ni semua aku hafal tau..hebat tak??:p

Tuesday, 11 January 2011

deyyyyyyy........!!!!!

Assalamualaikum...

korang suka tengok filem tamil tak??
aku suka..
suka tapi tak la layan selalu..
kalau ada cerita best aku layan la.
kadang2 tak tau pun cerita tu best ke tak..
tapi bila tengok dari mula rasa nak tengok sampai habis..

baru2 ni ada pihak yang berharap
filem2 tamil yang nak di tayangkan mesti lah di tapis dulu sebab tak mau ada
unsur2 ganas..agak pelik sebab filem tamil yang mana la yang tak ganas..
semua filem mesti ada lawan2..
kadang2 lawan nye macam katun je..
tapi dia punye bunyi
"gedebush..dush..dush.."
tu yang buat cara lawan tu nampak ganas..

sebeno nye tak de ganas mana pun..
dia menari lagi ganas dari belawan tau..
ahhahah...

kalau part menari2 tu memang aku alih cenel la..
dah la ganas,lama lak tu menari..
dalam 6,7 minit baru aku alih semula ke siaran filem tamil tu..

belambak2 filem tamil aku tengok
tapi bukan ingat tajuk nye apa..
tapi paling suka filem muthu..
kelakar giler..
hero dia Rajinikhan..
hero tak hensem..tapi filem nye best..
hero yang sekarang2 ramai gak yang hemsem..
filem pun best2..

sekali sekala cuba korang layan...
mesti ada yang akan kata..
tak boleh masuk la kak..
alah..cerita omputeh yang cium2 tu boleh masuk lak ye..??

sekian...

Wednesday, 5 January 2011

DRAMA LAGENDA BUDAK SETAN:lelaki memang gitu ye??

selamat malam semua...

Orang lelaki memang macam tu ke??
kat depan kita dia cakap dia rindu kita la..
dia sayang la..
bila berjauhan makan tak kenyang,
tidur tak lena,
berak tak pam..
katanye la.....

tapi hakikatnye..
tak de mana nye dia rindu..
tambah2 bila dia kat sana bergumbira
bersama kawan2 dan wanita lain..

eh!aku cerita pasal kasyah dan ayu ni..
memang la ayu hilang ingatan tapi
kat depan ayu dia kata rindu segala..
walupun ayu kata ayu tak ingat.
senyap2 je dia semaikan cinta di hati ayu yang "baru" tu.
saat ayu rindu kat kasyah,kasyah lak bersama orang lain..
dok ketawa riang ria dengan pompuan tu..

Ayu lak dah rindu rinduan jadi kenangan..
heheh ..
ish..cemana aku leh layan drama ni??
tapi aku rasa cerita ni menonjolkan
cinta yang dunia saja la..
cinta sesama manusia je..rindu yang melampau2..
dok atas tangga
pun mengenang cinta..
asyik layan tepi tingkap je teringatkan kekasih..
ah!!itu lah cinta dunia..

sekian...


Saturday, 25 December 2010

tak best!!

selamat petang..


cerita apa ye yang best untuk di tonton hari ni. .
satu pun tak menarik..
korang perasan tak bila hari sabtu dan ahad memang tak de cerita best kat tv..

tambah2 hari ahad.
cerita indonesia je kat semua siaran tv.
astro pun sama jugak..


agaknye orang yang kerja kat stesyen tv tu ingat orang
indonesia dan bangladesh je yang tengok tv pada hari sabtu dan ahad..
orang malaysia semua tak de kat umah..
sebab tu cuma ada filem hindustan dan drama indonesia je..

**hari ni memang hari tak puas hati aku la..**
gitu kot!

Saturday, 18 December 2010

hantu mak limah lawan puteri..??

selamat petang...

sakan betoi aku tengok tv petang ni.
mentang2 maisara bagi peluang petang ni,
aku hadap habis habisan la..
sampai terlupa aku ada blog..
heheh

korang dah pergi tengok filem
'hantu mak limah balik rumah?'
aku rasa cerita tu best la..sebab ada awie..
heheh..lagipun pelakon nye ramai yang dari
filem "zombie kampung pisang".
kalau nak tau aku ni peminat filen 'zombie kampung pisang' tu tau..
10x tengok pun aku tetap
ketawa macam baru 1st time tengok.

paling aku suka bila
tadi ada tunjuk sedutan filem tu
time awie nyanyi lagu cinta kristal..
bak kata mek sarah.."sedap deh"!!

malam tadi aku ajak le suami pergi tengok wayang..

"abang..kalau abang free nanti bawak kami
pi tengok cerita hantu mak limah balik rumah ye..
boleh takkk??"

sekali ada la tukang sibuk kan...

"tak mau la..maisara tak suka cerita tu.
ayah..kita tengok cerita yang ada puteri2 la.."

ayah:cerita yang mana satu ni??
nak tengok cerita hantu ka cerita puteri2?

maisara:cerita puteri2 la..maisara takut cerita hantu..

ayah:ok..beli dvd je nanti..kita tengok cerita
hantu dan cerita puteri kat rumah ja..

ibu dan maisara:&%$#%^&**((())&%$##