Showing posts with label fesyen. Show all posts
Showing posts with label fesyen. Show all posts

Thursday, 13 July 2017

TIPS DAN CARA TEPAT MENGGAYAKAN BLOUSE

Assalamualaikum..

Sekarang ni kalau tengok majlis-majlis kenduri kahwin mesti bridesmaids tu pakai blouse..kan??suka betul saya tengok..tak macam dulu..paling2 pun baju kurung.Ada yang pakai songket..wah!!macam nak lawan pengantin dah.heheh..Yang bakai jubah pun ada..Tapi yang saya nak cerita ni tentang blouse.Kenapa Blouse??Sebab selain daripada boleh digayakan dengan skirt dan seluar ,blouse juga banyak digayakan dalam majlis formal.Dah tak de dah orang pakai blouse hanya untuk bersantai.Sekarang pun dah banyak rekaan2 blouse yang boleh pakai kat mana saja.



Contoh macam gambar kat atas ni.Koleksi Zalia dari Zalora.kalau di pakai dengan skirt  boleh dah buat baju untuk bridesmaids.kan?Ke majlis-majlis formal lain pun boleh..Tapi kalau dipakai dengan jeans,dah boleh sampai ke panggung wayang..Contoh skirt dan pants yang sesuai untuk blouse diatas:-



Bagi yang suka blouse dengan lengan pendek saya cadangkan koleksi Mango dari Zalora ni .Amboi...cantik sangat aih..Bagi yang berhijab boleh sarungkan inner.



Dekat Zalora ada banyak blouse lengan pendek macam ni..Ada macam-macam2 saiz dan warna.Nak yang plain atau bercorak , semuanya ada dalam saiz kita.Saya suka kalau ianya dipadankan dengan seluar dan skirt macam ni:-



Tapi untuk pilihan saya sendiri saya akan pilih blouse yang sedikit labuh,berlengan panjang dan warna yang terangmacam gambar di bawah..Boleh digayakan walau nak kemana sahaja..Hanya padankan dengan jeans atau skirt longgar  kegemaran saya... tak perlu skirt yang banyak corak kerana blouse tu pun dah cukup cantik design dan warnanya..Cantik kan??


Ada satu koleksi blouse yang saya rasa sesuai sangat digayakan dengan Palazo.Ni bagi sesiapa yang suka pakai palazo.Ramai yang suka pakai palazo sebab dia selesa.Tapi tak ramai yang pandai menggayakan nya.Kalau silap gaya nampak macam tak kena je.Blouse yang sesuai digayakan dengan Palazo adalah seperti ini.:-



Potongan blouse  lengan panjang atau pun pendek kedua-duanya sesuai dengan Palazo.Pilihan paling tepat kalau blouse tu tak labuh dan coraknya tak sarat.Wanita berhijap pun nampak cantik kalau menggayakan blouse ni bersama palazo.Ala-ala Mia Ahmad gitu..heheh.Kalau labuh boleh masuk kan baju ke dalam.Lepas tu.."ting!!" jadi cantik..:) ..Percaya tak kalau saya kata blouse yang sesuai dengan palazo juga sesuai untuk jeans??cuba lah..

Dah jatuh cinta dengan blouse cantik yang saya tunjuk ni??Jom intai2 blouse moden online.Ada banyak lagi yang "wow" ..Jangan lupa padankan blouse anda untuk fesyen terbaik dan poket pun jimat..:p


sekian...

Sunday, 30 April 2017

BAJU KURUNG DAN JUBAH MURAH ONLINE - BUTIK BUSANA JAMILAH

Assalamuaalaikum..

Bila nak dekat-dekat raya ni rasa seronok pulak menggeledah facebook Butik online .Masing-masing nak update baju -baju fesyen muslimah yang terkini.Ada satu butik baju raya  yang menarik perhatian saya ni. Butik Busana Jamilah yang beroperasi di Angsana Mall , Johor Baharu menjual baju Kurung dan Jubah Murah Online . Butik Busana Jamilah ni ada menjual baju kurung ,jubah lelaki dan wanita , kurta dan lengkap pakaian sedondon untuk hari raya dan sebagainya.Selain beroperasi di Angsana Mall , mereka juga adalah butik online yang sedia mnerima tempahan pesanan dari pelanggan diseluruh Malaysia.


Butik Muslimah Online 


Saya memang suka membeli pakaian melalui butik online sebab banyak kelebihan nya.Kalau korang nak beli baju kurung atau jubah di Busana Jamilah ni korang boleh  memilih 3 hari 3 malam pun tak pe..Lepas tu kalau setiap koleksi yang ada kat butik muslimah online ni kita tak kan terlepas.Kita boleh tengok koleksi-koleksi yang ada di laman web Busana Jamilah.Lengkap dengan saiz dan warna yang kita suka.Bila nak beli bukan saja boleh melalui laman web, tapi  beli melalui whatsapp dan facebook pun boleh.

Bila saya tengok gambar-gambar yang di kongsi di facebook Butik Busana Jamilah ni saya rasa macam nak pergi je ke Butik Busana Jamilah di Angsana Mall , Johor Baharu.Nak jumpa sendiri dengan Kak Mil iaitu pemilik Butik Busana Jamilah.Mana tahu kot2 dapat diskaun..heheheh..Kalau korang pergi ke Butik Kak Mil  Angsana Mall ni korang pergi kat tingkat 3 sebelah kedai cermin mata Larry.Ataupun sebelum ke Butik tu Whatsapp Kak Mill dulu kat  0197351037




Dropship Busana Jamilah

Ada satu berita baik untuk korang yang nak tambah pendapatan .Maklum la nak raya ni mesti nak pakai duit banyak .Boleh juga dijadikan pendapatan sampingan korang.Butik Busana Jamilah mencari sesiapa yang berminat nak jadi agent  dropship Busana Jamilah .Tak payah modal dan tak payah nak pergi pos barang.Korang cuma buat marketing kat online dan menerima pesanan.Mudah je..kan??

Selain daripada itu korang yang join dropship ni akan dibayar 10-15 % komisyen jualan.Tak payah sibuk-sibuk nak kena ambil gambar sebab semuanya disediakan untuk korang.Yang tak pernah ada pengalaman join dropship pulak tak payah risau sebab bila korang mendaftar je terus korang akan di beri tunjuk ajar macam mana nak buat marketing.Yang dia ajar pun semua percuma untuk korang.Tak payah korang bayar pun..Untuk lebih maklumat lanjut berkenaan dropship boleh refer entry ni. Cara paling Mudah jana Pendapatan Lumayan Menerusi Internet tanpa Modal 



Butik Busana Jamilah

Alamat:

L4.3, Level 4, 
Angsana Mall ,
Johor Bahru, Johor

Whatsapp: 0197351037

sekian..



Friday, 10 March 2017

BAJU KURUNG NAJWA MENYERLAHKAN KECANTIKAN WANITA

Assalamualaikum...

Baju Kurung cantik dan berkualiti .

Dari dulu hingga sekarang baju kurung melalui banyak perubahan dari segi rekaan .Tapi setiap rekaan yang berbeza tu nampak releven di gayakan tak kira zaman.Dari zaman nenek hingga zaman mak kita , dan sekarang merentas generasi  kita , baju kurung dengan rekaan lama dan baru masih cantik di gayakan.Bukan tu saja malah nama2 baju kurung tu juga dah berubah.Hari ni saya nak perkenalkan baju kurung Najwa, baju kurung dengan rekaan ringkas tapi masih nampak cantik dan bergaya.



Satu yang best tentang Baju Kurung Najwa ni , si pemakai akan nampak kurus disebakan gabungan warna baju dan kain nya..Kain nya juga di reka khas supaya si pemakai tak nampak gemuk Jom tengok gambar-gambar baju kurung Najwa dari SweetMuslimah.







cantik.kan??kalau nak tengok banyak lagi warna2 yang menarik boleh la klik di sini..
warna dan corak sentiasa diupdate jadi ada banyak pilihan untuk kawan-kawan.nak tahu apa kelebihan Baju Kurung Najwa ni?:-

*Material Premium Grade Lycra(Bukan yg murah)
 *Lembut dan Sejuk, Tak Perlu Gosok.
*Lengan berbutang(Wudhu Friendly)
 *Leher berbutang.(Nursing Friendly)
*Top Loose Cut.(Tidak nmpk Punggung)
 *Skirt Loose Mermaid.(Kembang Payung)
 *Getah Skirt yg Mantap.(Tidak Akan bergulung/terpusing)
 *Top & Skirt satu set.
 *Sgt2 selesa dan sedap dipakai
 *100% Jaminan kepuasan


 Berminat??cepat2 order .Sebab stok sentiasa berkurangan..Baju Kurung Najwa , Produk terlaris dari SweetMuslimah

Sekian

Thursday, 16 February 2017

WAH!!HILANGKAN KEDUT BAJU GUNA AIS BATU SAHAJA

Assalamualaikum...



Boleh dikatakan semua baju saya dalam almari tu perlu di seterika dulu sebelum pakai.Sebab tu saya ni bersiap lambat.Pantang saya la kalau suami buat rancangan nak keluar secara mengejut..Memang nak kena jelingan maut la tu..Tapi selalunya dia pasrah je..Dia tahu saya nak kena seterika baju dan tudung..heheh..

Cerita pasal seterika baju ni saya ada tonton satu video di youtube.Cara hilangkan kedut baju guna ais batu dan mesin pengering.

Caranya masuk kan baju yang ke dalam mesin pengering bersama 3-4 kuib ais batu.Kemudian "saya putar halim"...hahahha,,..biar la dia pusing..10-15 minit..

Lepas tu keluar kan..Jeng..jeng..jeng..dah siap..baju dah hilang kedut..



youtube : American Express

Saya rasa cara ni boleh la korang buat kalau nak cepat ..kan??Lepas basuh baju tu nak keringkan dia masuk kan ais.Nanti tak payah nak gosok baju lagi..kan??Tapi tu la nak kena siap bawak ais la pulak.Lagi2 Yang basuh baju guna mesin bayar tu..hhehhe..
siapa kena bawak sebeban ais batu..sebab sehelai baju untuk 3-4 kuib je..bayang kan kalau 10 helai baju..mau basah korang at depan mesin tu..ahahhaha

Saya belum cuba lagi..Nanti la saya try..Mana tahu kot2 bukan semua baju boleh buat..kan??entah2 kena tengok jenis fabrik nya jugak..

sekian..


Monday, 16 January 2017

TIPS PEMAKAIAN UNTUK WANITA BERBADAN BESAR SUPAYA KELIHATAN LANGSING

Assalamualaikum...



Susahnya bila bertubuh besar bila dalam bab mencari pakaian yang sesuai dengan tubuh badan supaya nampak badan lebih kurus atau untuk samar kan bentuk badan sebenar Ada cara nya yang boleh kita cuba untuk mengelak kan kita nampak terlalu gemuk atau mendedahkan bahagian badan kita yang besar.Cara ini boleh la kita cuba dalam pemakaian kita setiap hari.



Mix and match pakaian sangat penting untuk mengelak kan penampilan kita tampak bosan.Namun mix and match berlebihan boleh mencacatkan penampilan kita terutamanya jika kita berbadan besar atau gemuk.KIta akan kelihatan lebih besar .Gaya yang simple dan ringkas degan eksesori yang tidak berlebihan mampu mengubah badan kita nampak lebih kurus dan 'kecil' .



Warna Kuning adalah warna yang jarang digunakan oleh ramai wanita sebagai warna utama untuk pakaian seharian.Namun jika sesekali kita menggunakan warna yang terang seperti oren dan kuning ianya mampu mengalih perhatian orang lain pada bentuk tubuh kita.Pilih kuning yang cerah dan ceria .Warna sepeti ini mengikut kajian bukan caja boleh melancarkan peredaran darah malah ianya memberi keyakinan pada si pemakai.



Baju yang mempunyai bahu lebar dan tinggi mampu mengubah dan  menyamar pandangan orang lain pada bentuk badan kita.Ia akan menutup bahagian lengan kita dan sekaligus lengan kita kelihatan lebih kecil.Kebanyakan baju kurung ada diletak kan sponge di bahagian bahu.Jika diperhatikan ini membuatkan ianya memberi kesan lekuk pada tubuh supaya kelihatan lansing.Blazer juga sesuai untuk mereka yang inginkan lengan kelihatan kecil kerana bahunya yang lebar dan tinggi.



Baju Hitam sering digunakan sebagai pakaian samaran untuk menutup bentuk badan sebenar.Tapi jika diselit sedikit warna putih ianya memberi kesan yang lebih menakjub kan pada penampilan kita agar kelihatan lebih kemas dan tidak bosan..

Empat tips ini agak mudah untuk dipraktik kan dalam pemakaian kita sehari-hari.Namun jangan lupa untuk mengamalkan gaya hidup sihat supaya badan lebih lansing agar kelak mudah untuk kita mencari pakaian yang sesuai dengan kita.

sekian..



Friday, 14 October 2016

BELI MASKARA DUOYA BY NORAFURLA YANG ORIGINAL DI SINI

Assalamualaikum...


Pernah dengar kan orang kata "dari mata turun ke hati..."..Kuat betul tarikan mata ni ..sampai ke hati perginya.Sebab tu la orang perempuan ni sukakan bulu mata yang melentik dan panjang.Ianya menyerlahkan lagi kecantikan wajah seseorang.Tak payah makeup tebal, cukup serlahkan bahagian mata sahaja dah boleh menyerlahkan kecantikan seseorang wanita tu.Tapi kalau bulu mata jenis pendek-pendek ni nak buat macam mana.Tak kan sampai nak kena pakai bulu mata palsu setiap hari macam Che Ta pulak..kan??jangan risau ye ..Ramai wanita malaysia ni bulu mata pendek-pendek je..Tapi sebab diaorang pakai Maskara Duoya by Nurafurla ni la yang buat bulu mata diaorang melentik dan nampak panjang..



Ini lah Duoya By Norafurla yang sekarang ni tengah hangat diperkatakan.Dia punya kualiti setanding dengan jenama luar.Malah saya boleh jamin maskara Duoya ni lebih baik dan lebih berkualiti dari lain2 jenama maskara.nak tahu kenapa?:-

√ Mascara Fiber dengan hanya 1stick sahaja
√ Melebatkan bulu mata
√ Memanjangkan bulu mata
√ Melentikkan bulu mata
√ Waterproof
√ Wudu' friendly
√ Mudah di cuci (hanya menggunakan air)
√ Anti PANDA eye
√ Mempunyai Vitamin B5 (menjaga bulu mata original)
√ Mampu memanjangkan bulu mata original dengan penggunaan yg kerap


Tengok gambar ni..Untuk wanita yang bulu mata segan nak keluar macam ni korang boleh cuba Duoya .Sekali sapu je terus bulu mata nampak tebal dan lepas tu boleh tahan seharian.Tak payah la 3 jam sekali nak kena pakai Maskara lagi.Maskara Duoya  ni tahan lama.Sebab tak payah sapu banyak lapis..Selapis je dah cukup nak kan bulu mata nampak semula jadi..Boleh tahan 2 bulan untuk sekali beli..

Boleh pakai masa solat jugak..Tu pasal saya lebih suka produk-produk tempatan ni sebab kandungan nya tu boleh diyakini 100%  tiada bahan terlarang.



Kalau untuk produk berjenama antarabangsa korang mungkin rasa "patut la mahal..jenama ni memang mahal pun..."..Tapi Duoya  By Norafurla ni harganya bukan terletak pada jenama saja tapi kualiti nya yang terbaik.Hati-hati dengan produk tiruan kerana produk ni tengah hangat jadi ada saje yang mengambil kesempatan menjual produk tiruan.Jangan tertipu..Nanti lepas beli kata 'tak best pun..".."tak berkualiti pun"..padahal dah terbeli yang tiruan..

Nak beli Maskara Duoya  By Norafurla yang original boleh hubungi:-

Pm/ WhatsApp 019-278 4580
Facebook:  fuzza Musa



sekian..

Tuesday, 11 October 2016

KETAHUI BEZA GRED SETIAP BEG TANGAN

Assalamualaikum...

Gambar cedok dari facebook Shima Ramli
Salah satu benda yang orang perempuan suka tengok ialah beg tangan.Saya la tu..Padahal tak de duit nak beli.tapi bila tengok je iklan beg tangan melintas kat wall facebook tu laju je jari ni dok klik-klik.Lepas tu habis la satu album tu saya  tengok..Tak puas hati lagi , scroll sekali lagi, lepas tu  lagi dan lagi..Sampai  tampar-tampar pipi sendiri tanda jangan bermimpi sebab dalam akaun kau tak de duit pun makcik..hahahha..

Beg harga rm30 ..dari Lazada..heheh..selesa giler beg ni..

Macam saya tak kisah beg tangan tu ada gred ke tak de gred ke..Asal kan cantik dan menarik.heheh..tak de gred tapi  murah pun makcik suka..Apa lagi kalau ada gred ..kan??Cuma tu la..duit sentiasa jadi penghalang...Kalau korang pun jenis suka cuci mata tengok beg tangan cer tengok kat sini.Boleh giler oi..hahahah

Korang tau tak pasal gred-gred beg tangan ni?Saya memang bab ni tak tahu langsung.Sebab bagi saya , macam saya kata tadi asalkan beg tu cantik dan sesuai untuk saya .Harga rm10 pun saya selamba pakai .Orang lain pakai beg ada jenama letak atas meja saya pun selamba je letak atas meja.Kau nak jeling ke, nak pandang jijik ke lantak kau la..hahahha..Tetiba rasa nak masuk je stor dan geledah beg tangan lama yang saya simpan dalam kotak tu..Banyak yang dah tak pakai sebab tali rosak, zip rosak..maklum la beg murah..
Beg ni rm10..saya buat isi telekung bila nak keluar...tak patut kan??Untuk isi telekung guna beg rm10 je..hahaha
Saya nak kongsikan tentang GRED BEG TANGAN REPLIKA yang korang patut tahu..Apa beza Gred-gred  beg tangan ni..kalau korang jenis memang suka beg replika  kena la tahu sebab gred-gred ni yang menentu kan harga beg tangan tersebut selain jenamanya..

Ketahui 5 gred utama handbag replika

1. AAA / 3A
2. AAAAA / 5A
3. 1:1
4. Premium Quality
5. Premium Boutique Quality

Beza setiap gred
==============
AAA - Gred ini biasanya bukan leather asli, guna PU (leather tiruan). Design kadang2 tak sama dengan design original just guna nama brand je. Means bila kita refer kat web original, sesetengah design dari AAA ni takde pun. Kadang2 original keluarkan hanya satu kaler je utk design bag tertentu tapi grade AAA ni keluarkan macam-macam kaler utk design tu. Range harga antara RM100 ke RM250

Contoh beg gred 3AAA

5A - Adalah gred yang lebih baik dari AAA. Biasanya adalah semi leather atau full leather. Material juga agak baik. Peratusan menyamai original sekitar 70% ke 80%. Range harga antara RM280 ke RM400


1:1 (Sebutannya One to One) atau Mirror Copy - Gred ini materialnya sama macam design original, kulit asli, ukuran dan workmanship yang agak precise, lari sikit2 je.Kalau ori keluar kaler biru, 1:1 ni pun hanya keluarkan kalee biru sahaja. Peratusan sama dengan original adalah dalam lingkungan 90% - 95%. Range harga antara RM400 ke RM1380

Contoh beg gred 1:1


Premium - Gred yang hampir 99.9% menyerupai original dan mengikuti latest design original.
Sehinggakan kalau dustbag atau paperbag original tukar design, Gred premium ni pun akan follow.
Range harga antara RM1699 hingga RM4999. Biasanya dalam lingkungan 70% ke 80% lebih murah dari original.

Contoh beg Premium
Premium Boutique Quality - 100% copy original. Kebanyakan material adalah dari original part like the fabric, hardware. But bukan tuk sebahagian accessories like the internal label. Ada yg claim as OEM which is Kilang lain yang mengeluarkan produk tersebut dgn membeli bahan2 mentah dari kilang yang original.

Contoh beg Premium Boutique Quality

Credit: Shima Ramli Penjual beg berbagai Gred :)

Gitu la serba sedikit maklumat tentang gred beg tangan ..Korang pulak cemana ??adakah hubungan korang dengan beg tangan sangat serius atau biasa-biasa saja??heheh

sekian..




Monday, 10 October 2016

TIPS MUDAH MENCAIRKAN MASKARA YANG SUDAH KERING

Assalamualaikum...



Saya seorang yang suka kan maskara.Pantang nampak maskara je mesti rasa macam nak beli je.Mujur la tak kaya raya kalau tak entah berapa banyak maskara yang saya ada...yang paling saya berkenan sekarang ni adalah Maskara Duoya By Norafurla.yang dikatakan sebagai maskara yang terbaik setanding dengan jenama antarabangsa..Kalau berkenan boleh la beli maskara tahan lama dan buat bulu mata melentik dan lebat ni di Jom Hargai Kesihatan Anda

Bila dah ada banyak maskara  dah tentu lah  ada setengah  maskara tu yang akan kering .Saya tahu macam mana nak cairkan maskara yang dah kering supaya kita boleh lagi gunakan maskara kita tu..


1)ubat mata atau air contact lenses
Titik kan ubat mata atau air contact lenses ke dalam botol maskara..Hanya titik kan 2,3 titis dan goncang botol.Maskara anda sudah boleh digunakan kembali.Ubat titis mata dan cecair contact lenses selamat digunakan dan ianya membuatkan maskara tidak bergumpal.

2)Air panas
Ambil satu bekas dan masuk kan air panas.kemudian ambil maskara anda dan masuk kan botol maskara secara menegak ke dalam bekas berisi air panas itu.Biarkan selama beberapa minit dan maskara anda akan mencair dan sudah boleh digunakan,.

3)Gel Aloe Vera
Titiskan gel Aloe Vera ya ke dalam bekas maskara anda.sekarang anda boleh gunakan maskara yang sudah lama tidak anda gunakan.



Tak susah pun.kan??Semua bahan-bahan yang digunakan memang mudah didapati.Lepas ni jangan dibuang pulak maskara yang dah kering tu..Untuk mengelak kan maskara cepat kering boleh ikuti tips di bawah.

1) tutup rapat bekas maskara.
2)jangan dedahkan maskara anda di tempat yang panas terlalu lama.
3)jangan keluar dan masuk kan batang maskara anda terlalu kuat dan kasar kerana ianya menyebabkan angin masuk ke dalam botol maskara.

semoga bermanfaat untuk semua...


sekian..


Wednesday, 21 September 2016

5 FESYEN LELAKI YANG KURANG DIGEMARI RAMAI WANITA

Assalamualaikum...

Cakap pasal fesyen , memang orang perempuan lah juaranya.Tapi bagi orang lelaki tak ramai yang peduli dengan fesyen.Apa yang ada asal boleh dipakai cukup la.Kadang-kadang apa yang lelaki tu pakai atau gayakan tak sedap  untuk dipandang oleh kaum wanita.Rasa macam.."eii...apasal dia pakai macam tu.."kan?? Lagi pulak lelaki tu adalah pasangan kita ..Mula la nak buat-buat tak kenal.hahahaha

Jom kita nak cerita pasal fesyen yang kebanyakan perempuan tak suka.

1-v-neck



Baju dengan leher bentuk v mungkin digemari oleh ramai wanita tapi untuk dijadikan sebagai pakaian lelaki rasanya tak sedap untuk wanita pandang.Tambahan pula jika lelaki tersebut mempunyai bulu dada.ianya bukan sahaja kelihatan lucu malah ada yang menganggap ianya sanagt menjijik kan.

2-Jambang dan berjanggut


Ramai lelaki yang merasakan menyimpan jambang serta janggut yang panjang akan membuatkan dia kelihatan lebih macho dan nampak berani.namun sebalik nya bagi sebahagian wanita.Mereka merasakan lelaki yang berjambang sebagai pengotor dan  selekah  .Ada wanita yang tidak berselera makan jika berdepan dengan lelaki yang mempunyai jambang yang panjang dan kerinting.

Jadi kalau nak simpan jambang tak payah la ada janggut.kalau nak ada janggut tak payah simpang jambang..pandangan orang pada kita pun kena jaga tau..

3-tidak berbulu dada


Bagi sesetangah wanita  lelaki wajib berbulu dada.Ianya melambangkan lelaki tersebut seksi.trend sekarang kebanyakan lelaki akan mencukur bulu dada terutamanya dikalangan atlit kerana mudah berpeluh dan mengganggu keselesaan mereka.Ada juga lelaki yang mencukur buli dada untuk menonjolkan otot dada mereka.

4-Skinny jeans



Tak ada salahnya jika lelaki memakai skinny jeans Yapi jika skinny jeans yang dipakai terlalu ketat akan menjejaskan penampilan anda.Tak kira wanita atau lelaki.Mungkin ianya perkara biasa jika kita lihat wanita memakai skinny jeans.Tapi bagi wanita jika lelaki yang memakai skinny jeans ianya sungguh tak boleh diterima.Sangat menggangu pandangan dan menjejaskan penampilan kaum  lelaki

5-Seluar pendek/hotpants


Lelaki sering mengenakan seluar pendek ketika bersukan.Seluar paras lutut itu sudah biasa kita lihat dipakai oleh kaum lelaki.Tapi jika seluar tersebut hanya diparas peha ianya kurang digemari oleh wanita.Apa lagi jika lelaki tersebut mempunya bulu kaki yang banyak dan ianya akan mengganggu pandangan orang sekeliling.


Ok..lepas ni ambik perhatian ye..Mungkin ada yang suka dan tak kisah tentang perkara-perkara diatas ni..tapi kalau ada yang tak suka apa salahnya kita dapatkan khidmat nasihat orang lain sebelum menggayakan sesuatu pakaian.Lagi2 kita lakukan untuk orang yang kita sayang...:)

Kadang tu kita cuma fikir perasaan orang yang suka kita je.Tapi yang tak suka langsung kita tak peduli..tak boleh macam tu.kalau orang tak suka kita buat la bagi dia suka..


sekian..

Thursday, 15 September 2016

IBU KEPADA 3 ORANG ANAK, MARION CAUNTER TETAP ANGGUN DAN CANTIK

Assalamualiakum...

Awal kemunculan Marion Caunter  dulu mesti ramai yang selalu nampak beliau di rancangan 8tv Quickie .Dia bergandingan dengan beberapa pengacara lain yang tak kurang hebat nya.kalau dulu dia punya cara berpakaian biasa-biasa je.Tapi sejak dia berkahwin dan mempunyai 3 orang anak saya lihat yang dia sangat pandai bergaya dan setiap apa yang dia sarungkan ke badan nya tu memang nampak ada classs dan sempurna..kan??Tambah pulak dia semakin cantik..setiap apa yang dipakai seperti dibuat khas untuk dia..

Jom tengok gambar -gambar Marion Caunter yang cantik ..


gaya ringkas dengan beg galas dkoleksi Jimmy Choo.


seksi...baju dari Johanna Ortiz 



Coat dari Chi Chi Von Tang



baju kurung dari Innai Group




Cantik sangat skirt dari Dolce Gabbana tu..


ops!!nampak pelik sikit  rekaan  ELLERY ni....
Mujur yang pakai nya orang cantik..:)

comel nya dress dari Alexis ni...


Baju kurung dari Rizalman..

 Jom kita cantik-cantik macam Marion juga..Jaga makan, bersenam dan selalu pandang benda2 yang cantik je..baru la kita pun nampak cantik..:)


sekian..