Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Thursday, 10 November 2016

DIGANGGU MAKHLUK HALUS LEPAS BAWA ANAK TENGOK KERBAU WAKTU MALAM

Assalamualaikum...

Seram sejuk saya bila baca satu post yang di tulis oleh sahabat saya ni.berkaitan kejadian yang menimpa 2 anak nya yang baru berusia setahun.Semoga kisah yang dipaparkan ni akan jadi pengajaran pada semua ibu bapa supaya berhati-hati apa bila membawa anak keluar rumah.

******************************

[ INILAH PUNCA AISYA KENA GANGGUAN]
.
Deepavali hari tu balik rumah mak sebab nak buat kenduri untuk arwah atok dan opah. Sesampai Ipoh mama tak sihat demam, abang dan adik pulak selsema.
.
.
.
Nak di jadikan cerita, malam sehari sebelum kenduri mama ajak abi bawak abang, adik dan abang Ayiff pusing-pusing taman. Sampai dekat dengan the Centro (tempat org main golf) ada sekumpulan kerbau.. Mama suruh abi berhenti dan tunjuk kerbau tu kat budak-budak.. Ni gambar kerbau yang sempat di ambil malam tue.
.
.
.
Balik tengok kerbau, malam tu abang tido menangis menjerit-jerit.. 2 kali mama bangun mama sangka abang mengigau.. Lepas pujuk abang tido semula..
.
.
.
Dah pagi tu Aisya pulak bangun, tepuk-tepuk mama sambil senyum-senyum, tapi mata Aisya pejam.. Mama angkat Aisya dan letak atas bantal sambil tepuk-tepuk dia.. 3 kali dia bangun buat gitu, last sekali mama tengok mata dia lihat sekeliling terus mama bangun  dan angkat dia sambil panggil nama dia.. Aisya tak  sahut dan lihat mama pun. Kejutkan Abi pun sama Aisya tak de respon.. Bawa keluar panggil ayah.
.
.
.
Ayah cakap x de pape ada benda nak mengacau je.. Atok pegang-pegang Aisya, lepas tue Aisya ok boleh main, jalan sana sini dan senyum.
Mama sangka tak de apa-apa dah la tapi sangkaan mama meleset.
.
.
.
Balik Kota Baharu Aisya demam.. pastu tido malam Aisya banyak kali terjaga dan mudah terkejut terus menangis tak boleh di pujuk..Mama sangka sebab dia demam tak de la mama fikir bukan-bukan.. Last sehari sebelum dia nangis teruk, mama cakap dengan abi Aisya ni macam pelik la.. tengah-tengah tido dia boleh menguap.. bunyi kuat pulak tu.. lepas tu tido tak nak kat bawah nak tido mama peluk, mama letak je terus jerit..
.
.
.
Esokannya demam Aisya berlarutan sampai ke siang.. suhu atas 38.. Malam bawa pergi klinik doc masukan ubat ikut buntut. Sepatutnya pukul 12 masukan lagi tapi mama tak buat.. Aisya dah tido pukul 10 lebih tapi terjaga pukul 11 lebih terus nangis tanpa henti hingga pukul 3.30 pagi.
.
.
.
Macam-macam mama dan abi buat..sapu minyak panas, urut kepala, usap dada dia, berpast2 kami dukung nak tenangkan Aisya tapi tak berjaya..Dah 2 lebih lepas abang tido mama suruh abi ambilkan buai.. mane tahu berhasil.. Baru nak henjut besi buai pulak patah, jatuh aisya ke lantai...
.
.
.
Time ni mama dan abi terdiam.. Aisya terus-terusan menangis.. Abi baca-baca surah kat telinga.. Aisya berhenti menangis tapi di tenungnya mata abi dalam-dalam... Pasang surah ruqyah , Aisya macam panas meronta-ronta, menangis sekuat hati sampai kaki tangan dan muka naik biru... Badan nak kejang. Mama pangku Aisya dan cakap gan abi nak buat apa lagi ni..
.
.
.
Abi cakap ada benda ni, abi terus azan dan baca segala surah2 di telinga Aisya..lastnya pukul 3.30 Aisya tido..Tidonya pun x lena sebab akan terjaga2.. Pukul 5 lebih Aisya bangun lagi.. Time ni mama dah tak tahan, mama nangis pangku aAsya.. Lepas subuh Aisya tertido balik sampai la pagi.
.
.
.
Bangun pagi sambung balik Aisya nangis dan nangis sampai la petang semalam Aisya dah tegak mata, badan dah lembik.. Call abi suruh balik cakap anak dah teruk ni.. lepas letak fon ayah pulak call.. Sebolehnya memang tak nak risaukan ayah dan mak.. Ayah dengar mama menangis teresak2 terus ayah cakap nak datang.
.
.
.
Mama pesan kat adik jangan bagi ayah datang sebab nanti me akan risaukan ayah dan mak pulak. Abi balik lepas asar siap-siap bawa Aisya kerumah ayah kawannya.
.
.
.
Pakcik tu pegang Aisya sambil baca ayat2 suci alquran. Aisya menjerit2.. Lepas pada tu dia bagi Aisya minum air dan sapu seluruh muka dan badan. Pakcik tu cakap ada benda menumpang Aisya dah dekat seminggu.. Tu yang buat Aisya menangis dan takut.
.
.
.
Dah nak balik tu kami still bertanya lagi. Kalau kata dia nangis balik mcm mane.. pakcik tu jawab jangan risau inshaALLAH dia dah minum air ni, nanti balik bagi dia minum dan sapu2 badannya.. Nanti dia akan sendawa, lepas sendawa dia akan ketentut last sekali dia akan berak atau muntah. Kalau semua tu ada, barang tu keluar dah.
.
.
.
Sepanjang perjalanan me peka la dengar kot2 ada Aisya sendawa tapi x de.. Aisya pun tido lena sangat2.. Sampai parking rumah, angkat Aisya, baru dengar Aisya sendawa.. Dukung dan bawa masuk dalam bilik baru dengar bunyi dia terkentut2 dan lastnya terberak..
.
.
.
Alhamdulillah terus Aisya tak nangis lagi. Boleh main macam biasa.. Gelak2 main dengan abang. Mama punya takut sampai setiap jam bangun tengok Aisya.. lena tidonya. Pagi ni bangun pun ok tak de nangis.. lega sangat.
.
.
.
Moral di sini. Kalau anda jumpa binatang malam-malam hari tak payah la bawak anak-anak pergi tengok. Pengajaran betul buat saya dan suami. Bayangkan anak kecil baru nak masuk setahun tapi tenaganya mengalahkan kita.
.
.
.
Terima kasih pada semua yang call, wassap, mesej ,komen fb, mendoakan anak saya. Terima kasih byk2, berkat doa semua dan ikhtiar aisya dah sihat sepenuhnya. Tiada lagi gangguan makhluk halus, tiada lagi demam malam..
.
.
.
ALHAMDULILLAH sujud syukur... Hanya ALLAH swt sahaja yang dapat membalas budi baik semua.. TERIMA KASIH sekali lagi :)

sumber; Facebook Amy syaquena

sekian.. 

Wednesday, 9 November 2016

INI SEBAB KENAPA ANDA PERLU MENAMBAH RAKAN DI FACEBOOK

Assalamualaikum..



Saya pernah terbaca satu status difacebook yang tertulis  " aku tak kan add orang ..jatuh standard aku.."..Tu dia..berlagak betul.Memang ada orang yang tak mahu add orang lain sebagai rakan dia di facebook..Alasan nya ialah "tak kenal..buat apa nak add.."..Tapi kalau orang add dia , laju je dia approve..hhahahah..

Sebenarnya tak salah pun kalau kita add atau menambah atau menerima orang lain di facebook sebagai rakan kita walaupun kita tak kenal.Yang penting sebelum kita menambah dan menerima dia sebagai rakan kita tengok la dulu profile dirinya di facebook.Jika tak mencurigakan , atau ada mutual friends apa salah nya kita jadi kan dia rakan facebook kita.



Bila korang mula melibatkan diri dalam bidang jualan atas talian, korang perlu menambah orang lain sebagai rakan facebook  korang .Kalau tidak siapa yang akan  nampak post-post berkaitan produk jualan korang.Sehari add 10 rakan pun dah cukup.Tapi bila dah add tu rajin-rajin kan jari jemari tu untuk beramah mesra dengan rakan baru korang.Jangan masih syok sendiri menaip status-status dan berharap mereka yang korang add tadi akan like dan komen status korang.

Sebagai blogger saya sendiri menambah orang lain untuk jadi rakan saya.Kita bukan orang popular yang setiap hari menerima 50-100 permintaan menjadi rakan di facebook.Betul tak??Tapi kita tak boleh duduk saja dah berharap mereka datang pada kita.Cara terbaik nak bagi orang nampak entry-entry blog yang saya share ialah dengan menambah orang lain sebagai rakan facebook saya.



Takut kena hack, takut kena kecam, takut itu, takut ini antara punca kenapa kita tak mahu menambah orang lain sebagai rakan.Jadi kalau takut korang kena terima hakikat kalau jualan korang tak memberansangkan atau apa-apa yang korang share kurang diberi perhatian oleh rakan facebook korang.Setiap perkara dah tentu ada risiko..Bak kata orang  tak kenal maka tak kan cinta..Betul kan??tapi kalau tak cinta button unfriends dah tersedia, Block terus pun boleh jugak.Tak jadi kesalahan pun kalau kita add dia tapi pengakhiran nya kita kena block dia.

sekian..

Friday, 4 March 2016

ORANG MUDA SEKARANG LEBIH SUKA BUAT BENDA BODOH UNTUK POPULAR

Assalamualaikum...



Saya memang banyak follow page2 troll .page sukan dan page lain jugak..
(tapi page politik saya tolak tepi..tak minat nak campur...)
Tak de la nk komen2 apa  status yang admin page tu tulis.
Setakat like dan baca je la..
Ada sesetengah page tu bagi saya ianya page yang bijak..
Tapi ada juga page yang sekadar memperbodohkan diri sendiri.

page yang bijak ..page yang berkongsi sesuatu untuk kita fikir bersama
terutamnya tentang isu2 semasa, perkara logik dan tidak..
dan adakalanya memberi kita satu pandangan yang selama ni kita tak nampak.

Walaupun tak semua pandangan tentang isu yang mereka sentuh tu
saya setuju tapi kadang2 kita kena juga hormat pendapat mereka.
Ada juga yang tak suka page yang sentuh isu2 semasa ni.
sebab ada yang menterjemahkan nya dalam bahasa yang agak kasar.
Tapi tu la orang sekarang ni kalau tak kasar, dia tak nampak..
tak kasar , dia ingat benda tu "takpe' kalau kita buat.
jadi teguran secara kasar ni kadang2 perlu jugak..

Ianya lebih baik dari page yang memperbodohkan diri sendiri..
baru2 ni macam timbul satu page sorang lelaki tu..
entah apa namanya..
saya tak nampak apa tujuan sebenar dia buat page dia tu
selain dari memperbodohkan diri sendiri.



Memang la kita ni perlukan hiburan tapi perlu ke
sampai dia buat benda2 bodoh semata2 nak menghiburkan kita.
Atau ini cara dia nak menempah populariti.
saya rasa tak popular pun tak pe la
kalau sampai orang nampak kita bodoh.
Nak ke orang kenal kita dengan sikap suka membadutkan diri sendiri.??
dah tentu kita tak nak..kan??
kalau ada yang tak kisah mungkin orang tu bermasalah la kot..

Buat staus nak bunuh diri sebab like tak banyak..
upload gambar menangis sampai keluar hingus..
entah apa sebenarnya tujuan page macam tu..
Page macam ni la yang buat ramai budak2 sekarang suka
buat benda bodoh semata2 sebab nak popular.

Kalau nampak page2 bodoh macam tu tak payah la like..
Buang masa je...


sekian.

Tuesday, 26 January 2016

BACA DI FACEBOOK ATAU DI BLOG?

Assalamualaikum...



Saya rasa penyakit malas update blog ni macam dah sampai je..
Tapi saya kena kuat kan semangat nih..
buka juga blog untuk update.
Ikutkan hati nak lena je nih..hahha..
Kita ada tanggungjawab.kan??
jadi tak boleh nak lena sangat la.
ekekek..kena sedar diri tu...:p

Cakap asal update blog ni mesti ramai yang
susah nak kekalkan rentak update blog setiap hari.
Lagi2 sekarang ni kita ada facebook ada instagram..
kita rasa di situ lebih seronok kita menulis sebab respond lebih cepat.
tak sampai 5 minit dah ada yang like dan komen.

macam blog ni tak tentu..
kadang2 satu hari tu satu komen pun tak de,..
yang baca pulak nak dapat 10 pembaca dalam 10 minit pun payah..

Saya tak tahu la kalau saya sorang je yang rasa macam ni
tapi saya rasa sekarang orang dah tak suka sangat baca blog.
sebab maklumat yang mereka dapat dah ada di facebook , instagram
atau lama sosial lain nya.
Sebab itu bila kita nak menulis dah tak sesuai
kita cedok bulat2 apa yang ada di facebook
walaupun saya tahu ramai yang masih buat macam tu.
Lebih elok dan menarik ramai pembaca jika
kita mengulas satu2 isu tu atau menulis pendapat sendiri tentang
isu2 yang menjadi viral.

Sama jugak kalau blog kita menulis tentang resepi atau
tips2 kesihatan , fesyen dan  gaya hidup,
lebih elok kalau kita kongsikan maklumat baru pada pembaca
sebab kalau kita setakat kongsi apa yang orang lain dah kongsi
itu yang buat ramai orang fikir
"ala..baca kat facebook je la..blog ni sah2 copy dari facebook jugak.."
walaupun sebenarnya yang menulis di facebook tu
dia pun dapat maklumat dari blog2 yang dia baca..
jadi itulah  punca orang malas nak baca blog.

semoga berjaya..


sekian..


Thursday, 3 December 2015

HANG NI GILA KA APA??

Assalamualaikum...

Penyakit nyanyuk dan lupa dikalangan muda mudi zaman sekarang ni makin teruk
makin kronik sampaikan orang yang pernah jadi rakan dia pun dia lupa.
saya punya rakan facebook  bukan ramai pun.
saya boleh ingat siapa yang pernah jadi rakan facebook saya.
lagi2 kalau dulu saya pernah like status dia, pernah komen2..
mesti la kita ingat.. kan..??

Eh!!iklan sat...
Cakap pasal lupa ni jom kita imbas sat kenangan 
masa dok kampung dengan opah /nenak kita dulu.
Dulu selalu bergaduh dengan opah saya time mengaji..
hahahah..(klik sini kalau nak imbas kenangan lama)





ok..sambung cerita pasal lupa..
Ini cara saya bila setiap kali saya "unfriends" siapa2
yang saya rasa patut untuk saya tidak berkawan dengan mereka di facebook,.
Saya akan block sekali.Supaya tak de
lagi yang jadi pengintip dan saya pun tak sibuk nak intip
apa dia buat dan sebagai nya.

Jadi bila saya block setiap kali saya unfriend,
saya tak lupa la yang dia ni dulu pernah dalam senarai rakan saya.

Awak pun patut buat macam ni bila
awak unfriend saya sebab tak la nanti
awak tiba2 add saya balik.
Dan jangan terkejut la kalau saya tak aprove awak jadi rakan saya
sebab saya tau awak ni macam mana punya orang.

Time awak tak suka  saya awak unfriend saya.
Lepas tu bila kawan2 awak dok sebut2 pasal saya,
awak pun kalut nak tau jugak apa saya buat, apa status saya tulis,
lepas tu mula add saya balik..awak lupa dulu kita pernah jadi rakan facebook..

hang gila ka apa???


sekian..