Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Thursday, 10 November 2016

DIGANGGU MAKHLUK HALUS LEPAS BAWA ANAK TENGOK KERBAU WAKTU MALAM

Assalamualaikum...

Seram sejuk saya bila baca satu post yang di tulis oleh sahabat saya ni.berkaitan kejadian yang menimpa 2 anak nya yang baru berusia setahun.Semoga kisah yang dipaparkan ni akan jadi pengajaran pada semua ibu bapa supaya berhati-hati apa bila membawa anak keluar rumah.

******************************

[ INILAH PUNCA AISYA KENA GANGGUAN]
.
Deepavali hari tu balik rumah mak sebab nak buat kenduri untuk arwah atok dan opah. Sesampai Ipoh mama tak sihat demam, abang dan adik pulak selsema.
.
.
.
Nak di jadikan cerita, malam sehari sebelum kenduri mama ajak abi bawak abang, adik dan abang Ayiff pusing-pusing taman. Sampai dekat dengan the Centro (tempat org main golf) ada sekumpulan kerbau.. Mama suruh abi berhenti dan tunjuk kerbau tu kat budak-budak.. Ni gambar kerbau yang sempat di ambil malam tue.
.
.
.
Balik tengok kerbau, malam tu abang tido menangis menjerit-jerit.. 2 kali mama bangun mama sangka abang mengigau.. Lepas pujuk abang tido semula..
.
.
.
Dah pagi tu Aisya pulak bangun, tepuk-tepuk mama sambil senyum-senyum, tapi mata Aisya pejam.. Mama angkat Aisya dan letak atas bantal sambil tepuk-tepuk dia.. 3 kali dia bangun buat gitu, last sekali mama tengok mata dia lihat sekeliling terus mama bangun  dan angkat dia sambil panggil nama dia.. Aisya tak  sahut dan lihat mama pun. Kejutkan Abi pun sama Aisya tak de respon.. Bawa keluar panggil ayah.
.
.
.
Ayah cakap x de pape ada benda nak mengacau je.. Atok pegang-pegang Aisya, lepas tue Aisya ok boleh main, jalan sana sini dan senyum.
Mama sangka tak de apa-apa dah la tapi sangkaan mama meleset.
.
.
.
Balik Kota Baharu Aisya demam.. pastu tido malam Aisya banyak kali terjaga dan mudah terkejut terus menangis tak boleh di pujuk..Mama sangka sebab dia demam tak de la mama fikir bukan-bukan.. Last sehari sebelum dia nangis teruk, mama cakap dengan abi Aisya ni macam pelik la.. tengah-tengah tido dia boleh menguap.. bunyi kuat pulak tu.. lepas tu tido tak nak kat bawah nak tido mama peluk, mama letak je terus jerit..
.
.
.
Esokannya demam Aisya berlarutan sampai ke siang.. suhu atas 38.. Malam bawa pergi klinik doc masukan ubat ikut buntut. Sepatutnya pukul 12 masukan lagi tapi mama tak buat.. Aisya dah tido pukul 10 lebih tapi terjaga pukul 11 lebih terus nangis tanpa henti hingga pukul 3.30 pagi.
.
.
.
Macam-macam mama dan abi buat..sapu minyak panas, urut kepala, usap dada dia, berpast2 kami dukung nak tenangkan Aisya tapi tak berjaya..Dah 2 lebih lepas abang tido mama suruh abi ambilkan buai.. mane tahu berhasil.. Baru nak henjut besi buai pulak patah, jatuh aisya ke lantai...
.
.
.
Time ni mama dan abi terdiam.. Aisya terus-terusan menangis.. Abi baca-baca surah kat telinga.. Aisya berhenti menangis tapi di tenungnya mata abi dalam-dalam... Pasang surah ruqyah , Aisya macam panas meronta-ronta, menangis sekuat hati sampai kaki tangan dan muka naik biru... Badan nak kejang. Mama pangku Aisya dan cakap gan abi nak buat apa lagi ni..
.
.
.
Abi cakap ada benda ni, abi terus azan dan baca segala surah2 di telinga Aisya..lastnya pukul 3.30 Aisya tido..Tidonya pun x lena sebab akan terjaga2.. Pukul 5 lebih Aisya bangun lagi.. Time ni mama dah tak tahan, mama nangis pangku aAsya.. Lepas subuh Aisya tertido balik sampai la pagi.
.
.
.
Bangun pagi sambung balik Aisya nangis dan nangis sampai la petang semalam Aisya dah tegak mata, badan dah lembik.. Call abi suruh balik cakap anak dah teruk ni.. lepas letak fon ayah pulak call.. Sebolehnya memang tak nak risaukan ayah dan mak.. Ayah dengar mama menangis teresak2 terus ayah cakap nak datang.
.
.
.
Mama pesan kat adik jangan bagi ayah datang sebab nanti me akan risaukan ayah dan mak pulak. Abi balik lepas asar siap-siap bawa Aisya kerumah ayah kawannya.
.
.
.
Pakcik tu pegang Aisya sambil baca ayat2 suci alquran. Aisya menjerit2.. Lepas pada tu dia bagi Aisya minum air dan sapu seluruh muka dan badan. Pakcik tu cakap ada benda menumpang Aisya dah dekat seminggu.. Tu yang buat Aisya menangis dan takut.
.
.
.
Dah nak balik tu kami still bertanya lagi. Kalau kata dia nangis balik mcm mane.. pakcik tu jawab jangan risau inshaALLAH dia dah minum air ni, nanti balik bagi dia minum dan sapu2 badannya.. Nanti dia akan sendawa, lepas sendawa dia akan ketentut last sekali dia akan berak atau muntah. Kalau semua tu ada, barang tu keluar dah.
.
.
.
Sepanjang perjalanan me peka la dengar kot2 ada Aisya sendawa tapi x de.. Aisya pun tido lena sangat2.. Sampai parking rumah, angkat Aisya, baru dengar Aisya sendawa.. Dukung dan bawa masuk dalam bilik baru dengar bunyi dia terkentut2 dan lastnya terberak..
.
.
.
Alhamdulillah terus Aisya tak nangis lagi. Boleh main macam biasa.. Gelak2 main dengan abang. Mama punya takut sampai setiap jam bangun tengok Aisya.. lena tidonya. Pagi ni bangun pun ok tak de nangis.. lega sangat.
.
.
.
Moral di sini. Kalau anda jumpa binatang malam-malam hari tak payah la bawak anak-anak pergi tengok. Pengajaran betul buat saya dan suami. Bayangkan anak kecil baru nak masuk setahun tapi tenaganya mengalahkan kita.
.
.
.
Terima kasih pada semua yang call, wassap, mesej ,komen fb, mendoakan anak saya. Terima kasih byk2, berkat doa semua dan ikhtiar aisya dah sihat sepenuhnya. Tiada lagi gangguan makhluk halus, tiada lagi demam malam..
.
.
.
ALHAMDULILLAH sujud syukur... Hanya ALLAH swt sahaja yang dapat membalas budi baik semua.. TERIMA KASIH sekali lagi :)

sumber; Facebook Amy syaquena

sekian.. 

Wednesday, 9 November 2016

INI SEBAB KENAPA ANDA PERLU MENAMBAH RAKAN DI FACEBOOK

Assalamualaikum..



Saya pernah terbaca satu status difacebook yang tertulis  " aku tak kan add orang ..jatuh standard aku.."..Tu dia..berlagak betul.Memang ada orang yang tak mahu add orang lain sebagai rakan dia di facebook..Alasan nya ialah "tak kenal..buat apa nak add.."..Tapi kalau orang add dia , laju je dia approve..hhahahah..

Sebenarnya tak salah pun kalau kita add atau menambah atau menerima orang lain di facebook sebagai rakan kita walaupun kita tak kenal.Yang penting sebelum kita menambah dan menerima dia sebagai rakan kita tengok la dulu profile dirinya di facebook.Jika tak mencurigakan , atau ada mutual friends apa salah nya kita jadi kan dia rakan facebook kita.



Bila korang mula melibatkan diri dalam bidang jualan atas talian, korang perlu menambah orang lain sebagai rakan facebook  korang .Kalau tidak siapa yang akan  nampak post-post berkaitan produk jualan korang.Sehari add 10 rakan pun dah cukup.Tapi bila dah add tu rajin-rajin kan jari jemari tu untuk beramah mesra dengan rakan baru korang.Jangan masih syok sendiri menaip status-status dan berharap mereka yang korang add tadi akan like dan komen status korang.

Sebagai blogger saya sendiri menambah orang lain untuk jadi rakan saya.Kita bukan orang popular yang setiap hari menerima 50-100 permintaan menjadi rakan di facebook.Betul tak??Tapi kita tak boleh duduk saja dah berharap mereka datang pada kita.Cara terbaik nak bagi orang nampak entry-entry blog yang saya share ialah dengan menambah orang lain sebagai rakan facebook saya.



Takut kena hack, takut kena kecam, takut itu, takut ini antara punca kenapa kita tak mahu menambah orang lain sebagai rakan.Jadi kalau takut korang kena terima hakikat kalau jualan korang tak memberansangkan atau apa-apa yang korang share kurang diberi perhatian oleh rakan facebook korang.Setiap perkara dah tentu ada risiko..Bak kata orang  tak kenal maka tak kan cinta..Betul kan??tapi kalau tak cinta button unfriends dah tersedia, Block terus pun boleh jugak.Tak jadi kesalahan pun kalau kita add dia tapi pengakhiran nya kita kena block dia.

sekian..

Friday, 4 March 2016

ORANG MUDA SEKARANG LEBIH SUKA BUAT BENDA BODOH UNTUK POPULAR

Assalamualaikum...



Saya memang banyak follow page2 troll .page sukan dan page lain jugak..
(tapi page politik saya tolak tepi..tak minat nak campur...)
Tak de la nk komen2 apa  status yang admin page tu tulis.
Setakat like dan baca je la..
Ada sesetengah page tu bagi saya ianya page yang bijak..
Tapi ada juga page yang sekadar memperbodohkan diri sendiri.

page yang bijak ..page yang berkongsi sesuatu untuk kita fikir bersama
terutamnya tentang isu2 semasa, perkara logik dan tidak..
dan adakalanya memberi kita satu pandangan yang selama ni kita tak nampak.

Walaupun tak semua pandangan tentang isu yang mereka sentuh tu
saya setuju tapi kadang2 kita kena juga hormat pendapat mereka.
Ada juga yang tak suka page yang sentuh isu2 semasa ni.
sebab ada yang menterjemahkan nya dalam bahasa yang agak kasar.
Tapi tu la orang sekarang ni kalau tak kasar, dia tak nampak..
tak kasar , dia ingat benda tu "takpe' kalau kita buat.
jadi teguran secara kasar ni kadang2 perlu jugak..

Ianya lebih baik dari page yang memperbodohkan diri sendiri..
baru2 ni macam timbul satu page sorang lelaki tu..
entah apa namanya..
saya tak nampak apa tujuan sebenar dia buat page dia tu
selain dari memperbodohkan diri sendiri.



Memang la kita ni perlukan hiburan tapi perlu ke
sampai dia buat benda2 bodoh semata2 nak menghiburkan kita.
Atau ini cara dia nak menempah populariti.
saya rasa tak popular pun tak pe la
kalau sampai orang nampak kita bodoh.
Nak ke orang kenal kita dengan sikap suka membadutkan diri sendiri.??
dah tentu kita tak nak..kan??
kalau ada yang tak kisah mungkin orang tu bermasalah la kot..

Buat staus nak bunuh diri sebab like tak banyak..
upload gambar menangis sampai keluar hingus..
entah apa sebenarnya tujuan page macam tu..
Page macam ni la yang buat ramai budak2 sekarang suka
buat benda bodoh semata2 sebab nak popular.

Kalau nampak page2 bodoh macam tu tak payah la like..
Buang masa je...


sekian.

Tuesday, 26 January 2016

BACA DI FACEBOOK ATAU DI BLOG?

Assalamualaikum...



Saya rasa penyakit malas update blog ni macam dah sampai je..
Tapi saya kena kuat kan semangat nih..
buka juga blog untuk update.
Ikutkan hati nak lena je nih..hahha..
Kita ada tanggungjawab.kan??
jadi tak boleh nak lena sangat la.
ekekek..kena sedar diri tu...:p

Cakap asal update blog ni mesti ramai yang
susah nak kekalkan rentak update blog setiap hari.
Lagi2 sekarang ni kita ada facebook ada instagram..
kita rasa di situ lebih seronok kita menulis sebab respond lebih cepat.
tak sampai 5 minit dah ada yang like dan komen.

macam blog ni tak tentu..
kadang2 satu hari tu satu komen pun tak de,..
yang baca pulak nak dapat 10 pembaca dalam 10 minit pun payah..

Saya tak tahu la kalau saya sorang je yang rasa macam ni
tapi saya rasa sekarang orang dah tak suka sangat baca blog.
sebab maklumat yang mereka dapat dah ada di facebook , instagram
atau lama sosial lain nya.
Sebab itu bila kita nak menulis dah tak sesuai
kita cedok bulat2 apa yang ada di facebook
walaupun saya tahu ramai yang masih buat macam tu.
Lebih elok dan menarik ramai pembaca jika
kita mengulas satu2 isu tu atau menulis pendapat sendiri tentang
isu2 yang menjadi viral.

Sama jugak kalau blog kita menulis tentang resepi atau
tips2 kesihatan , fesyen dan  gaya hidup,
lebih elok kalau kita kongsikan maklumat baru pada pembaca
sebab kalau kita setakat kongsi apa yang orang lain dah kongsi
itu yang buat ramai orang fikir
"ala..baca kat facebook je la..blog ni sah2 copy dari facebook jugak.."
walaupun sebenarnya yang menulis di facebook tu
dia pun dapat maklumat dari blog2 yang dia baca..
jadi itulah  punca orang malas nak baca blog.

semoga berjaya..


sekian..


Thursday, 3 December 2015

HANG NI GILA KA APA??

Assalamualaikum...

Penyakit nyanyuk dan lupa dikalangan muda mudi zaman sekarang ni makin teruk
makin kronik sampaikan orang yang pernah jadi rakan dia pun dia lupa.
saya punya rakan facebook  bukan ramai pun.
saya boleh ingat siapa yang pernah jadi rakan facebook saya.
lagi2 kalau dulu saya pernah like status dia, pernah komen2..
mesti la kita ingat.. kan..??

Eh!!iklan sat...
Cakap pasal lupa ni jom kita imbas sat kenangan 
masa dok kampung dengan opah /nenak kita dulu.
Dulu selalu bergaduh dengan opah saya time mengaji..
hahahah..(klik sini kalau nak imbas kenangan lama)





ok..sambung cerita pasal lupa..
Ini cara saya bila setiap kali saya "unfriends" siapa2
yang saya rasa patut untuk saya tidak berkawan dengan mereka di facebook,.
Saya akan block sekali.Supaya tak de
lagi yang jadi pengintip dan saya pun tak sibuk nak intip
apa dia buat dan sebagai nya.

Jadi bila saya block setiap kali saya unfriend,
saya tak lupa la yang dia ni dulu pernah dalam senarai rakan saya.

Awak pun patut buat macam ni bila
awak unfriend saya sebab tak la nanti
awak tiba2 add saya balik.
Dan jangan terkejut la kalau saya tak aprove awak jadi rakan saya
sebab saya tau awak ni macam mana punya orang.

Time awak tak suka  saya awak unfriend saya.
Lepas tu bila kawan2 awak dok sebut2 pasal saya,
awak pun kalut nak tau jugak apa saya buat, apa status saya tulis,
lepas tu mula add saya balik..awak lupa dulu kita pernah jadi rakan facebook..

hang gila ka apa???


sekian..



Thursday, 17 September 2015

FACEBOOK PAGE TENTANG RUMAHTANGGA TU MEMANG BOLEH SELESAIKAN MASALAH KE?

Assalamualaikum...



Ada tak nmpak facebook page yang cerita pasal rumah tangga tu??
Page tu dibuat untuk siapa2 yang ada masalah rumahtangga
dan pengikut2 lain boleh bagi cadangan dan pendpat tentang masalah
yng dialami oleh pengadu..

sebenarnya kan...
saya kurang setuju dengan adanya page dan group2 macam tu..
memang la akan ada yang kata 'bagus sebab boleh kongsi pengalaman."
atau pun akan ada yang kata " boleh jadi panduan untuk orang lain..'

Tapi bagi saya ianya tak  membantu  sipengadu pun.
yang bagi pendapat tu bukan nya pakar kaunseling..
Ada ramai kat dalam tu yang suka bagi pendapat guna perasaan.
Tak fikir panjang dan ada yang hanya bagi komen2 yang
menjatuhkan semangat si pengadu.
yang berkongsi jalan penyelasaian yang baik dan berguna hanya sorang dua saja.

Bila baca masalah2 yang ditulis oleh pengadu saya
rasa mesti bertambah stress si pengadu bila
baca komen2 kat bawah nya tu...
Ada yang tak ambil serius pun masalah si pengadu tu.
Boleh buat lawak lagi dan ada yang sampai menghina si pengadu..

Paling tak best bila
ada pulak yang membuka pekung sendiri.
Sipengadu tu siap tulis "tolong rahsiakan identiti saya"
tapi yang bagi komen tu habis semua dia cerita pasal rumahtangga dia..
"suami saya pun macam tu..perangai tak semegah.."
"mak mertua saya pun jahat mulut nya..suka melaga-lagakan anak menantu.."
"biras saya macam tu jugak..kuat mencuri.."

adoi hai..dari nak cerita pasal masalah si pengadu terus
dia yang tukang komen pulak buat aduan..
Sebab tu la saya tak suka page2 yang cerita pasal masalah rumahtangga ni..
Kalau hidup kau bermasalah sangat baik jumpa pakar kaunseling kat pejabat kadi tu terus..
tak pun cerita kat orang2 tertentu je la..Yang pasti bukan di laman sosial.

sekian..



Thursday, 2 July 2015

JANGAN MUAT NAIK STATUS MACAM TU....

Assalamualaikum...


 Bila saya tengok facebook saya ,
baru perasan yang saya makin kerap update status.hehe..
Dulu kurang tau,..sebab tak tahu nak update apa..
sekarang dah belajar dari rakan-rakan facebook lain,
mandi pun kena update jadi saya pun buat la macam tu..hahaha..
jangan marah ye..gurau je..

Walaupun dah banyak orang cerita tenang
apa yang awak boleh dan tak boleh  muat naik di laman sosial
tapi masih ada yang tak ambil peduli benda2 macam ni.
Mungkin sebab diaorang tak nampak lagi kesan nya akan datang.
Bila kebodohan tu jadi viral baru la nak
kata orang mengaib kan dia la...Orang dengki la...
Orang tak ada kat tempat dia la...

Menulis guna emosi memang macam2 benda yang akan kita tulis.
Lagi2 kat laman sosial ni kita tahu ramai yang baca..
kita rasa mungkin bila ramai baca ramai la akan faham kita.
silap tu..sebenarnya lagi ramai yang baca..
bermakna lagi ramai yang akan menilai kita.

contoh kalau awak muat naik status tentang keburukan orang,
yang meluahkan perasaan cuma awak seorang..
Pihak yang satu lagi tak de buat kenyataan apa2..
Bagi pembaca yang bijak mereka akan fikir..
"dia ni entah2 dia yang salah..."
Awak nak orang nilai awak macam tu??

nak tahu apa lagi kesalahan-kesalahan kita semasa
melayari laman sosial boleh la baca kat sini.
klik(hati-hati....kesan buruk media sosial yang anda tidak pernah bayangkan)
Ambil la sebagai pengajaran.
awak rasa ianya remeh tapi awak tak tahu kesan nya sangat besar.
mungkin ianya melibatnya keselamatan awak juga..


sekian,,


Monday, 18 May 2015

APA YANG ISTERI BUAT BILA SUAMI BERDENGKUR?

Assalamualaikum...

Nyenyak ke tidur malam tadi.??harap2nya nyenyak la ye..
kalau tak nyenyak agak terjejas segala aktiviti siang kita..kan??

ada jugak tu yang tak nyenyak??suami berdengkur???
dia main ketap2 gigi time tidoq??macam budak kecik ja...
tak pa...dia penat tu..alah..dulu masa mula2 kawen boleh je tahan..kan??

Awal perkahwinan..

Suami:I berdengkur???ye ke??sorry yunkkkk!!!

isteri:tak pe..I tau u penat kerja..kan??dengkuran u,i anggap macam syair yang dodoikan i tidur je..

10 tahun kawen...

Suami:i berdengkur??ye kee??

isteri:ye la..tak nak mengaku la tu.sakit tau telinga i.tidur pun tak cukup ni...sebagai gantirugi u mesti tambah elaun i mulai bulan depan.

ada ka yang macam tu??ada la...tapi bukan kita2 la..
ni orang lain yang tak baca blog ni..hehehheh

nk tau tak apa isteri  buat  untuk mengelak dari suami berdengkur atau dia bunyi2 kan gigi..??
antaranya....




amacam...??
ada berani ka nak berdengkur???
heheeh...
tapi kita berdengkur kita pun tak sedar..
entah2 apa yang kita buat kat suami
kita masa dia berdengkur,dia pun ada buat kat kita...

sekian...

7 SIKAP PENGGUNA FACEBOOK YANG TIDAK DI GEMARI.

Assalamualaikum..




Anda ada facebook?berapa kerap anda menggunakan nya??bagaimana anda menggunakan nya??adakah anda tahu bahawa ada perkara-perkara yang anda lakukan tidak disukai oleh rakan facebook anda??

1-  Invite game/page
Kebanyakan pemilik akaun facebook tidak
suka apabila ada notification berkaitan games dan jemputan menyertai  facebook page apatah lagi jika dia tidak ada kena mengena dengan diri nya.bagi mereka ianya seolah-olah mengganggu .ada baik nya pemilik akaun menyekat sebarang invitation berkaitan di ruang setting supaya tidak diganggu.


2- mencari kesalahan
Mengkritik setiap status kawan-kawan itu mungkin kerana anda suka berterus terang dan menjadi diri sendiri..namun jika ianya berkaitan hal-hal kecil tidak salah jika anda mendiamkan diri .terlalu kerap memuat naik status2 tentang kesalahan orang lain juga mungkin akan membuatkan anda mempunyai ramai rakan-rakan facebook yang hanya seperti gunting dalam lipatan.





3- bercerita keburukan
Status2 anda berkaitan mertua anda jahat,ipar anda dengki ,suami anda tak bertanggungjawab bukan sahaja mengaibkan malah ia nya  juga membuatkan orang lain melihat keburukan diri anda.Apatah lagi jika anda terlalu kerap mewar-warkan nya di facebook,maka yang dilihat hanya sikap buruk anda.kebanyakan pemilik akaun tidak menyukai status2 begini di home facebook mereka.


4-post gambar lucah dan melampau
Gambar-gambar lucah ,gambar kemalangan ngeri,video pembunuhan kejam itu antara yang paling tidak digemari walaupun anda beralasan ianya untuk memberi kesedaran pada orang ramai.


5-menunjuk-nunjuk
Sebagai orang yang memuat naik gambar dan status tersebut anda mungkin merasakan ianya hanya sekadar perkongsian untuk tatapan rakan-rakan dan anda harap ianya tidak di label sebagai melampau.namun bagi orang lain tindakan menunjuk2 apa yang anda beli,apa yang anda makan,di mana anda bercuti sebagai sesuatu yang annoying dan siapa tahu di belakang anda ada kata2 yang negatif dari mereka.Siapa kisah selagi anda tidak mendengarnya sendiri..heheheh





6-Minta simpati
Bercerita mengenai diri sendiri memang seronok.lagi2 bila setiap cerita sedih kita mendapat like dan comment yang banyak dari kawan-kawan.Mereka memberi kata-kata semangat dan membuat kita sentiasa positif.namun jika terlalu kerap, lama kelamaan orang akan bosan dengan cerita anda yang seolah-oleh minta simpati walaupun anda tidak berniat ke arah itu.Anda juga dilihat seperti seorang yang lemah dan sentiasa mencari perhatian.

7-tag
facebook juga satu cara untuk memasarkan produk jualan kita,.namun jika anda terlalu kerap tagging rakan anda dengan produk2 jualan, ianya akan membuatkan rakan anda terganggu dengan nya.Apa lagi jika barang2 yang anda tag itu tidak mungkin dibeli oleh rakan anda contohnya anda tag baju-baju baby untuk rakan anda yang belum berkahwin.Ada baiknya jika anda dapatkan kebenaran rakan anda sebelum tag beliau.



sekian..

Thursday, 16 April 2015

KENA UNFRIEND DARI SENARAI RAKAN HANYA SEBAB TAK KOMEN

Assalamualaikum...



Kenapa kita sering ada sikap tak puas hati pada orang lain??
kenapa ye??saya pun selalu jugak terfikirkan benda ni..
kenapa la si A tu asyik tak puas hati je kat si B..
padahal mereka tu cuma rakan di facebook je..
Si B suka muat naik status menyakit kan hati..Mungkin..
Si B pernah hantar gambar "love" kat suami si A..Mungkin...

tapi..
pernah dengar tak ada orang sakit hati kat orang yang
tak pernah kacau dia..
Saya sendiri pernah alami benda ni..
Siapa jadi rakan saya di facebook
mesti tau yang saya ni jarang nak like2 atau komen2 status orang.
sebab masa saya banyak kat blog je..
facebook tu kira saya buka dalam 2,3 jam sekali je..
tu pun dalam 5-10 minit..lepas tu tutup..



Tak puas hati sebab saya tak komen2 dan like status dia..
tak pasal2 kena unfriend..sebab tu je..
Pelik..kan??kacau pun salah..tak kacau salah..
heheheh..macam ada sakit jiwa kat situ.
habis tu, nak di layan tiap kali dia update status ke?
memang tak la..saya bukan kaki facebook punya orang.

Bagi saya orang macam ni cuma nak kan perhatian saja..
Dia suka orang tumpu hanya pada dia.
Jangn la risau..
walaupun saya tak like tak komen tapi
saya tetap baca status2 awak..
bukan tak nak komen,tapi tak de benda nak komen.
Saya bukan orang yang ramah..

sekian...


Wednesday, 26 November 2014

MULAI HARI NI MUAT NAIK GAMBAR SENDIRI YANG TUNJUK MUKA SAJA...

           Assalamualaikum...



Bila saya baca berita di bawah ni saya tak rasa terkejut pun sebab benda ni bukan benda baru..kan??
Tapi masih ramai yang tak beringat pun..Masih lagi nak muat naik gambar2 yang tak sepatutnya...

**********

Kuala Lumpur: Seorang wanita kini trauma selepas beberapa keping gambar peribadinya di laman sosial Facebook (FB) ‘dicuri’ individu tidak bertanggungjawab sebelum disebarkan bersama pelbagai kata-kata lucah pada keterangan gambar itu.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Fizah, 34, berkata, dia mula menyedari beberapa keping gambar miliknya dicuri individu tidak dikenali Khamis lalu.
Menurutnya, gambarnya itu kemudian dimuat naik ke satu akaun FB yang tertulis nama ‘Bertudung Tapi Terserlah’ (BTT).
“Beberapa keping gambar saya disalahguna individu terbabit bagi menjatuhkan maruah saya apatah lagi ia turut mengandungi keterangan gambar tidak senonoh,” katanya.

Menurutnya, individu yang membuka laman FB itu diyakini cuba meraih perhatian daripada pengguna laman sosial lain dengan cara menghina wanita bertudung.
“Jika sekalipun kami kelihatan berpakaian sedikit seksi, namun itu adalah gambar peribadi dan bukan untuk tontonan umum.
“Malah jika ia mengundang rasa kurang senang, adalah baik sekiranya individu terbabit menasihati daripada sengaja memalukan ramai wanita Islam yang baru berhijab,” katanya.
Fizah berkata, ekoran kejadian itu dia kini berasa tertekan berikutan beberapa rakan dan saudara mula bertanyakan hal itu........

*********



Nampak??dah tahu gambar tu seksi dok upload jugak.Ada rakan2 fb saya tu memang bertudung litup pakai baju memang tak nampak kulit ..tapi seluar dan baju yang dipakai ketat sampai menampak kan bentuk badan....Nak jugak upload gambar penuh.Ambik gambar muka je tak boleh ke??nak jugak tayang  badan kat orang..Ini lah salah satu sebab kenapa suami saya memang tak bagi upload gambar penuh..

Ada yang kata bubuh watermark kat gambar,..tak de berkesan nya...watermark ni cuma untuk orang tahu sumber sebenar gambar je.kalau penyangak tu nak curi dia akan curi jugak.jadi hentikanlah memuat naik gambar2 penuh kawan2 ye..Tunjuk muka pun orang tahu itu awak..tak yah la tunjuk sampai ke dada la,sampai ke punggung la..kan??

sekian..


Wednesday, 22 October 2014

JANGAN TUDUH ORANG KALAU TIADA BUKTI

Assalamualaikum...




Saya memang tak suka melayan status ala2 aduan rakyat di facebook.
memang semua orang tak suka..
tapi ramai jugak yang melayan tanpa usul periksa,

Contoh gini la..

si A update status..

"nampak ni (sambil upload gambar resit bank)..
beli barang tapi tak bayar..tak de pun duit masuk.."

lepas tu yang komen pun kemain la heronya..
semua pakat nak pukul la..nak maki la..
nak carut la..

Macam yakin pasti  dah orang tu dah menipu..
padahal kat status tu tunjuk resit je pun..
entah betul entah tidak..
atau semata2 nak publisiti untuk bisnes dia je..

maklum la..sekarang ni macam2 cara orang nak dikenali.
walaupun terpaksa buat benda bodoh dan mengarut.

Memang akan ada yang kata..
"tak kena kat awak boleh la cakap.."



ok la..kalau gitu tunjuk la bukti yang orang tu betul2 buat salah.
bukti sms ke,atau kalau orang menipu tu ada fb
cer tunjuk je muka atau fb profile orang tu.
tak kan tak de langsung kot...
Alang2 awak nak mengadu,buat sampai jangan orang rasa itu fitnah..

yang tukang komen pun jangan la bertindak melulu..
awak tak nampak hero pun..

sekian..


Wednesday, 8 October 2014

CARA MENJAGA DIRI DILAMAN SOSIAL

Assalamualaikum...





Boleh tak saya nak kongsikan pesanann suami saya?
mana tahu kalau2 ianya berguna untuk kawan2 jugak..

Dia pesan pada saya...
"setiap kali kita terasa nak kongsikan apa2 di laman sosial,
sama ada gambar-gambar kita,gambar2 saudara mara kita,
dan pendapat2 tentang isu semasa, serta luahan perasaaan
kita ,pastikan kita serapkan sedikit rasa malu dalam diri kita.."

sebab apa??

Bila kita ada sedikit rasa malu kita akan lebih berhati2
bila update apa2 status dan ulasan kita di laman sosial.
Bila kita ada rasa malu kita akan
fikir apa kesan2 nya bila orang baca staus dan komen kita.
Bila kita ada rasa malu kita akan berjaga2
supaya gambar2 kita yang
boleh mendatangkan fitnah ,tidak tersebar...



Untuk apa kita berjaga2..??

Supaya kita tidak bersengkata dengan orang di laman sosial.
Supaya orang lebih menghormati kita..
Supaya kita tidak mudah di nilai oleh orang lain.

bayangkan apa terjadi jika kita kerap bersengketa dilaman sosial??
bayangkan apa akan terjadi jika rakan2 dilaman sosial tidak menghormati kita??
bayangakan apa akan terjadi jika orang mula menilai kita dengan macam2.??

Senang je kalau tak mahu orang bergaduh dengan kita..
Kita jangan la suka cari salah orang..
memang di mata kita dia buat salah.apa dia kata semua salah.
tapi tak payah kot kita berlagak macam hakim dan polis..
Kita buat hal kita dah la..
buat apa kita buka mulut kalau setiap apa yang keluar dari mulut kita
semuanya menjadi punca perbalahan???


Sekali sekala boleh la..
Tapi kalau dah kerap sangat tak mau la orang gelar kita kaki gaduh.
Saya memang tak suka orang gelar saya mulut lazer atau kaki gaduh.
Rasa macam teruk sangat saya nih..heheh


sekian..


Monday, 7 April 2014

MUJUR IBU INI MUAT NAIK GAMBAR ANAK NYA DI FACEBOOK

Assalamualaikum..


Korang pernah tak ambik gambar anak
dan ada nampak pantulan cahaya pada mata anak korang.
kalau pantulan tu nampak lain macam je,
macam kat gambar bawah ni cepat2 bawak anak pergu
buat pemeriksaan mata..


Ksahnya budak ni,mak dia mabik gambar dan letak kat fb..
disebabkan pantulan cahaya kat mata tu nampak lain macam je dia
kawan2 kat fbg cepat2 suruh dia bawak anak ke pakar mata.
mujur la dia ikut dan doktor mengatakan
ada kelainan pada sebelah mata anak nya..
mujur kan??



Jaringan di belakang retina mata budak ini tumbuh
tidak normal dan boleh  menyebabkan buta jika dibiarkan.
Rylee didapati mengidap penyakit Coat, dan perlu
menjalani rawatan khas untuk merawatnya.
Menurut dokternya, dr. Jorge Calzada, semakin cepat
dia mendapatkan rawatan,makan semakin cepat la dia sembuh.

Memang awalnya anak tidak akan sedar
yang dia tidak dapat melihat sebelah mata dan
ini menyebabkan ibu bapa tidak sedar tentang nya.
Penyakit ini hanya disedari selepas anak menjadi buta.

sekian..

Saturday, 22 March 2014

RAKAN FACEBOOK BERIBU, TAPI SAYANG......

Assalamualaikum....



Rakan kat fb aku rasanya dalam 700 lebih kot,..
Tak ingat pulak..dan kebanyakan nya blogger.
Disebabkan itu aku selalu share link blog
Aku kat facebook.
Sekurang2 nya blogger yang jadi rakan aku tahu
Yang aku ni blogger macam dia jugak.
Kita berdua jadi rakan sebab kita sama2 blogger.
Jadi tak pernah aku rasa rakan aku
Kat facebook tu tak de fungsi untuk aku.
Sebab biasanya blogger ni bila kita share link
Entry kita kadang2 dia klik jugak..kan??

Sebab itu aku heran jugak dengan blogger yang
Tak nak share link blog dia kat facebook.
Kat maklumat pribadi nya pun tak de link blog dia.
Sedangkan dia punya rakan yang jadi blogger
Punya la ramai.
Dia cuma gunakan facebook dia untuk sembang
Sembang kosong je..
Ada je blogger update status, dia komen..
Tapi dia tak de pun nak kenalkan
Blog dia kat fb tu.

Lepas tu merungut kawan facebook dia
Semuanya tak ramah, tak nak like2 status dia.
Tak nak chatting dengan dia.
Dia tak tahu nak gunakan rakan2 blogger dia
Yang kat facebook tu untuk
Promosikan entry blog dia.
Sebab tu dia tak nampak apa fungsi
Rakan facebook dia yang beribu tu.

Perkara biasa la bila seribu jumlah rakan kat facebook
yang bertegur sapa dengan kita cuma separuh je atau tak sampai separuh.
Sama je macam kita berjiran,
bukan satu blok dengan kita tu
berbual dengan kita.ada yang muka pun tak pernah nampak.kan??

Apakata mulai hari ni
Share la link entry korang kat fb tu.
Jangan share kat group2 blogger je.
Rugi tau, rakan blogger kat fb ramai
Tapi yang tau blog korang
Cuma 2 3 kerat je..


Sekian..

Monday, 6 January 2014

JANGAN KLIK LINK VIDEO "Shark Eats the Swimming Man in Ocean" DI FACEBOOK

Assalamualaikum...

Tdi aku baca kat theepochtimes.com katanya kalau nampak ada link video orang kena makan dengan jerung kat facebook jangan sesekali klik sebab itu scam.

Tajuk video tu "Shark Eats the Swimming Man in Ocean" .kalau ada nampak laporkan sebagai spam.supaya tak ramai yang kena tipu.

sekian..

Thursday, 19 September 2013

SEMUA ORANG TAHU

Assalamualaikum...



Aku rasa sekarang ni
facebook dah macam tak de privacy dah..
semua benda orang nampak walaupun kita dok
dalam umah tutup pintu tingkap..
heheh..

Aku like page masak2
orang tau aku tengah cari resepi.
aku like page jual ubat kurus
orang tau aku gemuk..
aku tengah main candy crush pun orang tau.,..

heheh..

*selalu bila tengok kawan2 yang like page
ubat kurus ke,page ubat cantik ke,
hati aku ni mesti berkata2..

"dia memang gemuk masa sekolah dulu.."
"mesti dia tengah cari ubat nak hilangkan jerawat batu dia tu.."

korang macam tu tak??
tak,kan??hahaahah

sekian..

Tuesday, 27 August 2013

PENGGUNA FACEBOOK TEGAR ADALAH ORANG YANG TIDAK BAHAGIA

Assalamualaikum...


Facebook sudah menjadi salah satu kebiasaan kepada kita. Ada banyak kebaikan  Facebook,kita boleh tahu apa yang kawan kita yang tinggal di kampung atau negara lain tengah buat, tahu khabar terbaru keluarga dan jadi media menyatukan silaturrahim yang terpisah oleh jarak. Namun hati2, selalu menggunakan facebook adalah petanda diri kita kurang bahagia

Dipetik dari health.com, sebuah kajian pada orang dewasa menemui  bahawa semakin kerap mereka menggunakan Facebook, semakin banyak penurunan kebahagiaan dan kepuasan hidup. Sebaliknya, bertemu muka secara langsung dengan seseorang akan meningkatkan kebahagiaan Anda.

Betul jugak kan..selalunya bila sembang2 kat facebook ni macam tak best tapi tetap nak jugak tegur kawan2..sebab masa tu kita tak de buat apa.kita bosan jadi kita sembang2 la dengan kawan2..padahal bila dapat jumpa terus sebenarnya lagi best dan membahgaiakan..

Bukan maksud dia kalau guna facebook maknanya tak bahagia.cuma kalau guna dengan melebihi masa yang sepatut nYa,itu la maksud dia..kan??jangan ada yang marah ye.kalau sebab ni pun nak marah mesti awak betul2 tak bahagia sebenarnya..heheheh..

sekian..


Wednesday, 21 August 2013

JUAL SENJATA API DI FACEBOOK

KUCHING: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat laporan bahawa wujud dua laman Facebook yang dilapor menjual senjata api secara online di negara ini.



Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata pihaknya memandang serius laporan tersebut memandangkan kes itu juga mungkin membabitkan kesalahan di bawah Akta Senjata Api.

"SKMM akan menyiasat lebih lanjut mengenainya mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika benar ada pelanggaran undang-undang, SKMM akan membuat tindakan susulan termasuk mengemukakan kertas pendakwaan kepada Pejabat Pendakwaraya," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Bernama semalam, mengenai dua laman Facebook yang didakwa menawarkan pelbagai senjata api antaranya pistol, revolver dan AK-47.

Sementara itu, Kamaruddin berkata KKMM menerima maklum balas positif daripada para pemilik pawagam berikutan cadangan lagu Negaraku dimainkan di pawagam di seluruh negara sebelum tayangan sesuatu filem sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 negara. - Bernama

Thursday, 4 July 2013

NOMBOR TELEFON DI FACEBOOK..SELAMAT KAH?

Assalamualaikum...

Aku tak suka kalau ramai sangat orang tau nombor telepon aku..
rasa tak selamat kan??
kalau kawan2 rapat je ok la..
tapi kalau kawan facebook yang tak pernah bertegur sapa tu rasa tak best..
walaupun dia sekadar tengok je nombor 
telepon kita dan tak terfikir pun nak call ke sms ke..
tapi tetap rasa tak best.

Kalau korang ada letak nombor telefon kat facebook
korang percaya tak yang rakan lain
boleh tau nombor telefon korang??

tengok macam kat bawah ni..
aku boleh tau nombor telefon depa yang kat facebook ni.
padahal bukan kenal pun..


Jadi pada korang yang ada letak no telefon 
untuk protection kat facebook tu
sila la set kan dia pada "only me" ye..
bukan apa..bahaya kalau orang yang tak dikenali ada nombor telefon kita..
macam2 boleh berlaku tau..
salah satunya ialah gangguan dari orang giler sex..
aku pernah kena..sebulan hidup dalam ketakutan..

sekian..