Showing posts with label erma fatima. Show all posts
Showing posts with label erma fatima. Show all posts

Friday, 22 December 2017

RM5000 UNTUK CAJ PENGAMBARAN DI PUTRAJAYA .ERMA FATIMA LUAH RASA KECEWA

Assalamualaikum..



Banyak drama-drama tempatan yang disiarkan di tv sekarang ni mendapat tontonan ramai dan mempunyai pengikut tersendiri.. Ianya satu perkembangan yang baik dalam industri hiburan tempatan dan menggalak kan lagi penghasilan drama-drama yang lebih bermutu untuk bersaing mendapat tempat di hati penonton.

Jadi pengarah drama sekarang masing-masing berlumba-lumba untuk menghasil kan drama yang bagus dan diminati ramai.Drama-drama yang dihasilkan oleh Erma Fatima antara yang sering menjadi pilihan penonton disebabkan pemilihan pelakon , jalan cerita yang bagus dan memberi pengajaran.

Namun lokasi pengambaran drama juga adalah salah satu  perkara yang melengkapkan lagi penceritaan sesebuah drama.






Wah!!saya menulis macam tahu banyak je tentang drama..Hahaha...Sebab saya ni kaki drama jugak.Cuma saya lebih suka menonton drama Korea. Sebab saya suka pemandangan dan lokasi korea yang cantik-cantik.

Cakap tentang lokasi ni , Erma fatima mendedahkan bayaran yang dikenakan oleh Perbadanan Putrajaya untuk pengambaran di sekitar Putrajaya ialah sebanyak RM5000..

Memang tak sangka rupanya nak buat pengambaran di putrajaya dikenakan caj yang terlalu tinggi.Menurut Erma di dalam post nya di instagram , kos Rm5000 tersebut bersamaan dengan perbelanjaan yang dikeluarkan untuk set dan props untuk 1 telemovie.



ermafatimaSebab tulah production Malaysia tak shoot kt Putrajaya sebab tkde budget. Utk pengetahuan PERBADANAN PUTRAJAYA RM5,000 tu budget Set & Props utk 1 Telemovie. Produser Malaysia tak untung byk mana pun buat drama ni. Sedih...mcmana nk promote keindahan lokasi negara sendiri kalau tk mampu 
#shootmasjidpunkenabyrskrg


Erma turut meluahkan rasa kecewanya itu dengan menjelaskan bahawa produser Malaysia tidak memperolehi untung yang banyak dengan menghasilkan sesebuah drama. Bagaimana nak promosikan keindahan lokasi negara sendiri kalau kos nya terlalu tinggi.



Saya pun tak sangka la kalau nak buat pengambaran kat tempat2 macam tu produksi kena bayar.Ingatkan kena minta izin je..ehehhe..

Kalau dah harga macam ni punya mahal nampaknya stesen-stesen tv pun kena lah keluar bajet lebih untuk beli satu-satu drama yang akan disiarkan. Tak boleh la pakai harga lama lagi.Rasanya bukan Putrajaya je yang kenakan bayaran dan caj baharu ni tapi masih banyak lagi lokasi-lokasi yang mungkin akan menaikkan caj mereka dan  mengenakan bayaran untuk pengambaran.

Kalau tak mampu nak bayar untuk pengambaran di Putrajaya baik la cari tempat lain yang lebih cantik dan menarik.Rasanya ada banyak lagi tempat lain  yang tak kurang hebat nya juga.Malaysia ni kan banyak tempat-tempat yang cantik..kan??


sekian...

Wednesday, 11 June 2014

ERMA FATIMA :: MADU SAYA BUKAN TUKANG URUT SAYA

Assalamualaikum...

Orang lelaki selalu anggap bermadu,poligami,kawen satu lagi,
sebagai sesuatu yang boleh di buat lawak..
kalau melawak dengan kawan2 sejenis dia tak pe la..
ni dengan bini orang pun nak melawak gitu..
lagi2 bini orang tu pun bermadu..
memang jenis lelaki muka tak de malu punya...


kalau aku jadi Erma Fatima pun aku naik angin jugak nih..




Kau pikir lawak ke ??
Orang yang baca pun rasa meluat la..
tak de apa nak komen jangan komen la..
buat sakit hati orang je..

Atau pun dia memang sengaja nak sakitkan hati orang???


sekian...

Friday, 18 April 2014

ERMA FATIMA MINTA MAAF ISU REDHA MASUK NERAKA

Assalamualaikum...



Tak habis lagi citer si Erma Fatima nih.
Kata orang terlajak perahu boleh diundur.
Terlajak kata, badan binasa..
Sampai bila2 orang ingat apa kita kata..
Kan??

Akhirnya keluar sudah permohonan maaf
Yang panjang lebar dari Erma Fatima
Berkenaan kenyataan nya
Yang sanggup masuk neraka
Demi bangsa.

Walaupun ada kata maaf tapi masih nampak
kenyataan nak tegak kan dia jugak betul
Hahaha...masih nak jugak kata yang
Tukang bagi nasihat tu semuanya
Memalukan bangsa dan agama..
Ekekek...

Berikut kenyataan Erma di laman instagram nya..




Nampak.???
Mula2 mengaku salah.hujung2
Dok pebetoi diri dia jugak..ekekek..er
Orang seni memang gini la.
Suka kona2..heheh..

Biaq kat dia la..
Yang penting orang lain dah nasihat..
Kan??
Jom kita buat benda lain pulak..:p

Sekian..

Wednesday, 16 April 2014

ISU KEMBAN.INI KATA ERMA FATIMA

Assalamualaikum...

Ramai yang komplen pasal ada watak wanita
berkemban dalam drama Takhta yang
di arahkan oleh pengarah Erma Fatima.
apa pulak kata erma fatima...??


aku tertarik dengan komen seorang adik kat IG erma fatima ni..

Assalamualaikum..Bila melayu berkata2..oh lupe..melayu skrg tak semuanya islam..dan islam tak semestinya melayu..maka tak hairan la bile melayu mengutamakan bangsa drp agamanya..bila perkara yg bole di elak atas sebab agama tp diketepikan atas alasan yg kurg kukuh..mgkin slh cara mereka menegur tp mksd yg cbe disampaikn adlh betul..dahulu xseperti sekarang...dahulu kurang ilmu agama tp sekarang tidak..ada antara yg menegur krna sygkn kamu..tak mahu kamu menanggung dosa setiap insan yg tdk menutup aurat dlm lakonan arahan mu,dlm setiap babak arahanmu malah lbh besar lg bila ianya ditayangkn...byk mata2 yg akn berdosa menontonnya kerana aurat..siapa yg akn menanggung dosa mereka..kerana tdk mahu kamu terbeban dgn itu maka mereka menegur..jgn menafikan hukum agama..fikirkn kemana duit rezeki itu akan kamu gunakan nanti? Meskipn ke jln yg baik tp dtgnya drp mana..sekadar ingat mengingati.. SAYA JUGA TAK SEMPURNA..BYK KHILAFNYA..TP JIKA NAK TUNGGU SEMPURNA AGAMA SEMPURNA IMAN DAN SEMPURNA SIFAT,MAKA TAKKAN ADA LAH ORG YG MEMBERI PERINGATAN.. SAYA MENULIS DISINI KERANA SAYA XDA NO PERSONAL ERMA..BUKAN UNTUK MEMALUKAN TP DIA JUGA MENULIS DISINI MAKA HARUSLAH SY MEMBERI PNDGN SY DI SINI.. assalamualaikum..sy mendoakan yg terbaek utk kak erma..aminnn


kalau diapun dah berkeras dengan pendirian dia
apa lah boleh dikata kan??
biar je la kat dia..tunggu la kot2 ada  ustaz2 yang bertauliah,
atau mufti2 ke yang nak  tegur..
rasanya tak de kot..
benda remeh je ni pada diaorang.Ada banyak ceramah lain nak dissampaikan..kottt...
heheh